Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 22

Sejak ahli keluarganya meninggal,Danish menjadi seorang yang pendiam. Dia jarang bergaul dengan orang lagi. Sehingga rakan-rakan sekelasnya takut mendekati dirinya. Prestasi pelajarannya semakin merosot. Dia kerap tidak datang ke sekolah.

Guru-gurunya selalu memberi semangat dan nasihat kepada dirinya. Tetapi,tidak menjadi. Berjumpa dengan guru kaunseling pun tidak berguna. Rakan-rakan baiknya juga begitu.

Danish hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia bermain-main dengan pisau di tangannya. Kadang-kadang dia menoreh tangannya. Mula-mula dia berasa sakit. Tapi,lama kelamaan dia makin suka menoreh tangannya.

Ibu,ayah,kak ngah,Dania. Danish janji Danish akan bunuh dia. Danish akan balas dendam. Danish akan bagi dia rasa sakit macam Danish sekarang. Biar dia tahu betapa sakitnya Danish sekarang ni. Danish janji,Danish akan bunuh dia. Monolog Danish sendirian.

Dia keluar dari rumahnya. Ketika dia berjalan,beberapa penduduk kampung melihat dirinya. Dirinya betul-betul serabut. Pakaiannya tidak kemas. Dia memandang tajam setiap penduduk kampung. Penduduk kampung menjadi takut melihat dirinya menatap tajam sebegitu.

Dia terus berjalan tanpa arah tuju. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

     "Maaf,maaf. Tak sengaja." Ujar orang itu cuba mengangkat Danish yang terjatuh.

Danish ingin memarahi orang itu. Tetapi niatnya terbatal kerana orang itu memaafkan dirinya.

    "Tak apa. Sikit je." Balas Danish.

Orang itu tersenyum. Begitu juga Danish.

    "Nama pak cik, Harun. Panggil pak cik,tok." Ujar Harun memperkenalkan dirinya.

    "Nama saya Danish." Danish turut memperkenalkan dirinya.

     "Tok tahu yang keluarga kamu dah meninggal." Ujar Tok Harun.

Terkejut Danish mendengar.
"Macam mana tok boleh tahu?" Soal Danish.

    "Satu kampung dah tahu dah." Jawab Tok Harun.

     "Tapi tok,pembunuh tu dah kena tangkap kan?" Soal Danish.

      "Dah." Jawab Tok Harun.

Macam mana lah aku nak balas dendam. Hisyhh. Ucap Danish perlahan.

      "Tok dengar apa yang kau cakap. Tak payah kau bunuh dia. Aku ada satu cara." Ujar Tok Harun dengan senyuman penuh makna.

      "Apa maksud tok?" Soal Danish tidak faham maksud Tok Harun.

      "Adalah. Jom ikut." Ajak Tok Harun.

Danish pun mula mengikuti langkah Tok Harun. Mereka berdua mula melangkah ke sesuatu tempat yang tidak di ketahui oleh sesiapa. Kecuali Tok Harun.

   

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #misteri