Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MAINAN PERASAAN 4

ikmal sedang duduk di atas kerusi sofa sambil menonton TV. Fikirannya menerawang jauh. Dia masih teringat akan peristiwa yang terjadi pagi tadi. Wajah suhana terus terbayang di matanya. Rasanya dia sudah gila bayang pada gadis tersebut. Ketika dia sedang leka melayan perasaannya tiba tiba saja handphonenya berbunyi nyaring. Dia pun menjawap panggilan di handphonenya itu.

"hello..."
"hello... ikmal ke ni?"
"ya... siapa ni?"
"suhana ni..."
"oh...suhana... ada apa awak call saya ni?"
"saya cuma nak berjumpa dengan awak petang ni. itu pun jika awak sudi berjumpa dengan saya..."
"oh... sudah tentu saya sudi berjumpa dengan awak... kita nak jumpa kat mana dan pukul berapa nak jumpa?"
"kat restoran KFC di jalan melati... tepat pukul 3 petang ni. Awak tentu akan datang jumpa saya kat sana, kan?"
"Ya... saya akan datang jumpa awak kat sana..."
"Ok, see you later bye..."
"Bye..."

Dengan sepantas kilat ikmal bangun dari atas kerusi sofa tersebut. "Oh... yes!...", ikmal bersuara dengan riangnya. Dia merasa sungguh gembira sebab tak lama lagi dia akan keluar dengan gadis idaman hatinya. Dia pun bersiap hendak keluar menemui gadis tersebut. Dia berjalan sambil bersiul dengan riangnya. Namun dalam pada itu dia bertekad untuk tidak lagi menggelabah depan gadis tersebut. Dia tidak mahu lidahnya menjadi keras dan kaku seperti batu. Dia juga tidak mahu merasa nervous. Biarlah kali ini dia menjadi seorang lelaki yang selamba dan petah berbicara apabila dia berhadapan dengan gadis itu kelak.

*** *** ***

suasana di restoran KFC pada petang itu kelihatan begitu sibuk sekali. ramai juga pelanggan yang datang menjamu selera di restoran tersebut. ikmal melangkah dengan pantas menuju ke arah restoran KFC itu. kelihatan suhana sedang berdiri di luar restoran tersebut seorang diri. "maaflah hana... saya terlambat sebab saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya tadi...", ikmal cuba bersikap selamba sebaik saja dia berdiri di hadapan gadis cantik itu. "oh... tak apa. its okay... saya baru saja sampai di sini...", balas suhana dengan wajah yang selamba. "jom kita masuk ke dalam...", ajak ikmal. "jom...", balas suhana sepatah.

Mereka pun melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Sampai saja di kaunter pesanan, mereka segera memesan makanan kegemaran masing masing. setelah siap semuanya mereka mula membawa tray makanan di tangan menuju ke arah sebuah meja yang terletak tidak jauh dari situ. mereka duduk di atas kerusi masing masing. mreka makan sambil berbual bual. "urm... apa tujuan awak mengajak saya keluar petang ni?", soal ikmal sambil memakan burger di tangannya. "sebenarnya saya nak berbincang dengan awak tentang sesuatu perkara...", kata suhana sambil memakan ayam KFC di tangannya. "apa dia?", soal ikmal ingin tahu. "awak tahu tak saya baru saja putus cinta dengan azizul?...", soal suhana. "yep... saya tahu... semua orang kat kampus pun tahu yang awak dah putus cinta dengan azizul...", balas ikmal.

"begini... sejak saya putus cinta dengan azizul, saya langsung tak dapat melupakannya walaupun cuma sedetik saja... saya merasa sedih sebab hubungan kami terputus begitu saja... sebenarnya saya masih cintakan dia tapi dia yang memutuskan hubungan kami tanpa sebab musabab yang tertentu. Saya merasa sungguh tertekan dan terdesak. kalau boleh saya nak hubungan kami bersatu semula tapi dia buat saya macam orang yang tak pernah wujud dalam hidupnya...", suhana bersuara sambil menangis dengan sedih. ikmal merasa simpati pada gadis tersebut. dia menyerahkan sehelai tisu kertas pada suhana. perlahan lahan suhana mengambil kertas tisu itu lalu di kesatnya airmata yang mengalir di atas pipinya itu. Ikmal meminum air pepsi cola di dalam gelas di tangannya dengan perlahan lahan.

"Saya ada berbincang dengan kawan kawan saya iaitu shasha dan amira tentang perkara ini. Shasha mencadangkan supaya saya mencari seorang pemuda yang sanggup berlakon menjadi boyfriend olok olok saya... mungkin dengan cara ini azizul akan merasa cemburu dan dia kembali bercinta dengan saya... setelah saya memikirkannya, saya rasa awaklah calon yang paling sesuai untuk berlakon menjadi boyfriend olok olok saya...", kata suhana perlahan lahan. ikmal terkejut lalu tersedak ketika mendengar perkataan gadis itu. air pepsi cola yang di minumnya tersembur keluar dari dalam mulutnya bagaikan spray air pula.

Nasib baik suhana tidak terkena semburan air dari mulutnya kalau tidak tak tahu lagilah. "oppsss... sorry... sorry... saya tak sengaja...", kata ikmal separuh malu. dia tergopoh gapah mengesat air pepsi yang tersembur dari dalam mulutnya itu dengan tisu di tangan. suhana hanya tersengih saja padanya. "er... apa awak cakap tadi? cuba awak ulang sekali lagi?", soal ikmal setelah dia berjaya mengawal dirinya semula. "macam ni, saya nak awak berlakon menjadi boyfriend olok olok saya apabila kita berada di hadapan mata azizul supaya dia merasa cemburu dan kembali bercinta dengan saya...", kata suhana dengan pantas. "nanti dulu... kenapa awak pilih saya menjadi boyfriend olok olok awak pula?... kenapa tak pilih orang lain saja?", soal ikmal ingin tahu. "sebab saya tahu awak boleh berlakon dengan baik...", jawap suhana perlahan lahan.

"tapi kalau rancangan awak tu gagal macamana?", soal ikmal ingin tahu. "kalau awak yang berlakon sudah tentu ianya akan berjaya... sebab saya tahu awak ada bakat berlakon...", kata suhana dengan penuh keyakinan. tangan kanan ikmal di genggamnya erat erat. "tolonglah saya, ikmal... saya betul betul perlukan bantuan awak... tolonglah... jangan hampakan saya...", rayu suhana dengan suara yang mendayu dayu. terkejut betul ikmal sebaik saja tangannya di sentuh oleh gadis tersebut. buat pertama kali dalam hidupnya tangannya di genggam erat oleh gadis tersebut. cair seluruh hatinya apabila dia mendengar pujuk rayu gadis itu. Namun dia cuba untuk mengawal dirinya.

"buat masa ni saya tak dapat membuat sebarang keputusan. So berikan masa untuk saya memikirkannya dulu, ok?", kata ikmal setelah lama berdiam diri. "Ok... saya akan bagi awak masa untuk memikirkannya malam ini... esok awak mesti bagitahu saya jawapan awak...", balas suhana. "Baiklah...", balas ikmal sepatah. "Er... ikmal, boleh saya tanya awak satu soalan tak?...", soal suhana. "Apa dia?", soal ikmal pula. "Siapa gadis tomboy yang selalu datang berjumpa dengan awak kat kampus tu?...", soal suhana ingin tahu. "Oh... dia kawan saya...", jawap ikmal. "Jadi dia bukan kekasih awak?", soal suhana lagi. "Ya, dia bukan kekasih saya... by the way, kenapa awak tanya saya soalan macam tu?", giliran ikmal pula menyoalnya. "Saya cuma nak tahu saja...", balas suhana dengan lembut. "Oh... ok...", ikmal bersuara sambil tersenyum. Suhana segera membalas senyumannya. Setelah mereka makan di restoran KFC mereka pun balik ke rumah masing masing.

*** *** ***

Malam itu ikmal tidak dapat tidur. Dia asyik teringatkan perkataan suhana. "... saya nak awak berlakon menjadi boyfriend olok olok saya apabila kita berada di hadapan mata azizul supaya dia merasa cemburu dan kembali bercinta dengan saya...". Mati mati dia ingatkan yang suhana terbuka hati hendak bercinta dengannya namun dugaannya meleset sama sekali. rupa rupanya dia cuma ingin dia berlakon jadi boyfriend olok oloknya. "Hish!... susahlah kalau macam ni...", Ikmal mengeluh sendirian...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro