44
"Makan ye anak-anak makan" arah The King dengan senyuman manisnya diberikan pada Seventeen yang sedang struggle menghabiskan makanan di pinggan mereka, yang tak boleh tahannya siap berpeluh diorang makan. Tak sangka makan pun boleh penat.
"Erk tuanku ni nak masuk kali ketiga kami makan" tegur Seungcheol sopan, first-first memang eksaited la nak makan tapi makin lama makin bitter pula asyik makan je even Seungkwan pun dah macam nak nazak asyik makan yelah hidangannya seorang makanannya macam untuk 5 orang.
"MAKAN! JANGAN DURHAKA" The King membeliakkan biji matanya sebesar mungkin, nampaknya dia telah mengeluarkan kuasa veto The King dia.
"I-iyelah.." nak tak nak Seventeen terpaksa menghabiskan makanan mereka sebab takut kang ingkar tak pasal-pasal dapat hukuman kena penggal.
"Kau tak terasa kasar ke cakap macam tu" celah Sir Dongwook yang dari tadi duk perhatikan anak-anak muridnya kena dera makan dengan lelaki tak seberapa tua itu.
"Suka hati la!!" balas The King sebal, macam mana la dia boleh benarkan si Dongwook ni ikut makan sekali.
"Dah Seventeen berhenti la makan tu, The King ni nak cakap sesuatu kat korang" kata Sir Dongwook, serentak Seventeen berhenti makan apabila mendengar arahan dari guru mereka. Ceh sebelum takde pula nak dengar arahan macam tu selalunya kemain mengomel dulu baru ikut dah insaf la tu diorang.
"Aku tak kata pun-- ADOI!" The King mengusap kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh Sir Dongwook dengan menggunakan senduk yang entah bila dia rembat kat dapur tengok-tengok dah ada kat tangan dia.
"Pergi. Sekarang. Jangan. Nak. Melawan" arah Sir Dongwook satu persatu dengan suara menyeramkan, Seventeen dah usap lengan mereka sebab seram sejuk lagi-lagi si Soonyoung dari tadi dia duk tepuk dengan garu lengan dia sebab ada nyamuk hinggap kira seram la tu bagi dia maklum la tak nak nyamuk hisap darah dia tak pasal-pasal nanti dia betukar jadi vampire versi nyamuk.
"Yelah -,- nak senang lenang pun tak boleh" rengus The King lalu dia bangun dari tempat duduknya, yang lain semua terpegun apabila The King mengalah dengan Sir Dongwook lagi-lagi dayang, pengawal, acik tukang kebun, acik buat kopi, acik tukang bawa dulang 24 jam tapi ada shif kerja, acik cleaner, acik tukang tolong cakapkan untuk The King sebab kekadang The King ni spesis malas nak buka mulut dan kalau memang semua acik la dengan Seventeen ternganga tengok dengan senang je The King dengar arahan dari Sir Dongwook.
Agaknya Sir Dongwook makan pil kuda kot sebab tu The King dengan senang dengar arahan dia.
"Jom kita pergi ke perpustakaan tu semula" Seventeen mengangguk lalu bangun mengekori The King yang sedang berjalan di depan, tiba-tiba telefon Jisoo bergetar menandakan notifikasi masuk, jejaka itu mengeluarkan telefon dari poket seluarnya lalu dilihat siapa yang terlebih dapat hidayah chat dia sekarang ni.
Sehun Kuli Hyung👨🦳
Seen 9:31 p.m.
Bunny kata dia rindu Shua dia~~
Seen 9:31 p.m.
Awww kiyotnya🥺❤️
Sent 9:33 p.m.
Tolong pelukkan Bunny untuk Shua
Sent 9:33 p.m.
tapi JANGAN CIUM DIA
Sent 9:33 p.m.
BUNNY INNOCENT LAGI
Sent 9:33 p.m.
BUKAN MACAM HYUNG
Sent 9:33 p.m.
Thanks❤️✨
Sent 9:34 p.m.
Kuanghajor😑😑
Seen 9:35 p.m.
Hah yelah nanti aku suruh kucing jantan mana peluk dia
Seen 9:35 p.m.
Welcome✨
Seen 9:35 p.m.
Hyung suruh kucing jantan lain peluk dia, hyung yang kena penggal nanti
Sent 9:35 p.m.
Papai🐰🐰🔪
Sent 9:36 p.m.
"Tu Bunny ke? Comelnya!!" puji Chan yang kebetulan ternampak chat Jisoo dengan Sehun si pembantu peribadi paling durhaka tapi amat disayangi oleh daddy dan mommynya.
"Haah, Bunny kata dia rindu haih aku pun rindu dia🥺🥺" Jisoo membuat riak wajah sedih, rindu pula pada Bunny yang asyik marah dia bila dia try nak terjun dari bumbung istana, dia bukan nak bunuh diri cuma nak try dia boleh terbang ke tak mana tau en boleh nanti boleh la dia riak kat Dissnet sebab Elsa tak boleh terbang tapi dia boleh.
Ye Jisoo tau dia bijak tak payah cakap dah tak payah puji nanti makin berkobar dia nak terbang sama macam berkorbarnya Jeonghan bila dia dengan confidentnya rasa yang dia boleh jadi duyung.
"Alolo takmo sedih nanti kita balik kau jumpa la dia" pujuk Seungcheol lalu memeluk bahu Jisoo.
"Betul tu betul dah jangan sedih-sedih nanti dah tak comel dah" kata Jeonghan pula yang turut memeluk bahu rakannya itu, nampaknya Seungcheol dan Jeonghan dah buat sepakatan untuk kongsi Jisoo bagus-bagus i is bangga *tak perasan yang Taehyung tengah pandang author seram*
"Dasar dua ekor hyung gatal kat seluruh badan tau mengambil kesempatan je kerjanya mereka" ucap Jihoon sambil memerhatikan gelagat ketiga-tiga hyungnya yang sedang berjalan di hadapan mereka.
"Tapi semalam pun omma aku hantar gambar Mr.Kermit" sampuk Minghao yang dari tadi duk mendengar kisah haiwan member rindu tuannya.
"Mana?" Mingyu mula melompat teruja, maklum la dah lama dia tak nampak haiwan kesayangan Minghao buat kuak lentang kat dalam mangkuk jamban secara mengejut itu yang dia excited tu nak tengok.
"Nah" Minghao mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan gambar Mr.Kermit yang dihantar oleh ommanya semalam tapi dibaca olehnya hari ni.
"Hampir terkena heart attack aku dibuatnya ;-;" Seungkwan mengusap dadanya perlahan apabila melihat makhluk yang merupakan haiwan kesayangan hyungnya itu. Dia fikirkan haiwannya anjing sekali katak nasib dia tak pengsan kat situ Hansol bukannya ada pun nak tangkap dia kalau dia pengsan nanti-- eh eh eh🌚🌚
"Pandai la kau ajar dia hyung" ujar Hansol yang sedang berdiri dibelakang Chan, sedikitpun tidak mengedahkan Seungkwan yang kini berjarak 3 meter darinya tapi di fikiran Hansol dia berharap jarak mereka seperti 3 kilometer.
Straight gap katanya.
"Kan.. aku bangga!!" kata Minghao, tak sia-sia dia ajar Mr.Kermit cara untuk membuat gaya swag selama tiga jam, nak naik kejung juga la jari dia waktu asyik buat gaya yang sama lama-lama.
"Hmmph! Jelesnya!" Omel Soonyoung, matanya tak lepas memandang rakan-rakannya memuji katak Minghao. Jejaka itu mula mengeluarkan telefonnya lalu mesej seseorang.
Noona anak pungut😔
NOONAAAAA
Sent 9:40 p.m.
APA KAU NAK ANAK PUNGUT?!
Sent 9:40 p.m.
Noona, apa khabar Hora?
Sent 9:41 p.m.
Dia tak rindu Soonyoungie ke☹️🥺
Sent 9:41 p.m.
Kejap..
Seen 9:42 p.m,
Seen 9:46 p.m.
WOI KUANGHAJOR
Sent 9:46 p.m.
TU BUKAN HORA
Sent 9:46 p.m.
NOONAAAAAA
Sent 9:46 p.m.
BERISIK ANJIRR
Seen 9:47 p.m.
SABOR LA
Seen 9:47 p.m.
TETIBA DAPAT HIDAYAH TANYA PASAL HORA
Seen 9:47 p.m.
NAK MATI DAH KE?!
Seen 9:47 p.m.
Seen 9:48 p.m.
NOONA KEJAM CAKAP KITA DAH NAK MATI!
Sent 9:48 p.m.
SOONYOUNGIE BAGITAU OMMA!
Sent 9:48 p.m.
AND APAHAL BAGI GAMBAR HORA WAKTU SELESEMA?!
Sent 9:49 p.m.
BURUK!
Sent 9:49 p.m.
GAMBAR LAIN TAKDE KE?!
Sent 9:49 p.m.
Iye saborlah.. tau nak capslock je
Seen 9:50 p.m.
Kang ada yang kena headlock balik nanti
Seen 9:50 p.m.
Seen 9:51 p.m.
Anak kau ni okay je
Seen 9:51 p.m.
Bahagia takde siapa kacau dia
Seen 9:51 p.m.
Maksudnya dia tak rindu kau
Seen 9:51 p.m.
Auch..
Sent 9:53 p.m.
Sampai hati noona kata macam tu😭😭
Sent 9:53 p.m.
Hora pun!!
Sent 9:53 p.m.
Seen 9:54 p.m.
YANG NOONA BAGI GAMBAR SI JOLI NI DAH KENAPA?!
Sent 9:54 p.m.
NAK GAMBAR HORA LA!!
Sent 9:55 p.m.
IYELAH!!
Seen 9:55 p.m.
Seen 9:56 p.m.
Inikan gambar Hora waktu dia kecil
Sent 9:57 p.m.
Aww my babi❤️
Sent 9:57 p.m.
*baby
Sent 9:58 p.m.
Sorrey
Sent 9:58 p.m.
Pape jelah
Seen 9:58 p.m.
"Kau dah kenapa? Dramatik tiba-tiba apahal?" tegur Wonwoo apabila melihat Soonyoung tiba-tiba sahaja menitikkan sedikit ubat mata pada matanya lalu berpura-pura mengelap air mata palsunya di hadapan cameraman secara haram.
"Hora so cuteeee" Soonyoung terus menunjukkan gambar Hora ketika waktu kecil pada Wonwoo tetapi dia hanya mendapat balasan kerutan di dahi sahaja dari jejaka itu.
"Okay?"
"Alah hyung ni menunjuk pula tengok aku punya haiwan lagi gempak, haiwan aku ni dapat gelaran kereta tau namanya kereta lembu" celah Seokmin lalu menunjukkan gambar haiwan yang dikatakannya pada Soonyoung, Wonwoo dan Junhui yang kebetulan jalan bersama mereka.
"Baru aku tau definisi nama kereta lembu tu ._." kata Junhui, matanya tak lepas memandang lembu dan kereta yang melekat di kepala haiwan itu. Patutlah lately ni dia baca surat khabar banyak je tentang kes kereta mainan yang hilang rupanya lembu ni yang curi, elok la tu badan pun warna hitam putih dah macam kuda belang.
Tetiba je en warna lembu dengan kuda belang sama, tau dah memang takde kene mengena pun sebenarnya.
"Bodoh kau ni memang tak dibuat ye Seokmin" komen Wonwoo datar, dia penat dengan semua kebodohan ni walaupun tadi dia salah masuk tandas difikirnya tu tandas untuk tetamu sekali tu tandas untuk dayang tapi peduli apa, dia tetap penat dengan semua kebodohan yang makin meraban ni.
"Kadang-kadang je aku buat-buat pandai HSHSHSHHS" gelak Seokmin sakan, tak heran dengan rakan-rakannya sedang menatapnya seperti ingin menghantarnya ke hospital mental jambu batu belah batu bertangkup.
"Baiklah kita dah sampai!! Masuk-masuk" semua tersentak apabila mendengar suara The King yang kini sudah berdiri di hadapan perpustakaan lama itu, punyalah lama berborak sampai tak perasan diorang dah sampai padahal diorang memang dah sampai 10 minit yang lepas cuma takde siapa yang perasan sebab tu The King panggil mereka.
"Jadi tuanku nak cerita pasal apa?" soal Seungcheol apabila mereka semua sudah melabuhkan punggung masing-masing di atas lantai setelah masuk ke dalam perpustakaan lama itu.
"Pasal buku ni, sebenarnya tiada siapa yang tau asal usul buku ni siapa yang buat dan macam mana buku ini dihasilkan tiada siapa yang tau sehingga la ke hari ni. 100 tahun yang lalu buku ni telah memilih empat belas pahlawan yang gagah untuk mengalahkan musuh yang kuat dengan adanya batu permata dipanggil Carat kuasa si pemilik akan bertambah kuat jadi kamu semua dah dapat kan Carats setiap seorang?" Seventeen mengangguk menjawab soalan The King lalu mengeluarkan Carats masing-masing, setelah melihat wajah puas hati dari The King mereka kembali menyimpan Carast itu.
"Jadi keempat belas pahlawan itu dengan penuh ikrar akan menjaga Carats dan cuba menumpaskan mana-mana kuasa jahat tetapi entah macam mana boleh terjadi satu Carat dapat dipegang oleh pihak musuh" cerita The King dengan sesal, sampai sekarang menjadi tanda tanya macam mana pihak musuh boleh dapat Carat itu adakah mereka menyerang satria itu pada ketika itu ataupun mereka sememangnya dah sepakat? Tiada siapa yang tau kisah disebaliknya even author pun tak tau sebab fikir last minute heh.
"Ahli sihir hitam ke?" tanya Jeonghan meminta kepastian.
"Tak, lagi kuat dari dia sangat berkuasa waktu tu apabila dia dapat pegang salah satu Carat kuasanya makin bertambah kuat bercampur dengan kuasa element yang ada di dalam batu itu" terang The King, walaupun musuh yang dahulu telah musnah kadang kala dia dapat merasakan auranya dan kadang-kadang juga The King dapat merasakan bahawa si 'dia' sedang memerhatikan mereka dari jauh sebab tu dia dan Seventeen berkumpul di perpustakaan lama kerana perpustakaan lama ini mempunyai pelindung dari mana-mana kuasa jahat sebab tu lagi selamat berbincang disitu. Dia tak boleh yakin sangat yang musuh-musuh lama mereka betul-betul telah dimusnahkan kemungkinan ada satu dari beribu-ribu yang selamat sampai ke hari ni.
"Disebabkan itu lagi tiga belas satria terpaksa menggunakan kuasa Carat mereka untuk munculkan makhluk lagenda iaitu naga" kata The King lalu dia menyuruh Mingyu menyelak helaian pertama buku itu.
"Tapi mereka tetap tumpas kerana pihak musuh juga mengeluarkan naga dengan menggunakan kuasa dari batu Carat sehingga batu itu yang sebelum ini berwarna putih terus bertukar menjadi hitam" sambungnya, dia memandang buku itu lama, nak je dia tendang buku tu tapi tak boleh pula sebab nanti kena sumpah jadi dia hanya mampu menyumpah seranah buku tu dalam hati sahaja la.
"Waktu tu dunia magik berada di ambang kemusnahan namun pemilik asal Carat yang dicuri itu tetap berlawan dengan musuh seorang diri sehingga la dia dapat merampas batu Carat itu dan bunuh musuh itu, ke semua rakan-rakan seperjuangannya sudah mati dengan dia yang turut sudah nyawa-nyawa ikan akibat menggunakan kuasa terlalu banyak dengan kudrat yang masih ada dia mencantumkan batu Carat miliknya dengan batu Carat milik rakannya seorang lalu mati disitu berserta batu-batu Carat yang sudah lenyap begitu sahaja dengan naganya sekali" cerita The King lagi dengan mulutnya yang sudah berbuih sebab cerita panjang sangat.
"Jadi koklusinya inilah sebabnya tajuk buku ni ialah Dragons Magician War" ujar The King dengan diakhiri 'YEAY HABIS! MULUT AKU DAH START BERSEMUT'.
"Maksudnya buku ni ceritakan pasal peristiwa tu la?" soal Hansol, cuba untuk faham semula situasi kenapa buku ni bertajuk naga dan bukannya satria-satria tu.
"Haah tapi kebanyakkan cerita pasal naga satria-satria tu macam kelebihan naga tu, kelemahannya, umur berapa, jantina, single ke taken hah macam tu la" Hansol mengangguk faham setelah mendengar penerangan The King.
"Kalau diorang pun ada naga maksudnya kami pun ada?" Jihoon memamandang The King dengan berbinar, tak boleh imagine rupa naga bayang dia nanti.
"Yup, naga tu adalah diri kamu, nyawa kamu, walaupun naga tu melindungi kamu tapi kamu kena berhati-hati juga, kalau naga kamu mati maksudnya risiko kamu akan mati amat tinggi tetapi kalau kamu yang mati naga tu takkan ada effect kerana buku dan batu itu akan cari tuan barunya" terang The King lagi.
"Habistu Jisoo hyung?" Chan menunjuk Jisoo yang duduk tidak jauh darinya, dia hairan kalau bila dapat batu Carat tu baru boleh ada naga jadi macam mana Jisoo yang waktu tu umur 9 tahun terus boleh keluarkan naga dia tanpa sebarang batu Carat pun.
"Kes Jisoo lain sikit, waktu dia kecil memang naga dia mati tapi bukan mati sebab kalah dengan naga milik kerajaan api tapi Jisoo telah berikan separuh nyawanya pada Seungcheol iaitu naga tu sendiri dan sampai sekarang saya tak tau macam mana kamu ada naga sebelum kamu dapat batu Carat kamu" kata The King yang turut bingung dengan situasi jejaka itu apatah lagi Jisoo yang memang tak tau apa-apa kecuali kacau Bunny dan makan aiskrim.
"Refleks(~ ̄▽ ̄)~" balas Jisoo santai, tak payah nak fikirkan apa-apa la pasal dia ni Jisoo sendiri pun tak boleh fikir apa-apa.
"Banyak la kau refleks -_-"
"Jadi itulah kisahnya korang kalau nak tau lebih lanjur boleh baca buku tu dan! Kamu semua akan jumpa naga kamu tapi tak tau la macam mana so siap sedia la" ujarnya lalu bangun dari duduknya untuk membetulkan sendi tulang belakangnya yang dah tak berapa betul sebab duduk atas lantai lama sangat.
"Baik tuanku"
"Amari la kita tidur esok korang nak balik dah" ajak The King lalu keluar dari perpustakaan diikuti Seventeen dibelakang, tiba-tiba kedengaran jeritan dan derapan kaki mendekati mereka.
"APPA!!" The King terkaku apabila mendengar suara yang dikenalinya, terus dia menoleh kebelakang, Seventeen pun ikut menoleh dan mereka ternganga apabil melihat seseorang yang amat dikenalinya.
"GEON?!" jerit Soonyoung dengan tidak percaya, macam mana budak ni boleh sesat sampai ke sini.
"EH HAI HYUNG! APPA!! GEON DAH BALIK HSHSHSH" sapa Geon riang lalu bergayut pada lengan The King yang kini sedang menutup wajahnya dengan tapak tangannya.
"Appa?" Chan menatap adiknya dengan bingung, The King appa Geon? Maksunya dia--
"Ouh hyung tak tau? The King kan appa kita berdua" ujar Geon tanpa memikirkannya dua tiga kali ketika bercakap.
"MWO?!"
"Tak gune punya anak buah buat penat aku je set up masa yang sesuai untuk Chan dengan The King berjumpa, engko tau hancurkan plan orang je" Sir Dongwook menghela nafas berat, apalah nasib dia dapat anak saudara nakal macam ni dah la perangai sama dengan abang dan bapaknya.
"A-apa semua ni" Chan memandang The King cuba meminta kepastian.
"Haih Chan.. ni appa mianhei sebab tak bagitau awal-awal maklum la dah tua kan asyik lupa je nak cakap benda yang penting" kata The King dengan sedikit lawa hambar terselit dalam ayatnya.
"Aik tadi tak nak ngaku diri tu tua" sampuk Sir Dongwook sinis.
"Hei diam kau!! Bagi aku moment dengan anak aku!! Shuh!" halau The King pada yang lain dengan Geon sekali dia halau takut hancur moment dia nak berborak dengan Chan.
"Yang lain apa lagi, ajom ler beradu" ajak Sir Dongwook pada Seventeen dan Geon yang dah mula buat tanda protes tapi lepas je mendapat padangan maut dari guru itu terus mereka ikut Sir Dongwook meninggalkan Chan dan The King berdua disitu.
"Appa.." panggil Chan, buat pertama kalinya dia memanggil appa kandungnya, tiba-tiba dia rasa bahagia apabila The King menyahut panggilannya.
"Maaf sebab biarkan omma bawa kamu pergi ke dunia manusia sebenarnya appa dah lama cari kamu tapi tulah ada kalanya situasi tak mengizinkan, even Geon pun appa suruh Dongwook yang jaga dia lepas dia lahir sebab ahli sihir hitam dulu masih kejar appa, omma pula memang dah meninggal lepas lahirkan Geon, maaf sebab tak bagitau awal-awal" ujar The King dengan rasa bersalah, waktu tu dia memang nak bawa Chan balik tapi ahli sihir hitam sentiasa jejakinya jadi dia terpaksa biarkan Chan membesar di dunia manusia dengan keluarga yang baik.
"Takpe la appa.. janji Chan dapat tau yang family Chan hidup lagi janji jangan tinggalkan Chan" The King mengangguk lalu memeluk anaknya erat tanpa disedari mereka ada lebih seorang yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.
"Awww comelnya bapak berak anak keluar berbintik" Sir Dongwook mengelap hingusnya yang meleleh dengan tisu.
"Macam tibe je Sir" Jeonghan memandang gurunya itu atas bawah, lain macam peribahasa dia ajaran sesat mana pula guru dia belajar ni.
"Biarlah, dah pergi masuk bilik tak payah nak ikut aku intai sekali" arah Sir Dongwook, yang lain dah masuk bilik dah si Jeonghan menggatal sangat nak ikut dia mengintai The King dan Chan.
"Yelah -,-" dengan malas Jeonghan masuk ke dalam biliknya meninggalkan Sir Dongwook yang masih sibuk mengintai anak beranak itu.
__________________
Sebarang typo dan ayat tunggang terbalik harap diabaikan sebab aku taip dalam mode mengantuk
Btw THANKS💜❤️🧡💛💚💙🤍🤎🖤
Thanks korang sebab support story ni😭💜💜series terharu hukhuk💝thanks again❤️🥺🥺💙
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro