Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

43

"Kita sudah sampai ke kediaman The King" ucap Seokjin pada Seventeen yang sudah menjejakkan kaki di istana The King, portal yang menyambungkan dunia manusia dan dunia magik terus lesap begitu sahaja.

"Kenapa rasa nervous aku ni macam nak pergi rumah keluarga mertua ek?" Soonyoung menyengetkan kepalanya memandang istana putih yang besar itu cuba untuk membuang rasa gugupnya.

"Ada ke yang nak kat kau?" balas Wonwoo yang terdengar omelan dari jejaka itu lalu berjalan meninggalkan Soonyoung di belakang.

"Kuanghajor ಠ_ಠ"

"Kamu semua boleh jalan lurus, The King dan Sir Dongwook sedang menunggu" ujar Seokjin setelah mereka sudah memasuki ke dalam istana The King itu.

"Yow korang!!" sapa seseorang yang berdiri tidak jauh dari mereka sedang melambai dengan ramah.

"Namjoon sunbae!!" Seungcheol membalas lambaian itu apabila dapat mengenali suara yang sudah lama dia tidak dengar, senior kesayangan la katakan.

"Berapa kali aku nak kata jaga perangai tak tau malu kau tu?! Kita tengah bertugas kan" marah Seokjin lalu mengetuk kepala Namjoon sehingga membuatkan spek jejaka itu hampir terjatuh.

"Sorry ah ;-;" Namjoon tersengih tidak bersalah, membetulkan speknya yang hampir terjatuh nasib sempat dia ambil.

"Tak sangka la Namjoon sunbae pun berkhidmat kat sini" bisik Seokmin pada Hansol sambil melihat Seokjin yang masih membebel pada Namjoon dari jauh.

"Alah hyung ni macam tak tau pula dia kan ikut bini dia" balas Hansol yang turut ikut berbisik, takut Seokjin dengar pula la.

"Siapa bini dia?" soal Seokmin bingung, sudah terang lagikan bersuluh yang Hansol mention Seokjin takkan still blur lagi.

"Tu yang tengah membebel tu" tunjuk Hansol pada Seokjin dengan malas.

"Seokjin hyung?" Hansol menggulingkan biji matanya, malas la nak borak dengan orang macam ni.

"Datang pun kamu semua meh ah masuk jangan malu-malu" serentak Seventeen, Seokjin dan Namjoon memandang pemilik suara itu, kelihatan Sir Dongwook sedang menghampiri mereka dengan lengan diluaskan minta dipeluk tetapi percaya la takde siapa pun yang akan lari memeluk dia.

"Wah bang lawo rambut, patutlah cepat lesap pergi salon tak ajak rupanya (¬‿¬)" usik Jeonghan, mengabaikan lengan gurunya itu yang desperate nak peluk seseorang.

"Apa engko ni 눈_눈" Sir Dongwook menjatuhkan lengannya dengan wajah datar, terus tak jadi nak minta dipeluk.

"Tak nak ngaku pula ciee" Jeonghan mencucuk lengan gurunya itu, dengan kecepatan luar biasa kerana takut dicop gay terlebih hormon oleh readers segera Sir Dongwook menepis tangan anak muridnya itu.

"Dah la pergi masuk bilik tu mengada pula kau kat depan ni" Jeonghan mengerucutkan bibirnya tidak puas hati lalu menarik Jisoo mengikutinya masuk ke dalam bilik itu dengan Seungcheol dibelakang sedang mengejar mereka.

"Sir cakap macam istana ni Sir punya pula" perli Jihoon lalu masuk ke dalam bilik itu diikuti yang lain.

"Biarlah -,-"

"Sir pergi mana? Tetiba lesap kat dunia manusia tengok-tengok dah ada kat sini" soal Minghao selaku anak murid yang cuba mengambil berat terhadap gurunya-- choy.

"Buat kerja la apa lagi, Seungcheol engko bawa en buku naga tu mestilah kau bawa hah bawa benda tu keluar nanti" Seungcheol mengangkat keningnya hairan, tetiba je Sir Dongwook tanya dia lepastu jawab sendiri eh baik tak payah tanya macam ni.

"Okay??"

"Mana The King kata dia tunggu kami" Chan memandang bilik itu teruja cuba mencari mana tau The King main sorok-sorok kat celah-celah rak buku.

"Entah dah lesap agaknya" jawab Sir Dongwook malas, Seventeen dah buat muka ಠ╭╮ಠ sebab dapat jawapan macam tu, orang dah eksaited nak jumpa The King ni.

"Korang duduk sini dulu, Sir nak keluar kejap ada hal jangan buat benda yang bukan-bukan duduk je kat situ jangan bergerak" arah Sir Dongwook setelah melihat telefonnya, awek dia mesej dia la tuw ( ͡° ͜ʖ ͡°).

"Hal macam mana tu?" Seungkwan mengangkat keningnya, menyenggol-nyenggol pinggang gurunya itu.

"Hal peribadi engko nak menyibuk pula" kata Sir Dongwook malas, main senggol-senggol pula haku senggol kau punya halkum tu kang.

"Hal peribadi apa tu Sir🌚🌚" desak jejaka bermarga Boo itu, kali ni lebih teruk dia cuit pinggang gurunya itu banyak kali meminta jawapan.

"HAKU NAK BERAK LA ENGKO NAK IKUT JUGA KE?! NAK TENGOK?!" jerit Sir Dongwook geram, dia menepis tangan Seungkwan apalah nasibnya mendapat anak-anak murid hanat sebegini dah dua kali dah deme cuit badan dia.

"Orang gurau je -,- hah yelah pergi la berak sana" Sir Dongwook merengus geram lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Seventeen yang masih berdiri macam orang bodoh di tengah-tengah library lama.

"Memandangkan hanya kita sahaja yang berada dalam bilik ni jom la buka buku naga tu" ajak Seokmin, bosan pula bila nak kena tunggu gurunya padahal belum sampai seminit Sir Dongwook keluar dari bilik ni.

"Tak nak tunggu The King dan Sir Dongwook ke?" soal Hansol was-was, takde la cuma nak berhati-hati lagipun The King en lain la Sir Gongyoo pengetua mereka tu, yang tu dia berani la buat hal.

"Buat apa? Diorang bukannya boleh sentuh pun buku ni" ujar Chan dan disetujui dengan yang lain.

"Ye tak ye juga, hah buka-buka" Seungcheol terus mengeluarkan buku itu setelah Hansol menyetujui untuk tidak mendengar kata Sir Dongwook seperti hari sebelum-sebelumnya, semua tersentak apabila melihat rupa buku itu yang sudah bertukar rupa.

"Kejap.. memang mata aku dah buta atau rupa buku ni dah bertukar jadi lain?" Jisoo menggosok matanya perlahan cuba untuk memastikan yang dia hanya tersalah tengok tetapi tidak, sebelum ini buku itu hanya berwarna hitam dan tidak mempunyai apa-apa corak cuma tajuk buku itu sahaja kini sudah berubah warna dan corak yang muncul disitu.

"Tak, kau tak buta buku ni memang dah bertukar rupa" ujar Jeonghan yang turut terkejut dengan perubahan buku itu.

"Aku buka tau pape jadi semua tanggung" kata Seungcheol muktamad, dengan berhati-hati dia memasukkan kunci di tengah-tengah lubang itu dalam sekelip mata kunci itu menjadi debu dan buku itu terbuka dengan sendirinya dan terapung mengeluarkan cahaya yang terang benderang.

"Shit.."

BAM!

🔮🔮🔮

Sir Dongwook yang baru sahaja menyimpan telefonnya terus memandang langit yang sudah mendung secara tiba-tiba dan kedengaran bunyi guruh yang kuat berserta teriakan naga-naga di langit membuatkan dia tersentak bersama pengawal-pengawal yang lain.

Selang beberapa saat langit kembali cerah tiada lagi bunyi guruh dan teriakan naga, dengan segera Sir Dongwook berlari sehingga la dia tiba di salah satu gerbang pintu besar yang merupakan bilik The King.

"The King ada di dalam?" soal Sir Dongwook pada pengawal yang berdiri di hadapan ambang pintu bilik The King.

"T-takde.. dia kata dia tak nak diganggu" Sir Dongwook menghela nafas lelah, apabila namanya diteriaki seseorang, jejaka itu memandang belakang kelihatan Seokjin sedang berlari menghampirinya.

"Mereka dah buka buku tu" ujar Seokjin dengan nafas terengah kerana berlari mengejar Sir Dongwook dari dapur sampai la ke bilik The King, awalnya dia nak pergi makan dulu tapi lepas je terdengar bunyi jeritan naga terus dia berlari mencari Sir Dongwook. Sebelum dia cari guru itu dia sempat pergi ke perpustakaan di mana Seventeen masih berada disitu tetapi pintunya berkunci nak tak nak dia kena cari Sir Dongwook dan The King.

"Panggil The King sekarang!! Raja kepada dunia magik ni!!" Arah Sir Dongwook tegas, pengawal itu meneguk air liurnya kasar.

"The King takde.. dia sibuk... layan drama.." jawab pengawal itu takut apabila melihat wajah Sir Dongwook yang sudah berubah dua kali ganda lebih menakutkan dari sebelum ni.

"MANA MAMAT TU?! KAU HABAQ SEKARANG!! AKU AKAN TARIK TELINGA DIA DASAR JANTAN MINTA KAKI" hambur Sir Dongwook geram, orang tengah ada dalam masalah boleh pula orang tua tu pergi tengok drama.

"Sir!! Pintu perpustakaan tu berkunci!! Kami tak boleh buka!!" ujar Namjoon yang baru sahaja tiba dengan dua pengawalnya yang lain.

"TAK APA MASALAH SI SEVENTEEN MAIN KUNCI-KUNCI PINTU NI?! WAKTU MACAM NI LA MENGGEDIK NAK MAIN PINTU KAT ASRAMA TAKDE PULA NAK KUNCI BILIK SENDIRI DEY" hambur guru itu lagi tapi kali ni Seventeen pula yang kena makian dari jejaka itu.

"Sir jangan marah rosak rambut baru tu nanti" tegur Namjoon dengan senyuman kekoknya, cuba menghentikan guru itu memaki hamun anak orang yang tak bersalah, mula-mula Sir Dongwook ni marah Seventeen lepastu nanti nama orang lain pula yang dipetiknya.

"JANGAN DITEGUR"

"Woi amende bising ni? Aku nak tengok hero dalam cerita nak mampos pun susah" sampuk satu suara, kelihatan seorang lelaki berusia sekitar 40-an bersandar disebalik pintu biliknya memandang mereka tajam.

"WOI ENGKO KATA DIA TAKDE DALAM BILIK NI?! HAH NAK MENIPU HARAM KAT AKU!!" marah Sir Dongwook pada pengawal itu, mamat ni kerjanya asyik nak marah je ni mesti period sesat ke jantina lelaki ni.

"Chill la aku yang suruh dia tipu" kata The King, membela pengawalnya yang tidak bersalah.

"MENGAJAR ANAK BUAH DENGAN AJARAN SESAT HAH ELOK LA TU" Sir Dongwook mencekak pinggang, masih geram dengan The King.

"Hang membebel banyak-banyak ni nanti claim cepat tua marah pula" balas The King selamba, siap sempat menguap malas lagi

"Kau tahan aku Seokjin!! Aku lama bersabor dengan orang tua ni" dengan gelabah Seokjin terus memegang lengan bekas gurunya itu.

"Aku takde la tua mana" The King mengangkat bahunya dengan wajah fight-meh-betch.

"HAH MENJAWAB! DERHAKA" Sir Dongwook menunding jarinya pada hidung The King, lelaki itu mengerutkan dahinya apabila melihat perangai tak semengah dari guru itu.

"Aku lagi tua dari kau"

"Ye tak ye juga ;-;"

"Erk tuanku, tiga belas guardian tu.. mereka dah buka buku tu" celah Namjoon apabila dia merasakan ada peluang untuk dia bercakap setelah seminit The King dan Sir Dogwook bergaduh.

"Jadi? Ada dengar tak sound effect dia?" tadi The King yang mengerutkan dahi kali ini Namjoon pula yang mengerutkan dahinya tidak faham dengan soalan kbat dari The King itu.

"Hah?"

"Payah la mu ni, baik saya tengok sendiri" The King membuka pintu biliknya luas-luas lalu keluar dari biliknya menuju ke perpustakaan lama diikuti Sir Dongwook dan Seokjin dibelakang, Namjoon sudah lesap kerana dirinya dipanggil oleh ketua pengawal tanpa sempat dia mengejar bidadari-- i mean Seokjin yang sudah bergerak terlebih dahulu.

"Kata pintu ni berkunci elok je aku buka" kata The King speechless apabila dia dapat membuka pintu itu dengan mudahnya.

"Tu tadi tak tau pula sekarang dah boleh buka hehe" Seokjin menggaru kepalanya malu, nasib baik The King ni sempoi takde la sampai dia kena tanam kepala dia sebab malu sangat.

"HEYYO SEVENTEEN-- aik mana diorang?" The King memandang sekeliling ruang perpustakaan yang sempit itu, cuba mencari keberadaan Seventeen.

"Hello? OI ORANG TUA TERKIJUT AKU" jerit seseorang, The King, Sir Dongwook dan Seokjin mendongak memandang Seventeen yang berada di atas rak buku.

"Tua sangat ke aku ni ;-;" omel The King sambil memegang mukanya takut-takut muka dia tetiba berkedut.

"Tu The King la weh" tegur Jisoo pada Seungkwan yang sesuka hati dia je panggil The King orang tua walaupun dia memang dah tua pun.

"WEH MAMPOS AKU WOI TERSASUL MAAF THE KING" kata Seungkwan dengan gelisah, takut jika The King murka tak pasal-pasal dia dapat hukuman gantung lepastu tak dapat kahwin lepastu mak dia tak dapat cucu yang comel lepastu bini dia menangis sebab tak dapat kahwin dengan dia lepastu appa dia claim yang dia takde anak lelaki lepastu Hansol single lepastu lepastu lepastuuuuuuu takde la Boo Seungkwan yang hensem lagi dah hukhuk sekian dari imaginasi Seungkwan anak Boo.

"Takpe-takpe, ni asal masing-masing kat atas rak buku? Persoalan sekarang ni macam mana kamu semua panjat?" soal The King hairan, hebatlah Seventeen ni tak sampai dua hari duduk hutan dah jadi Tarzan apa yang Sir Dongwook bagi deme makan ni waduh.

"Kami terkejut dengan bunyi buku tu tetiba pula keluar jeritan takde zat dari buku tu so kami panjat la rak ni pakai kuasa graviti Minghao" terang Seungcheol apabila melihat The King yang sudah mula fikir bukan-bukan.

"Kalau macam tu turun" arah lelaki tua itu, dia malas nak buang masa dia tak habis tengok drama lagi tu.

"Macam mana nak turun?" soal Soonyoung dengan wajah meminta simpati, nak bodek The King tolong turunkan dia la tu.

"Pepandai la korang fikir macam mana nak turun, reti panjat reti la turun" balasnya bersahaja memandang Seventeen dengan pandangan cepatlah-turun-macam-perempuan-pakai-skirt-pula-lambatnya.

"PThe King jangan la kejam sangat ಠ_ಠ"

"Seen" Seventeen mengeluh perlahan nak minta tolong Sir Dongwook dan Seokjin tengok rupa macam tak nak tolong je, dengan malas Minghao menggunakan kuasa gravitinya lalu membawa turun rakan-rakannya.

"Thanks Minghao nanti aku belanja kau aiskrim" kata Seokmin lalu menepuk bahu jejaka yang dikasihinya itu.

"Ahh kau janji munafik asal kau je aku tak percaya" bidas Minghao, dia menepis tangan Seokmin dengan kasar.

"Madafaka ಠ_ಠ"

"Oh ye Sir waktu aku kat atas rak aku jumpa satu gambar ni nak kata macam baru tapi ada kat atas rak so confirm gambar ni dah lama en" celah Hansol lalu mengangkat sekeping gambar yang kelihatan agak lusuh sedikit itu tetapi dia tak menunjukkan gambar itu lagi hanya bahagian belakang sahaja yang dia tunjukkan pada yang lain nak buat suprise katanya.

"Bahasa apa yang kau cuba cakap ni?" Sir Dongwook menggaru hidungnya yang terasa gatal, memandang anak muridnya pelik.

"Abaikan orang tua tu, Hansol tunjuk la gambarnya!!" arah Jeonghan semangat, biasa la kalau gambar orang lain memang semangat dia penuh berkobar-kobar nak tengok asalkan tu bukan gambar dia.

"Kejap.. gambar atas rak? Aku macam pernah baling je-- SHIT JANGAN TUNJUK GAMBAR TU--

"Ni gambarnya" belum sempat Sir Dongwook ingin menghalang Hansol terlebih dahulu menunjukkan gambar itu pada yang lain.


"Aku tak tau pula kau still simpan gambar tu" komen The King lalu memandang Sir Dongwook yang sudah mengusap wajahnya yang sudah berubah kemerahan kerana malu.

"Buat-buat tak nampak ⚆_⚆" Seokjin bersiul perlahan cuba untuk tidak memandang gambar itu dan gelak sepuas hati, dia lagi rela pandang Seventeen yang sedang menganjing guru itu dari pandang gambar yang baginya kelihatan seperti untuk 18 tahun ke atas.

"WOOOOO SIR MANDI DENGAN AWEK MANA NI?! LAWA SIOT!! KECIK BETUL BATHTUBNYA!!" jerit Chan, terkejut sebab rupanya Sir Dongwook ni lelaki juga ingatkan pondan eh tibe.

"SIR TANGAN PEGANG MANA TU?! AWEK TU PEGANG MANA TU HSHSHSHSH BEHAVE BEHAVE GAMBAR SIR DENGAN SIR GONGYOO PUN KAMI BELUM MOVE ON LAGI" kata Junhui dambil menggoncang badan Jihoon kerana terlebih fanboy.

"JANGAN GONCANG BADAN AKU TAK GUNE"

"NI KE AWEK YANG SIR NAK KAHWIN TU?! LAWA SIAK AKU TERASA SINGLE" Soonyoung mengelap air mata palsunya, sedih bila cikgu dia dah maju dan dia pula slow macam line celcom.

"ENGKO MEMANG SINGLE PUN" teriak Wonwoo disebelah Soonyoung, saje nak sakitkan hati jejaka itu, bila dah ada mood ni kita jangan la sia-siakan untuk menganjing member sendiri ajaran dari Jeon Wonwoo.

"DASAR SALAMANDER KURUS KERING VERSI CIPLAK" dengan geram Soonyoung terus menarik rambut rakan sebayanya itu.

Mingyu pula hanya fokus memandang gambar tidak terganggu dengan perang syok sendiri untuk kali kesepuluh di sebelahnya. Bila dia tengok balik gambar tu lama-lama macam dia kenal wajah awek ni, tengok tarikh gambar tu pula tahun 1990 hmmm jangan-jangan..

"Awek ni en.. kejap.. INI OMMA AKU!!" pekik Mingyu sambil menunjuk wanita di dalam gambar itu, patutlah dia macam pernah nampak gaun kuning tu omma dia pernah pakai lepas kena paksa dengan appa dia sebelum tidur katanya baru mengghairahkan rawr gitu🌚🌚👍🏻.

"INNALILLAH!!" Seungcheol mengusap dadanya perlahan, haah la bila tengok balik ada rupa Permaisuri Kim tapi versi muda.

"MINGYU ENTAH-ENTAH EN SIR DONGWOOK NI BAPAK SEBENAR KAU SEBAB PERANGAI KORANG SAMA HANAT JE" Seokmin memegang bahu rakannya dengan mata terbeliak besar apabila dia membuat spelukasi sebegitu, tetiba dia terasa pandai.

"EH APPA AKU KULIT GELAP SIKIT SO SIR DONGWOOK BUKAN BAPAK AKU" sangkal Mingyu, tak boleh imagine dia yang sebenarnya dia anak Sir Dongwook lagipun ommanya lagi tua dari gurunya itu.

"Betul juga tu🤔🤔" Sir Dongwook menggelengkan kepalanya, makin lama merepek la anak murid dia ni kalau tak ditenangkan sekarang.

"Okay macam ni la bertenang--

"OMMA APA HUBUNGAN OMMA DENGAN SIR DONGWOOK DULU?! KATA BESTFRIEND HAMENDE MANDI SAMA-SAMA PELUK MACAM TU?! KALAU UMUR 4 TAHUN MANDI SAMA-SAMA TAKPE LA JUGA DAN SIAPA YANG TANGKAP GAMBAR NI MESTI APPA YANG TANGKAP KAN?! APPA DULU HOBI DIA TANGKAP GAMBAR!! HAH EXPLAIN NO WONDER MEMALAM BUTA APPA ASYIK NYANYI LAGU BROKEN" Sir Dongwook membulatkan biji matanya apabila Mingyu sedang bercakap dengan seseorang di telefon.

"YANG KAU PERGI CALL MAK KAU DAH KENAPA KIM MINGYU?!" Mingyu mengangkat telefonnya tinggi-tinggi apabila gurunya cuba merampas telefonnya itu, kedengaran juga bunyi carutan omma Mingyu di talian sana kerana jejaka itu membuka speaker.

// YAHH LEE DONGWOOK!! AKU INGATKAN KAU DAH BUANG GAMBAR TU HSHSHSHSH AKU TAKKAN PULANGKAN BOLA KAU MUKTAMAD //

"WOI BOLA AKU ANJAY!!" Maki Sir Dongwook geram, bola kesayangan dia dah kena rampas hiks lepas ni nak main bola sepak pakai apa? Bulu tangkis?

"Nak gaduh pergi call sendiri sana, jangan macam-macam ek Sir saya tak restu Sir jadi ayah tiri saya, otak bagi betul dulu baru saya terima" ancam Mingyu setelah dia menamatkan panggilan dengan ommanya.

"Nasib kau anak bestfriend aku kalau tak dah lama aku hantar kau ke kutub utara (ㆆ_ㆆ)" kata Sir Dongwook geram, sempat juga dia menjeling anak muridnya itu.

"Dah habis kan? Berbalik pada tujuan sebenar korang ke sini--

"Bagi balik gambar tu" potong Sir Dongwook lalu menadahkan tangannya di hadapan Mingyu cuba meminta semula gambar itu.

"Tak boleh, Mingyu nak tunjuk gambar ni kat appa" jejaka tinggi lampai itu menjelirkan lidahnya, gambar itu terus dia simpan ke dalam poket seluarnya enggan memberikan gambar itu pada Sir Dongwook.

"Eh kau ni"

"Dah la tu woi aku nak bercakap ni aku gigit sekor-sekor kang" tegur The King, dia penat la tengok orang asyik bergaduh je dah la ayat dia kena potong tadi kang murka kang apa pun tak dapat.

"Dongwook dan Seokjin tolong keluar, saya nak berbicara dengan mereka... HEBAT BETUL AYAT BM AKU HAHAHAHHA" arah The King dengan gelak tawa terlebih overnya, yang lain pandang pelik cuba cari mana lawak dia tu kot-kot la lawak dia kat celah-celah bulu ketiak dia ke.

"Tuanku behave please" Seokjin memandang The King serius, orang tua ni kan kekadang kena tegur dia punya behave kalau tak dia punya lawak hambar dia sampai dayang pun confuse dia ni The King ke tak.

"Sorry ;-;" Sir Dongwook dan Seokjin hanya menggelengkan kepala lalu keluar dari perpustakaan lama itu meninggalkan The King dan Seventeen yang masih berada di dalam.

"Jadi hanya kita berdua sahaja dalam bilik ni🌚🌚" ujar The King, memandang Seventeen atau lebih tepat lagi seseorang dengn wajah nakalnya.

"Empat belas tuanku, yang lagi dua belas jadi halimunan ke?" soal Jihoon sopan berbaur savage, takut pula The King ni ada masalah mata sampai diorang yang ramai ni pun dia kata berdua je ke dia buat-buat tak nampak🌚

"Tak perasan pula yang lagi dua belas tu hoho mian" seloroh The King, Seventeen pula pandang lelaki tua itu speechless.

"Aku curious siapa yang The King pandang sampai dia tak sedar lagi dua belas orang wujud dalam bilik ni ಠ_ಠ" bisik Jeonghan pada Minghao yang turut menyetujui kata-kata hyungnya itu.

"Jadi boleh kita mulakan sekarang?" The King mengangkat keningnya, pura-pura tidak dengar apa yang dibisikkan Jeonghan tadi harap je bisik tapi bisiknya sampai dia boleh dengar.

"Al-fatihah" Seungkwan menutup mulutnya, tadi rasanya dia nak cakap 'jom sting aku yahu' tapi ayat lain pula yang keluar dari mulut dia.

"Siapa pula yang dah meninggal ni? Bukan tu la!! Saya nak terangkan pasal buku naga ni pada kamu semua" kata The King sebal, boleh pula ada yang nak buat majlis tahlil kat sini.

"Silakan tuanku" Jisoo tersenyum kekok, nasib la dapat member macam ni biasa la first time cari pasal dengan The King.

"Kamu semua nak tau kenapa hanya kamu semua sahaja yang boleh sentuh buku ni?" tanya The King dengan terkinja-kinja.

"Sebenarnya kami tak nak tau pun tapi disebabkan skrip ni tulis kami kena tau hah yelah kami nak tau" ujar Soonyoung dengan sedikit kejujuran yang masih ada di dalam badannya.

"Okay ಠಿ_ಠ macam ni, setelah 100 tahun buku ni lesap ramai pihak atasan fikir buku ini telah dihapuskan tetapi tidak buku ni tak boleh dihapuskan jadi apabila buku ini muncul semula ia memilih kamu untuk menjadi pahlawan seterusnya yang akan menyelamatkan dunia magik ni dan orang lain tidak boleh pegang buku ini hanya yang terpilih sahaja yang boleh kalau orang tu pegang juga dia akan disumpah" terang The King panjang lebar seperti lebar kertas untuk membuat pembentangan.

"Jadi kami bukan lagi The Witch Guardian?" Chan memandang The King lama, disebabkan pandangan Chan yang agak mengancam The King menutup mukanya malu.

"Apahal orang tua ni ಠ_ಠ" omel Chan perlahan, cukup untuk dirinya sahaj yang dengar.

"Korang masih lagi jadi The Witch Guardian cuma yang ni pangkatnya atas sikit bukan sikit la tapi banyak sebab tugasan kamu bukannya senang tapi sukar dan lawan kamu Ahli Sihir Hitam" semua mengangguk faham setelah mendengar penjelasan dari The King yang kini sudah menjadi normal semula.

"Sir Dongwook ada cakap pasal tu yang kami kena lawan mereka" kata Seokmin.

"Bagus jadi Seungcheol buka buku tu saya ni tak boleh pegang nanti kena sumpah jadi hodoh habis saya takde siapa yang nak ಥ_ಥ" Seungcheol tersenyum nipis lalu mengambil buku yang dari tadi tergeletak kat atas lantai takde siapa yang kutip pun buku tu tau la takut.

"Baik tuanku" Seungcheol mula menyelak helaian pertama, kelihatan banyak lukisan naga dan tulisan yang berlainan bahasa yang terdapat pada helaian tersebut, juga terdapat beberapa lukisan para pahlawan disitu. The King berdehem seketika lalu membuka mulut untuk bercerita.

"Al kisah 100 tahun yang lalu terdapat empat belas pahlawan yang terpilih tetapi ada seorang pahlawan yang khianati--

"Masa untuk makan malam!!" jerit dayang istana yang berada di luar perpustakaan setelah mengetuk pintu bilik itu.

"YEAY MAKAN!! Nanti la saya cerita hah jom makan kamu semua mesti lapar ajom jom keluar" ajak The King lalu keluar dari perpustakaan lama itu dengan riang meninggalkan Seventeen yang sudah membuat muka ;

Takpe la bukan selalu makan dengan The King lagipun mereka pun memang tengah lapar, tanpa berkata apa-apa Seventeen keluar dari bilik itu menuju ke ruang makan diraja bersama Sir Dongwook yang tunggu mereka keluar. Lepas makan jelah mereka dengar cerita dari The King.




_________________

Hehhew update yeayyyy!! Sorry lambat update hope korang enjoy chap ni💜💜

Ibu: *dengar lagu hug* sedap la suara yang first2 nyanyi ni comel

Me: tu suara joshua😐hari tu ibu kata muka dia macam perempuan sekarang kata suara dia comel pula jangan2 ibu suka dia ni🌚

Hshshshshsh takowt HAHAHAHHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro