52
Amat digalakkan ye readers sekalian untuk baca balik chap lepas kerana hal-hal yang tertentu-- takut korang lupa je hehehew btw selamat tahun 2023, dah setahun aku tak update HAHAHAHAHHAAHAH
___________________
"Lahhh kenapa masing-masing jerit macam anak tekak nak terkeluor dari mulut?" tegur satu suara dengan suara garau dan menyeramkan itu, dengan ukuran yang sangat besar hampir memenuhi ruang di dalam rumah banglo itu bahkan warna badan makhluk itu berwarna gelap dan kebiruan membuatkan kelima-lima jejaka itu hanya mampu terdiam.
"K-kau siapa?!" soal Hansol dengan berani, maklum la hyungnya semua dah kecut sampai ada yang hampir tercirit kat situ. HAMPIR YE bukannya dah habis berbau nanti. Risau /ᐠ。ꞈ。ᐟ\
"Aku orang la" jawab suara itu lagi.
"Eh walaupun aku ni nampak bodoh TAPI AKU TAU BEZA MANUSIA DENGAN SETAN! MANA ADA ORANG ADA TANDUK KAT KEPALA DIA!" jerit Soonyoung setelah dia kembali sedarkan diri dia untuk jadi berani bukannya pengecut kang kecut seluar dalam kang dah satu hal.
"Tak sangka dia mengaku yang dia bodoh" bisik Jihoon pada Jisoo dan dengan jujurnya disetujui oleh jejaka itu.
"Topik bodoh aku jangan masuk dalam perbincangan ni, SEKARANG NI KITA BINCANG PASAL SETAN NI" tunding Soonyoung pada makhluk itu yang sudah memandangnya dengan hairan.
"Sejak bila kita buka table mari berbincang ni?" sampuk Minghao yang tidak faham akan situasi yang dialaminya.
"SEJAK BILA AKU KATA AKU NI SETAN?!" marah makhluk itu tidak terima, suka hati je kata dia setan, dia hanyalah makhluk yang dianiaya saje.
"TADI?!" balas Soonyoung dengan wajah kau-jangan-nak-buat-lupa.
"APAHAL SOALAN DIBALAS SOALAN?!" sampuk Hansol yang ikut terjerit bersama mereka.
"TAK! YANG ENGKO NAK KOYAK NI APAHAL?!" tunding makhluk itu pada Jisoo. Jejaka itu mengerutkan dahi apabila dirinya tiba-tiba ditunding oleh makhluk itu.
'Aku diam je tau whattahell ಠ_ಠ' kutuk Jisoo dalam hati, kalau kutuk kuat-kuat takut ada yang merajuk pula, susah jadi pura-pura baik ni.
"JANGAN BALAS BALIK DENGAN SOALAN LA! AKU DAH TAKDE SOALAN LAIN NAK BALAS BALIK NI" jerit Soonyoung lagi, masih dalam mood marilah gaduh beramai-ramai, dia seorang je yang beria gaduh, yang lain dah penat dah.
"HEH AKU DATANG DENGAN CARA YANG BAIK! ENGKO NAK BISING-BISING PULA" seperti Soonyoung, makluk itu masih lagi ingin bergaduh dengan manusia-manusia di hadapannya.
"EH BABI DIAM" semua terdiam lalu memandang empunya suara yang menengking mereka kelihatan dari jauh-- takde la jauh mana dalam jarak tiga kaki dari mereka dapat lihat Jihoon yang sedang menahan diri dari baling mangkuk jamban ke arah Soonyoung dan makhluk itu.
"......."
"Diam pun dipanggil babi baru mulut masing-masing nak tutup" bebel Jihoon sambil menjeling makhluk itu.
"Tapi aku bukan babi..." celah makhluk itu, masih tidak mahu kalah.
"KAU BINATANG JUGA EN?! JADI DIAM" marah Jihoon siap keluarkan batang mop lagi, ni kalau buat dia marah ni memang kena makan la dengan mop tu.
"Hodoh sangat ke muka aku ni ;-;" makhluk itu pergi ke cermin terdekat lalu melihat dirinya, hmm masih nampak handsome.
"Kau tak hodoh giler, memang muka kau macam binatang, natang" tegur Minghao yang sudah penat dengan perangai makhluk dihadapannya, dah la besar tak tau la macam mana dia boleh muat dalam tandas mereka ni.
"Tapi orang-orang dulu puji aku hensem"
"Dasar tak sedar diri--
"Aku sedar diri, kalau aku tak sedar diri takdenya aku buang masa datang sini eii" potong makhluk itu lalu menjelirkan lidahnya, kelima-lima jejaka itu memandang makhluk itu atas bawah, seketika mereka mula dapat mengenalpasti makhluk apa dihadapan mereka.
Selama lebih dua jam ni mereka bergaduh dengan naga. Damn. NAGA. Get ready la kena sumpah jadi batu, sebenarnya takde kena mengena pun.
"Takde siapa jemput kau datang-- ummphh!!" Soonyoung meronta kuat apabila Hansol tiba-tiba menangkup mulutnya.
"Abaikan orang gila ni, jadi kenapa kau datang sini?" soal Jisoo, cuba untuk lebih sopan dengan makhluk paling berkuasa dan bersejarah di hadapannya, patutnya dia kena selfie dengan naga ni lepastu bagi papa dia biar papanya jealous. Biasa la bapak dia peminat fanatik dengan naga, imaginasi orang-orang tua kan tinggi.
"Aku nak sapa?" jawab makhluk itu dengan nada tidak pasti yang dia jawab tu betul ke tak atau hairan kenapa jejaka depan dia tanya soalan macam tu, mestilah dia datang nak cari orang takkan nak musnahkan tempat ni lepastu jual tanah, agak-agak la dek.
"Huh siapa?" tanya Jisoo balik.
"Sapa"
"Yelah siapa?"
"Sapa la"
"BODOH KAU NAK SAPA SIAPA HAH?! JANGAN TUNJUK SANGAT TAKDE AKAL TU DEY" sembur Jisoo, hilang sudah kesabaran dan kesopanannya terhadap makhluk itu.
"Oh sorry ingatkan kau tak dengar ;-;" kata makhluk itu tanpa rasa bersalah lagi salahkan orang ada la.
"Okay la, aku tak nak buang masa lagi--
"Rasanya dah 2 jam dia buang masa kita" bisik Hansol pada Minghao dengan suara yang sengaja dikuatkan.
"Aku dengar tu, aku sambung sebenarnya aku ni adalah naga Kwon Soonyoung" ngaku makhluk itu dengan wajah penuh bangga sebab dapat tuan macam Soonyoung walaupun sebenarnya dia tak tau pun muka Soonyoung tu macam mana.
"No wonder dia nampak bodoh, ikut tuan dia rupanya" Jihoon mengangguk faham mendengar pengakuan dari naga itu.
"EH AKU TAK SEBODOH ITU TAU" celah Soonyoung tidak terima kata dia bodoh.
"Hah ngaku diri tu bodoh"
"Males la aku"
"Jadi aku just nak bagitau nama aku Syamsul Sandiwara Indraputa Kayangan Intan Payung Abdul, panggil Sam" kata naga itu lagi, memperkenalkan diri.
"Babi, kemain nama panjang sekali panggil Sam, ni mesti mak ayah kau dulu struggle nak bagi nama kesian nurse nak masukkan nama kau dalam surat beranak kau pun dah buang ruangan kotak surat beranak" komen Minghao, tak puas hati asal nama naga ni lagi panjang dari nama dia.
"Eh yang engko nak libatkan surat beranak aku ni apahal ಠ_ಠ aku tak kacau pun surat beranak kau"
"Biarlah dia tu, dia takde surat beranak kau apa tau" kata Soonyoung mewakili rakannya yang hampir nak lempang naga itu.
"Baik, kita ke topik asal apa tujuan kau ke sini?" soal Jisoo apabila suasana kembali menjadi tenang.
"Well, aku datang dari batu Carat tu, setiap pemilik batu Carat yang dimiliki oleh orang yang terpilih bermakna dia adalah Tuan kami, kali terakhir kami muncul pun pada 100 tahun yang dahulu itupun tuan kami dah mati huhuw sedihnya walaupun tuan kami perangai macam lahanat"jawab Sam panjang lebar dengan penambahan ayat kutukan.
"Jadi maksudnya setiap naga dalam batu Carat kitaorang ni akan muncul la?"
"Ye dalam masa terdekat ni, sebab kami nak kamu semua dapat stabilkan kuasa korang ketika kamu semua berhubung dengan kami, ni kalau yang lembik-lembik memang kitaorang tak layan" ujar Sam dengan wajah sombong, well dia kan antara naga terkuat kalau tuan dia jenis yang lemah dengan dia sekali ikut lemah.
"Bapak racist" sindir Hansol.
"Bapak aku tak racist okay, atok aku je ¯\_(ツ)_/¯"
"Lagipun kami muncul pun sebab perang akan berlaku" kata Sam, wajahnya tiba-tiba berubah menjadi serius.
"Perang antara ahli sihir hitam" sambungnya lagi apabila melihat wajah manusia-manusia di hadapannya dengan penuh tanda tanya.
"Hmm.. siapa tanyaaa" balas Jihoon tak acuh.
"Tak guna ಠ_ಠ"
"Jadi mari bekerjasama ye Sam" Soonyoung menghulurkan tangannya ingin bersalaman dengan naga miliknya walhal dia tahu tangan naga itu dua kali lebih besar dari tangannya.
"Baik" Sam yang sememangnya kadanng-kadang bodoh tak bertempat ikut menghulurkan tangannya, apabila tangan mereka hampir bersentuhan, tangan Soonyoung beralih ke tempat lain dan menuju ke arah wajah aka hidung Sam.
Plak!
"Apahal lempang aku?!" Sam mengusap lubang hidungnya yang baru sahaja ditampar oleh jejaka itu, maklumlah dia besar jadi dapat lempang hidung naga tu pun dah dikira okay la tu.
"Layak!! Sebab muncul waktu aku tengah berak!!"
"Excuse me?!!"
"Haih pening kepala"
🔮🔮🔮
Manakala di sekolah pula, sebahagian ahli Seventeen sedang duduk di belakang sekolah membuang masa-- eh salah sedang memikirkan masa depan, jika mereka tertangkap dengan Sir Dongwook sebab melepak dan bukannya berlatih kuasa mereka.
"Aku mendapat firasat la tentang member kita kat rumah tu" kata Junhui memecahkan kesunyian di antara mereka.
"Kenapa? Ada masalah ke?" Seungcheol memandang Junhui dengan riak wajah risau.
"Aku mendapat firasat yang diorang tengah buat benda bodoh" mendengar jawapan dari keempat tertua itu, rakan-rakannya yang lain terus membuat muka ಠ_ಠ.
"Ceh -,- kau ni macam tak biasa dengan perangai masing-masing" Seungcheol menggelengkan kepala, dah lali dengan perangai masing-masing yang suka buat benda yang tak normal.
Dia fikir dia normal la tu?
"Tapi Jisoo aku tak macam tu" celah Jeonghan tiba-tiba lalu mengelap air mata palsu.
"Jisoo kau benda? SESUKA HATI JE CLAIM ANAK ORANG" marah Seungcheol tidak terima, sesuka hati je claim anak orang tu dia punya, Jisoo tu hanyalah milik Seung-- mak ayah Jisoo.
"EH SUKA HATI AKU LA YANG KAU TAK PUAS HATI DAH KENAPA?!" Jeonghan bangun berdiri dari gaya kangkangnya lalu mendada di hadapan Seungcheol.
"MEMANG AKU TAK PUAS HATI PUN!! JISOO TU TAK BOLEH DI CLAIM" balas Seungceol tidak mahu kalah, ikut mendada nak tunjuk la tu yang dada dia lagi besar.
"Tapi bini Jisoo hyung boleh claim--
"DIAM KAU" jerit Jeonghan dan Seungcheol serentak pada Mingyu.
"Makkk"
"HOI BUAT APA MENGANGKANG BELAKANG SEKOLAH NI?! BAWA TAUBAT LA ANAK-ANAK MURID DERHAKA KU! HIDUP NI HANYA SEMENTARA NERAKA ADALAH SELAMANYA!" terjah Sir Dongwook dari belakang.
"Siel tiba-tiba aku terasa dengan ayat dia, sebelum ni takde pula" gerutu Seokmin dengan penuh keinsafan.
"Ni engkorang fikir bila member engkorang ada yang tak datang, korang dapat lari dari latihan la?" kata Sir Dongwook sinis, mencekak pinggang memandang anak-anak muridnya.
"Macam ni la Sir, kitaorang bila tak lengkap tiga belas orang takde makna kehidupan Sir, waktu rehat kami tak lalu makan, belajar macam makin bodoh, hidup segan tapi malu nak bertanya sesat jalan, apalah kami ni tanpa rakan-rakan kami Sir" ujar Seungkwan, memberi penjelasan dan alasan kenapa dia lari dari latihan.
"Kau kalau bagi alasan banyak pula idea ye bila masuk exam karangan lima patah perkataan je kau tulis" balas Sir Dongwook, antara mangsa yang menanda kertas Seungkwan.
"Sir, saya ni--
"Diam babi, aku pula yang meluat mendengarnya" tegur Chan lalu menutup mulut Seungkwan yang dari tadi terbuka lebar.
"Sudah semua masuk kelas sekarang" arah Sir Dongwook, semua mengeluh lalu mula bergerak hendak masuk ke kelas sehingga la tiba-tiba muncul jejaka lain yang muncul di hadapan mereka.
"Sekejap!"
"Alamak Sir Gongyoo! Tertangkap la kita!!" jerit mereka panik.
"Siel la bila aku tangkap korang takde pula nak gelabah macam tu ಠ_ಠ" kata Si Dongwook tak puas hati.
"Sir lain, Sir Gongyoo lain"
"Apa yang lainnya? Nama depan Sir juga, S-I-R" masih tidak mahu kalah, Sir Dongwook menjegilkan matanya.
"Lain status" kata Seokmin lagi, sengaja mengapikan gurunya itu.
"ENGKO NAK CAKAP AKU NI SINGLE KE"
"DEY AKU NI SINGLE LAGI LA, KORANG FIKIR AKU NI DAH KAHWIN KE?!"
"HABISTU SELAMA NI SIR GONGYOO BELIKAN CINCIN UNTUK SIAPA?!" tanya Junhui tidak percaya, pergh umur dah nak dekat lima puluh tahun pun still tak kahwin lagi.
"UNTUK MAK SAYA?!" jawab Gongyoo hairan, macam mana anak murid si Dongwook ni boleh tahu dia beli cincin, stalker ni padahal dia setiap masa update kat status.
"Lahh untuk mak Sir rupanya (. ❛ ᴗ ❛.)"
"Berbalik tujuan utama kita tadi, saya nak awak semua balik ke rumah korang" arah Sir Gongyoo tegas, seperti ada sesuatu yang tengah berlaku di rumah Seventeen.
"Kenapa Sir? Ada benda terjadi kat diorang ke? Mereka cedera ke Sir? Saya tak boleh hidup tanpa mereka Sir jika ada sesuatu jadi pada mereka--
"Jeonghan baik kau diam sebelum aku gantung kau kat depan rumah Sir Gongyoo" celah Sir Dongwook menahan geram.
"Eh asal depan rumah saya pula--
"Baik Sir apa yang Sir nak cakap?" potong Jeonghan, cuba untuk lari dari masalah sendiri yang bila-bila masa sahaja dia boleh kena gantung kat depan rumah Sir Gongyoo tu.
"Oh yang sekarang naga milik Soonyoung dah muncul" ujar Sir Gongyoo santai tapi tak pada yang lain,sehingga Sir Dongwook pun terkejut mendengar khabar berita itu.
"APA?!"
______________
Hiiii
Well... maaf kerana lama tak update, tapi jangan risau story masih diteruskan cuma jarang update
Saya sudah 20 tahun gais
HSHSHSH
Thank you yang masih setia baca cerita ni damn sis terharu *lap hingus* and untuk pembaca yang baru.. SELAMAT DATANG! WELCOME! Sorry tetiba kome dapat author yang agak gila dan jarang update
Thank you siapa yang still menunggu author ini update huhuw
Love you gais
Take care, semoga sihat selalu and rajin la belajar tu ewahhh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro