Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

98 Line & 99 Line

Eleven

Name: Boo Seungkwan
Nickname: Seungkwan / Boo / Diva Boo
Birthdate: 16 January 1998
Age: 16 years old
Element: Timer
Profile: diterima oleh Magical Highschool ketika berumur 15 tahun, siapa tak kenal Boo Seungkwan di Magical Highschool memang NOOB, paling suka korek rahsia orang lagi-lagi bila tiada siapa tahu latar belakang seseorang, official MC di Magical Highschool.

"Ish bosannya kelas ni" rungut Seungkwan perlahan, kelihatan semua pelajar di dalam kelasnya sedang menumpukan perhatian pada Miss Suzy kecuali Seungkwan.

"Apa kata aku ponteng sekejap?" Seungkwan memandang kekiri dan kekanan apabila berada tiada siapa sedar akan niatnya terus dia memetik jari.

Dengan sekali petik masa terhenti di dalam kelasnya. Seungkwan bangun dengan riang sambil berkata maaf pada gurunya itu.

"HAHAHAHAHAHAHA!!" Pelajar-pelajar yang lalu lalang di luar kelas Seungkwan memandang jejaka itu pelik lalu memandang kelas itu semula, alangkah terkejutnya mereka kelas itu tidak bergerak langsung.

"Kena sihir Seungkwan lagi la tu" ujar salah seorang pelajar disitu lalu menggelengkan kepala. Dah masak dengan perangai Seungkwan itu.

Sedang Seungkwan berjalan lenggang lenggok, dia terserempak dengan Jeonghan di lobi.

"Eh sunbae!!" Sapa Seungkwan riang. Jeonghan yang masih menguap itu membalas sapaan jejaka itu tiba-tiba dia tersenyum sinis, tongkat terus muncul ditangan Jeonghan.

"Wae—

Belum sempat Seungkwan ingin menghabiskan ayatnya, muncul air dengan kuantiti yang banyak seperti hendak menyimbahnya, tetapi Seungkwan cepat bertindak dia mengeluarkan tongkatnya mulutnya mula membaca jampi dan iainya berhasil, Air itu dan Jeonghan tidak bergerak langsung.

Seungkwan mula berlari dan berdiri di belakang Jeonghan, dia membaca jampi semula dan air itu dan Jeonghan mula bergerak. Habis basah lantai lobi.

"HAHAHAHHAAH WERKK TAK KENA" ejek Seungkwan siap menggoyang bontot di depan Jeonghan.

"Hek tak kena? Seungkwan cer pandang atas" Patuh dengan arahan sunbaenya, Seungkwan pandang keatas selepas itu dia memandang Jeonghan dengan datar, kelihatan air yang sama kuantitinya seperti yang tadi sedang siap sedia untuk jatuh di atas jejaka itu.

"Series la, sunbae -_-"

"Hahahaha" Jeonghan mengangkat tongkatnya lalu dihalakan kearah Seungkwan.

Splash!

Habis basah lencun Boo Seungkwan, tidak ada satu pun yang tertinggal termasuk seluar dalamnya🌚🌚

"Ish!! Sunbae!!" Marah Seungkwan, dia menghalakan tongkat padanya dan membaca jampi, cahaya terang mula kelihatan, jubah Seungkwan mula kering seperti belum berlaku kemalangan itu tadi.

"Tch jampi Time Healing, muak aku tengok" sindir Jeonghan sambil menghayunkan tongkatnya, entah macam mana silapnya tongkatnya mula mengeluarkan air lalu menyimbah seseorang.

Splash!

"Purfff!! O-ommo!! Basah?!" Jejaka itu memandang Seungkwan dan Jeonghan dengan terkejut manakala mereka hanya mampu terkaku.

"Mian weh!! Aku tak sengaja tadi" ujar Jeonghan setelah Seungkwan mencubit pinggangnya akibat lama sangat diam.

"Hmm takpe la, lagipun panas kan so boleh sejuk sikit hehe k bye nak tukar baju" ujar jejaka itu, lalu membuka pintu dan masuk ke dalam.

"Eh kejap!! Tu bukan tandas!! Tu kelas orang!!" Seungkwan membuka pintu itu untuk mengejar jejaka itu tetapi hanya mendapat pandangan pelik dari guru dan pelajar di dalam kelas itu.

"Boleh saya bantu?" Soal guru kelas itu.

"Mana pelajar tadi? Yang basah lencun tu"

"Basah? Takde siapa buka pintu ni kecuali awak" Seungkwan ternganga, usai dia meminta maaf pada guru itu dia terus menutup pintu.

"Mana budak tu?" Seungkwan memandang Jeonghan.

"T-tadi dia masuk situ kan?" Jeonghan mengangguk.

"Tapi cikgu tu kata takde siapa yang buka pintu tu selain aku dan takde budak yang basah tu!!!" Ujar Seungkwan ketakutan, Jeonghan menutup mulutnya.

"Takkan hantu weh, hantu tak wujud"

"Mana sunbae tau hantu tak wujud? Ayok sunbae! Kau buat badan dia basah nanti dia kacau kau waktu tidur"

"Diam la kau! Baik kau masuk kelas sebelum Sir yang lain nampak apa kau buat kat kelas kau tu" Seungkwan menepuk dahinya, dia baru teringat classmatenya dan Miss Suzy masih dalam keadaan masa terhenti.

"Ok bye sunbae!! Hantu kacau sunbae~~"

"Ish diam la kau!!!"

"HAHAHAHAHAHA BYE"

🔮🔮🔮

Twelve

Name: Chwe Hansol / Vernon Chwe
Nickname: Hansol / Vernon / Bornon
Birthdate: 18 February 1998
Age: 16 years old
Element: Light
Profile: diterima oleh Magical Highschool ketika berumur 15 tahun, BFF Seungkwan, 24 jam earphone, Memesol everyday, pandai tapi setiap hari masuk ke kelas sering tertinggalkan buku di dorm.

"Hansol" Chwe Hansol mengangkat kepalanya, rupanya Jimin yang sedang memanggilnya.

"Gapo dia hyung?" Jimin menggaru kepalanya seperti ragu-ragu untuk memberitahu niatnya.

"Bagitau jelah hyung, macam tak biasa dengan aku" Jimin tersengih.

"Ikut aku jom" belum sempat Hansol ingin berkata, Jimin terlebih dahulu menarik lengan jejaka itu.

Hansol memandang jejaka itu tajam, Jimin pula hanya tersenyum sambil menyusun barang.

"Kau minta aku guna kuasa cahaya aku semata-mata lampu stor ni rosak?" Jimin mengangguk sekali lagi, nak masuk lebih 10 kali Hansol bertanyakan soalan yang sama.

"Dah habis belum kemasnya?"

"Belum kejap lagi"

"Kejap lagi hanat dia, dah sejam aku guna kuasa aku" bebel Hansol kekadang cahayanya malap tetapi akan kembali terang mungkin sebab tangannya sudah lenguh.

"Kejap lagi siap la sabor sat" jejaka itu menggulingkan biji matanya.

"Tapikan ermm Hansol aku nak tanya something" Hansol mengangkat keningnya.

"Apa?"

"Tadi aku baca buku jampi pasal kuasa kau" ujar Jimin.

"Woah rajinnya hyung baca pasal kuasa aku tak nak baca pasal hulk ke?" Jejaka itu menjegilkan biji matanya sesuka hati je kata macam tu kat dia.

"Hahahahhahaha ok sorry, jadi?"

"Kuasa kau memang boleh jadi solar ek?"

"Haah, kenapa?"

"Jadi kau pun boleh la buat kuasa solar!!" Ujar Jimin teruja, pelbagai idea dah mula mencurah keluar dari otaknya untuk menggunakan kuasa solar itu.

"Memang boleh tapi aku tak reti la, belum belajar sampai situ lagi kang sekolah ni tetiba ada musim panas dalam setahun apa pun tak dapat" Jimin mengangguk faham, tiba-tiba dia menyenggol bahu Hansol.

"Apahal orang tua ni?" Gerutu Hansol sendirian.

"Tolong gorengkan ayam, pakai kuasa solar kau" Hansol menepuk dahi, ingatkan faham rupanya masih tak faham ke tak faham bahasa dia ni?

"HYUNG, AKU TAK RETI BUAT"

"Alorh!!!" Hansol menerangkan balik cahayanya yang baru sahaja malap lalu menyuruh Jimin menyambung mengemas barang di dalam stor itu, dengan tak rela Jimin menyambung mengemas sambil menyumpah seranah anak Chwe itu.

Tabah la Jimin.

🔮🔮🔮

Thirteen

Name: Lee Chan
Nickname: Chan / Dino / Aegi
Birthdate: 11 February 1999
Age: 15 years old
Element: Teleport / Telepathy
Profile: SECRET ERROR

Lee Chan mengikat tali kasutnya, dia memandang rumahnya yang tersergam indah itu untuk buat kali terakhir.

"Bye rumah mmuah!!" Chan melambai kearah rumah itu, dia berjalan tanpa menoleh kebelakang sehingga la dia lenyap berserta kepulan asap.

Di Magical Highschool, seorang pelajar lelaki berjalan untuk pulang ke dorm setelah kelasnya tamat, apabila dia membuka pintu utama sekolah itu dia terjerit perlahan.

"Omma!!" Pelajar itu memegang dadanya, manakala Chan yang berada di depannya hanya tersengih.

"Hehe annyeong, maaf buat awak takut" usai memohon maaf pada pelajar itu, Chan memandang di setiap reka bentuk bangunan sekolah.

"Lawa" komen Chan, sedang dia berjalan dengan riang sambil menikmati sekolah baharunya kedengaran ada pertengkaran kecil di lobi tetapi dia abaikan.

Malas nak ambil tahu katanya, ketika dia berjalan melepasi dua orang pelajar yang masih bergaduh atau lebih tepat lagi bergurau, tiba-tiba dia dikejutkan dengan simbahan air pada dirinya.

"Purfff!! O-ommo!! Basah?!" Chan memandang dua pelajar yang dari tadi bergaduh dengan terkejut, dia pasti ni mesti angkara diorang.

"Mian weh!! Aku tak sengaja tadi" ujar salah seorang dari mereka berdua itu, Chan hanya tersenyum nipis, rambut depannya yang menitik-nitik dikuak belakang dengan lembut.

"Hmm takpe la, lagipun panas kan so boleh sejuk sikit hehe k bye nak tukar baju" Chan terus membuka pintu dan masuk ke dalam, dia tak tau tu pintu bilik apa yang pasti dia perlu pergi dengan segera.

Masuk-masuk sahaja dia berasa pelik, kerana ada dua katil di depannya dan seorang pelajar lelaki yang masih separuh bertelanjang memandang Chan dengan terkejut.

"K-kau siapa?! Macam mana kau boleh keluar dari tandas aku?! Asal kau basah lencun?!" Soal pelajar itu bertubi-tubi, tangannya memegang tongkat dan mula mengeluarkan bebola api.

'Aku minta pergi tandas bukannya dorm orang' bisik hati Chan lalu menepuk dahinya sendiri.

Dipandang nametag yang terlekat di meja belajar pelajar lelaki itu.

"Choi Seungcheol?" Pelajar itu tergamam, makin besar bebola api di tongkatnya.

"Macam mana kau tau nama aku?! Kau pengintip ke?!" Chan menunjuk nametag pelajar itu di meja bagi menjawab soalannya.

"Ouh ye nametag aku, tapi—

"Hah ok bye!! Btw lawo badan six pack wow!!" Celah Chan, lalu membuka pintu bilik air dan terus masuk mengabaikan jeritan pelajar yang bernama Seungcheol itu tadi.

"Erkkk..." Chan terkaku apabila dia bukan tiba di tempat yang dituju mungkin sebab dia gelabah dan tidak dapat fokus dengan baik jadi dia asyik sampai di tempat yang salah sekarang dia berada pejabat pengetua bonus dia sedang berdiri di depan pengetua sekali.

"Hmm nampak macam awak tak masuk ikut pintu depan" Chan tersengih mendengar perlian dari pengetua itu.

"Dari mana?"

"Hehe dari dorm orang..." jawab Chan malu. Pengetua itu menggelengkan kepala.

"Pergi tukar baju" Chan mengangguk belum sempat dia ingin membuka pintu, pengetua itu terlebih dahulu menegur.

"Keluar macam biasa, tandas tak jauh pun dari pejabat ni" Chan menggaru kepala, macam tau-tau je dia nak guna teleport.

"N-nae

"Good"






_________
Habis sudah intro mereka hehe now prolog pula!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro