MAINAN PERASAAN 12 (TERAKHIR)
Keesokan harinya ikmal pergi kuliah seperti biasa tapi kali ini dia kembali berpenampilan seperti dirinya sendiri. Rambutnya di sikat rapi ke belakang. Dia tidak lagi memakai contact lens tapi dia memakai cermin matanya. Dia juga memakai baju t'shirt lengan panjang dan seluar jeans lusuh kegemarannya. Dia kembali memakai kasut kain yang biasa dia gunakan dulu. Pendek kata penampilannya kembali ringkas seperti dulu. Ikmal pergi kuliah dengan senyum simpul di bibirnya.
Dia kini tidak lagi merasa pening memikirkan suhana kerana baginya gadis itu bukan miliknya lagi. Dia bertekad untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa. Sebaik saja dia sampai di kawasan kampus, dia di sambut oleh danisha. "Now you look much better...", ucap danisha sebaik saja dia terpandang akan pemuda tersebut. "Thanks... saya rasa lebih selesa dengan penampilan saya sekarang... apa apa pun saya akan teruskan kehidupan ini dengan azam yang baru...", balas ikmal. "Azam baru?... azam baru apa tu?", soal danisha ingin tahu.
"Saya berazam untuk menumpukan perhatian saya pada pelajaran dan saya akan berusaha melupakan suhana buat selama lamanya...", kata ikmal. "Good for you...", balas danisha sambil tersenyum lebar. Mereka mula melangkah menuju ke dewan kuliah tidak jauh dari situ. Ketika mereka sedang melangkah di ruang koridor yang sibuk itu, tiba tiba muncul pula suhana dan azizul di situ. Mereka sedang melangkah sambil berpegangan tangan. "Hai... Ikmal...", sapa suhana dan azizul hampir serentak. "Hai...", balas ikmal sepatah.
"Eh... awak dah kembali pada penampilan asal awak?", soal suhana sedikit terkejut. "Yep... saya rasa lebih selesa bila berpenampilan begini...", balas ikmal perlahan lahan. "Oh... begitu... anyway, tujuan kami datang berjumpa dengan awak ni ialah kami ingin mengucapkan terima kasih pada awak kerana awak sudi menolong saya tempohari...", ucap suhana dengan lembut. "Oh... sama sama... saya tolong setakat mana yang mampu...", balas ikmal perlahan lahan. "No hurt feeling, eh?", soal azizul pula. Ikmal menggeleng gelengkan kepalanya. "Thats good... sekurang kurangnya awak dah lepaskan suhana dengan rela hati... apa apa pun saya minta maaf jikalau saya ada buat salah dengan awak..", kata azizul sambil menghulurkan tangannya pada ikmal. "Saya pun minta maaf pada awak, ikmal...", kata suhana.
Perlahan lahan ikmal bersalaman dengan sepasang kekasih itu. "Yeah... saya maafkan korang berdua...", kata ikmal perlahan lahan. "Thanks... ikmal... thanks for everything...", ucap suhana separuh terharu. Dia sebenarnya merasa terharu juga sebab ikmal sangat baik pada mereka berdua. Ikmal tidak berdendam pada mereka walaupun mereka tahu yang mereka bersikap tidak baik pada pemuda tersebut. "Lupakan saja apa yang telah berlaku tu... saya doakan semoga korang berbahagia...", ucap ikmal dengan hati yang ikhlas. Mereka bersalaman sebelum mereka berpisah haluan.
Sebaik saja suhana dan azizul beredar dari situ, danisha segera menghampiri ikmal. Dia lihat ikmal tersenyum padanya. "Sekarang semuanya sudah selesai... saya dah bebas dari bebanan yang saya pikul selama ini... you know what?... i've learned something new...", ucap ikmal dengan senyum simpul di bibirnya. "Apa dia?", soal danisha ingin tahu. "tak semestinya semua impian kita akan tercapai... jikalau impian kita tidak tercapai... tidak mengapa. Yang penting kita dah lakukan apa yang terbaik dalam hidup ini...", kata ikmal perlahan lahan. "Yeah... thats right...", ucap danisha sambil tersenyum lebar. "Jom kita pergi ke dewan kuliah sekarang?...", ajak ikmal. "Jom...", balas danisha sepatah. Mereka pun melangkah pergi dari situ....
--- TAMAT ---
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro