MAINAN PERASAAN 7
Ikmal pulang ke rumahnya. Sebaik saja dia sampai di rumahnya... "Ikmal... awak ke tu?", soal suatu suara. Langkah kaki ikmal terhenti di situ juga. Kelihatan emaknya mak timah memandang ke arahnya dengan pandangan yang terkejut. Ayahnya pun ada di situ. Dia juga kelihatan terkejut. "Ya... mak...", jawap ikmal ringkas. "Apa dah jadi dengan rambut awak ni?... bila masa pula awak potong rambut awak macam ni... kenapa awak tiba tiba pakai seluar jeans yang terlondeh macam ni pula?... mana cermin mata awak?... Kenapa awak tak pakai cermin mata awak?", mak timah bersuara sambil memerhatikan penampilan baru anak lelakinya itu dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Ikmal tak tahu bagaimana dia hendak menjawap soalan emaknya sebab soalannya terlalu banyak. "Ikmal... kenapa awak diam?... jawaplah pertanyaan emak kau tu...", giliran ayahnya pula yang bersuara. "Maaflah mak, ayah... saya letih ni... saya pergi berehat dulu...", ikmal terus beredar meninggalkan kedua orang tuanya di situ. Mak timah hanya terlopong memerhatikan penampilan baru anak lelakinya itu. Manakala suaminya hanya menggeleng gelengkan kepalanya.
*** *** ***
Malam itu ketika makan malam sekali lagi ikmal di hujani pertanyaan yang sama dari kedua orang tuanya. Mahu tidak mahu dia pun terpaksa menjawap pertanyaan orang tuanya dengan alasan dia hanya ingin menukar cara penampilan dirinya. Itu saja. Selepas itu mereka tidak banyak bertanya lagi. Ikmal tahu orang tuanya merasa sungguh terkejut dengan penampilan barunya tapi dia terpaksa berdalih demi menjaga rahsia yang di simpannya di lubuk hati. Setelah makan malam ikmal segera melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Fikirannya menerawang jauh. Bayang wajah suhana kini kembali menghantui kotak fikirannya. "Suhana... alangkah baiknya jika kau benar benar menyintai aku...", bisik hati kecilnya perlahan lahan...
*** *** ***
Keesokan harinya ikmal pergi kuliah seperti biasa. Ketika dia melangkah turun dari atas motosikalnya dia lihat danisha baru sampai di kawasan parking lot itu. Ikmal tersenyum pada gadis tersebut tapi senyumannya tidak berbalas. Dia seperti tidak mengenalinya pula. "Hey... dani...", panggil ikmal. Danisha segera memandang wajah pemuda itu. "Its me lah, ikmal...", ikmal terpaksa memperkenalkan dirinya. "Apa?... awak ikmal khairul?", soal danisha macam tidak percaya. Dia lihat pemuda tersebut dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. "Yelah.... habis tu, awak fikir saya ni siapa?", soal ikmal sambil ketawa kecil. "Aiseh... bukan main bergaya lagi awak sekarang, eh... anyway, sorrylah... saya betul betul tak dapat kecam awak tadi...", danisha bersuara sambil menumbuk perlahan bahu kiri pemuda itu.
Ikmal hanya ketawa kecil. "Wei... apasal awak tiba tiba tukar penampilan awak ni ar?...", soal danisha ingin tahu. "Rahsia...", jawap ikmal sepatah. "apalah awak ni... dengan kawan sendiri pun awak berahsia... hmm...", danisha bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. Belum pun sempat ikmal bersuara tiba tiba datang pula suhana dan kawan kawannya di situ. "Hai... mal.... good morning... wow... you look so great... thanks sebab awak sudi pakai pakaian yang saya pilih untuk awak...", kata suhana sambil tersenyum gembira. "Yeah...", Ikmal tersengih macam kerang busuk.
"He's look so hot...", bisik shasha di telinga suhana. "Yeah... i know...", balas suhana separuh berbisik. Dia kembali menumpukan perhatiannya pada pemuda itu. "Er... mari kita pergi ke dewan kuliah...", ajak suhana dengan manja. Tanpa segan silu dia pun terus menarik tangan ikmal supaya beredar dari situ. Danisha ingin mengekori mereka tapi dia di tegah oleh shasha dan amira. "Awak tak boleh ikut kami...", tegah shasha dengan wajah yang bengis. "Kenapa pula?", soal danisha separuh bengang. "Sebab awak bukan kawan kami...", balas shasha dengan nada suara yang dingin.
"Tapi ikmal tu kawan saya, ok...", danisha bersuara dengan nada suara yang tertahan tahan. Sebenarnya dia cuba menahan rasa amarah di dalam dadanya. "He's not your friend anymore... sekarang dia kekasih suhana dan dia kawan kami... so, you better get lost...", bentak shasha. Danisha merasa terkejut. "Apa?... ikmal kekasih suhana?... sejak bila pula dia jadi kekasih suhana?", soal danisha dengan nada suara yang terkejut. "Ya... dia kekasih ikmal. Baru 2 hari diorang start bercouple...", balas shasha. "Saya tak percaya cakap awak...", danisha bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. Tanpa menghiraukan dua orang gadis tersebut danisha pun terus berlari mengejar ikmal. Shasha dan amira terpaksa mengejarnya dari belakang. "Ikmal... nanti dulu...", panggil danisha. Ikmal pun berhenti melangkah. Begitu juga dengan suhana yang berada di sebelahnya. Mereka mengalihkan perhatian mereka ke arah danisha. "Ada apa dani?", soal ikmal ingin tahu.
"Betul ke awak dah jadi kekasih suhana?", soal danisha ingin tahu. Belum pun sempat ikmal bersuara, suhana segera berdiri di depan wajahnya. "Ya... memang betul dia dah jadi kekasih saya... kenapa?... awak jealous ke?", soal suhana dengan wajah yang serius. Dia memegang erat tangan ikmal. Danisha menggeleng gelengkan kepalanya. "Saya tak percaya cakap awak tu...", kata danisha. "Awak percaya ke, tak percaya ke... itu terpulang pada diri awak... saya dah malas nak layan awak, huh!...", suhana bersuara sambil menyelak hujung rambutnya yang panjang ke belakang. "Lets go...", Dengan sepantas kilat dia menarik tangan ikmal supaya beredar dari situ. Ikmal terpaksa mengekori langkah kaki gadis itu dari belakang. Dari jauh dia lihat danisha masih berdiri memerhatikannya di situ. Dia tahu danisha pasti merasa bengang ketika itu tapi apa kan dayanya. Dia umpama seekor kerbau yang di tarik tali oleh tuannya...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro