MAINAN PERASAAN (POV VI)
Ikmal khairul (dari sudut pandangannya)
Seriously aku betul betul tak suka dengan penampilan baruku ini. Rasanya aku seperti seorang pemuda yang hilang identiti diri sendiri pula. Yang paling aku tak suka tu ialah rambut aku ni... rambut depan berjuntaian di depan mata kiriku membuatkan aku merasa tak selesa. Dahlah tu seluar jeans baggy yang aku pakai longgar sangat. Ianya terlondeh sehingga menampakkan sebahagian atas underwear yang aku pakai. Alahai... teruk betul rasanya bila memakai seluar jeans macam tu. Dahlah tu kasut yang ada di kakiku pula terasa berat jika di bandingkan dengan kasut kain yang biasa aku gunakan setiap hari. Lebih merimaskan lagi ialah baju jacket yang aku pakai. Aku terasa panas bila memakai jacket tu. Sebenarnya aku tak pernah pakai jacket kulit seperti itu sebelum ini. Aku merasa janggal sekali. Ini ke yang di katakan fesyen masa kini?... hm... entahlah... yang aku tahu azizul dan kawan kawannya pun selalu berpakaian seperti ini bila mereka pergi kuliah bersama sama. Malah pakaian yang mereka pakai semuanya berjenama. Bila aku fikirkan balik, baru aku perasan yang style rambut azizul pun sama dengan style rambutku. Jangan jangan suhana nak aku kelihatan sebijik macam kekasihnya tu kot. Hm... whatever...
anyway, aku nak call dani tapi aku tak nak ganggu dia. Mungkin dia busy ke apa ke... malas juga aku ganggu dia... sebenarnya aku tahu dia mensyaki suhana kerana dia nampak gadis tu dengan kawan kawannya sebut nama aku sambil ketawa. Dia seperti dapat meneka apa tujuan suhana mendekatiku. Namun aku tak mahu bagi tahu dia sebab aku tak mahu menyusahkan dia dalam perkara ini. Biarkan dia tertanya tanya dulu. Lambat laun dia pasti akan tahu juga tentang hubunganku dengan suhana...
Suhana morshidi (dari sudut pandangannya)
Tak sangka pula pemuda nerd ni boleh bertukar menjadi seorang pemuda yang handsome dan cute setelah aku buat beberapa makeover pada dirinya. Aku suka melihat dia bila dia menyelak rambut depannya yang berjuntaian di mata kirinya tu. Dia nampak sangat bergaya sekarang. Oh... one more thing i like about this guy, dia tak merungut atau memprotes jika aku membuat sebarang makeover ke atas dirinya. Dia ikut saja apa yang aku suruh. Thats why i like him. Dia nampak jauh berbeza dari azizul. Eh... nanti dulu... kenapa aku terlalu memuji si nerd tu pula?... bukankah tujuan aku buat makeover tu hanya untuk membuatkan dia kelihatan handsome seperti azizul tapi kenapa sekarang aku membandingkan dia dengan azizul?... agaknya aku ni dah tak betul kot?... hm.... whatever...
Danisha marzuki (dari sudut pandangannya)
Aku memang sengaja tak nak jumpa ikmal awal pagi tadi sebab aku tak nak ganggu dia masa dia tengah layan gadis idaman hatinya tu. Cuma aku rasa tak sedap hati aje apabila aku terdengar suhana dan kawan kawannya menyebut nama ikmal sambil ketawa. Aku dapat rasakan yang mereka sedang menghina ataupun mengumpat pemuda itu tapi aku malas nak tegur mereka masa tu sebab aku tak mahu di gelar sebagai seorang yang busy body. Apa apa pun aku berharap sangat semoga ikmal sedar akan perkara itu...
Azizul kamarul (dari sudut pandangannya)
Aku tak faham kenapa fikiran aku terganggu sejak aku melihat suhana berpegangan tangan dengan pemuda nerd tu. Aku tidak tahu apakah suhana bercinta dengan pemuda nerd tu atau pun dia hanya main main saja dengan pemuda tersebut. sebenarnya aku tidak suka tengok dia berpegangan tangan dengan lelaki lain. Aku tidak tahu kenapa aku berperasaan begini padahal kami baru saja berpisah. Hmm....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro