Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Usai saja bercerita tentang peristiwa pengsan olok-olok mama, asap rokok di tangannya dihembus perlahan diiringi gelak besar Ammar. Sesekali Nescafe ais di hadapannya disedut kasar. Nescafe bersulamkan rokok memang menjadi. A plus rasanya. Masyuk!

"Bertuah tau kau ni, Ian. Mama kau sokong sepenuhnya apa kau minat. Macam aku ni sejak azali ibu dengan abah aku tentang. Katanya itu kerja perempuan. Mujurlah kakak-kakak aku sokong aku. Lepas habis degree, dia oranglah yang bayar yuran aku belajar segala. Studio kafe aku pun kak long aku yang tolong support."

"Cerita kita sama aje sebenarnya, Mar. Kita sama-sama anak tunggal lelaki. Zaman sekarang ni kan, lain macam sikit. Orang biased dengan lelaki yang berprofesionkan bidang kerja yang majoriti kaum perempuan ni. Kau faham maksud aku, kan?"

"Ya. Aku faham. Masalahnya aku dah ada awek pun! Apa lagi yang abah dengan ibu aku nak risaukan? Jalan lurus ni. Tak ada konar-konar!" gurau Ammar.

"Yang dah kahwin pun belum tentu lurus jalannya, Mar," sanggah Ian.

"Kalau dah gitu kira-kiranya, kau pula macam mana? Belum ada awek, belum juga kahwin. Sesaran ke halaju?"

Mata Ian membuntang. Tersedak asap rokok dia dibuatnya.

"Apa yang kau merepekan ni, syaitooonnn? Sesaran ke halaju? Fizik kut!"

Ammar gelak beria-ia.

"Sesaran tu simbolik untuk konar sana sini. Halaju tu terus laju ke hadapan. Ada faham?"

Ian cebir bibir. Kemain dia punya analogi. Itulah masalah bila lelaki yang ambil bidang kejuruteraan tapi menggatal nak pegang mixer, tepung dan butter.

"Kau nak business partner ke tidak ni? Aku boleh aje tarik balik surat resign aku tu dari kilang. Sampai raya tahun depan bos aku berterima kasih dekat aku kalau tak jadi berhenti kerja."

Pecah lagi gelak Ammar bila diugut tentang rakan kongsi.

"Sentap ke? Tak cool la kau ni, Ian. Relakslah. Aku tau, kau bukannya tak nak couple tapi belum jumpa pengganti, kan?"

Ian senyum tipis. Mengia tidak, menggeleng pun tidak. Pengganti? Entah. Belum terdetik lagi dalam hati dia untuk cari pengganti ke, apa ke. Nama pun baru nak mulakan hidup baru. Makanya haruslah semuanya bermula dari sifar.

Dan tujuan utama kenapa dia terjun bidang ni pun asalnya bermula kerana Ammar yang bercerita tentang rungutan aweknya. Katanya Ammar jarang ada masa nak keluar sama. Kadang-kadang tu cuma dating di rumah yang diduduki Ammar dengan kak ngahnya yang bahagian basement dijadikan studio kitchen business onlinenya.

Dari situ Ian mula berkira-kira untuk mencuba. Mana tahu, dengan terjun ke bidang ini masanya kelak akan lebih terisi. Dia akan sentiasa sibuk dan tak perlu fikir tentang perkara yang bukan bidang kuasanya dan dalam kata lain, berhenti daripada jadi seorang stalker.

"Hoi! Berangan!"

Ian sengih. Puntung rokok seterusnya dihidupkan.

"Hesy... Sudah-sudahlah merokok tu, Ian. Tak merokok tak bermakna tak cool."

"Kau cakap sejibik macam dia, dohhh..."

"Dia?" soal Ammar dengan kening terjongket.

"Dia?" soal Ian semula sebelum tertawa yang saja dibuat-buat. Tersasul pula, kan? Hesy... Tak habih-habih dengan dia.

"Eh, kejap. Apa pasal aku call kau tadi tak dapat, eh?"

"Allah. Lupa! Aku dah tukar nombor telefon," balas Ian bersahaja sambil tangan ligat mendail nombor Ammar.

Kening Ammar berkerut tinggi sambil merenung pelik ke wajah Ian.

"Apa hal? Kau kena kacau ke apa? Lari daripada along?"

"New life bro, mestilah new contact. Yang tinggal cuma yang penting-penting."

"Dahsyat pengertian new life kau. Kereta tak mahu tukar?" perli Ammar sambil tersengih.

"On the way. Aku ingat nak ambil MPV. Senang nak buat delivery, beli barang ke apa nanti, kan?"

Ammar menganga.

"Serius, bro?"

"Muka aku nampak bergurau ke?"

Ammar geleng perlahan.

"To that extend? Mula-mula tukar kerja, lepas tu tukar nombor telefon sampai ke kereta pun kau nak tukar. Ini memang betul-betul new life. Perghhh. Jauh rajuk kau, ya?"

"Alaaa... Apa sangatlah tukar kereta. Modal kau lagi besar kut!"

"Tak adalah besar mana sangat pun. Kafe tu kakak aku punya. Daripada tak buat apa-apa, baik kita guna. Perkakas kecik-kecik aku bawa aje yang sedia ada. Yang lain pun, kau pam juga modal. Kereta lagi. Aihhh..."

"Tak ada hal la. Aku memang nak tukar kereta pun. Cumanya itulah. Idokle aku nak lekat sticker iklan ke apa tulis nama kafe. Malu, oi."

Ammar gelak lagi.

"Aku suka cara kau. Joke kau sangat deep. Deal! So, next week apa pelan? Cer kabo sikit."

Ian petik jari. Buku plannernya dibuka dan disua pada Ammar. Bersungguh-sungguh Ammar baca sambil angguk.

"So, kek aku cover. Cookies segala tok nenek aku buat? Habih kau buat apa? Ini tidak adil! Kena extra caj ni" acah Ammar sambil tayang muka marah.

"Aku buat bodoh aje. Hahaha. Tak adalah. Kau otai kut. Dah ada business pun. Aku ni baru nak menjinakkan diri. Aku buat brownies aje okeylah, kan?"

Ammar mencebik buat gaya malas nak layan sebelum kepalanya diangguk perlahan.

"Temanya, ala-ala tea party aje. Segala tok nenek tak perlu terlalu manis. Just nice."

"Orait. Bereh. So, nak prepare kat mana ni?"

"Kitchen studio kau le. Aku mana ada peralatan segala."

Ammar sengih.

"Lupa!"

"Barang-barang kejap lagi aku beli."

"Bereh!"

"So, good luck untuk H&H first project!"

Ammar sengih lagi sambil mereka bersalaman.

"Sah!"

"Sah!" 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro