Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41

Diingatkan jangan baca chapter ni jika anda berseorangan👻👻
_________________

"Kita dah sampai" ujar Chan, memhentikan langkahnya diikuti hyung-hyungnya lain apabila sudah sampai ke tempat yang dituju iaitu rumah hantu.

"Kau kata rumah hantunya best tapi kenapa aku rasa tak sedap hati?" Seokmin memandang Chan dan rumah hantu di depannya silih berganti.

"takde apa la, jangan risau! Jom masuk!!" ajak si maknae lalu masuk ke dalam rumah hantu, nak tak nak mereka pun kena ikut Chan masuk walaupun dalam hati dah mengucap syahadah.

"C-chan.. asal gelap je dalam ni.. mana lampu?" soal Seungkwan setelah pintu yang mereka masuk ditutup rapat sendiri.

"Bila masuk rumah hantu ni takde lampu, kita kena jalan sampai ke pintu keluar jangan panik okay" terang Chan dengan tenang seperti dia dah biasa masuk ke dalam rumah hantu ini.

"Hmm yelah"

"Jangan la tepuk bahu aku Jeonghan!!" marah Seungcheol apabila dia merasakan ada seseorang yang menepuk bahunya dengan kuat.

"Siapa yang tepuk bahu kau?!" balas Jeonghan bengang, gelap-gelap macam ni pun still nak ajak gaduh.

"Kau kan berdiri sebelah aku!! Mesti la kau tepuk bahu aku!!" ujar jejaka itu tidak mahu kalah.

"Benda dua-dua tangan aku pegang lengan Jisoo!!"

"J-jadi.. siapa yang tepuk bahu aku?!" Seungcheol terdiam kalau bukan Jeonghan habistu siapa yang tepuk bahu dia?

"Aku" sampuk satu suara yang sememangnya berdiri bersebelahan dengan si leader.

"WARGHHH!!" teriak Seungcheol sekuat hati apabila mendengar suara yang berada amat dekat dengannya.

"WOI TU CUMA WONWOO LA YANG ENGKO MENJERIT NI DAH KENAPA?!" herdik Jeonghan tak kalah kuat dengan jeritan Seungcheol tadi.

"Sorry la!! Gelap tak nampak!! Aku panik la!!" Seungcheol mengusap dadanya perlahan, dari semalam sampai hari ni dia asyik kena heart attack je.

"Gais.. aku baru je search google.. sebenarnya hantu ni... dikira macam syaitan takpun roh yang tak aman dan rupa diorang menakutkan.." celah Junhui yang baru sahaja buat research dekat google, nafas mereka terhenti seketika apabila mendengar penerangan dari jejaka itu.

"W-weh.. kau jangan main-main!! Tak lawak!! Series tak lawak!!" Soonyoung menggoncang badan Junhui kuat, berharap ini adalah gurauan semata.

"Aku tak buat lawak la gila!! Ni!!" Junhui mengangkat telefonnya, memberi semua rakan-rakan lihat rupa sebenar hantu. Ternyata wajah makhluk bernama hantu itu amatlah memberangsangkan di mata mereka.

"Chan.. better kau jelaskan.. Chan? CHAN!! Mana dia pergi woi!!" Hansol memandang sekeliling cuba mencari kelibat si maknae, baru je tadi Chan berdiri sebelah hilang sudah orangnya.

"Dia dah kena tangkap ke?!" soal Mingyu gelabah, risau jika kehilangan Chan adalah angkara hantu.

"Okay semua rilek, ingat kita tak boleh guna kuasa kita or kita akan kena hukum just jalan je bersama-sama" arah Seungcheol, cuba menenangkan rakan-rakannya yang lain akibat kehilangan si maknae.

Belum sempat mereka ingin memulakan langkah muncul satu makhluk berpakaian putih dari kepala sampai kaki, melompat keluar dari salah satu bilik disitu.

Masing-masing menutup mulut rapat apabila merasakan makhluk itu tidak perasan akan kehadiran mereka.

"Bang rajin lompat, tak nak ngesot ke?" kata satu suara, serentak semua memandang Minghao yang sudah menutup mulutnya dengan tangan kerana terlepas cakap.

"BAH!!" sergah makhluk itu menyebabkan semua kembali memandang hadapan.

"ARGHHHHHH!!"

"SHIT APA TU!?! OH MYYY DIA LOMPAT-LOMPAT DATANG KAT AKUUUUU!!" jerit Junhui lalu berlari sambil menarik lengan Jisoo mengikutinya turut Mingyu yang mengejar mereka dari belakang.

"ANJIR YANG KAU PERGI TEGUR DIA PUNYA LOMPATAN DAH KENAPA?!" marah Jihoon pada Minghao yang sudah gelabah, tak tau la nak lari ke atau ajak selfie dengan hantu tu.

"AKU TEGUR JE TAK TAU PULA DIA NI JENIS YANG SENSITIF" bela Minghap tetapi nasi sudah menjadi bubur, nasib la kau kena main lompat-lompat dengan hantu tu.

"JANGAN BERPECAH--

Belum sempat Seungcheol menghabiskan kata-katanya, lengannya ditarik terlebih dahulu masuk ke dalam salah satu bilik.

Selang beberapa minit, ruang tamu suram yang tadi bising dan dipenuhi ramai orang kini menjadi senyap sunyi dan terdapat seseorang yang mencangkung memeluk lututnya dengan katakutan.

Apabila dia merasakan hawa sejuk yang mencengkam tulang, dia mengangkat kepala.

"K-korang... weh takkan semua tinggalkan aku.. WEHHH JANGAN TINGGALKAN AKU!!" jeritnya lalu berdiri memanggil nama rakan-rakannya tetapi tiada sebarang sahutan.

"Hai bang" tegur sosok berjubah putih, rambut hitam mengurai sampai ke lutut tapi suara macam jantan.

"Fak.." jejaka itu memandang belakang, kelihatan sosok itu tersengih sambil melambai padanya. Tanpa sempat bagi signal, jejaka itu terus pengsan.

"Asudah pengsan pulo dia" sosok berjubah putih itu menggaru rambut palsunya yang tetiba bin ajaib terasa auto gatal.

🔮🔮🔮

"Masuk bilik ni!!" Soonyoung dan Seokmin berlari masuk ke dalam bilik yang paling hujung, setelah Soonyoung menutup pintu itu rapat dia menghela nafas lega tanpa disedarinya Seokmin sedang terpaku memandang sesuatu di sudut bilik itu.

"Okay kita selamat--

"H-hyung.. ada patung menyeramkan kat hujung sana" dengan sepantas kilat Soonyoung memandang sesuatu yang ditunjuk oleh Seokmin sedang memandang mereka dengan senyuman manisnya.

"Dengar cerita patung tu annabelle alah yang berhantu tu yang baru keluar dari muzium" ujar Seokmin pada Soonyoung separuh berbisik, takut patung tu curi-curi dengar pula.

"Agak-agak la kalau dia nak lari sampai ke Korea" balas Soonyoung hairan, dia tau patung tu dari Amerika yang dia hairannya macam mana patung tu merentas lautan? Tengok rupa macam tak reti berenang je patung tu.

"Dia salah alamat la tu, member suruh guna waze tapi dia guna peta minda" Soonyoung mengangguk faham setelah mendengar penerangan dari Seokmin.

"Jahat-jahat pun bodoh juga ye dia"

"Kita kutuk ni tak kena santau ke?" bisik Seokmin pada hyungnya.

"Santau tu bukan orang yang hantar ke? Dia kan patung mana boleh hantar" kata Soonyoung dengan penuh fikiran positif gitu.

"Ye tak ye juga" Seokmin menampar bahu jejaka itu lembut ala-ala mak cik bawang pergi membawang.

"Dah jom keluar, bosan la tengok dia tak tacod pun" ajak Soonyoung, rasa bosan bila tengok patung tu lama-lama.

"Dia bergerak la hyung" ucap Seokmin apabila melihat patung itu bergerak sedikit dari tempatnya.

"Aku pun boleh buat benda tu bergerak.. pakai angin" balas Soonyoung bongkak, tak sedor ke diri tu kuasa kilat bukannya angin.

"Jom keluar.." Seokmin mengangguk patuh sambil melihat Soonyoung yang sedang menolak pintu, belum sempat mereka ingin keluar tiba-tiba...

"Bargh!!" muncul sosok seseorang dengan kertas besar terpampang di hadapan kedua-dua jejaka itu.

"INNALILLAH!! WARGHHH MARKAH EXAM KOSONG!!" Jerit mereka berdua lalu berlari keluar, tidak kisah jika berlanggar dengan sosok itu.

"Laju pula diorang takut kalau bab macam ni" ujarnya lalu melihat kertas yang ditunjukkannya pada mereka tadi. Kertas exam dengan markah kosong.

🔮🔮🔮

"Korang tunggu aku!!!" Jerit Mingyu sambil berlari mengejar Jisoo dan Junhui.

"Kenapa berhenti? Huh penatnya lari" ujarnya setelah dapat mengejar Jisoo dan Junhui yang tiba-tiba sahaja berhenti dan diam tidak terkutik.

"T-tu..." dengan terketar-ketar Jisoo menunjuk seseorang di depan mereka bertiga, berwajah seperti mak-mak sedang bercekak pinggang memandang mereka tajam.

"H-hantu apa ni.." Junhui memincingkan matanya cuma melihat sosok itu dengan lebih terperinci, takde pun muka hodoh cuma muka orang tengah marah je.

"Mana tupperware?!" Soal sosok itu tiba-tiba.

"H-hantu tupperware??" Ketiga-tiga jejaka itu ternganga apabila mendengar soalan agak kbat itu.

"MANA TUPPERWARE?!"

"T-tupperware HILANG HUWAHHH MIANHEI OMMA!!" ketiga-tiga jejaka itu terus lari ketakutan apabila melihat wajah sosok itu yang makin menyeramkan bila mereka kata tupperware hilang.

🔮🔮🔮

"K-kita kat mana ni? Kelas?" Jihoon memandang sekeliling, bilik ni kelihatan seperti kelas serta ada seorang wanita duduk di tempat meja guru.

"Baiklah semua pelajar, kelas akan tamat tepat pukul 2 harap bersabar tunggu loceng berbunyi dulu baru boleh balik ye" Seungcheol, Jihoon dan Minghao meneguk air liur mereka kasar, mereka memandang wanita itu dan jam yang bergerak silih berganti.

Apabila jarum jam menunjuk tepat pada angka dua suasana menjadi sunyi seketika tiada bunyi loceng atau apa-apa hanya senyap yang memenuhi ruang itu.

Lima saat.

Sepuluh saat.

"HUWAHHHH LOCENG TAK BUNYI!! TAK BOLEH BALIK!!! WARGHHHH!!" Teriak mereka ketakutan lalu keluar dari kelas mengabaikan jeritan wanita itu.

"HEI MANA BOLEH KELUAR KELAS LAGI, MASUK KELAS BALIK WOI"

🔮🔮🔮

"Kita kena keluar dari bilik ni!!" ujar Jeonghan tegas, disebabkan tersalah masuk bilik tak pasal-pasal mereka terkunci di dalam.

"Tengok hyung!! Pintu ni kena bagi alamat e-mail dengan password!! Nasib baik diorang dah bagi e-mail dengan passwordnya awal-awal" kata Hansol teruja, melihat separuh dari pintu itu yang kelihatan seperti tablet.

"Hah cepatlah buat" Hansol mengangguk lalu menaip alamat e-mail dan password itu apabila dia ingin menekan 'send' tiba-tiba..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
INTERNET DISCONNECTED

"Tidak... ketakutanku..." ucap Hansol lirih.

"HUWAHHH INTERNET TAKDE HUWAHH LARI!! SINI TAKDE INTERNET!! BERHANTU ANJIR!!' jerit Wonwoo panik, dia berlari sekeliling sehingga la terlanggar pintu yang berada di dalam bilik itu selain pintu utama.

"WIFI TAKDE KE WIFI?!" Soal Jeonghan yang turut panik selepas melihat Wonwoo yang sudah terbaring dengan dahi kemerahan. Hansol menggeleng lemah menjawab pertanyaan Jeonghan.

"DISCONNECTED JUGA?! BERHANTU SIOT BILIK NI INTERNET TAKDE WIFI PUN TAKDE!! JOM MASUK BILIK LAIN!!" Sampuk Wonwoo yang tiba-tiba sahaja bangun, dia terus menarik lengan Jeonghan dan Hansol masuk ke dalam bilik lain melalui pintu yang baru dilanggarnya.

Tak sangka pintu tu bersambung dengan bilik lain juga.

🔮🔮🔮

Setelah beberapa jeritan, larian dan bebelan mengapa wujudnya benda-benda macam ni akhirnya mereka semua ke tempat yang terakhir.

Dah macam game siot HSHSHSHSH.

"Korang!!! Akhirnya berjumpa pun kita!!Huwahhh seramnya tempat ni!!" Mereka terus berlari berpelukan di dalam satu bulatan, dah macam setahun tak jumpa padahal tak sampi sejam pun berpisah.

Sedang sibuk mereka membuat drama reunion tiba-tiba lampu di ruangan itu terbuka satu demi satu sehingga ruang itu kelihatan terang dan jelas.

"Tempat ni menyeramkan..." ujar Seokmin, cuba mendekatkan dirinya dengan Soonyoung.

"Sekurang-kurangnya bilik Hangyeol lagi bersepah dari tempat ni" komen Hansol sambil memerhatikan sekeliling.

"Tu dekat hujung tempat tu ada pintu keluar" kata Jisoo lalu menunjuk pintu jalan keluar di hujung tempat itu.

Tiba-tiba muncul satu sosok lain keluar di balik langsir, dengan wajah yang menyeramkan menatap Seventeen seperti mangsa untuk diterkam.

"Selamat datang hehehe" ucapnya dengan ketawa sinis.

"Wahh bang memang bersungguh-sungguh kau tepek bedak sejuk sampai ke halkum" puji Mingyu dengan kagum, jarang dia jumpa bedak sejuk tak merekah melekat je kat muka orang tu pakai.

"Bukan selamat tinggal ke? Kami nak keluar dah ni bukannya baru masuk" celah Jihoon, tak nampak ke kat sana tu pintu keluar takkan la pintu masuk apa la orang ni.

"Korang tak takut dengan aku ke?" Sosok itu menyengetkan kepalanya memandang Seventeen.

"Tak.. takut lagi saya dengan mak saya bang" balas Wonwoo bersahaja, takde angin takde ribut tiba-tiba kepalanya dipukul oleh Jisoo,

"Hanat jangan mention pasal tu baru je tadi kitaorang kena soal tupperware mana" marah jejaka itu, masih trauma dengan adegan mana tupperware.

"Bang baju beli kat mana? Alang-alang birthday appa saya dah nak dekat ni nak juga bagi dia baju tidur macam tu" kata Junhuj dengan penuh minat, tengok warna baju macam sesuai je dengan sifat appa dia. Kuat marah.

"Ni bukan baju tidur!! HAHHHHAHAH" gelaknya dengan terbahak-bahak, gila anak orang ni.

"Sengalnya abang ni takpe bang kami bagi diskaun alang-alang kami ni terasa baik la pula diskaun 50% kebodohan kami, amacam? Jarang kami bagi diskaun selalunya free je" cadang Jeonghan dengan wajah simpati melihat sosok itu dari tadi gelak macam orang tak betul.

"HAHAHAHHAAH KORANG TAK TAKUT DENGAN AKU?! HAHAHAHHAHA" gelaknya lagi tapi kali ini dengan lebih kuat.

"Hmm bagi free jelah weh kesian pula aku tengok abang ni" ujar Seungcheol yang turut berasa kasihan dengan sosok berpakaian baju tidur bagi anggapan Junhui.

"Kejap nak bungkus, cepat masing-masing bagi bodoh korang" arah Jeonghan lalu menghamparkan plastik yang entah mana dia rembat di hadapan wajah rakan-rakannya.

"Ambil kat tandas nanti la weh" kata Soonyoung malas, terlalu malas untuk mengeluarkan kebodohannya sekarang ni.

"Apa kena mengena tandas dengan bodoh kau?" Jeonghan mengerutkan dahi tidak faham, apa susah hantukkan jelah kepala tu kat dinding dah keluar sikit kebodohannya.

"Kan tu bodoh dah tu" balas Soonyoung bersahaja, entah kenapa tetiba dia terasa malas.

"Memandangkan korang tak takut dengan aku.. heheheheh" sampuk sosok itu, dia tersenyum sinis lalu menghilang di balik langsir.

"Dia dah mula buat hal dah.." kata Minghao pasrah.

Mereka semua terdiam apabila sosok itu muncul kembali tetapi dengan cermin mata yang sudah dipakai dan beberapa kertas di tangannya.

"Baiklah semua kita akan adakan PEPERIKSAAN MENGEJUT!!" Jeritnya dengan penuh teruja serta senyuman menyeramkan tidak lekang dari bibirnya.

"ARGHHHHGHH!!" Teriak Seventeen ketakutan.

"LARI WOI LARI!! AKU TAK STUDY APA-APA NI?!"

"AIP TAK BOLEH LARI HAHAHAHAHA!!" Sosok itu mengambil sehelai kertas lalu memandang Seventeen yang sudah bergetar tulang rusuk tengok jodoh-- i mean tengok kertas yang tertera soalan di dalamnya.

"Soalan pertama 1+1 jawapannya berapa?" semua bungkam apabila mendengar soalan pertama, untuk kali kedua mereka menjadi panik.

"WEH APA JAWAPANNYA?! APA?!" Wonwoo menggoncang badan Junhui, ternampak aura takut dengan soalan math yang baru diberi.

"MANA LA AKU TAU AKU BUKAN KALKULATOR!!" Balas Junhui lalu meronta untuk melepaskan diri dari goncangan yang penuh dengan gegoran dari Wonwoo.

"ASAL WAKTU AKU BELAJAR MATH TAHUN NI TAKDE KELUAR SOALAN MACAM TU?!" Seokmin mengusutkan kepalanya, kenapa waktu dia sekolah takde pun dia belajar?! Dia just belajar matriks la algebra semua tu.

"KBAT LA SIOT SOALANNYA" Jeonghan sudah terbaring pasrah, terkurung kat sini sampai bila-bila pun takpe la dia redho.

"Baiklah! Soalan seterusnya.. tembikai atau buah lemon mana lagi berat?" Soal sosok itu lagi untuk soalan kedua, kedengaran jeritan lagi dari Seventeen mendengar soalan itu.

"BUAH APA YANG LAGI BERAT WOI?! BUAH APA?!" Seungcheol memandang Hansol meminta jawapan.

"MANA LA AKU TAU YANG AKU TAU SEUNGKWAN LAGI BERAT DARI AKU!!" Jawabnya, disebabkan semua panik otak semua bercelaru sampai bila cakap pun memang main cakap je tanpa berfikir.

"KITA KENA TIMBANG BUAH TU DULU!!" Cadang Soonyoung lalu menarik lengan Mingyu dan Jihoon untuk berdiri bersebelahan.

"OKAY CONTOH TEMBIKAI NI MINGYU! BUAH LEMON PULA JIHOON HYUNG MANA LAGI BERAT?!" Semua menggaru kepala masing-masing, cuba untuk mencari jawapan melalui Jihoon dan Mingyu.

"AKU TAK TAU!!" Jerit Jisoo yang sudah membuat wajah ingin menangis, kenapa otak dia tak nak bagi kerjasama ni hiks.

"AKU PUN TAK TAU!!" Balas Soonyoung dengan frust.

"WARGHHH SOALANNYA KENAPA MENAKUTKAN SANGAT!!!" Teriak mereka untuk kali ke-10, meratapi dengan ketakutan mereka terhadap soalan yang paling kbat di dalam cerita ini.

"Hmm korang keluar jelah, penat aku layan kebodohan korang" ujar sosok itu denganw ajah fed up, soalan bukan main senang dikatanya susah nampaknya kena sekolah tadika balik la macam ni.

"Ouh terima kasih, maklum la kan kami kata nak bagi bodoh kami pada abang free je" kata Seungcheol tenang dan disetujui dengan yang lain.

Sosok itu menatap Seventeen dengan sebal, tadi semangat sangat menjerit takut la apa la tak boleh jawab la lepas je bagi keluar terus buat muka hidung tinggi macam gunung everest.

"Okay next question--

"DIA DAH KELUARKAN SOALAN ENGLISH!! LARI!!" Semua terus berlari meninggalkan sosok itu yang sudah terpaku melihat kelajuan Seventeen yang lari dari menjawab soalan.

Apabila mereka sudah keluar dari rumah yang agak berhantu bagi mereka, masing-masing menghela nafas lega.

"Lamanya korang kat dalam rumah tu?" serentak mereka memandang Chan yang sedang elok duduk bersandar di bangku berdekatan dengan rumah hantu itu.

"Mana kau pergi hah?! Kat dalam tu menyeramkan tau tak!!" marah Jihoon, orang kat dalam menjerit sampai terkeluar anak tekak, yang Chan ni pula elok duduk kat luar main game.

"Aku saje nak bagi korang alami benda-benda best macam tu sendiri" terang Chan memberikan alasan yang amatlah padu.

"Best?! Boleh la tapi seram siot!!" Semua mengangguk setuju mendengar apa yang dikata oleh Hansol.

Memang best tapi boleh buat orang kena heart attack kalau asyik kena serang je lagi-lagi bila hah takde internet tu.

"Dah la tinggalkan aku seorang" celah seseorang yang dari tadi duduk bersebelahan dengan Chan, sedang mengerucutkan bibir menatap rakan-rakannya kesal kerana meninggalkan dia seorang diri di dalam sana.

Nasib baik abang tu baik heret dia keluar bagi kat Chan kalau tak pengsan la dia tiga hari kalau still ada kat dalam sana.

"Eh? Sorry Seungkwan baru kami perasan kau takde" Soonyoung tersengih tidak bersalah, baru mereka perasan Seungkwan tidak ada selama mereka berada di dalam rumah hantu itu patutlah takde dengar jeritan nyaring,

"Kejam😒😒" Seungkwan menjeling Soonyoung dengan geram, nasib hyung kalau tak, nak je dia campak Soonyoung masuk balik dalam rumah hantu tu.

"Tapi kira beruntung kau takde, kalau kau ada memang mati awal la kau" ujar Junhui, sekurangnya Seungkwan dapat keluar awal takde la ada yang jadi mangsa kena heret dia keluar rumah hantu.

"Jadi bila boleh pergi pantai? Baru pukul 9" soal Mingyu, cuba menceriakan suasana kerana ada yang masih melayan perasaan takut dan perasaan ingin merajuk dengan member sendiri.

"Kita pergi makan dulu lepastu pergi pantai!!" Jawab Chan dengan teruja, siap lompat kecil lagi.

"YEAYYYYYY!! PANTAI!!!" Jerit mereka semua mengabaikan tatapan pengunjung-pengunjung di sana yang sedang memandang mereka pelik kerana menjerit tengah-tengah Funfair.










________________

HARI NI LA GAIS SEVENTEEN COMEBACK UYEAYYYYYY

Seventeen:

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro