Satu
Satu.
Pertengkaran antara dua beradik itu menarik perhatian semua orang di kafe. Kafe kecil, meja serta kerusi terhad dan suara si adik menengking, "Abang memang cemburu dengan saya! Saya lebih berjaya dari abang. Abang menghabiskan masa bertahun-tahun untuk sampai ke peringkat ini. Manakala saya boleh menyaingi dalam tempoh yang singkat!"
Pemuda yang lebih berusia itu menanggalkan cermin mata dan menggosok pangkal hidung. "Perbualan kita langsung tidak ada kaitan dengan pekerjaan. Tambahan pula, tiada sebab untuk aku cemburu. Kalau kau berjaya, aku juga tumpang gembira." Tangannya melambai memanggil pelayan. Sebaik sahaja pelayan tiba, sang abang membuat pesanan, "Jus oren satu."
"Abang masih ada hati hendak minum?" Bentak si adik. Matanya mengekori gerak sang pelayan sebelum kembali memandang si abang dengan perasaan benci.
Kening si abang terangkat sebelah. "Apa masalahnya? Kau tak mahu minum, itu masalah kau."
Cepat sahaja jus oren yang dipesan sampai. Keadaan tegang itu membuatkan sang pelayan segera beredar.
"Abang cuma mahu kau fikirkan lagi keputusan kau."
"Fikirkan apa?" Suara si adik masih meninggi. "Saya sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri! Jangan campuri urusan saya." Si adik akhirnya bangun. Sebelum berlalu, si adik menyindir tajam, "Usah bimbangkan saya. Fikirkan diri abang sendiri. Tidak salah memilih wanita matang daripada langsung tiada. Entah-entah dalam diam, bernafsukan wanita yang bukan wanita!"
Meskipun si adik telah lama pergi, si abang terus duduk tegak di kerusi, merenung gelas bersisa ais. Akhirnya dia melambai sang pelayan.
"Tuan mahu tambahkan pesanan?"
Pemuda itu menggeleng, lantas merenung lama si pelayan. "Adakah kau sudah berpunya?"
"Eh?"
"Jika belum, sudikah kau berkahwin dengan saya?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro