MAINAN PERASAAN (POV VIII)
Ikmal Khairul (dari sudut pandangannya)
Aku tak suka apabila suhana terang terangan memaksa aku untuk tidak berkawan dengan danisha. Cukuplah dia memaksa aku menukarkan penampilanku tapi kalau dia suruh aku memutuskan persahabatanku dengan danisha? Itu tidak mungkin. Nasib baik dia akhirnya menyuruhku berkawan dengan danisha setelah mereka tidak ada di sampingku kalau tidak aku pasti akan membantah cadangannya. Sebenarnya aku tak mahu kehilangan seorang sahabat. Cukuplah aku berkorban dari segi penampilanku tapi kalau aku di suruh mengorbankan persahabatanku dengan danisha, aku tak sanggup. Bagiku persahabatanku dengan danisha perlu aku pertahankan kerana aku hanya ada seorang kawan saja di dunia ini iaitu danisha. Kalau danisha tidak berkawan dengan aku sudah tentu haru biru jadinya. Apa apa pun aku berharap sangat danisha masih sudi berkawan denganku walau apa pun yang terjadi. Eh... nanti dulu kenapa aku seperti lebih mementingkan persahabatanku dengan danisha?... kenapa aku tidak pentingkan suhana dalam perkara ini. Padahal dia kan sasaran utama dalam hidup aku sekarang?... hish... kenapa dengan aku ni?... hmm... kadang kala aku tak fahamlah dengan diri aku sendiri....
Danisha marzuki (dari sudut pandangannya)
Aku lihat ikmal betul betul dalam masalah sekarang. Dari hari tu lagi aku dah dapat rasakan yang dia akan mengalami konflik dalam hidupnya. Sekarang dia di paksa berlakon bercinta dengan suhana. Dia kini menjadi mangsa buli azizul dan kawan kawannya. Sebagai kawannya aku tak sanggup melihat dia di buli oleh azizul dan kawan kawannya sebab buat masa ini aku hanya ada seorang kawan saja iaitu ikmal. Kalau dia tidak ada siapa lagi yang sanggup berkawan dengan aku. Gadis tomboy yang terpinggir. Apa apa pun aku tak setuju dengan rancangan suhana yang mempergunakan ikmal demi kepentingan dirinya sendiri. Dia seperti mempermainkan pemuda itu.
Sebenarnya aku tak mahu masuk campur dalam perkara ini tapi apabila aku melihat ikmal, dia seperti dalam kesusahan pula dan aku tak mampu berdiam diri. Bagiku dia tidak patut di perlakukan seperti itu. Dia harus di sedarkan dari terus terbuai dengan mainan perasaannya. Kalau tidak ini akan membinasakan dirinya sendiri tapi bila aku cuba menyedarkan ikmal tentang perkara ini, dia seperti merelakan saja apa yang terjadi dalam hidupnya. Tak sangka pula cintanya terhadap suhana begitu kuat sekali sehinggakan dia sanggup mengorbankan penampilan dirinya dan mengabdikan dirinya pada gadis tersebut. Walaupun begitu aku merasa terkilan sebab suhana dan kawan kawannya seperti tidak suka apabila aku berkawan dengan ikmal. Malah mereka melarangku dari terus berkawan dengan ikmal. Aku tidak tahu apakah aku teruskan hubungan persahabatanku dengan ikmal ataupun tidak. Sebenarnya hatiku berbelah bagi. Antara ingin berkawan dan tidak mahu berkawan. Semuanya gara gara suhana dan kawan kawannya...
Azizul kamarul (dari sudut pandangannya)
Bodoh betul si suhana ni. Adakah patut dia bercinta dengan pemuda nerd tu?... padahal ramai lagi pemuda lain dalam dunia ni yang sesuai jadi boyfriend dia tapi kenapa dia pilih pemuda nerd tu untuk jadi boyfriend baru dia pula?... aku betul betul tak faham dengan gadis tu. Aku tak tahu apa niat sebenar dia bercinta dengan pemuda nerd tu?... apakah dia sengaja nak show off depan mata aku yang dia lebih baik setelah berpisah dengan aku?... hm... ini tak boleh jadi ni... aku harus tanya dia kenapa dia bercouple dengan pemuda nerd tu kelak...
Suhana morshidi (dari sudut pandangannya)
Aku tak tahu samada ikmal akan memutuskan persahabatannya dengan danisha selepas ini ataupun tidak. Sebenarnya aku tak suka gadis tu berkawan dengan ikmal. Nanti tak pasal pasal pula rancangan yang aku gagal. Aku berharap sangat supaya dia tidak lagi berhubungan dengan gadis tomboy tu sebab aku cuma nak ikmal menumpukan perhatiannya padaku saja. Jika gadis tomboy tu ada tentu dia tak akan focus dengan lakonannya yang menjadi boyfriend olok olokku.
Tak baik kalau perempuan tu tiba tiba datang mengacau semua rancanganku sebab itu aku menyuruh ikmal jangan berkawan dengan danisha buat sementara waktu tapi dia nampaknya tak gembira dengan saranaku itu. Malah wajahnya kelihatan kurang menyenangkan. Maybe dia keberatan kot dengan saranaku tapi ini demi keberhasilan kami dalam menyusun strategi yang seterusnya. Jika tidak tentu hancur semua rancanganku. Setelah aku menyarankan yang dia boleh berkawan dengan danisha apabila aku dan kawan kawanku tidak ada di sampingnya barulah dia tersenyum. Itu pun senyuman yang hambar. Apa apa pun aku nak ikmal tumpukan perhatiannya pada lakonan kami sebab dia saja harapanku untuk merebut cinta di hati azizul...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro