Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MAINAN PERASAAN 5

Keesokan harinya ikmal pergi kuliah seperti biasa. Dari jauh lagi dia dapat melihat suhana dan kawan kawannya sedang berdiri seperti menunggunya pula. Ikmal cuba bersikap selamba walaupun dalam hati dia rasa macam serbasalah. "Hai... mal", sapa suhana sebaik saja dia berada di kawasan kampus. "Hai...", sapa ikmal sepatah. "Er... macamana keputusan awak tentang tawaran yang saya bagitahu awak semalam tu?... awak terima tak?", soal suhana ingin tahu. dia seperti tidak sabar lagi hendak mengetahui keputusan dari mulut pemuda itu.

Ikmal memandang wajah dua orang rakan suhana yang berdiri di sebelah gadis tersebut. Bagaikan mengerti akan pandangan mata pemuda itu shasha dan amira pun meminta diri untuk pergi dari situ. "Er... su, kami pergi ke dewan kuliah dulu, ya... talk to you later...", shasha bersuara sambil melangkah pergi dari situ. "Ok...", balas suhana sepatah. Sebaik saja dua orang kawannya pergi dari situ dia segera menggamit tangan ikmal. "Macamana ikmal?... awak setuju tak dengan tawaran saya tu?", sekali lagi suhana mengutarakan pertanyaannya. Tanpa menjawap ikmal mengangguk anggukkan kepalanya.

"Are you sure?...", soal suhana sambil tersenyum. "Yep...", balas ikmal sepatah. "Awak tak rasa menyesalkah nanti jika ada hal yang terjadi selepas ini?...", soal suhana. "Maksud awak?", soal ikmal ingin tahu. "Maksud saya, jika berlakunya perkara yang menyakitkan hati awak, contohnya saya berbohong dengan mengatakan pada semua orang yang awak adalah kekasih saya... awak tak kisah kan?... awak tak menyesal jika sekiranya di suatu hari nanti saya akan tinggalkan awak?", soal suhana bertubi tubi. "Hm... saya dah fikirkan semua risiko tu... saya rasa saya takkan menyesal sebab saya lakukan semuanya ini demi cinta...", ikmal bersuara perlahan lahan.

"Demi cinta?... maksud awak?", soal suhana seperti tidak faham apa yang di ucapkan oleh pemuda itu. "Maksud saya, saya lakukan ini demi cinta...", belum pun sempat ikmal menghabiskan perkataannya, suhana tersenyum lalu berkata, "oh... saya faham sekarang apa yang awak cuba katakan... awak lakukan semua ini demi cinta saya pada azizul kan?... ", potong suhana. Ikmal terdiam selepas itu. Sebenarnya bukan itu yang dia ingin katakan pada gadis tersebut. Dia cuma ingin katakan yang dia lakukan semuanya itu demi cintanya pada gadis tersebut tapi memandangkan gadis itu tidak memberikannya kesempatan untuk bersuara maka dia pun terpaksa mendiamkan diri.

"Kalau macam tu baguslah... but first of all, saya nak awak tukar fesyen rambut dan penampilan awak ni... saya nak boyfriend baru saya nampak menarik dan mengancam...", kata suhana sambil tersenyum manis. Ikmal terpegun dengan senyuman gadis tersebut. Melihat senyumannya saja sudah cukup membuatkan hatinya bergetar. Namun dalam pada itu dia merasa sedikit keberatan apabila dia mendengar yang gadis tersebut ingin mengubah penampilannya tapi demi cintanya terhadap suhana dia pun terpaksa akur dengan kehendak gadis itu.

"Ok... selepas tamat kuliah nanti kita pergi shopping sama sama ya... jangan takut saya yang belanja...", kata suhana sambil mengenyitkan matanya. "Mari kita pergi ke dewan kuliah sekarang...", suhana bersuara sambil tersenyum manis. Bagaikan seekor kerbau yang di tarik oleh tuannya dengan tali, ikmal pun berjalan mengekori suhana dari belakang. Ketika mereka sedang melangkah di ruang koridor yang sibuk itu tiba tiba saja suhana lihat azizul dan kawan kawannya berjalan dari arah yang bertentangan. Cepat cepat suhana memegang erat tangan kiri ikmal. Berderau darah ikmal sebaik saja tangannya di pegang erat oleh gadis tersebut. "Azizul dan kawan kawannya datang tu. Kita start berlakon, ya...", bisik suhana di telinganya. Ikmal pun terpaksa menganggukkan kepalanya perlahan lahan.

Ketika mereka berpapasan di situ, azizul seperti terkejut apabila melihat suhana bergandingan tangan dengan seorang pemuda. Pemuda nerd lagi tu. Dia tidak tahu kenapa suhana memegang tangan pemuda tersebut. Hampir saja dia bertanya pada suhana tapi suaranya tersangkut di dalam kerongkongnya. Dia hanya membiarkan mereka berjalan beriringan tanpa bertegur sapa. Dia rasa tidak sedap hati sebaik saja dia melihat suhana berpegangan tangan dengan lelaki lain. Dia tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Namun dia hanya membiarkan mereka berlalu pergi dengan begitu saja...

"Awak nampak tak reaksi si azizul tadi?... dia nampak terkejut kan?", soal suhana sebaik saja dia dan ikmal berada depan pintu dewan kuliah tersebut. "Ya...", balas ikmal sepatah. Matanya tertumpu pada tangan suhana yang masih memegang erat tangannya. "Oh... sorry...", bagaikan tahu erti pandangan mata pemuda itu suhana pun terus melepaskan tangan ikmal dari tangannya. Sewaktu dia memegang tangan ikmal tadi dia rasa tangan pemuda tersebut seperti berpeluh pula. Mungkin pemuda itu terlalu nervous kot sebab berlakon berpegangan tangan dengannya tapi dalam diam dia merasa bersyukur sebab ikmal sudi menjadi boyfriend olok oloknya. "Thanks ikmal sebab awak sudi jadi kekasih olok olokku... you are my saviour now....", suhana bersuara sambil mengenyitkan matanya. Ikmal hanya tersengih macam kerang busuk. Perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam dewan kuliah yang sibuk itu....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro