Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40

"Jadi mula-mula kita kena pergi rumah Chan lepastu nak perkenalkan diri kat family dia ke macam 'hai saya Jun dan saya ni adalah witch yang paling pemalas dan saya tidur dengan mata terbuka, tak lupa juga mempunyai pakwe nama Minghao' gitu?" Soal Soonyoung apabila mereka bertiga belas berjalan ke rumah Chan, nasib baik lepas je kena bebel dengan atok kat taman bertapa pentingnya hidup ada pasangan ni terus deme ikut Chan tanpa banyak suara.

Sentap la tu terasa diri sendiri single.

Author ni macam tak sedar diri, dia pun single juga HAHAHAHAHAHHAHA-- guro pakwe aye Seventeen YEAY CARATS YEAY.

"WOI ASAL AKU PULA YANG KENA NI?! NAMA SENDIRI TAKDE KE?!" bentak Junhui, dia baru je nak koyak dengan Jihoon dah tambah seorang lagi nasib Wonwoo baik--

"Contoh jelah!! Hadoi itupun nak bising!!" Wonwoo merengus geram, tau nak bising jelah anak Wen ni.

Okay.. Junhui nak merajuk dengan member sebaya dia, dah la dia kawan dengan Chan jelah macam ni.

"Kenapa la nama aku naik sekali haih" keluh Minghao perlahan, apa salah dia pun dia tak tau padahal baru je tadi dia tolak Seokmin jatuh sampai termakan bunga mamat tu kat taman tadi.

"Sekurangnya nama hyung femes" celah Seungkwan dengan ayat penuh sadisnya.

"Hamboi pasrah betul ayat kau"

"Kita dah sampai!!" jerit Chan dengan lengannya didepakan seluas mungkin apabila mereka sudah tiba di rumah banglo milik keluarga angkat Chan.

"Besar siot rumahnya tapi lagi besar rumah aku HOKHOKHOK" ujar Seungcheol dengan gelaknya yang berbunyi seperti tercekik biji rambutan.

"Riak siot orang tua ni" Mingyu memasang wajah judgenya, alah bukan selalu Seungcheol jadi riak gila ni.

"Gurau jelah der"

"Masuk-masuk, rasanya family aku kerja, adik aku pula sekolah" pelawa si maknae setelah membuka kunci pinth rumah itu lalu pintu utama rumahnya ditolak perlahan.

kreakk...

"Anjim asal bunyi pintu rumah kau seram sangat?" Soal Seokmin seramx

"Gear berkarat la tu" jawabnya bersahaja.

"Bukan ke gear tu untuk motor ._. lain macam pintu rumah kau ni Chan siap ada gear lagi" ujar Seokmin polos tetapi tidak dihiraukan oleh yang lain, masing-masing malas nak perah otak pasal gear dan pintu.

"Gelapnya rumah.. mana pula suisnya" rungut Chan apabila mereka sudah masuk ke dalam rumah, meraba sekeliling dinding mencari keberadaan suis lampu.

"Aik tak sampai dua bulan tinggalkan rumah terus lupa suis kat mana waduhh" Jihoon menggelengkan kepalanya kesal, kesian si maknae ni muda-muda lagi dah cepat tua.

"Diam la hyung" walaupun Chan tidak nampak di mana Jihoon berdiri, dia tetap memberi jelingan pada hyungnya di belakang.

Apabila dia sudah menjumpai suis lampu, dia menekan suisnya.

Klik!

"Hyung?" Semua mata memandang dua sosok yang turut memandang mereka terkejut.

"ARGHHHH ADA DUA TOYOL!!"

"ASTARGHFIRULLAH MAKSIATTTT"

"GEON?!" Chan memandang dua sosok itu tidak percaya, tiba-tiba lampu kembali tutup.

Klik!

"WARGHHH GELAPNYA!!" Jerit Seungcheol di tepi telinga Jisoo, jejaka itu hanya mampu redho mendengar jeritan sang leader,

"BOLEH TAK JANGAN PENAKUT SANGAT?! LAMPU TERTUTUP JE PUN-- HSHSHSHHS SIAPA RABA PERUT AKU WOI?!" Teriak Jihoon gelabah, asudah tak suci la badan dia macam ni.

"SHIT AKU INGATKAN NI DINDING PATUTLAH BERKETUL SEMACAM!!" Ujar seseorang lalu cuba berlari menjauh dari jejaka mungil itu.

"KWON SOONYOUNG!!"

Selang beberapa saat ruang tamu di rumah itu kembali terang, kelihatan adik angkat Chan yang sedang memandang mereka polos.

"HOI BUDAK KECIK MANA GEON HAH?!" Soal Chan pada adiknya.

"Siapa Geon?" Soal adik jejaka itu balik.

"Engko jangan buat muka innocent macam tu, tadi ada orang berdiri sebelah kau, sekarang asal ada kau seorang je mana dia?" Chan memandang sekeliling mana tau adik kandungnya ada menyorok kat celah-celah sofa.

"Eii aku tak faham la apa yang hyung cakapkan ni btw annyeong Lee Jangmi imnida, adik kepada orang tua yang banyak bebel ni, umur 11 tahun!!" ujar Jangmi memperkenalkan diri pada rakan-rakan hyungnya.

"Kuanghajor.. asal tak pergi sekolah hah??! Ponteng ek?! Aku bagitau omma!!" gertak Chan tetapi adiknya hanya membuat muka cool je, mungkin dah biasa tengok Chan over gila macam tu.

"Hyung hari ni hari Sabtu -_-" balas Jangmi datar, apa hyung dia tak check hari kat telefon ke apa.

"Oh ye aku lupa hari dekat dunia magik dengan dunia sini lain" Chan menutup mukanya, acah-acah malu lepas kena tegur dengan Jangmi.

"Tapi hari ni memang hari Sabtu pun dekat dunia kita" bisik Mingyu pada Wonwoo yang berdiri bersebelahan dengannya.

"Alah kau iyakan jelah ajaran sesat si Chan ni kalau bangkang takut dia menangis berguling kat atas lantai pula" balas Wonwoo dengan nada berbisik juga, takpe la bukan selalu otak Chan tak betul.

"Iyolah"

"Mana omma dan appa?" soal Chan, sunyi je rumah ni selalunya bila dia balik omma dia dah lompat peluk dia, appanya pula maybe tanya ada bawa balik penyapu terbang ke tak pengaruh cerita Harry Potter la katakan.

"Pergi beli barang, tau-tau je ada tetamu nak datang" jawab Jangmi sambil barmain pipi Soonyoung.

"Hurm yelah, aku bawa member aku masuk bilik aku" Chan menepis tangan Jangmi yang dari tadi main pipi Soonyoung lalu menarik hyungnya untuk berdiri.

"Muat ke?" Jangmi menyengetkan kepalanya, tiga belas orang masuk dalam bilik hyungnya tak rasa sempit ke duduk macam tin sardin.

"Sekurangnya bilik aku lagi besar dari kau"

"Kita berdua punya bilik sama besar la!!" Chan menjelirkan lidah lalu berlari naik keatas untuk masuk ke dalam diikuti yang lain meninggalkan Jangmi yang sudah terkumat-kamit menyumpah hyungnya.

"Kita nak buat apa sekarang ni?" soal Seungkwan yang sudah membaringkan diri di atas katil empuk milik Chan.

"Jom pergi funfair!! Lepastu kita pergi pantai!!" cadang Chan, boleh la diorang buat unggun api untuk buat sesi luah meluah.

"Kat dunia ni pun ada pantai ke?! Duyung ada?!" tanya Jeonghan excited, terus tak jadi dia nak tidur.

"Takde.. hyung jelah yang jadi dugong" celah Minghao yang sememangnya dah tau yang duyung hanya cerita mitos sahaja di dunia manusia.

"Aku kata duyung" balas Jeonghan tidak puas hati, penatlah member sendiri pun kata dia ni dugong ingatkan Sir Seojun seorang je yang buta kawan dia pun sama, orang hensem pun kata dugong habistu yang muka tak berapa hensem tu apa? Rumpai laut?

"Bagi aku hyung sesuai jadi dugong" ujar Minghao savage.

"Aku tahan je diri aku ni dari lempang muka kau" Jeonghan mendengus geram kalau bukan disebabkan Seungcheol dah bagi warning jangan buat benda pelik-pelik nak tak nak dia kena tahan diri ni.

"Thank you, next" Minghao terus masuk ke dalam bilik air mengabaikan Jeonghan yang sedang ditahan oleh Seokmin dan Jisoo.

"Kejap.. family kau tau ke yang kita semua ni ahli sihir?" Soal Jihoon, tidak menghiraukan teriakan Jeonghan yang ingin melempar katil pada Minghao yang masih berada di dalam bilik air.

"Yup, waktu aku lima tahun diorang tau yang aku ni ada kuasa magik dan maybe diorang pernah jumpa Sir Dongwook sebab tu mereka izinkan aku masuk sekolah magik" terang Chan.

"Ye tak ye juga en nasib pak cik kau tau apa itu tanggungjawab" Jihoon mengangguk faham, terselit kata-kata sindiran disitu.

"Kalau Sir Dongwook dengar ni confirm kau kena tendang hidup-hidup" ujar Seungcheol, itupun nasib baik dia takde kalau ada memang tak berjalan la Jihoon sampai minggu depan kena sihir bukan kena tendang nanti jadi kes penderaan anak murid tak pasal-pasal.

"Memang la hidup-hidup takkan mati pula" Seungcheol mengelus dadanya perlahan, tahan diri dari jadi macam Jeonghan tu.

"Kita nak pergi sekarang ke?" tanya Hansol sambil memandang Chan yang sedang membuka laci meja belajarnya.

"Yelah takkan lusa pula, aku balik sini nak ambil duit je" Chan mengambil dompet dan kad kredit miliknya lalu keluar dari bilik diikuti  yang lain.

"Hyung nak pergi mana? Nak ikut!!" Jerit Jangmi lalu berlari menghampiri Chan yang baru sahaja berada di ruang tamu.

"No!! Jangmi duduk rumah, hyung nak pergi funfair dengan kawan-kawan hyung" arah Chan tegas, budak lelaki itu mencebikkan bibir.

"Mana adil!! Jangmi pun nak pergi funfair juga!! Jangmi bagitau omma hyung tak bawa Jangmi!!" Ugut budak itu, jangan macam-macam dia ada kuasa veto tu.

"Macam la omma layan kau, lagipun omma dengan appa tak balik lagi" kata Chan sinis, dia tak takut la dengan budak kecik ni heh.

"OMMAAAAAAA!! APPAAAA!! HYUNG GELAK MACAM ITIK TAK BAGI JANGMI IKUT DIA PERGI FUNFAIR HUWAHHH" jerit Jangmi sekuat hati, semua menutup telinga mendengar jeritan budak itu.

"Kau kata aku apa-- YAHH NANTI JIRAN SEBELAH DENGAR" segera Chan menutup mulut adiknya, tak nak bagi orang dengar jeritan padu dari Jangmi.

"NAK IKUT!" ujarnya setelah menepis tangan Chan.

"TAK BOLEH!!"

"NAK IKUT JUGA!!" Masih tidak mahu mengalah, Jangmi terus memeluk kaki hyungnya.

"YAHH LEPASKAN KAKI HYUNG" ronta Chan kuat apabila adiknya tiada tanda ingin melepaskan kakinya, yang lain tengok je bukannya nak tolong.

"Macam ni kot perasaan hyung aku bila aku degil nak ikut dia" omel Seungcheol perlahan, masih teringat dia lagi waktu tu umurnya baya-baya dengan Jangmi, dia punya merengek nak ikut hyung dia pergi kerajaan tanah sampai berguling dia satu istana.

"JANGMI NAK IKUT HUWEEEE!! JANGMI JANJI JANGMI TAKKAN NAKAL!" Pujuk budak itu dengan wajah dicomelkan secomel yang mungkin bagi hyungnya cair.

"Kau budak sekolah rendah lagi nanti kena culik macam mana?!" soal Chan, dia bukan tak nak bawa si Jangmi ni tapi nanti kalau budak ni kena culik macam mana dah satu hal nak jawab kat omma dan appa dia.

"Hyung guna la kuasa hyung cari Jangmi, macam la tak biasa" jawab Jangmi selamba, semua memandang Chan yang sudah menggaru kepalanya dengan terkejut.

"Chan.. bukan ke tak boleh--

"Sekali sekala jelah hyung"

"Boleh la hyung... Jangmi rindu hyung... bosan takde hyung kat sini" pujuk Jangmi lagi lalu mengeratkan pelukan pada kaki hyungnya. Chan menghela nafas berat, tak sampai hati pula tengok adiknya sedih lagi-lagi bila dia sebut yang dia rindu akan dirinya.

"Hmm yelah--

"NAK IKUT!!" Celah seseorang yang baru keluar dari pasu, nampak sangat dari tadi dia menyorok kat situ je.

"YA TUHAN! GEON?!"

🔮🔮🔮

"Jadi di sini la kita.. menjadi babysitters kepada dua orang budak berumur 11 tahun dan 13 tahun" ujar Jihoon sambil memeluk tubuhnya, memandang Jangmi dan Geon yang sedang bersuka ria bermain permainan di Funfair ini.

Lepas je Geon muncul dari pasu tu terus dia kena marah dengan Chan sebab muncul mengejut macam tu dan rupanya selama Chan takde kat rumah Geon la yang temankan Jangmi di rumah, main sama-sama sampai pernah bermalam kat rumah Chan, nasib baik omma dan appanya kenal Geon kalau tak confirm kena halau.

"Jangan lupakan Chan" celah Seungkwan yang turut memeluk tubuh memandang dua sosok kanak-kanak di hadapannya.

"Asal pula aku?! Aku ni dah besar lagi satu si Jangmi ni kata nak keluar sebab nak lepaskan rindu pada aku tapi ni dah dua jam dia melekat dengan si Geon, apahal?" Rungut Chan geram, dari mereka masuk ke dalam Funfair sampai la sekarang Jangmi dan Geon asyik melekat berdua je.

"Dia dah lupakan kau la tu, dia dah jumpa pengganti baru" ujar Minghao lalu menepuk bahu si maknae, nasiblah dapat dua adik yang cepat lupa diri.

"Aku patut rasa gembira atau sedih?"

Di situasi lain pula, kelihatan Geon dan Jangmi sedang beratur untuk membeli gula-gula kapas sambil berbual.

"Weh Jangmi, cerita la sikit macam mana perangai Chan hyung waktu dia tinggal dengan kau" pinta Geon setelah membeli gula-gula kapas pakai duit Chan.

"Ermm dia tu okay la juga penyayang walaupun sebenarnya waktu aku lahir dia jeles sebab aku lagi comel dari dia hohoho nasib dia tak tukarkan aku dengan baby lain" cerita Jangmi, sesekali dia mengunyah gula-gula kapasnya sambil memandang hyungnya yang sedang menelefon seseorang.

"Dia kuat membebel dan banyak merapu ada sekali tu dia minum air oren and then mabuk macam minum soju 10 gelas, family hyung ada ke yang kuat membebel dan mengarut macam dia?" Soalnya, dia tak tau la kalau hyung dia betul ke tak cuma yang dia tau bila Chan gelak jiran sebelah pun boleh dengar.

"Ada, pak cik aku dengan appa aku" jawabnya, kalau boleh dia nak cakap yang pak cik dia je yang terlebih mengarut tapi takpe la appa dia pun lebih kurang sama je.

"Patutlah, hyung?"

"Aku ikut omma aku, rilek je padahal aku tak siapkan lagi kerja sekolah HAHAHAHAHHA" gelak Geon tiba-tiba, apalah kerja sekolah tak siap pun boleh gelak macam author-- ehh HAHAHHAHAHAHAHA.

"Gelak hyung dengan Chan hyung lebih kurang sama la macam itik" kata Jangmi jujur, nampaknya ada lagi seorang yang gelak macam Chan habislah telinga dia macam ni.

"Sekurangnya gelak aku masih behave" bela Geon apabila orang lain sudah mengatakan yang gelak dia macam Chan.

"Tadi gelak tak behave pun"

"Kau punya patung tu nak aku letopkan ke?" Selepas mendengar ugutan dari Geon, segera Jangmi memeluk patung beruang yang baru dia menanginya di salah satu permainan disitu.

"Heleh gurau pun tak boleh dah tua pun still nak sentap" ujar Jangmi perlahan tetapi tetap dapat didengari oleh Geon.

"Aku mana ada tua!!" Bentak Geon geram, sesuka hati je kata dia tua.

"Sekurangnya aku lagi muda dari hyung!!" Balas Jangmi tidak mahu kalah, maka berlaku la pertengkaran kecil diantara kedua-dua budak itu.

"Hah sudah bergaduh pula diorang tadi bukan main gelak macam orang tak ada oksigen" Wowoo menggaru kepalanya yang terasa gatal sambil melihat Geon dan Jangmi yang sudah main lempang-lempang tangan.

"Oksigen terbahagi pada H pergi ke Heol" sampuk Seokmin disebelah Wonwoo tiba-tiba.

"Anjir ajaran sesat mana kau belajar ni, gagal exam kau macam ni" Soonyoung menggelengkan kepalanya perlahan, imagine Seokmin jawab exam dengan jawapan macam tu esoknya mesti dah kena lempang dengan cikgu sebab jawapannya bijak sangat.

"Aku tengok kat buku la ;-; takkan salah kot" semua mengerutkan dahi, melihat buku yang dipegang oleh Seokmin. Aik selama ni jejaka tu bawa buku ke dari rumah tak pernah nampak pun dia pegang buku tu selama ni.

"Meh sini aku tengok buku apa yang kau baca" pinta Jeonghan, apabila buku sudah bertukar tangan. Jejaka bermarga Yoon itu membaca tajuk buku itu.

"What? Cara untuk menjadi anak yang solehah? WOI TANG MANA KELUOR PASAL OKSIGEN DALAM BUKU NI?!" soal Jeonghan, sesekali dia baca tajuk itu semula takut jika dia tersalah baca.

"Hyung tengok tajuk buku tu terbalik la" ujar Seokmin lalu membetulkan posisi buku itu dengan betul di pegangan jejaka itu. Jeonghan membaca buku itu semula kali ini kerutan di dahi mula terlakar.

"Resepi 1001 rahsia malam kedua? HAPE BENDA NI?! TAJUK BUKU NI MAKIN MENGARUT!" hampir sahaja Jeonghan melempar buku itu ke muka Seungcheol nasib baik sempat ditahan oleh Jisoo, jejaka bermarga Choi itu menghela nafas lega dan berterima kasih pada Jisoo dengan perlahan kalau bukan sebabnya mungkin muka dia dah jadi rak buku.

"Cer kau baca tajuk buku dari tepi" cadang Jisoo polos, Jeonghan memandang jejaka itu hairan jadah baca tajuk buku dari tepi buang tebiat ke. Pelik macam mana pun cadangan itu, Jeonghan tetap membaca tajuk buku itu dari tepi kali ini semua kecuali Chan kaku mendengar nama tajuk buku yang dibaca oleh jejaka itu.

"Kengmalikengkongterbangkengkongkengkonglakauterbangkongkangkangkungkingkongsawadikapkungkapsiakapterbangmenyikap-- AKU BACA DARI TEPI ASAL AYATNYA MAKIN PANJANG?!" teriak Jeonghan bengang, makin lama dia layan buku ni boleh gila dia.

"Bahasa Thailand pun boleh la hyung" Hansol mengangkat ibu jarinya pada Jeonghan, bangga la juga sekurangnya hyung yang seorang ni tau bahasa Thailand bukan asyik tau bahasa ikan je.

"Mana kau dapat buku ni?" soal Junhui sambil membelek buku itu yang baru sahaja dia ambil dari Jeonghan.

"Dari tepi jalan" jawab Seokmin bersahaja, dah takde keje agaknya buku tu nak landing kat tepi jalan.

"No wonder, buku ni kata 'kalau ambil buku ni di tepi jalan maka kebodohan anda akan menyerlah' siot tetiba aku terasa bodoh lepas baca warning dia" Junhui memejam matanya erat, tiba-tiba dia rasa nak menari tarian twerk di depan warga emas kat sini.

"Kau letak balik buku ni, sebelum aku terasa nak makan kasut aku sendiri ni baik kau letak sekarang" arah Jeonghan tegas, menyesal dia pegang dan baca tajuk buku tu terus berjangkit dia.

"Kalau aku letak takut buku ni lari pula" kata Seokmin, memberi alasan. Nampaknya buku itu sudah mempengaruhi Seokmin kita ayokkk.

"Aku tak tahan!! Jauhkan buku tu dari aku!! Aku boleh rasa aura kebodohan makin dekat dengan aku!!" ujar Mingyu sedikit menjarakkan dirinya dari Seokmin dan buku itu. Jeonghan dan Junhui dah duduk kat bangku dengan mata terpejam, teruk sangat effect buku tu bagi

"Actually, kita sebenarnya yang stupids just masing-masing tak nak ngaku je" kata Jihoon malas, apalah nak salah buku padahal salah masing-masing sebab terikut dengan otak udang mereka sendiri.

"Sebelum kau cakap macam tu, tengok kasut kau" arah Wonwoo sambil menunjuk kasut Jihoon, tanpa banyak soal jejaka mungil itu memandang bawah.

"SEJAK BILA KASUT AKU SEBELAH HIJAU SEBELAH KUNING?! HODOHNYA!!" teriak Jihoon dengan wajah disgusting-nya, patutlah dari tadi orang asyik gelakkan dia je rupanya sebab kasut, Jihoon terus berlari mencari kedai kasut berdekatan sambil mengheret Junhui mengikutinya. Duit? Jangan risau Chan dah bagi setiap seorang 10,000 won.

"Buku ni.. MENJAUHHHH DARI AKU!!" Seungkwan berlari memeluk Jisoo dari belakang, cua melindungi dirinya dari buku itu.

"Okay gais... tenang.. Seokmin, kau letak balik buku tu kat tepi jalan" arah Seungcheol lembut, berusaha untuk tenang walaupun sebenarnya dia pun dah cuak dengan buku tu.

"Tapi nanti buku terbang--

"LETAK JELAH MACAM LA BUKU TU ADA SAYAP" terkebil-kebil Seokmin memandang Seungcheol, suasana mula terasa panas kerana haba dari marah si leader tetapi suhu kembali sejuk apabila Jisoo mengeluarkan hawa dingin, tak nak orang syak pula sebab disekeliling mereka ada ramai orang.

"Tapi bila buku dibuka kan ada rupa sayap--

"Sebelum aku lempang hidung tajam kau baik kau letak" potong Seungcheol lagi, dengan bibir dicebik tanda tidak puas hati Seokmin kembali meletakkan buku itu ke tempat asalnya semula iaitu di tepi jalan, suasana menjadi sunyi seketika di antara mereka dengan Seokmin yang masih mencebikkan bibirnya.

"Okay... kenapa aku terasa nak makan aiskrim pakai hidung?" Soal Minghao tiba-tiba.

"WAHH BUKAN SALAH BUKU TU LA!! TAPI SALAH OTAK KORANG!!" celah Seungkwan yang masih menyorok di belakang Jisoo.

"Cakap dengan orang yang dari tadi kunyah tali kasut?" sindir Hansol, Seungkwan yang dari tadi mengunyah sesuatu tanpa sedar terus terhenti lalu mengeluarkan benda itu dari mulutnya.

"Macam mana aku boleh kunyah benda alah ni ;-;" tanya Seungkwan hairan, Jisoo hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu macam mana dan sejak bila jejaka itu makan tali kasut sendiri.

"Gais, i'm back-- apahal korang semua ni?" Chan yang baru sampai bersama Junhui dan Jihoon, mengerutkan dahi melihat riak wajah masing-masing macam baru lepas jumpa benda yang mengerikan.

"Abaikan kami, kitaorang cuba nak jadi normal balik so apa cerita dengan dua adik kau tu?" soal Jisoo cuba memeriahkan suasana.

"Berita gembira, omma dan appa aku akan tengokkan diorang and jom have fun!! But berita buruk dah nak malam kita kena cepat!!" terang Chan teruja, disebabkan hari dah nak malam nampaknya mereka boleh main beberapa mainan sahaja di Funfair ini.

"Dah nak malam dah ke? Asal aku tak perasan?" Mingyu menggaru kepalanya bingung, dia melihat telefonnya, jam sudah menunjukkan pukul 7 p.m.

"Tak sangka kebodohan kita boleh butakan kita, aku ingatkan cinta je yang boleh buat orang buta" ujar Junhui pasrah, nampaknya masuk je sekolah dia kena bagitau ka Miss Jiwon yang kebodohan pun boleh butakan orang.

"Korang ni dah kenapa? Dari tadi cakap macam tu" tanya Chan yang masih tidak faham akan situasi yang dialami oleh mereka tadi.

"Abaikan.. so kita nak pergi mana?" tanya Seungcheol balik, cuba mengelak dari menjawab soalan si maknae.

"Dunno la, hmm naik ferris wheel?"

"Pernah naik, bosan la Funfair kat dunia ni sama dengan Funfair kat dunia kitaorang" kata Wonwoo menjawab pertanyaan dari Chan.

"Susah la kalau macam ni" omel jejaka itu, tempat apa je yang diorang tak pernah pergi ni?

"Chan" jejaka itu memandang Jeonghan yang tiba-tiba merangkul bahunya dengan senyuman sinis terlakar di wajah hyung kedua tertua.

"Tunjukkan kat kitaorang apa yang dunia manusia ni ada tapi takde kat dunia kitaorang" cabar Jeonghan, dia suka lihat wajah gelisah Chan yang cuba fikir tempat apa yang kat Funfair ni yang takde kat dunia mereka.

"Pasti tak ada punya HAHAHAHAHAHAHA semua benda yang korang ada kitaorang pun ada" kata Soonyoung, bila Chan fikirkan balik betul juga semua benda yang ada kat dunia manusia mesti kat dunia magik pun ada kecuali satu ni je.

"Nope, ada satu benda je dunia korang takde tapi dunia aku ada" Chan tersenyum sinis, idea jahat mula terlakar di dalam otak Chan.

"Apa?"

"Ada satu tempat kat tengah funfair ni kitaorang panggil tempat tu Rumah Hantu" ujar Chan dengan senyuman sinis yang masih terpancar di wajahnya.

"Hantu? Apa tu?" soal yang lain dengan penuh minat, tak pernah dengar pula mereka tentang hantu ni.

"Rupanya macam haiwan takpun orang tapi lagi best" terang si maknae, memang best. Best dengan wajah yang agak menarik di mata-mata manusia yang jenis tak kuat semangat.

"Bagus, jom la apa lagi dah nak malam ni" ajak Seungcheol yang turut bersemangat diikuti yang lain.

"Pergi waktu malam la lagi best" kata Chan yang menjadi penunjuk arah pergi ke rumah hantu itu, tak sabar dia nak tengok reaksi hyung-hyungnya bila masuk rumah hantu nanti.








______________

Yow aye rindu reader semua!!!!

sorry lambat update🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro