MAINAN PERASAAN 9
Sebaik saja kuliah tamat, suhana pun terus menghampiri ikmal. Seperti pasangan yang bercinta, mereka berdua berjalan sambil berbual denagn mesranya. Sebaik saja mereka sampai di parking lot itu, suhana segera memandang wajah pemuda tersebut. "Ikmal... malam nanti boleh tak awak temankan saya pergi ke pub star dust tepat pada pukul 10 malam ni?...", soal suhana dengan lembut. "Kenapa pula kita pergi ke sana?...", soal ikmal. "Sebab pub tu selalu di kunjungi oleh azizul dan kawan kawannya. Boleh kan kalau awak temankan saya pergi ke sana malam ni?...", soal suhana ingin tahu. Ikmal terdiam seketika. Sebenarnya dia tidak pernah pergi ke pub sebelum ini. Maklumlah dia bukannya suka sangat pergi ke tempat bising seperti itu. Namun demi cintanya pada suhana dia terpaksa mengikut saja kehendak gadis tersebut. "Baiklah... tapi saya tak tahu di mana letaknya pub star dust tu. Maklumlah saya belum pernah pergi ke pub tu...", jelas ikmal dengan jujur. "Oh... awak jangan bimbang. Saya akan datang menjemput awak dari rumah awak nanti... awak tunggu saya, ya...", suhana bersuara dengan penuh semangat. "Baiklah...", jawap ikmal sepatah.
"Eh... hana, si azizul sedang memerhatikan koranglah...", bisik shasha di telinga suhana. "I know...", suhana tersenyum lebar. "See you later, sayang... muaahhh... ", Tanpa rasa segan silu gadis tersebut terus mencium pipi kiri ikmal. Ikmal merasa sungguh terkejut sebaik saja pipinya di cium oleh gadis itu. Wajahnya kemerahan bagaikan udang yang di goreng garing. dalam diam dia merasa sungguh gembira sekali. Maklumlah dia dapat ciuman dari gadis idaman hatinya. Yang membuatkan dia merasa bertambah cair tu ialah ketika suhana memanggilnya 'sayang'. Walau pun dia tahu suhana cuma berlakon ketika itu namun dia tidak peduli. Dia merasa indah sekali apabila suhana memanggilnya 'sayang'. Perlahan lahan suhana melangkah masuk ke dalam keretanya lalu di pasangkannya enjin kereta tersebut. Kawan kawannya pun turut melangkah masuk ke dalam kereta itu. Ikmal tersenyum separuh berkhayal. Dia melambai lambaikan tangannya ke arah suhana dan kawan kawannya.
Ketika dia berdiri di situ tiba tiba seseorang melanggarnya dari belakang. Hampir saja ikmal terjatuh saat itu. Nasib baik saja dia sempat mengimbangi tubuh badannya kalau tidak memang dia terjatuh di atas tanah. Kelihatan azizul melangkah sambil merenung wajahnya dengan renungan mata yang marah sekali. Rupa rupanya azizul lah yang melanggarnya tadi. "Ke tepilah budak nerd...", marah seorang pemuda di sebelahnya. Kalau tak salah itulah zarul kawan baik azizul. Tanpa di duganya pemuda tersebut menolak bahu kirinya dengan kasar. Ikmal hampir saja terjatuh. Nasib baik dia sempat mengimbangi tubuh badannya kalau tidak tak tahu lagilah. "You jerk...", sekali lagi tubuhnya di langgar dari belakang. Kali ini ikmal tidak sempat mengimbangi tubuh badannya. Akibatnya dia terjatuh di atas tanah. "Hahaha...", azizul mentertawakannya. begitu juga dengan kawan kawannya yang lain. Tiba tiba, "Hey... berhenti ketawalah... ianya tak lucu pun", marah satu suara. Kelihatan danisha melangkah lalu menarik tangan ikmal supaya dia berdiri semula.
"Eh... dia kawan awak ke?", soal azizul separuh meluat. "Yalah... so what?", soal danisha sambil bercekak pinggang. "Tolong bagitahu kawan awak ni jangan berangan sangat nak jadi boyfriend si suhana tu ya... dia tak layak jadi boyfriend suhana!...", bentak azizul dengan kasar sekali. "Eh... kalau dia nak jadi boyfriend suhana pun dia punya sukalah... yang awak marah marah ni, kenapa... hah?...", marah danisha pula. "Saya punya sukalah nak marah dia... kenapa awak libatkan diri dalam hal ini pula?", marah azizul. "Dia kawan saya jadi saya harus membelanya... by the way, awak nak rasa buku lima saya ni, ke?", bentak danisha sambil menunjukkan buku limanya. "Awak ni memang nak...", belum pun sempat azizul bersuara, tangannya di tarik oleh zarul. "Dah lah tu. Jangan bergaduh kat sini. Nanti tak pasal pasal pula korang di tangkap oleh pensyarah...", tegah zarul. Mahu tidak mahu azizul pun terpaksa melangkah mengekori langkah kaki zarul dan azroy dari belakang.
"Thanks dani sebab awak tolong saya tadi...", kata ikmal sebaik saja 3 orang samseng tersebut melangkah pergi dari situ. Dia menghulurkan tangannya tanda berterima kasih tapi danisha tidak menyambut huluran tangannya. Malah dia mencebikkan bibirnya. "Ok... apa sebenarnya yang terjadi ni?... kenapa awak tiba tiba mengubah penampilan awak dan kenapa awak jadi boyfriend suhana?", soal danisha dengan wajah yang serius. Mahu tidak mahu ikmal pun terpaksa menceritakan apa yang telah terjadi dari A ke Z. "Apa?... awak terima tawaran dari suhana untuk berlakon menjadi boyfriendnya supaya azizul merasa cemburu dan kembali padanya?", soal danisha terkejut. "Nampak gayanya macam itulah...", balas ikmal lemah. "Kenapa awak terima tawarannya itu, hah?", soal danisha ingin tahu. "Sebab saya cintakan dia dan saya tak nak hampakan permintaannya....", kata ikmal perlahan lahan. "Oh jadi awak lakukan semua ini demi cinta awak pada suhana tapi tidakkah awak rasa tindakan awak ni bodoh?", soal danisha sambil mengerutkan dahinya.
"Ya... saya tahu tindakan saya ini bodoh tapi ini saja caranya untuk saya mendekati suhana...", kata ikmal. "Oh... jadi awak buat semua ni kerana awak nak 'dekat' dengan gadis tu? Tapi saya tak rasa pun yang awak dah 'dekat' dengan dia... maklumlah suhana cuma dekat dengan awak kerana dia nak buat azizul merasa cemburu dan sakit hati dengan hubungan korang. kemudian dia akan bercinta semula dengan suhana. Itulah tujuan sebenar suhana... dalam erti kata yang lain, dia mempergunakan awak demi kepentingan dirinya sendiri. Dia tak kata pun yang dia dekat dengan awak supaya korang bercinta betul betul... dia hanya nak awak jadi pelakon cinta palsunya...", tekan danisha cuba menyedarkan pemuda itu. "Ya... saya tahu dani... saya tahu...", balas ikmal.
"Kalau awak tahu kenapa awak teruskan lakonan ini?... tidakkah awak rasa tindakan awak ini akan memakan diri awak sendiri?... silap haribulan awak akan di tinggalkan oleh suhana setelah rancangannya itu berjaya...", kata danisha dengan wajah yang serius. "Saya tahu semua risiko itu, dani tapi saya tak dapat melawan keinginan hati ini untuk bercinta dengan suhana walaupun saya tahu ianya cuma lakonan semata mata. Saya tahu awak anggap saya bodoh kerana mengambil tindakan ini tapi saya tak boleh buat apa apa lagi... saya dah terima tawarannya. Jadi saya tak boleh mengundurkan diri dalam perkara ini...", kata ikmal. "Hm... ikut suka hati awaklah... kalau awak rasa awak boleh survive dalam perkara ini, awak teruskan saja lakonan awak dengan suhana tu... tapi kalau awak mengalami masalah dengannya kelak, awak selesaikan saja masalah awak tu seorang diri... aku malas nak masuk campur...", balas danisha.
"Jadi awak tak mahu berkawan dengan saya lagi, ke?", soal ikmal. "Entahlah....", balas danisha sepatah. Dia berjalan meninggalkan tempat itu. Ikmal terpaksa mengekorinya dari belakang. "Dani... walau apa pun terjadi saya harap awak akan terus berkawan dengan saya sebab awak seorang saja kawan baik saya sekarang...", kata ikmal perlahan lahan. Danisha hanya diam membisu. Dia sedikit tidak bersuara. Dia terus membonceng motosikalnya lalu pergi dari situ. Tinggallah ikmal seorang diri di situ....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro