
BAB 1
PROLOG
Sorry, tak boleh datang ke majlis pelancaran buku terbaru tu hari ni sebab masih kat sini. But I hope, everything is going to be awesome! Pray for you always, love you! – Bakal Suami Pilihan
Again?!
Aku baru cadang nak buat kejutan tu hari ini...
Spoil betul!
BAB 1
Dulu, aku selalu berangan, suatu hari nanti buku-buku aku akan ada atas rak kedai buku popular kat Malaysia ni. Pergh... Sure gempak tak ingat bila nampak nama, DIAN ARYANI di dada-dada rak kedai buku tu. Lepas tu, buku aku tersiar dalam akhbar Berita Harian sebagai buku terlajak laris. Tak pernah nak beli akhbar Berita Harian seumur hidup pun tapi apabila buku dah selalu masuk carta, kerja nak beli saja surat khabar tu setiap hari Jumaat.
Aku rasa itu semua idaman setiap penulis. Laratlah asyik Syamnuriezmil saja duk dalam carta. Kasihan kat dia juga, tak ada yang ganti... Heh!
Tapi...
Bila berangan dah jadi kenyataan...
Nak maintain susahnya!
Masuk buku ketiga... Aku seakan-akan lost!
Tiba-tiba aku tertanya pada diri sendiri, apa bendalah yang aku tulis ni? Kenapalah tak seperti buku-buku aku yang lepas? Kenapalah aku tak ada perasaan teruja seperti teruja untuk siapkan manuskrip aku yang dulu? Takkan baru keluar tiga buku... Aku dah lost?
Bak kata Ernest Hemingway – You shouldn't write if you can't write.
Aku dah tak boleh menulis dah ke?
Atau...
Sahih... Ini mesti pasal performance buku aku yang ketiga. Tak masuk carta. Tak hebat macam buku-buku aku yang sebelumnya. Kenapa jualan buku sekarang agak slow? Takkan hal ekonomi dunia punya pasal? Sangkut dengan harga naik turun minyak ke? Nak kata GST... Buku tak ada dikenakan GST.
Atau...
Cerita aku dah tak best? Tapi, semua reader aku... Okey aje!
Atau...
Mereka semua air cond aku?
Kalau jualan tak baik, kenapa bukan penerbit yang panggil? Kalau ini hal berkenaan jualan, mestilah penerbit punya masalah. Atau, ini sebab manuskrip aku yang keempat? Tak okey ke? Kalau okey, kenapa editor nak jumpa aku? Selalunya, Kak Adibah tu luluskan saja. Tak banyak songeh, tak banyak tukar. Cuak dah aku ni. Atau dia nak campak manuskrip aku macam dia campak manuskrip penulis lain.
Huh...
Macam-macam rasa dalam hati ini...
Selagi tak berdepan dengan Kak Adibah, selagi itulah macam-macam rasa yang keluar.
"Dian... Kak Dib panggil masuk."
Aku menoleh. Aku pandang Abang Fauzi. Dia tu, assistant editor Kak Adibah. Selalunya, aku deal terus dengan Abang Fauzi. Kali ini, aku kena berdepan dengan Kak Adibah sendiri. Cuak, mak... Cuak!
"Okey... Okey."
Dup-dap, dup-dap...
"Relakslah. Macam orang nak jumpa guru besar saja."
"Memang pun!"
"Kalau tak buat salah... Tak kenalah marah. Kan?"
"Abang senanglah cakap. Abang jumpa guru besar tu hari-hari. Jumpa hari-hari dengan jumpa setahun sekali, ada beza tau."
Abang Fauzi ketawa. "Rindu lebih."
Rinduuulah sangat!
Aku menelan air liur. Kalau tahu ada salah, tak apalah. Ini tak tahu, tiba-tiba kena panggil. Cuak jugalah. Ingat senang nak masuk bilik editor terkenal tu? Ada dua saja alasan saja.
Satu, memang manuskrip tu betul-betul baik.
Dua, memang betul-betul teruk.
Aku rasa aku dah proof read manuskrip itu dekat lima enam kali juga...
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam. Masuk, duduk Dian."
Aku terus masuk dan menarik kerusi depan Kak Adibah. Aku melihat mejanya penuh dengan manuskrip yang tebal-tebal. Aku tak tahulah, berapa power cermin matanya. Agaknya, lebih power daripada mata Superman kut. Boleh tembus terus!
"Kak Dib dah baca kau punya manuskrip."
"Hmmm..."
"Good story line."
Bila Kak Adibah kata good story line... Aku dah kembang sikitlah. Tapi, baru kuntum-kuntum bunga, belum kelopak!
"Kak Dib suka kau bawa cerita saspens kau dalam manuskrip ni. Kisah misteri tentang lelaki sebelah rumah sehingga membawa kepada kisah cintanya sendiri dan jatuh cinta dengan lelaki itu dalam diam. Tetapi akhirnya terbongkar gara-gara manuskripnya dicuri dan penamatan cerita cinta yang superb. Memang good story line. Watak protagonis sebagai seorang penulis ni dekat dengan kau. Ada rasa ingin tahu. Saspens tu ada. Tapi..."
Bila Kak Adibah kata TAPI...
Yang kuntum baru nak kembang tu... Terus layu!
"I don't feel it. Kak Dib tak rasa sekupang pun tidak, seringgit apatah lagi!"
"Errr..."
"Selalu kau tulis cerita saspens, Kak Dib dapat rasa suspensnya tu. Tapi, bila kau start tulis cerita cinta, Kak Dib rasa kosong. Kak Dib tak rasa cinta antara watak protagonis kau tu."
Aku menelan air liur. Mampuih!
"Watak tritagonis kau pula yang melampau-lampau hebat. Baiklah kau tulis watak tritagonis kau tu, jadi protagonis. Kak Dib rasa, kau kekurangan satu benda."
"Apa dia, Kak Dib?"
"Watak antagonis kau mana? Bila watak antagonis ni tak ada, tak lengkaplah cerita cinta. Bila manuskrip tu kena curi, buatlah watak antagonis tu yang curi manuskrip tu. Barulah mencabar. Kau kena faham, Dian. Mana ada cerita cinta yang tak ada cabaran."
"Tapi, reader nak cerita cinta yang smooth."
"Cakap kat mereka, cerita Cinderella pun ada mak tiri yang jahat, adik tiri yang dengki."
Aku terdiam. Terkena lagi aku. Itulah, salah defence.
"Kenalah ada dramatik sikit. Barulah ada kisah cinta yang hebat. Barulah tajuk Manuskrip Cinta tu meaningful. Atau kau nak Kak Dib tukar tajuk kau ni, Manuskrip Sampah?"
Cepat saja aku menggelengkan kepala. Tak nak aku!
"So, kalau nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta."
"Hah?"
"Bila Kak Dib baca manuskrip kau ni, Kak Dib dah agak... Kau mesti tak pernah rasa apa itu cinta. Walaupun ending kau ni, Kak Dib dah rasa superb tapi bila cinta tu tak ada... Tak sampai endingnya. Kau baca tak manuskrip kau ni?"
"Saya baca, Kak Dib."
"Berapa banyak kali kau baca?"
"Adalah dekat 6 kali."
"Mengantuk tak?"
Aku terdiam.
"Rasa fake tak?"
Aku terdiam lagi.
"Kau sendiri baca pun, kau sendiri rasa mengantuk, rasa fake, rasa kosong, kan?"
Aku terdiam.
"Sebab itulah, buku kau yang nombor tiga tu tak hit sehebat buku kau nombor satu dan dua. Sebabnya, kau buat sesuatu tu, kau main belasah saja. Cerita seram tak akan jadi seram, kalau kau tak jumpa hantu tu sendiri. Setakat tengok Conjuring tapi nak masuk rumah hantu pun tak berani, tak payah tulis cerita hantu. Nak tulis cerita cinta, tengok cerita cinta... Feel dia setakat itu sajalah. Tak boleh lebih. Google bukanlah satu rujukan yang baik tapi pengalaman... Itu yang terbaik. A writer not only observe but feel it. Faham?"
Aku terdiam lagi.
"Kak Dib suka kau... Sebab kau suka explore. Tapi cara kau explore tu salah. So, kali ni Kak Dib kena tegur kau, bukan sebab Kak Dib tak sayang kau. Faham?"
"Faham."
"Re-write."
"Baik."
"Pergi bercinta."
"Baik, Kak Dib."
"Deadline... Urgent. Kak Dib nak manuskrip kau ni untuk keluar pada next pesta buku. Sebab tu, Kak Dib panggil kau untuk buat pembetulan sebab slot kau dah ada. Kak Dib bagi kau peluang kedua. Kak Dib tak nak senaraikan kau dalam senarai penulis sampah. Kau jangan letakkan DIAN ARYANI dalam tu. It's your choice."
Aku mengangguk-angguk.
Elok-elok duduk dalam carta terlajak laris... Terselit pula dalam carta terlajak loser!
Nauzubillah!
So...
Dian Aryani, kat mana nak cari cinta?
Takkan kat rumah sebelah tu juga?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro