50
Kini mereka iaitu Seungcheol, Jeonghan, Junhui, Seungkwan dan Chan sedang menyorok di sebalik dapur, melihat gergasi salji yang sedang berkelilingi ruang tamu jangan risau api mereka dah padamkan dengan bantuan Jeonghan itupun lepas kena paksa.
Mereka memerhati lagi gergasi itu, walapun mereka pening melihat gergasi itu duk pusing kat ruang tamu lima kali, mereka tetap berjaga-jaga mana tau gergasi tu nampak ruang dapur hah mampos mana deme nak lari.
"Grrr.." gergasi salji itu memandang sekeliling sesekali makhluk itu pergi ke bilik air yang berdekatan dengan ruang tamu, dia pergi sana bukan nak membuang just nak check kot-kot lah ada yang masuk ke bilik air ni boleh dia terus tangkap.
"Kenapa bunyinya macam anjing?" komen Jeonghan, tidak suka dengan bunyi yang dikeluarkan gergasi salji itu.
"Diam bodoh, kalau dia dengar macam mana?" tegur Seungcheol geram, waktu bahaya macam ni pun menyempat nak komen bunyi makhluk tu.
"Aku tanya je halah dia takkan dengar punya, telinga pun dia takde" selepas sahaja Jeonghan ucap sebegitu terus gergasi salji itu memandang dapur atau lebih tepat lagi memandang jejaka yang bermulut lancang.
"D-dia dengar la hyung..." kata Junhui yang sudah mula merasa seram sejuk melihat pandangan mengerunkan dari gergasi salji.
"Macam mana dia boleh dengar siak, pakai hidung ke" soal Seungkwan pula bingung.
"Hidung pun dia takde" ujar Chan lancar, gergasi itu memandang Chan pula, dengan perlahan makhluk itu menghampiri mereka dengan muka bengisnya.
"Kau dah buat dia marah!! Mati la kita!" Junhui memukul bahu si maknae bengang, haih nasib dia tak bawa seletip kalau tak dah lama kena budak ni.
"Mana la aku tau dia sensitif bab macam ni, mak dia tak ajar ke hati kena tabah bila hadap orang zaman sekarang ni" kata Chan lagi, tidak kisah akan pukulan di bahunya.
"Dia je takde mak!! Dia wujud sebab Jisoo hyung!" ucap Seungkwan yang turut sakit hati mendengar celoteh si maknae ni.
"Hah Jisoo hyung la mak dia" balas Chan tidak mahu kalah.
"Ajaran sesat mana kau belajar ni woi?! Jisoo tu pencipta dia la!! Kau sekolah ke tak?!" soal Seungcheol geram, main cakap je si Chan ni nak kena cuci otak agaknya dia ni.
"Aku tengah sekolah la ni!!"
"Woi nak gaduh siapa sekolah ke tak tu nanti, sekarang macam mana nak lawan dia?!" Junhui menunjuk gergasi salji itu yang semakin menghampiri mereka.
"Kita pakai kuasa Seungcheol" cadang Jeonghan, dia tak boleh nak lawan gergasi salji tu kerana kalau dia keluarkan air dan makhluk tu tau nak tukarkan air menjadi ais dah satu hal.
"Terbakar rumah ni aku tak nak tanggung" Seungcheol mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah.
"Kau belum belajar lagi sihir api yang boleh kawal tu?!" tanya Jeonghan tidak percaya, dia memandang si leader atas bawah, mamat ni duduk kelas mana? Dah senior tahun akhir takkan tak belajar lagi sihir mengawal api.
"Dah tapi aku lupa"
"HAH WAKTU MACAM NI LA OTAK KAU NAK FLUSH MANTERA SIHIR TU KELUAR DARI KEPALA KAU HALAHH, AKU BAGITAU SIR MINHO" tengking Jeonghan, dia sudah berura-ura hendak menumbuk wajah Seungcheol nasib Seungkwan dan Chan menahannya.
"JANGAN LA DHO NANTI DIA KURUNG AKU KAT PERPUSTAKAAN YANG BOSAN TU, DAH LA DUA JAM JE DIA AJAR AKU GUNA KUASA API YANG LAGI 3 JAM DIA TANYA AKU PEREMPUAN MANA YANG DIA PATUT AJAK BUAT AWEK, BOLEH MENTAL AKU KAT SITU" balas Seungcheol dengan jeritan kuatnya, macam nak minta attention.
"RAWRRRR" gergasi itu mengaum kuat apabila mendengar jeritan Seungcheol, langkahnya semakin menghampiri dapur. Jangan risau gais dia lama nak sampai bukan sebab jarak ruang tamu dengan dapur jauh sangat tapi dia memang jenis yang jalan lambat kura-kura pun boleh menang lumba kalau lawan dengan dia ni, sekian.
"Asal dia mengaum macam Soonyoung hyung? Tak bunyi macam jantan, Hora mengaum lagi elok" Chan mengerutkan dahi memandang gergasi salji yang masih berjalan perlahan ke arah mereka.
"Alah fikir positif makhluk tu betina" kata Seungkwan, malas nak dengar soalan merapu dari jejaka yang muda setahun darinya itu.
"Tak yang dua orang tak guna ni dah kenapa? Kalau dia makin marah jangan salahkan aku kalau ada muka masing-masing dah melekat dengan salji" tegur Junhui, dia serius dari tadi dia perhati muka gergasi salji itu asyik berkerut lepas dengar komen pedas dari Seungkwan dan Chan.
Si maknae mendengus perlahan.
"Sikit-sikit nak sensitif je makluk tu, harap je badan besar--
"GAIS LARIIIII" Junhui menarik lengan Chan yang sedang membebel itu berlari bersamanya, sempat pula budak ni bebel sampai tak perasan gergasi salji hampir tangkap dia.
"HAHAHAHAHA TAK DAPAT KEJAR BWERKKKK, HAHAHAHAH DASAR BADAN BESAR TAPI JALAN LAMBAT BOOOO LEMBOOOO" ejek Jeonghan yang juga sedang berlari di ruang tamu bersama dengan yang lain.
"Lembu bukannya jalan laju ke ;-;" kata Seungcheol perlahan, dia memandang gergasi salji yang sedang mengejar mereka di belakang, kenapa bila tengok macam laju je gergasi tu kejar mereka.
"NAMA FAMILY AKU JANGAN MENTION LA" bentak Seungkwan, masih sempat dia nak tegur orang padahal mereka tengah main kejar-kejar dengan gergasi salji sekarang ni.
"WARGHHHH GERGASI TU BOLEH TERBANG!!" jerit Seungcheol panik, melihat gergasi itu tiba-tiba bertukar bentuk menjadi bulat dan mengejar mereka dengan kelajuan yang bukan main-main.
"BUKAN TERBANG GILA DIA BERGULING!! MACAM MEATBALL" kata Jeonghan, berlari bersama dengan Seungcheol kalau ikutkan dia nak tinggalkan si leader ni tapi tulah Seungcheol dah pegang tangan dia dulu, tak bagi dia lari ke depan.
"ITU BUKAN BEBOLA DAGING HYUNG, FISHBALL LA" sampuk Junhui yang berlari paling depan di antara mereka berlima.
"BODOH APA MEMASING, SNOWBALL LA, TAK TAU BAHASA INGGERIS JANGAN MAIN TARAM BUAT MALU MAK CIK KORANG JE" tegur Chan, waktu bahaya macam ni pun sempat pula otaknya nak jadi kurang bijak.
"Syukur aku tak pernah suka mak cik aku" ujar Jeonghan setelah dia dan Seungcheol dapat menyorok dari gergasi salji itu. Kini mereka semua berada di belakang rumah, Seungcheol dan Jeonghan menyorok di sebalik semak. Manakala, Junhui menyorok di belakang pokok, Seungkwan dan Chan pula menyorok di tepi dinding rumah.
"Mak cik aku kat penjara" ucap Seungcheol bersahaja, tiba-tiba dia merasakan kedua-dua bahunya digenggam erat
"Bang.. aku bersedih untuk kau" kata Jeonghan dengan penuh simpati, memegang bahu rakannya itu untuk memberikan sedikit semangat.
"Apa kau ni? Nak sedih apa? Mak cik aku jadi komander la kekadang dia suka tidur kat penjara aku pun tak tau kenapa" Seungcheol menepis tangan Jeonghan, geli melihat wajah simpati jejaka itu, rasa macam nak tumbuk.
"Ouh ;-; lahanat punya member buat penat je aku bersedih untuk kau" maki Jeonghan, susah payah dia turunkan ego dia sikit untuk kasihankan Seungcheol sekali kena scammer.
"Aku tak minta pun ಠ_ಠ"
Di situasi lain, di sebalik kelihatan Seungkwan dan Chan sedang bersandar di dinding, cuba mengambil nafas kerana berlari lama dengan pening kepalanya lagi sebab lari satu pusing ruang tamu. Mereka pun tak tau kenapa mereka lari kat ruang tamu je, mungkin sebab Junhui asyik berlari kat depan, mereka pun ikut lari kemana je jejaka itu pergi.
"Asal bila tengok meatball tu lama-lama nampak macam gergasi dalam cerita Frozen tu? Dasar Jisoo hyung suka copy Elsa" rungut Seungkwan perlahan, dia tak nak menjerit takut gergasi salji itu dapat dengar dia pula.
"Kalau kau sanggup pilih siapa? Jisoo hyung ke Elsa?" soal Seungkwan pada Chan yang sedang mencangkung di hadapannya.
"Jisoo hyung, boleh dapat aiskim hari-hari, Elsa tu belum tentu dia pandai buat aiskrim" jawab Chan laju.
"Nasib baik alasan yang kau bagi munasabah" Seungkwan mengangguk faham, betul la setakat ni dia tak pernah tengok Elsa buat aiskrim kat dalam movie.
"Asal senyap je, dah cair ke dia" Chan mula bangun cuba untuk menjenguk sedikit di sebalik dinding, mencari makhluk itu tetapi yang dia nampak hanya la putih sehingga la dia mendongak ke atas dengan perlahan.
"Bachak!!" jerit gergasi salji itu dihadapan Chab, dengan seringai seramnya.
"SIOT DIA BOLEH MAIN CAK CAK DENGAN AKU HSHSHSHHS" Chan terus menarik lengan Seungkwan lari dari gergasi salji itu ke arah Junhui yang masih menyorok di belakang pokok.
"Jangan menyorok kat sini tak muat!!" halau Junhui, apa diorang fikir muat ke tiga orang menyorok kat belakang pokok yang kecil ni.
"Kau nak kata aku gemuk ke hyung?!" herdik Seungkwan dengan pandangan tak percaya, sanggup hyung yang amat dia sayang, hormat, siap jadi idola lagi hah mengatakan dia gemuk. Sakitnya hati Kwannie.
"BUKAN LA WOI MEMANG TAK MUAT WEH" Junhui menolak badan Seungkwan dan Chan, berlari masuk ke rumah semula diikuti dua maknae itu. Jeonghan dan Seungcheol yang ternampak peluang turut lari masuk ke rumah.
"Macam mana ni hyung? Aku tak rasa kuasa aku boleh kalahkan si debab tu" kata Chan risau, dia nak tolong tapi takut pula kuasanya akan hilang kawalan, siapa nak handle dia itupun kat dunia manusia dulu yang tolong dia bila dia hilang kawalan pun ommanya itupun ommanya lempang dia dengan ikan barulah dia diam.
"Dia tak debab dia cuma besar, yang sebelah kau tu barulah betul-betul debab--
"MULUT TU MEH SINI AKU CILI" belum sempat Junhui menghabiskan ayatnya, Seungkwan sudah memotong terlebih dahulu dengan wajah kemerahan kerana geram.
"RARGHHHH"
"ARGHHHH"
"Lah kok bunyi jeritannya saling menyambung ;-;" soal Chan bingung, jeritan yang pertama tu memang dia tau tu dari gergasi salji tapi yang jeritan kedua tu bunyi macam orang pondan menjerit.
"Tu Jeonghan hyung dan Seungcheol hyung la" jawab Seungkwan datar, masih memandang Junhui dengan penuh dendam.
"TUTUP PINTU TU SEUNGCHEOL" dengar mendengar arahan dari Jeonghan, terus Seungcheol menutup pintu sliding itu.
"Fuhhh selamat.." Jeonghan menghela nafas lega lalu menghampiri Junhui, Seungkwan dan Chan yang sudah selamat duduk di sofa.
"T-tunggu aku" Seungcheol berlari kecil, menyertai rakan-rakannya yang lain.
Kreakk
"Anjir aku ingatkan dia bodoh, pandai rupanya buka pintu sliding tu" maki Seungkwan perlahan, masing-masing melihat gergasi salji itu tengah menolak pintu sliding itu dengan lebih lebar.
"Mana member kita yang lain? Mati dah ke? Punya kuat kita jerit takde seorang pun yang keluar" hambur Jeonghan geram, dia tengah menderita kena kejar dengan gergasi salji, member dia yang lain pula sedap membuta kat dalam bilik. Ikutkan hati dia nak lari masuk bilik dia juga tapi tulah makhluk tu pergi halang laluan ke tangga, bersidai la dia kat ruang tamu ni.
"Diorang tidur, kau pun tau kan diorang tidur macam mana letak bom kat sebelah pun belum tentu diorang bangun melainkan kau tutup aircond auto bangun masing-masing" jawab Seungcheol, rasa nak pengsan dia asyik berlari je, dia je dah lama tak bersukan memang pancitnya la jawabnya.
"Takpe hyung, aku akan buat" kata Chan tiba-tiba, dia melangkah kehadapan, hyung-hyungnya yang lain pula hanya mampu menatap si maknae dengan penuh haru.
"Grrrr.." kedengaran geraman rendah dari gergasi salji itu apabila melihat Chan menghampirinya, jejaka itu menghirup dan menghembus nafasnya perlahan.
"Alah buchuk buchuk leha sayang takmo marah" serentak semua ternganga apabila mendengar apa yang dikata oleh Chan, suasana menjadi sunyi seketika sehingga Chan menjerit kecil apabila Seungkwan menarik telinganya menyuruh jejaka itu ke belakang semula.
"Aku risau dengan Chan ni kadang-kadang, makin teruk je aku tengok budak ni" Junhui menggelengkan kepalanya perlahan, siapa la yang ajar si maknae si haih.
Bam!
"Apa bising-bising ni?! Aku nak tidur nyenyak pun tak aman" rungut seorang jejaka yang sedang mengusap matanya perlahan. Kelima-lima jejaka dan gergasi salji itu memandang empunya yang membuka pintu macam nak patahkan pintu sampai seribu dengan lama.
"Mingyu!!" jerit mereka, cuba meminta tolong dari jejaka tinggi lampai itu.
Mingyu mengerutkan dahi, dia memandang rakan-rakannya lalu memandang gergasi salji yang turut memandangnya tidak berkelip.
"Eh BOBBY!!" Mingyu berlari turun ke bawah dan terus memeluk gergasi salji itu erat, mengabaikan rakan-rakannya yang meminta tolong padanya tadi.
"BOBBY?!"
"GYUGYU!!"
"HAH GYUGYU?!" untuk kali kedua mereka ternganga dengan terkejut, macam mana Mingyu boleh kenal makhluk salji yang gila kejar orang ni.
"Lahh nama dia Bobby ke aku ingatkan Leha ;-;" kata Chan kecewa, beria dia cuba pujuk gergasi salji tu macam dia pujuk ommanya untuk belikan dia Iphone walaupun waktu tu result exam dia labih banyak D dari A, sekali nama makhluk tu Bobby heh.
"Tulah tu, aku ingatkan dia betina sekali jantan ;-;" sambung Seungkwan yang turut tidak kalah terkejut dengan gergasi salji itu.
"M-macam mana kau boleh kenal gergasi ni?" tanya Jeonghan, dia bingung sekarang ni tiba-tiba baik pula gergasi salji tu peluk Mingyu padahal tadi kejar macam nak makan orang hidup-hidup.
"Ni kawan aku dulu, tapi dulu dia takde la besar macam ni, kan Seungcheol hyung pernah main dengan kitaorang dulu" cerita Mingyu, masih lagi memeluk makhluk itu.
Mendengar namanya di mention, Seungcheol mengerutkan dahinya, cuba mengingatkan kembali sejak bila dia main dengan si Bobby dan Mingyu ni tetapi ingatannya hanya samar-samar sahaja.
"Tak ingat la brader" Mingyu mengangguk faham, tak kisah jika Seungcheol tidak ingat tentang mereka pernah bermain bersama lagipun waktu tu dah lama sangat confirm la senang lupa.
"Jadi kenapa dia kejar kitaorang macam kitaorang ni curi dia punya makanan" soal Junhui dengan berhati-hati, takut gergasi salji itu kembali menyerangnya.
"Kejap aku tanya dia" Mingyu menarik muka gergasi salji itu lalu dibisik pada gergasi itu. Makhluk itu mengangguk faham lalu kembali berbisik pada jejaka itu.
"Macam tak betul je budak ni" kata Junhui sambil memandang Mingyu dengan penuh judge.
"Persoalan sekarang ni Mingyu hyung bisik kat mana aku tak nampak pun telinga dia" Jeonghan hanya mampu mengangkat bahu apabila mendengar soalan dari Seungkwan, dia pun tak tau kat mana telinga si Bobby tu menjadi misteri sehingga ke hari ini.
"Bobby kata dia ingatkan korang nak main kejar-kejar sebab tu dia kejar korang" jawab Mingyu dengan senyuman, seperti menganggap perkara itu bukanlah satu masalah besar tetapi pada pandangan rakan-rakannya yang lain, itu adalah masalah besar.
"Pingin dipukul yitu makhluk tapi tak jadi sebab dia tinggi" hambur Seungkwan perlahan, punya penat dia berlari sebab fikir si Bobby ni nak lenyek kepala dia sekali rupanya Bobby ajak main je hshshshsh.
"Mingyu, aku rasa kau kena tukar nama dia yang lebih pendek" kata Jeonghan dengan nada cuba menahan geram.
"Boleh, macam nama Bob ke?" cadang Mingyu teruja, tak sangka member dia yang lain cepat terima si Bobby.
"Tak, letak nama babi-- ummph!!" jejaka itu meronta kuat apabila Seungcheol tiba-tiba menekup mulutnya, tak sempat dia nak habiskan ayatnya.
"Aku tak nak kena kejar lagi better kau diam" bisik Seungcheol, memberi amaran pada rakannya itu.
"Jadi semua boleh la kot duduk, tenangkan diri kejap" pinta Mingyu, kelima-lima rakannya itu mula duduk di atas lantai diikuti Mingyu dan Bobby.
"Hah Bab-- maksud aku Bobby boleh la kot perkenalkan diri, asal mana? Jangan cakap asal boleh je aku bakar kau kejap lagi" arah Seungcheol, sempat lagi dia memberi ugutan pada makhluk itu. Ceh acah berani tadi bukan main takut.
"Acucu.. cucucucu Bobby cucucu" kata si Bobby, semua yang berada disitu kecuali Mingyu mengerutkan dahi, tak faham apa yang dikata oleh gergasi salji itu.
"Anjir ni bahasa apa ni, sepatah haram aku tak faham kecuali ayat Bobby tu ._." Seungkwan memicit pelipisnya, tiba-tiba dia rasa kepala dia kena migrain.
"Aku dah kata ni bahasa makhluk berkaki empat, warna pink yang takde leher tu" ucap Junhui dengan yakin.
"Mana kau tau? Bunyi babi dengan bunyi gergasi tu lain tau" balas Jeonghan tidak mahu kalah. Merapu jelah si Junhui ni.
"Sedara la tu"
"Macam mana Mingyu hyung boleh faham bahasa Bobby?" soal Chan ingin tahu mengabaikan spelukasi pelik Junhui, maklum la first time dengar bahasa gergasi salji.
"Mamat tu kan sebahagian dari babi kalau tengok perangainya sebab tu dia faham" terang Junhui dengan penuh bangga dengan semua keterangan bijaknya.
"Otak tu jangan tunjuk hodoh macam muka sendiri boleh tak -_- aku faham sebab aku selalu main dengan Bobby ni" kata Mingyu, dia memandang Junhui yang sedang memasang wajah tidak bersalah.
"Mana la saya tau saya kan orang"
"Kau panggil Seokmin kejap, suruh dia buat Bobby ni boleh bercakap bahasa kita" pinta Jeonghan, tak nak dia dengar bahasa si Bobby ni lagi kang terbawa ke mimpi dah susah.
"Malas aku, Seokmin tengah tidur berdengkur" bantah Mingyu, tak rajin la dia kena naik balik semata-mata nak kejutkan Seokmin nanti nak kena turun lagi, buat penat je.
"Sejak bila kau prihatin dengan member kau ni" perli Seungcheol, memandang rakannya sinis.
"Suka hati la, biar aku je yang translate apa yang Bobby kata" kata Mingyu muktamad, tidak terguris dengan perlian si leader.
"Hah bagus, ni aku nak tanya Jisoo hyung okay tak?" tanya Seungkwan, maklum la si Bobby kan muncul dari bilik hyungnya mesti makhluk ni tau keadaan Jisoo sekarang.
"Cucu.. cucucuc acucucuc HACHUM!" jawab si Bobby dengan penuh serius.
"Wahhh lebatnya dia bercerita" ujar Seungcheol kagum, tak tau la tu perli ke puji. Semua memandang Mingyu yang sedang menyanyi perlahan.
"Cucur adabi kesukaan kami~ enak dinikmati sampai mati~~" nyanyi Mingyu dengan syahdu, menghayati lirik yang dinyanyikannya.
"Hyung jangan rosakkan lagu childhood aku boleh tak ಠ_ಠ" tegur Chan tegas, lagu favourite dia tu jangan buat main.
"Woi translatekan bukannya nyanyi" Junhui menolak bahu jejaka tinggi lampai itu, cuba membawa jejaka itu ke dunia realiti semula.
"Iyoo, Bobby kata Jisoo hyung okay je cuma dia asyik bersin hachum hachum tapi sekarang dah berhenti dah" ujar Mingyu, menterjemahkan apa yang dikata Bobby tadi.
Jejaka tinggi lampai itu menguap lebar, matanya sudah kuyu menandakan dia kembali mengantuk, sebelum dia hendak berkata sesuatu tiba-tiba Bobby menepuk bahunya berkali-kali dengan kuat.
"Apa Bobby oi?!" soal Mingyu sebal, memandang Bobby yang kelihatan gelisah itu.
"CUCUCU OI CUCUCUC CUCUR CUCUK ACUCU ECUCIKSNJHKFVKJFGJGHDJKFJ CUCUUCUCUCUCUUCUC" teriak si Bobby, menggoncang bahu jejaka itu kuat
"Sumpah kalau aku faham apa yang dia cakap confirm cerita dia memang gempak sekarang ni" Seungcheol menepuk tangannya perlahan, melihat bebelan serta teriakan si Bobby dengan takjub.
"Kejap!! Bobby!! Aku tau aku dah kawan dengan kau lama tapi tak bermakna aku faham sepenuhnya apa yang kau cakap!! Kau nak kata apa?" tanya jejaka itu lagi dengan berhati-hati, Bobby mengeluh perlahan, makhluk itu bangun dari duduknya lalu dia memukul kepala Mingyu.
"Aduh!! Yah sakitlah!!" marah Mingyu, dia memandang Bobby yang sudah naik ke atas.
"Dia nak kemana?" Seungkwan memandang Bobby yang sudah naik ke atas, nasib baik si Bobby tu muat naik atas pakai tangga.
"Bilik Jisoo hyung, nak lesap la tu dasar" rengus Mingyu geram, dari kecil sampai ke besar sama je si Bobby tu asyik-asyik nak merajuk.
"Dah la aku nak masuk bilik, nak tidur penat main lari-lari" Jeonghan bangun dari duduknya diikuti yang lain, dia meregangkan badannya yang terasa pegal pergh lagi memenatkan dari buat latihan dengan Sir Dongwook.
"Sama"
"Eh habistu aku nak tidur kat mana?" Seungcheol memasang wajah simpati, takkan dia nak tidur kat ruang tamu, lagi sakit badan dia nanti.
"Bilik aku jelah hyung, alang-alang tu kau tolong tengokkan Jihoon hyung yang demam tu" ujar Mingyu, dia tak kisah kongsi katil dengan si leader tapi kalau Seungcheol ni banyak merungut baru la dia halau jejaka tu keluar.
"Yelah -_-"
"Eh siapa yang nak masak makan malam" Chan memandang hyung-hyungnya, kang kalau ada member terbangun lepastu tiba-tiba cari makanan hah sudah perang dunia ketiga nanti.
"Alah baru pukul 6 nanti la aku masak" kata Mingyu santai, gelabah la Chan ni bukan dia pun yang masak. Yang lain hanya mengangguk lalu masuk ke dalam bilik masing-masing untuk berehat, nanti malam nak kena jaga orang sakit lagi.
🔮🔮🔮
Pada waktu malam, selesai sahaja mereka makan malam berserta memberi orang sakit makan ubat, sesetengah dari mereka masuk ke dalam bilik untuk sambung berehat dan ada juga yang sedang duduk di ruang tamu menonton cerita.
"Eh Jisoo, asal kau ada kat sini? Pergi masuk bilik la nanti makin teruk demam tu" arah Seungcheol serius, melihat Jisoo yang santai duduk di sebelah Seokmin sambil menonton cerita.
"Aku dah okay sikit, jangan risau la kejap lagi aku masuk bilik" ujar Jisoo dengan suara seraknya.
"Bobby still ada dalam bilik kau ke?" soal si leader, dia tak nak menyusahkan Mingyu dengan kongsi katilnya, dia je tidur lasak sampai tendang-tendang orang.
"Dah takde dah, kalau kau nak masuk bilik, masuk je itupun kalau kau tahan sejuk" Jisoo tersenyum nipis, wajahnya masih lagi kelihatan pucat tetapi tidak sepucat waktu tengah hari tadi membuatkan Seungcheol lega.
"Aku tahan sejuk hshshshhs yesh boleh tidur bilik sendiri" sorak Seungcheol gembira, nasib baik la dia ni jenis yang tahan sejuk walaupun dia lahir dari kerajaan api, mungkin effect dari kuasa naga Jisoo yang ada dalam badannya membuatkan dia dapat tahan sejuk walaupun suhu -0 darjah celsius.
"Kejap.. siapa Bobby?" sampuk Seokmin dengan wajah penuh tanda tanya, dia je tak tau apa yang terjadi petang tadi sibuk sangat tidur terbongkang atas katil.
"Babi" jawab Seungkwan selamba.
"Ehhh cakap baik sikit!! Bobby tu kawan aku!!" bentak Mingyu tidak terima, sesedap je maki member dia.
"Bobby sunbaenim ke?" celah Wonwoo yang baru sahaja keluar dari dapur.
"Bukan, Bobby tu gergasi salji yang Jisoo hidupkan bukan Bobby sunbaenim yang suka menggatal dengan tiang sekolah tu" terang Junhui, jauh bebenor teka sampai senior sendiri kena mention semoga dia tak tersedak la kat asrama.
"Eh yang menggatal dengan tiang sekolah tu bukan Seungkwan ke" kata Seokmin yang masih tidak faham akan topik yang dibincangkan mereka.
"Nama aku lagi kena petik 눈_눈" Seungkwan memandang Seokmin tajam, hari dia dah dua kali dia berdendam dengan hyung-hyungnya, tabah jelah ye Seungkwan.
"Aku dapat mimpi pelik tadi" kata Jisoo, memecahkan suasana yang penuh dengan kebingungan.
"Hyung mimpi apa?" soal Wonwoo lalu menolak Seokmin untuk duduk disebelah hyungnya itu. Seokmin pula pandang jejaka tu tak puas hati, punya la banyak tempat nak duduk, tempat dia juga nak dirembatnya.
"Yang Sir Dongwook kahwin dengan mak kau, Mingyu" ucap Jisoo lalu dia menutup telinganya, bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini.
"ANDWAE!! TOLONG INI SEMUA HANYA LA PENUH DENGAN PENIPUAN!!" raung Mingyu sekuat hati, ini kalau ada jiran mungkin dah lama mereka kena marah dengan jiran mereka sebab bising sangat.
"Kau jangan gelabah la galah, mimpi je bukannya betul pun walaupun aku dengar Sir nak kahwin tapi aku pasti dia takkan kahwin dengan mak kau, takde taste ke apa dia tu" Seokmin memutar biji matanya menyampah, sikit-sikit nak menjerit si galah ni cuba la diam.
"KAU NAK KATA MAK AKU BURUK?! MACAM TU?!" balas Mingyu masih menggunakan nada suara yang tinggi.
"BUKAN LA TIANG!! Aku nak kata agak-agak la Sir nak kahwin dengan mak kau, tak ke naya dia kena hukum pancung kepala dengan bapak kau" raungan Mingyu terus terdiam apabila mendengar keterangan dari Seokmin.
"Betul juga tu ;-;" Jisoo meraup wajahnya dengan lemah, haih perangai Mingyu ni tak pernah nak hilang kerjanya asyik meraung je lepastu bukannya nak fikir dua tiga kali dulu.
"Dah la pergi tidur semua, aku dah cakap dekat pengetua, esok yang demam je stay rumah rehat, yang lain sekolah" arah Seungcheol setelah dia menelefon pengetua mereka.
"Uhuk! Uhuk! Tiba-tiba aku rasa nak demam" Seungkwan menepuk dadanya perlahan sambil berpura-pura batuk, malangnya lakonan dia amatlah buruk sehingga si leader menatap dirinya dengan tajam.
"Kau jangan nak temberang dengan aku gemuk, esok kau tak bangun aku campak kau keluar dari tingkap" ugut Seungcheol, jangan macam-macam dulu waktu dia satu dorm dengan Jimin, jejaka tu la yang selalu kena tempiasnya. Kalau Jimin pura-pura sakit hah memang kena tendang la dia masuk bilik air.
"Menurut perintah!! Gerak lu!!" dengan kecepatan luar biasa, Seungkwan sudah lesap di ruang tamu dan beberapa saat kedengaran pintu biliknya ditutup kuat.
"Kena ugut baru nak gelabah, kau boleh naik ke bilik tak Jisoo?" soal Seungcheol lembut, Jisoo mendongak memandang rakannya lalu tersenyum lemah.
"Boleh kot--
"Takpe meh sini aku angkat kau" potong seseorang yang kini sudah berada di hadapan Jisoo, jejaka itu menolak Seungcheol menjauh dari mereka.
"Sejak bila mamat ni ada ;-; bukan dia dah masuk bilik ke tadi" Seungcheol menggaru kepalanya, bingung melihat Jeonghan tiba-tiba sahaja muncul padahal rasanya dia ada nampak Jeonghan masuk ke bilik lepas makan tadi.
"Grrr.." semua memandang ke kanan, kelihatan Bunny yang sedang menyerupai serigala berwarna putih dengan wajah bengisnya.
"Bunny takmo marah Hannie" tegur Jisoo garang, Jeonghan yang berada disitu hanya mampu berbunga hati mendengar Jisoo membelanya tetapi hati berbunganya hancur sekelip mata apabila melihat Jisoo sudah tidak ada disebelahnya. Jejaka itu memandang Jisoo yang sedang memegang Bunny cuba untuk naik ke bilik.
"Alah Bunny ni tak rilek la orang gurau je -,-" Jeonghan mengerucutkan bibirnya sambil melihat Jisoo naik ke bilik dengan Bunny yang masih memandangnya tajam. Setelah beberapa minit mereka menyepi di ruang tamu, Seungcheol menghalau mereka masuk ke dalam bilik kerana sudah larut malam, sempat lagi jejaka itu menendang Jeonghan sebelum masuk ke dalam biliknya.
Tanpa disedari mereka, terdapat seekor makhluk berupa kuda berwarna hitam di luar rumah Seventeen, memandang rumah itu tajam, apabila makhluk itu hendak menjejakkan kakinya ke laman rumah itu seperti renjatan elektrik, makhluk itu kebelakang semula nampaknya rumah itu sudah diberi mantera perlidungan, tiba-tiba kedengaran bunyi geraman rendah dan lolongan serigala berserta bunyi sahutan haiwan dari dalam hutan membuatkan makhluk itu mula meninggalkan kawasan perumahan Seventeen.
Di tingkap rumah Seventeen pula, kelihatan seekor makhluk berbulu hitam belang sedang menggaru kepalanya bingung apabila melihat makhluk berkuda itu sudah pergi bagaikan debu. Soalan mula terlintas di otak tak berapa ada akalnya, apa benda makluk kuda tu? Kenapa dia hodoh sangat? Stalker ke dia? Seventeen pun buruk asal nak skodeng mereka? Inilah kuda zaman sekarang.
"Meow?" makhluk berbulu itu menyengetkan kepalanya, tidak lama selepas itu dia mengambil bedak talkum berdekatan lalu ditaburkan di atas tangannya. Selepas itu, makluk berbulu itu mengepalkan tangannya, dia membentuk tangannya seperti bulatan lalu ditiup sehingga keluar seperti kepulan asap. Makhluk itu, bersorak perlahan apabila melihat asap yang dibuatnya.
"HORA PERGI TIDUR! KAU TAK PAYAH NAK HISAP VAPE PALSU KAU TU! TIDUR SEKARANG OHOK!" kedengaran jeritan kuat Soonyoung di segenap rumah itu, Hora memasang wajah jengkel lalu turun dari tingkap itu, menghampiri katil tuannya lalu berbaring di sebelah Soonyoung yang sudah kembali tidur.
___________________
Wassup guys!! Hshsh sorry lambat update sebenarnya nak update waktu cuti takpe tak sempat sebab author banyak tidur hshshs
And congrats siapa yang dapat result SPM hari tu, mesti result masing-masing gempak and siapa yang sedih dapat result SPM, jangan sedih okay korang dah buat yang terbaik, fokus untuk benda lain pula. Fighthing!!
Actually, aku jeles siapa yang dah dapat result SPM tu, aku je tak dapat result sampai sekarang hiks btw aku ambil SPM dan SVM tapi dua2 tak dapat lagi sepatutnya dapat dari awal tapi cikgunya kata nanti la apa la hmmm haku redho
Btw ni gambar gergasi salji aka Bobby!!
Abaikan yang kecik tu, itu cucu Bobby tapi aku malas nak masukkan hshshshs
Dan, HAPPY BIRTHDAY URI HORANGIE KWON SOONYOUNG🐯💜✨🎊🪅🎈🎁 HORANGHAE🐯💓🐯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro