Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MAINAN PERASAAN 1

"Kriiingg...", Ikmal tersedar dari tidurnya sebaik saja loceng jam di meja kecilnya berbunyi nyaring. Perlahan lahan dia mengambil kacamatanya lalu di sematkannya di matanya. Kemudian dia melangkah menuju ke bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ. Dia merenung wajahnya di cermin. Kelihatan rambut depannya terjulur menutupi sebahagian wajahnya. Dia segera menguak rambut depannya itu ke belakang. Perlahan lahan dia mengambil tootpaste yang ada di situ. Dia ingin memberus giginya.

Belum pun sempat dia meletakkan sedikit toothpaste di atas berus giginya tiba tiba, "tok... tok... tok... tok... ", kedengaran pintu bilik tidurnya di ketuk orang. "Ya... siapa tu?...", ikmal bersuara dengan malas. "Mal... mak ni... mak dan ayah nak pergi ke kedai dulu... sarapan awak ada kat atas meja dapur tu...", kedengaran suara mamanya di sebalik pintu bilik tidurnya. "Ya...", balas ikmal sepatah. Dia kembali meneruskan niatnya hendak memberus gigi. Setelah memberus gigi dia pun mandi. Kemudian dia pergi ke bilik tidurnya untuk bersiap pergi kuliah. Setelah siap semuanya dia melangkah turun ke tingkat bawah.

Di atas meja sudah terhidang sarapan pagi untuknya. Dia duduk lalu bersarapan pagi seorang diri. Setelah siap bersarapan pagi dia pun pergi kuliah dengan menaiki motosikal yamaha 100 sport miliknya. Dia menunggang motosikalnya dengan penuh berhati hati. Dia berhenti sebaik saja trafik light yang ada di depan matanya berwarna merah. Ketika dia sedang menunggu di situ muncul sebuah motosikal kawasaki ninja di sebelahnya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan si penunggang motosikal tersebut tapi dia terdengar siulan dari si penunggang motosikal itu. Dia pun terus menoleh ke arah datangnya bunyi siulan itu. Dia lihat penunggang motosikal tersebut sedang tersenyum padanya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat wajah penunggang motosikal itu. Rupa rupanya penunggang motosikal tersebut ialah danisha aka dani...

gadis itu tersenyum padanya. "Hai... ikmal... selamat pagi...", sapanya sambil mengangkat tangan. "Hai... selamat pagi", balas ikmal sambil mengangkat tangannya. "aiseh... biar betul minah sekor ni... bawa motosikal besar pula tu...", bisik hati kecil ikmal, terkejut. "jumpa awak kat kampus nanti, ya... ciao...", danisha bersuara sambil tersenyum lebar. Kemudian dia menutup helmet depannya yang berwarna serba hitam itu. "Broooommmmm....", dia segera memecut motosikalnya sebaik saja trafik light di situ berwarna hijau. laju betul dia bawa motosikalnya. "Fulamak.... dia bawa motosikalnya mengalahkan mat rempitlah....", bisik hati kecil ikmal. Dia hanya terpinga pinga saja di situ...

*** *** ***

Suhana melangkah keluar dari kereta volvo miliknya dengan di temani oleh shasha dan amira. Setelah mengunci pintu kereta tersebut, mereka pun mula melangkah beriringan bagaikan 3 orang gadis modelling yang memperagakan pakaian. Kebetulan pakaian yang mereka pakai saat itu begitu seksi sekali. Suhana dan kawan kawannya memang suka memakai pakaian seksi walaupun mereka sering di tegur oleh beberapa orang pensyarah di tempat mereka belajar. Mereka buat tak tahu saja. Esok lusa mereka masih juga memakai pakaian yang seksi.

Langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat ikmal baru saja sampai di kawasan kampus tersebut. Dia sedang memarkir motosikalnya di ruang parking motosikal tidak jauh dari situ. "Su... ikmal dah sampai tu... awak pergilah berjumpa dengannya...", tutur shasha. "Nantilah dulu...", suhana bersuara perlahan lahan. "Bila lagi awak nak pergi berbincang dengannya?... inilah masanya awak berbincang dengannya...", desak shasha lagi. "tunggulah sekejap. Aku perlu berfikir bagaimana hendak mulakan perbualan dengannya...", kata suhana. Shasha dan amira pun terdiam selepas itu.

Ikmal menyandang begnya lalu pergi dari situ, tiba tiba, "ikmal...", kedengaran suatu suara memanggil namanya. Ikmal pun terus menoleh ke arah datangnya suara itu. Kelihatan danisha melangkah menghampirinya. "Oh... awak dani... saya ingatkan siapa tadi....", ikmal bersuara sambil tersenyum. Danisha mula mengajaknya berbual bual. Tanpa di sedari oleh mereka berdua, ada tiga orang gadis sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. "Tak sangka ya... ada juga gadis yang ingin berbual dengan mamat pendiam dan pemalu tu?... gadis tomboy lagi tu...", komen amira. Suhana dan shasha hanya diam membisu. Mereka tidak tahu nak cakap apa lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro