MAINAN PERASAAN (POV II)
Suhana morshidi (dari sudut pandangannya)
Dari tadi aku perasan yang ikmal khairul sering kali curi pandang ke arahku. Aku tak tahu kenapa dia asyik curi pandang ke arahku. Shasha dan amira pun perasan akan hal itu. Malah mereka sempat mengusikku dengan mengatakan bahawa ikmal ada hati denganku. Aku tak peduli dengan usikan seperti itu sebab aku dah biasa dengan usikan mereka. Walaupun begitu aku merasa tidak selesa bila dia asyik curi pandang ke arahku macamlah aku ni ada hutang dengannya.
Apa apa pun aku tidak suka dengan cara dia curi pandang ke arahku. Dia buat aku merasa serbasalah. Tak tahu kenapa tapi jikalau aku terpandang akan matanya aku jadi tak keruan. Aku sering mengelakkan diri dari membalas pandangan matanya kerana aku benar benar tidak selesa bila di perhatikan oleh seseorang. Aku lihat dia mula mengorak langkah sebaik saja saja dia selesai berbual dengan gadis tomboy itu. Tiba tiba azizul datang menghampiriku, aku pun terus berbual dengannya...
*** *** ***
Azizul kamarul (dari sudut pandangannya)
Tujuan aku berjumpa dengan suhana cuma satu. Aku cuma ingin katakan padanya yang aku ingin berpisah dengannya. Aku tahu ini bukan masa yang terbaik untukku berbuat demikian tapi sudah lama aku fikirkan perkara ini. Cintaku pada suhana sudah semakin hambar. Entah, kenapa perasaan cinta itu menjadi hambar pula. Yang pastinya kami sering bergaduh apabila bertemu. Ini kerana kami selalu saja tidak sependapat dalam perkara yang di bincangkan. Ada saja perkara yang membuatkan kami bergaduh.
Pagi kelmarin kami bergaduh kerana dia tertinggal buku notanya di rumah gara gara aku terlalu awal menjemputnya untuk pergi kuliah bersama sama. Aku merasa marah apabila dia cuba menyalahkan aku dalam perkara tersebut padahal memang dia yang bersalah kerana dia sendiri yang terlupa bawa buku tu. Bukannya aku yang menyebabkan dia terlupa bawa bukunya sendiri. Dia sendiri yang terlupa bawa buku tu, nak buat macamana lagi kan... takkanlah aku yang harus di persalahkan dalam hal ni pula?... tapi dia terus juga menyalahi aku sehingga aku merasa tertekan dan terkilan.
Jadi untuk mengelakkan pergaduhan yang berpanjangan aku pun terpaksa mengalah dan membiarkan dia mempersalahkan aku. Selain daripada itu ada perkara lagi yang membuatkan aku tidak tahan bila bersama dengannya. Dia selalu mengontrolku. Maksudku dia queen control. Apa yang dia cakap, apa yang dia suruh dan apa yang dia kehendaki harus aku turuti. Kalau tidak memang sakit telinga ini mendengar dia mengomel dan merungut 24 jam. Pada mulanya memanglah aku tahan di control olehnya tapi lama kelamaan aku dah tahan lagi dengan sikapnya itu. Sebab itulah aku mengambil keputusan untuk berpisah dengannya. Cukuplah selama ini aku selalu mengalah dengannya tapi kali ini aku tak mahu menjadi pak turutnya lagi. Aku mesti bebaskan diriku dari gadis seperti suhana...
Suhana morshidi (dari sudut pandangannya)
Aku tidak menyangka yang azizul ingin berpisah denganku. Dia buat aku merasa sedih. Airmataku mula turun membasahi pipiku apabila aku mendengar kata perpisahan dari mulutnya. Aku tanya apa salahku sehingga dia sanggup berpisah denganku. Alasannya cuma satu, dia tak tahan dengan sikapku. Itu saja. Hancur sungguh hatiku apabila aku mendengar perkataannya itu. Shasha dan amira terkejut sebaik saja mereka mendengar perkataan yang di ucapkan oleh azizul saat itu. Mereka berusaha memujuk aku supaya bersabar dan bertenang tapi aku tidak dapat mengawal emosiku. Aku menangis dan terus lari dari situ...
Ikmal khairul (dari sudut pandangannya)
Sebaik saja aku selesai bersalaman dengan gadis tomboy tersebut aku pun terus beredar dari situ. Aku mengorak langkahku untuk balik ke rumah. Semasa aku hampir dekat dengan suhana dan kawan kawannya aku lihat azizul datang menghampirinya. Aku pun segera menghentikan langkah kakiku. Aku lihat mereka seperti berbual dengan serius sekali. Setelah berbual buat beberapa ketika mereka mula bergaduh pula. Ramai siswa dan siswi yang lain berhenti untuk mendengar pergaduhan mereka. Aku cuba memasang telingaku untuk mendengar pergaduhan mereka. Yang aku dengar cuma beberapa perkataan saja. "Mulai dari saat ini awak bukan lagi kekasih saya... kita putus...", itu saja perkataan yang sempat aku dengar dari mulut azizul. Selepas tu aku lihat suhana menangis lalu berlari meninggalkan tempat itu. Aku hanya terpinga pinga memerhatikan mereka. "kasihan suhana... dia baru saja putus cinta dengan azizul...", detik hati kecilku.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro