Bab 14
Fitbit Charge 2 di tangan kanannya tertera waktu 9.45 malam. Masih awal lagi kalau diikutkan, tapi entah kenapa matanya bagai digam sekuatnya dengan gam gajah. Mild mocha yang Miqdad buatkan untuk dia tadi pun rasanya tak cukup kafein untuk halang dia daripada terlelap. Ah, parah ni. Topping belum buat lagi. Nak tak nak, tengah malam ni kena masukkan semua dalam chiller. Esok pagi dah nak delivery Ian, oi!
Ian buang keluhan panjang. Kerusi ditarik sebelum dilabuhkan punggungnya. Poket seluar khakinya diraba mencari gerangan telefon bimbitnya. Sejak sampai di kafe pukul lima tadi sampai sekarang, langsung tak dijenguk. Berhenti solat maghrib, terus sambung membakar. Kalau satu, dua oder tak apa juga. Ini tidak. 20 pesanan dengan lima jenis topping yang berbeza.
"Leceh rupa-rupanya buat benda ni. Bila tengok dekat kedai tu, nampak lawa. Sedap. Rasa nak makan. Tapi nak bagi jadi tu, mak aihhh..." rungut Ian perlahan.
Pandangannya melata ke arah deretan brownies yang siap. Brownies Nutella, cheese tak ada masalah sangat. Masa dekat Perlis hari tu, banyak kali juga dia tolong Ammar buat sampaikan Ammar tuduh dia langgar tauke. Sedap lagi brownies hasil tangan dia, berbanding Ammar yang kononnya lembut, chewy dan tak hancur katanya. Entah ya atau tidak masa tu, dia sendiri tak berapa pasti. Tapi, bila sekarang ni hasil tangannya yang satu itu, dah jadi salah satu menu di kafe kecil mereka dan kebelakangan ini jadi ala-ala most wanted menu. Mungkinlah betul apa Ammar katakan tu.
"Masih dekat kafe ke?" soal mama sebaik saja panggilan bersambung.
"Waalaikumussalam, ma. Ya, ma. Ian dekat kafe. Maaf. Ian tak sempat balik rumah lepas kelas tadi. Kena siapkan oder untuk esok. Mama dah dinner?" soal Ian, lemah. Letih. Tapi bila teringatkan mama yang mestinya sekarang berseorangan dekat rumah, rasa kasihan pun ada juga. Ammar pun masih di kafe kelam-kabut keluar masuk melayan pelanggan. Hujung minggu macam ni, ramai juga yang datang ke kafe mereka.
"Mama tengah dinner dengan Nia ni dekat IOI Mall. Dubuyo, kau! Boleh tahan juga makanan dekat sini. Apa namanya tu... Gogi?"
Ian tepuk dahi berkali-kali. Ah, sudah! Habislah. Kesian otak suci murni Melayu mama dicemar dek minah sayur tu dengan makanan negara asal dia.
"Mama makan apa tu? Yang macam Maggi tu, eh?" soal Ian acuh tak acuh.
"Eh, mana ada. Kalau setakat makan Maggi, baik makan dekat rumah Nia aje. Berkotak-kotak Ramen ada. Pilih aje nak perasa apa. Kan Nia kan?"
Ian juling mata ke atas. Kan Nia kan? Menyampah!
"Okeylah, ma. Tak kesahlah mama makan apa pun, asalkan halal. Pastikan halal, ya? Bukan apa, dekat sana memang macam-macam jenis makanan ada tapi halal tak halal tu kena tengok betul-betul. Alaaa... Mama pun..."
"Saya masih tau halal haramlah, awak..." sahut suara kecil itu tiba-tiba.
Dahi Ian berkerut. Skrin telefon ditenung lama sebelum kembali berbicara.
"Mama loudspeaker, eh? Kenapa mama ni?" soal Ian kurang senang. Tambah sakit hati bila soalannya dibalas dengan tawa mama disulami tawa gedik si sayur. Perghhh! Sumbang mambang berintonasi sakit hati dan telinga. Annoying tahap dewa!
"Alaaa Nia ni hah. Katanya waktu dia call, Ian cakap macam samseng. Jadi dia nak dengar suara Ian kalau borak dengan mama. Katanya mesti manja."
Ian melongo. Hukaloh! Alasan. Tak ada yang lagi bodoh ke selain itu, wahai cik sayur? Manja? Hekkk dia!
"Whatever. Bila mama nak balik ni? Putrajaya dengan Bangsar tu boleh tahan dekat juga tau, cik sayur. Jangan lupa hantar mama saya balik," perli Ian.
"Nia la! Cik sayur pula. Hah, mama call ni nak bagi tahu Ian la ni. Emmm... Mama tidur rumah Nia malam ni. Kebetulan abang Nia pun tak ada. Outstation. Ian pun tak balik, kan?"
"Yalah, ma. Ikut suka mamalah. Ian busy ni. Assalamualaikum."
"Ian..."
Panggilan terus dimatikan bila suara itu yang kedengaran memanggil namanya. Semaklah si sayur tu. Urghhh mama ni. Tak ada ke yang senonoh sikit? Korean wannabe juga yang dia berkenan. Sadis!
"Hoi!"
Ian berpaling ke arah pintu masuk ke kafe yang sedikit terbuka.
"Apa hal? Ada problem ke?" soal Ammar.
Ian tak menjawab cuma geleng perlahan sambil angkat ibu jari menandakan semuanya okey saja.
"Kau nak rehat dulu? Aku take over."
Ian geleng lagi. Seketika lehernya dipanjangkan sedikit memandang ke arah dinding yang 'see thru' boleh nampak keadaan kafe dari dalam wet kitchen itu.
"Dah tak ada customer ke?"
"Yang walk in rasanya dah tak ada. Yang remaining, aku suruh Miqdad dengan Razin cover. Letih oi menguli roti. Lama dah tak menguli."
Ian jongket kening.
"Roti?"
"Haah. Aku rasa, kita kena variasikan menu. Yalah kan, kek dengan cupcake tu biasalah. Tapi kek bukannya tiap hari pun nak kena buat unless dah habis. Waktu borak-borak makan nasi lemak pagi tadi dengan budak berdua tu, aku dapat idea nak tambah croissant dalam menu. Apa lagi. Menguli tepunglah aku seharian."
Terangguk-angguk Ian mengiakan. Croissant? Favourite tu!
"Susah tak?" soalnya polos.
"Hmmm... Nak menguli tu tak susah mana. Croissant ni leceh sikit sebab banyak step. Dah siap uli, kena rehatkan dalam fridge. Uli lagi, simpan lagi. Ah, apa susah. Nanti kau mesti belajar juga buat croissant ni. Tak silap aku, ada dalam syllabus kursus kau."
"Hmmm... bagus juga. Aku memang suka makan benda alah tu. Pantang nampak, wajib beli!"
"Nah... Rasa."
Ian pandang muka Ammar, pandang semula pada roti yang disua ke arahnya.
"Cantiknya kejadian. Macam dekat kedai!" puji Ian. Capai aje croissant terus kunyah masuk mulut. Perghhh! Rasa sesedap rupa yang elok.
"Bukan ke kita memang dekat kedai sekarang ni?" soal Ammar, sarkastik.
Ian gelak. Allah. Lupa dah! Apa yang kau dok fikirkan ni, Ian?
"Amacam? Dah terasa bahangnya? Dulu aku dah warning awal-awal, kan? Jadi bakers yang ada kafe tak semudah yang kita sangka. End product dekat display memang menarik tapi..."
"Serius. Letih! Aku baru buat brownies aje, bhai. Belum lagi buat kek berjenis-jenis macam kau dok buat. Kau bayangkan, aku tengok jam sebab nak tahu waktu solat aje. Lepas tu macam tenggelam dalam dunia sendiri. Dulu-dulu masa kerja, aku tak pernah sefokus ni, bhai. Maksud aku..."
"Ya, aku faham maksud kau. Tapi, letih pun berbaloi kan bila nampak hasilnya?"
Ian senyum tipis.
"Sangat berbaloi!"
Ammar senyum puas hati. Ternyata dia tak salah memilih Ian jadi rakan kongsinya. Biarpun tak ada basic yang kukuh, sekadar minat yang awalnya cuma gaya macam acah-acah tapi kesungguhan Ian memang sangat dia kagumi. Dia yang dari awalnya memang minat bidang ini pun ambil masa nak kuasai satu-satu resipi tapi Ian, cuma dua kali diajar terus mampu buat brownies tahap boleh laku keras. Bakat terpendam agaknya.
"Eh, kejap. Oder esok dah settle ke ni?" soal Ammar, prihatin.
Ian geleng perlahan seraya mengeluh.
"Yang tiramisu belum siap. Topping pun belum buat apa lagi. Lemaulah, Mar. Rasa nak kena berasap sebatang dua okey ni. Baru cerah sikit biji mata ni."
"Haah. Tak ada nak berasap bagai! Tiramisu jadi rasa apa karang," marah Ammar.
"Hukaloh. Relakslah, bos. Siap berasap, aku cuci tangan wangi-wangilah!"
"Pergi tidur! Bila dah bangun nanti, baru siapkan topping."
Ian geleng laju.
"Tak ada maknanya nak tidur sekarang. Kalau sekarang ni kau bagi aku katil dengan bantal busuk aku tu, alamatnya esok lepas subuh baru aku bangun."
"Ahhh... Tak ada bantal busuk ke apa. Baring aje belakang tu pakai bantal yang ada. Banyak cekadak pula nak berbantal busuk segala," perli Ammar, muka bengang.
Ian kalih ke belakang dengan kening berkerut.
"Kau nak suruh aku baring atas lantai belakang ni?"
"Eh, memang taklah! Bilik belakang la, dei!"
Ian kalih lagi ke belakang.
"Belakang bilik apa? Bukan ofis ke?"
"Laaa... Budak Ajin tak bagi tahu kau ke? Tadi kau solat dekat mana?"
"Dekat atas."
"Bertuah punya Ajin! Aku dah reno ofis kita tu. Kau tak ada masuk lagi eh hari ni?"
Ian geleng lagi.
"Dah pergilah lelap. Nanti pukul 11 aku kejutkan kau. Topping tiramisu aku cover."
Ian blur tak sudah lagi. Reno? Ofis? Kenapa dia tak perasan masa pergi tandas tadi eh? Ahh nampak sangat dia dah ala-ala zombie bergerak. Tak hirau langsung kiri kanan apa jadi.
Malas nak soal banyak, kaki ditarik menuju ke ofis sebelum tubuh kurus tingginya dibaling ke atas sofa bed. Bau IKEA!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro