MAINAN PERASAAN (POV I)
Ikmal Khairul (dari sudut pandangannya)
Namaku ikmal khairul... aku seorang pemuda yang pendiam dan pemalu. Aku tak ada kawan sebab aku tak suka bergaul dengan orang lain. Aku datang ke ULM ni untuk menuntut ilmu dengan sebaik mungkin. Aku nak jadi pandai seperti abang abangku yang dua orang tu. Memang itu matlamatku yang sebenarnya tapi ada yang mengganggu konsentrasiku setiap kali aku datang kuliah. Nak tahu apa yang mengganggu konsentrasiku? Dia ialah seorang gadis cantik. Aku memang tak dapat tumpukan perhatianku pada topik yang di bincangkan jika ada gadis cantik duduk di hadapan mataku. Nak tahu siapa gadis tu? Namanya suhana morshidi. Dia seorang gadis yang sangat cantik kat universiti tempat aku belajar ni. Apabila dia berada di hadapan mataku tumpuanku pada topik yang di bincangkan terus hilang entah ke mana. Malah aku sering berangan angan bercinta dengannya pula. Namun aku tahu angan anganku tak kan menjadik kerana dia sudah ada kekasihnya sendiri. Nama kekasihnya ialah azizul kamarul. Aku pula tak ada apa apa. Seorang kekasih pun tak ada... hm...
Bila aku fikirkan tentang hal ini aku merasa sedih. Setiap kali aku ada crush feeling dengan seseorang mesti orang tu dah berpunya. Tak pun dia dah berkahwin. Entah kenapa malang betul nasibku bila tiba dalam bab bercintan cintun ni. Orang lain kemaruk bercinta aku sehingga kini langsung tak ada kekasih. Percaya atau tidak, aku tidak pernah bercinta sebelum ini. Umurku sudah menjangkau ke 22 tahun tapi aku masih juga belum berpunya. Nak kata rupa aku ni tak handsome, mak aku kata aku handsome. Nak kata rupa aku ni teruk sangat, mak aku kata rupaku taklah teruk sangat. jadi apa masalahnya pun aku tak tahu.
Bila aku fikirkan balik mungkin aku di takdirkan untuk bersendirian selamanya kot. Tapi takkanlah selamanya kan... kalau selamanya memang kempunanlah aku merasa apa itu cinta yang sebenarnya. Mungkin ada yang berfikir, "eh... dia kata matlamatnya pergi ke U tu untuk belajar tapi dia fikir soal cinta pula..." yeah, memang betul aku ada matlamat seperti itu tapi sebagai seorang manusia biasa aku pun ingin di cintai dan di sayangi oleh orang yang aku kasihi. Maybe ada orang akan mentertawakan aku kerana perkara ini, ya... tak apalah aku tak kisah pun... memang aku macam ni. Apa apa pun aku memang berharap sangat agar suhana jatuh cinta padaku di suatu hari nanti. Aku tahu ini hanya impianku saja tapi siapa tahu kan ianya akan menjadi kenyataan kelak...
"Ikmal... ikmal khairul...", kedengaran suatu suara memanggil namaku. Aku terkejut dari lamunanku. Aku lihat puan mardiah memandang ke arahku dengan pandangan yang tajam. Semua siswa dan siswi yang lain pandang semacam ke arahku. suhana pun turut memandang ke arahku. Aku terpaksa tersenyum kambing. "Oh... puan panggil saya ke?...", soalku seperti orang yang baru tersedar dari mimpi. "Saya tanya apa yang awak lamunkan sangat tu?...", puan mardiah bertanya sambil bercekak pinggang. "Er... nothing...", balasku sepatah. "Ikmal... lain kali kalau saya bersyarah kat depan ni tolong beri perhatian penuh pada topik yang di bincangkan... kalau awak asyik termenung dan mengelamun aje macamana awak boleh maju?...", soal puan mardiah dengan wajah yang serius.
"Maaf puan... lain kali saya akan tumpukan perhatian saya pada topik yang puan bincangkan... saya janji...", balasku dengan pantas. Puan mardiah pun terdiam selepas itu. Sesi kuliah tamat sebaik saja pensyarah berusia 40-an itu menyuruh mereka menyiapkan assignment yang di berikan. Semua siswa siswi yang lain mula melangkah pergi dari situ. Aku lihat suhana bangun dari atas kerusinya. Dia melangkah keluar dari dalam dewan kuliah sambil berbual dengan 2 orang rakannya
Aku melangkah mengekori mereka dari jauh. Aku lihat suhana berbual sambil ketawa. Aku memang suka tengok cara dia ketawa. dia nampak sungguh cute sekali. Apa apa pun dia memang gadis popular kat kampus ni. Maklumlah dia tu kan cantik maka ramailah lelaki menggilainya. Buktinya ramai lelaki lain berusaha menggodanya tapi dia tak mudah di goda. Dia hanya terpaut pada seorang lelaki bernama azizul kamarul saja. Bertuah sungguh azizul kerana dia mendapat kekasih yang cantik seperti suhana. Kalaulah aku menjadi kekasihnya... "Ehemmm...", lamunanku tiba tiba terhenti sebaik saja seseorang berdehem di belakangku. Aku pun segera menoleh ke belakangku. Kelihatan seorang gadis berdiri sambil menghulurkan buku nota di tangan
"Maaf... buku nota awak terjatuh tadi... so saya ambik dan serahkannya pada awak...", kata gadis yang bertopi nike, memakai tshirt berbelang hitam dan berseluar jeans biru itu. Aku pun mengambil buku nota tersebut sambil tersenyum simpul. "Thanks...", balasku sepatah. Dia tersenyum padaku. "Er... lain kali jangan jalan sambil termenung, ya... jangan sampai awak tak sedar buku awak jatuh lagi...", tutur gadis yang berperwatakan tomboy itu. Aku hanya tersengih saja apabila mendengar nasihatnya. "Ok... terima kasih atas peringatan awak tu. Er... saya pergi dulu ya...", aku bersuara sambil melangkah pergi dari situ. "Er... nanti dulu...", gadis tomboy itu segera menghampiriku.
"Boleh kita berkenalan?... er... Nama saya danisha marzuki. Panggil saja saya dani... saya student baru kat sini... saya student jurusan perakaunan tahun pertama... anyway, siapa nama awak?", tanpa di pinta dia memperkenalkan dirinya padaku. Aku terpinga pinga. Buat pertama kali dalam hidupku, aku bertemu dengan seorang gadis yang ingin berkenalan denganku. Gadis tomboy pula tu. "Namaku ikmal khairul. Saya student jurusan business management tahun kedua...", aku menjawap pertanyaannya dengan secara acuh tak acuh. "Selamat berkenalan...", katanya sambil tersenyum manis. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku menyambut huluran tangannya. Namun pandanganku tidak terarah sepenuhnya pada gadis tomboy tersebut. Aku masih mencuri pandang ke arah suhana dan kawan kawannya...
Danisha marzuki (dari sudut pandangannya)
Entah, kenapa tiba tiba saja aku terbuka hati hendak berkenalan dengan pemuda sekor ni. Memang pada mulanya aku hanya nak serahkan buku notanya yang terjatuh tu tapi tiba tiba saja mulut aku ringan sangat hendak berkenalan dengannya. Aku perhatikan dia berjalan seorang diri. Tak berteman pula tu. Dah tu dia nampak macam orang yang tengah berfikir tentang sesuatu sehingga dia tak sedar buku notanya terjatuh di atas lantai. Maybe dia ada masalah peribadi kot? Entahlah... apa apa pun aku beranikan diri untuk berkenalan dengannya sebab aku rasa aku perlukan kawan baru kat universiti ni.
Tak sangka pula dia sudi berkenalan dengan aku tapi aku lihat dia seperti memerhatikan seseorang ketika dia berbual dengan aku tadi. Maybe someone special kot... hm... entahlah, yang aku tahu dia asyik perhatikan seorang gadis yang cantik berdiri tidak jauh dari tempat kami berbual tadi. Maybe dia ada hati dengan gadis tu kot?... hm... entahlah!....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro