MAINAN PERASAAN 2
Ikmal melangkah beriringan dengan danisha. Gadis itu kelihatan rugged sekali dengan baju jaket denim berwarna hitam dan seluar jeans berwarna hitam. Pendek kata dia pakai pakaian serba hitam pagi tu. Sesekali dia membetulkan topi nike yang ada di atas kepalanya. Sebahagian hujung rambutnya terselit dalam topi tersebut. Ikmal hanya diam memerhatikannya. Tiba tiba, "Kenapa awak perhatikan saya macam tu?", soal danisha. "Oh... nothing...", balas ikmal. "Oh really?...", danisha melirikkan matanya. "Yep...", balas ikmal sepatah. Mereka pun diam selepas itu.
"Ikmal..."
"Hmm?..."
"awak tak nampak ke saya kat belakang awak tadi?"
"Masa bila tu?..."
"Masa kita di atas jalan raya dekat dengan traffic light tadi tu?..."
"Oh... Tak..."
"Jadi apa yang awak nampak semasa awak berada di jalan raya tadi?"
"Nampak kereta kat depan aje..."
"Yelah tu..."
"Hahahaha..."
Mereka tertawa bersama sama.
Mereka semakin dekat dengan bangunan dewan kuliah masing masing.
"Ikmal...."
"Hmm?..."
"awak memang selalu macam ni, ke?"
"maksud awak?..."
"Maksud saya, awak tak banyak cakap... kalau saya tanya pun awak jawap dua tiga perkataan aje..."
"Ya... saya memang macam ni..."
"You know what?..."
"What?..."
"Saya suka berkawan dengan orang yang pendiam macam awak ni... jadi saya nak kita berkawan...",
Ikmal terdiam seketika. Dia berjalan sambil tertunduk ke lantai. Dia sebenarnya tidak tahu nak cakap apa.
"Kenapa awak diam?... awak tak sudi ke berkawan dengan saya?... atau awak rasa segan sebab terpaksa berkawan dengan gadis tomboy macam saya..."
"Taklah segan... cuma saya rasa terkejut aje bila awak nak berkawan dengan saya... selama ini tak ada siapa nak berkawan dengan saya... sebenarnya apa yang membuatkan awak ingin berkawan dengan saya ni?"
"Sebenarnya saya merasa bosan sebab saya tak ada kawan kat sini sebab itulah saya tergerak hati hendak berkawan dengan awak...",
"Oh begitu... kalau awak sudi berkawan dengan saya, saya terima aje..."
"Oh... Terima kasih ikmal sebab awak sudi berkawan dengan saya... you are my friend now... ok talk to you later... bye"
Dengan hati yang gembira, danisha beredar dari situ. Ikmal hanya tersenyum saja melihat gelagat gadis tomboy itu. Dia berlari menuju ke dewan kuliah di block C. Manakala ikmal pula melangkah menuju ke dewan kuliah di block B... mereka berpisah haluan. Ketika ikmal berjalan memasuki dewan kuliah yang sibuk itu tiba tiba ada seorang gadis berjalan pantas di sebelahnya. Tiba tiba saja dia terjatuh di atas lantai. "Oohh...", jerit si gadis dalam nada suara yang terkejut.
Dengan sepantas kilat, ikmal meraih tubuh gadis itu. Pandangan mata mereka bertembung. Terkejut betul ikmal sebaik saja dia melihat suhana berada di dalam pangkuannya. Suhana merenung matanya tanpa berkelip. Mungkin dia terkejut saat itu. Ikmal meneka dalam hatinya. "Dap... dup... dap... dup... dap... dup...", laju sungguh degupan jantungnya sebaik saja dia membalas renungan mata gadis tersebut. Tak sangka mata bundar suhana begitu cantik sekali. Tiba tiba....
"Ehemm... Kenapa dengan korang ni?... korang tengah berdrama hindustan ke?", tegur suatu suara. Terus terkejut ikmal dari lamunannya. Begitu juga dengan suhana. Mereka segera meleraikan pelukan masing masing lalu berdiri di situ. Kelihatan puan mardiah pensyarah mereka berdiri tidak jauh dari situ. "Kalau nak berdrama hindustan pun korang pilihlah tempat yang sesuai sikit... janganlah berdrama hindustan kat public area macam ni... malu lorh kalau di lihat orang...", tegur puan mardiah. "Maaf puan... kami tak sengaja tadi...", balas ikmal dengan pantas.
"Hm... yelah tu... ikmal ambik beg awak yang jatuh tu... suhana ambik buku awak atas lantai tu...", perintah puan mardiah seraya melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Perlahan lahan ikmal mengambil begnya. Dia segera menolong suhana mengutip buku buku notanya yang bertaburan di atas lantai. "Maaflah... sebenarnya saya tak sengaja jatuh dekat awak tadi tu... tiba tiba saja kaki saya tersandung lalu jatuh... saya harap awak tak kisah tentang perkara tu...", suhana bersuara sambil melirikkan matanya ke arah ikmal. "Oh... tak mengapa...", balas ikmal sambil tersenyum lembut. Dia menyerahkan buku nota di tangannya pada gadis tersebut.
Mereka berbalas pandangan seketika. "Ehemmm... cukuplah dengan drama hindustan korang tu... nanti korang sambung balik lorh...", tegur puan mardiah dengan wajah selambanya. Ramai siswa dan siswi yang lain ketawa apabila mendengar tegurannya itu. Suhana hanya senyum tersipu sipu malu. Manakala wajah ikmal merah bagaikan udang di goreng garing.
Mereka segera melangkah masuk ke dalam dewan kuliah tersebut. Sesi kuliah di mulakan seperti biasa. Di sepanjang sesi kuliah tersebut ikmal lihat suhana selalu curi pandang ke arahnya. Siap tersenyum manis lagi tu. Terus cair hati ikmal di buatnya. Dalam diam ikmal membalas senyuman gadis tersebut. Rasa rasanya ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Selalunya suhana jarang sekali memandang ke arahnya apatah lagi tersenyum padanya tapi sekarang lain pula jadinya. "Tentu ada sesuatu di sebalik semuanya ini...", fikir ikmal. Namun ikmal segera membuang segala prasangka buruknya itu dari dalam fikirannya... dia ingin melihat semuanya itu dari sudut positif... manalah tahu gadis itu terbuka hati hendak bercinta dengannya. Siapa tahu, kan?....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro