39
"GOOD MORNING EVERYBODY!!!" Pekik Mingyu di hadapan rakan-rakannya yang masih lagi mamai dan ada yang masih belum bangun dari tidur.
"DIAM LA MEMEKAK JE TAU" marah Seokmin lalu melempar bantal di wajah jejaka tinggi lampai itu.
"Wuuu comelnya diorang tidur" ujar Soonyoung dengan tangannya erat memegang telefon miliknya, dia memandang ketiga-tiga hyung tertuanya lalu telefon diarahkan pada mereka.
Klik!
Satu, tangkap gambar Jisoo yang tidur ditengah-tengah antara Seungcheol dan Jeonghan.
Uwu author shipper Jihancheol hiks lagi kuat dari mana-mana shipper *hidup 95 lines*
"Aww comelnya friendship goals gitu, kenapa la kita tak macam ni je" Soonyoung mengerucutkan bibirnya cemburu, memandang ketiga-tiga rakannya yang sebaya dengannya.
"Sebab kau suka rembat barang aku" jawab Junhui yang baru sahaja bangun dari tidurnya.
"Kau selalu flirt dengan aku dho, serius geli dan menjauh dari aku now!!" Arah Jihoon dengan tangannya mengangkat bantal miliknya tinggi-tinggi, menyuruh jejaka bermata sepet itu menjauh darinya apabila melihat Soonyoung seperti berura-ura mendekatinya.
"Kau annoying, aku still berdendam dengan kau sebab kejutkan aku 4 pagi haritu lepastu heret aku naik vespa terkentut-kentut kau tu" ungkit Wonwoo, masih tak dapat dia lupakan pasal benda tu disebabkan semua tulah dia jadi bodoh satu hari semalam sebab tak cukup tidur.
Alah Jeon Wonwoo tak tidur ke cukup tidur ke kau sama je dengan member kau yang lain sel otak semua kongsi-kongsi.
"Hello!! Terkentut-kentut macam mana pun vespa aku tu sekurangnya dia tak keluarkan gas beracun yang busuk macam gas kentut kau tu" bentak Soonyoung geram.
"Bau kentut aku, kau jangan buat main ek aku kentut kat muka kau baru tau" balas jejaka berkaca mata itu tidak mahu kalah.
Soonyoung merengus geram malas hendak melayan karenah jejaka itu, dia menyambung semula membawa telefonnya pergi ke dua jejaka yang masih tidur tidak jauh 95 line.
Klik!
Dua, tangkap gambar Hansol dan Seungkwan yang tengah tidur sambil menyepak antara satu sama lain.
"Diorang ni couple ke tak? Lain macam position diorang tidur ni" komen jejaka itu sambil memandang gambar dan 98 line itu silih berganti.
"Jangan la kacau diorang, semalam diorang alami rough night hyung apa tau🌚🌚" celah Mingyu dengan sengihan nakalnya manakala Seokmin memandang jejaka tinggi lampai tidak faham.
"😐😐😐"
"Babinya la siapa yang kata macam tu?" Maki Hansol, dia bangun dari perbaringannya lalu menolak Seungkwan menjauh darinya.
"Dengar je ayat macam tu terus bangun ye, nakal😏😏" usik Minghao, Seungkwan baru bangun memandang hyungnya hairan. Apahal buat muka gatal macam tu?
"Siapa ajar Minghao cakap macam tu? Biashe dia tu" ujar Jisoo yang baru sahaja beberapa minit yang lepas sudah terjaga dari lenanya diikuti Jeonghan dan Seungcheol.
"Seungcheol ajar!! Aku ni ajar benda baik je" tuduh Jeonghan sambil jarinya menunjuk Seungcheol yang sedang menguap besar.
"Hoi cakap baik sikit!! Asal benda tak elok je kat aku bila benda baik kat kau pula" kata Seungcheol tidak terima.
"Well lumrah kehidupan terima jelah hakikat" jejaka itu mengangkat kedua-dua bahunya malas.
"Pale lutut kau"
"Dah diam aku nak tangkap gambar Chan pula, gaduh je tau" marah Soonyoung lalu menghampiri Chan yang masih tidur di hujung katil bersama seseorang disana.
"Bukan ke malam semalam dia yang cari gaduh dengan orang?" Junhui mengerutkan dahi, dia ingat lagi semalam Soonyoung asyik nak cari gaduh je dengan cikgu sendiri pun nak cari gaduh.
"Nak mengungkit pula dia, benda lepastu dibiarkan la lepas cepat sangat nak dengki dengan aku apahal" bidas jejaka bermata sepet itu sebelum dia kembali memandang Chan.
"Kau tengok dia cari gaduh dengan aku" adu Junhui pada Jihoon yang duduk berdekatan dengannya.
"Biarkan je si harimau palsu tak sedar diri tu" pujuk jejaka mungil itu malas.
Klik!
Soonyoung mengerutkan dahi apabila melihat gambar yang ditangkapnya, orang yang tidur sebelah Chan ni asal mukanya macam cikgu hanat dia tu ek.
"Kejap asal muka member kita macam Sir Dongwook? Siapa pula yang sumpah muka member aku yang tak hensem makin bertambah tak hensem macam dia ni?" Omel jejaka itu, tidak menyedari orang di depannya sudah bangun dan sedang memandangnya macam nak telan.
"Kuanghajor punya anak murid kata aku apa?! TAK HENSEM?!" Teriak Sir Dongwook pada anak muridnya itu.
"Terkejut kita ;-;" Soonyoung mengusap dadanya perlahan, bukannya terkejut dengan herdikan gurunya itu tetapi terkejut tetiba orang depan dia ni masih hidup lagi.
"Kwon Soonyoung, sedar la diri tu sikit engko tu bukannya hensem mana pun" tegur Wonwoo datar, rasanya balik nanti dia kena report kat Pn.Kwon apa yang dia dah buat sepanjang mereka ikut perkhemahan ini.
"Haih semua dah bangun?" Semua mengangguk, menjawab soalan Sir Dongwook, Chan yang baru sahaja bangun turut mengangguk dengan mamai.
Bam!
"Tak reti nak ketuk ke?" belum sempat mereka mahu marah, tiba-tiba mereka terdiam apabila memandang pintu, takde orang kat situ tetapi siapa yang tendang pintu tu macam nak runtuh tu.
"Hello?" mendengar sapaan yang kecil, serentak semua memandang kebawah kelihatan seekor makhluk berwarna kuning sedang melambai ke arah mereka sambil masuk ke dalam bilik macam paklong nak kutip hutang dekat anak pungutnya.
"C-comel.. COMELNYA!!!!" Jerit Jisoo geram dengan kecomelan makhluk itu lalu memeluknya.
"WARGHHHHH!!! ADA ORANG MAIN PELUK-PELUK" makhluk itu meronta kuat untuk melepaskan diri tetapi tenaga jejaka itu lebih kuat darinya enggan melepaskan pelukan tetapi setelah bahu Jisoo ditepuk oleh Seungcheol seperti faham riak wajah si leader dengan bibirnya dimuncungkan sebal dia melepaskan makhluk itu.
"JEMAH?! JEMAH KAU KE TU?!" Teriak Soonyoung tiba-tiba, makhluk itu memandang seseorang yang berusaha menghampirinya siap pergi tolak member dia lagi.
"OH SHIT TU HOSHIT KE?!" semua kecuali Soonyoung memandang makhluk itu terkejut, dia baru carut ke tadi?
"JEMAHHHH!!'
"SHITTTTT"
"Kenapa la makhluk yang comel-comel ni suka mencarut ;-;" Chan menatap makhluk itu kesal, nasib baik comel.
"Jemah?" Panggil Soonyoung lagi.
"Nama kita bukan Jemah la!! Nama kita Bubble" bentak makhluk kuning itu bersama hentakkan kaki kecilnya.
"Nama macam tak padan dengan warna diri tu je" komen Seungcheol, melihat Bubble atas bawah tang mana nama Bubble tu datang.
"Eh hyung kan dia tembam tu sebab tu namanya Bubble" bisik Seokmin pada hyungnya tetapi masih dapat didengari Bubble.
"Kita tak gemuk la!!" marah Bubble, tiba-tiba kedengaran bunyi derapan kaki seperti berlari ke arah mereka.
"HAIIII MORNINGGGG" semua memandang bawah apabila mendengar jeritan nyaring itu, kelihatan seekor makhluk yang sama kecil dengan Bubble sedang melambai manis pada mereka.
"Okay yang tu baru ada rupa gemuk" Seokmin ternganga, melihat makhluk berbentuk bulat itu.
"COMELNYA AWAKKKKK NIIIIII" Seungkwan berlari memeluk makhluk bulat itu lalu pipinya digomol oleh jejaka itu.
"Skksksksks jangan jsjhskskjs gomol jshsjs pipi isujjhjhah sayaaaaaa!!" Ronta makhluk itu dengan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya tunggang langgang.
"Seungkwan, jangan bunuh dia woi!!" Ujar Mingyu sambil menarik badan Seungkwan menjauh dari makhluk itu.
"Oh sorey"
"Fuh selamat btw nama saya sunshine!! Call me Shine!! Bershine shine la kau sampai ke Shanghai!!" Katanya memperkenalkan diri.
"Kena pula ayat dia ;-;"
"Kenapa rupa mereka macam pokemon kat dunia manusia?" Soal Chan, tak sangka makhluk yang selalu di tengok kat Tv waktu kecil memang wujud.
"Secara teknikal mereka bukan pokemon tetapi mereka makhluk magik disini, di dunia kau mereka dikenali pokemon manusia fikir mereka tak wujud tetapi sebenarnya mereka wujud di dunia magik" celah Jaehoon yang dari tadi bersandar di tepi pintu, tak tau la dah berapa lama dia berdiri kat situ.
"Tak sangka permikiran orang yang buat cerita pokemon ni betul juga walaupun sebenarnya dia fikir itu imaginasi mereka" Chan mengangguk faham, kadang-kala ilusi manusia juga boleh jadi betul-betul wujud.
"Sebenarnya, orang yang buat pokemon tu pernah termasuk dalam hutan ni and dia ternampak si Bubble ni tengah buat yoga" terang Jaehoon, serentak semua memandang Bubble speecless.
"SALAH KE KITA NAK BUAT YOGA!! SALAH KE?!" Jerit Bubble dengan matanya melotot geram.
"Kami tak fikir apa-apa pun" bela Hansol, takut pula si Bubble ni keluarkan kuasa dia kalau marah.
"Tapi jangan risau aku dapat hilangkan ingatan dia cuma mungkin dia ada dapat mimpi tentang makhluk-makhluk disini dah jangan difikirkan sangat la" semua mengangguk faham mendengar penjelasan dari Jaehoon.
"Okay habis cerita mari sarapan aku dah siapkan makanan, dua jam tau aku masak untuk korang btw yang tiga orang tu dah okay?" Soal Jaehoon pada ketiga-tiga anak murid Sir Dongwook itu.
"Dah okay dah boleh la kita sambung aktiviti kita YEAYYYYY!!' Jawab Seungkwan riang manakala Jisoo dan Chan hanya tersenyum setuju.
"JOM MAKANNNN!!" Pekik Seventeen lalu berlari turun ke bawah siap heret Bubble dengan Sunshine.
Apabila kelibat Seventeen dan dua makhluk itu tidak kelihatan, Sir Dongwook terus menahan Jaehoon yang baru sahaja hendak turun ke bawah.
"Kau pasti mereka bertiga akan okay? Aku tak nak terjadi apa-apa pada mereka nanti" tanya guru itu risau, dia tak nak bila mereka melakukan latihan ada benda buruk berlaku pada mereka terutama sekali Jisoo, Seungkwan dan Chan.
"Buat masa ni mereka akan okay dan selamat, buat masa ni jelah tapi aku tak jamin tahun-tahun yang berikutnya kemungkinan tindak balasnya akan berlaku waktu tu" terang Jaehoon dengan perasaan bersalah sebab tidak mampu untuk berbuat apa sekurangnya dia dah buat sehabis yang mungkin itu selamatkan ketiga-tiga anak murid rakan lamanya itu.
"Baik atau buruk?" Tanya Sir Dongwook lagi tapi kali ni dengan nada lebih gelisah.
"Aku pun tak pasti.. peristiwa ni tak pernah terjadi jadi apa yang kita boleh buat hanyalah tunggu" jawab jejaka itu lalu menepuk bahu Sir Dongwook.
"aku harap bukan sesuatu yang buruk" ujarnya memandang rakannya itu dengan penuh berharap, Jaehoon membalas pandangannya dengan aku-pun-harap-juga.
"Sir Dongwook!! Jaehoon jom makan!!" Jerit Seventeen mengajak kedua-dua orang yang terlebih tua dari mereka turun ke bawah.
"Sekejap!! Tak menyabar betul!!" Rungut guru itu lalu turun ke bawah bersama Jaehoon:
"Dia datang jumpa aku malam semalam, aku tak tau apa yang dia nak tapi dia macam tengah cabar kita" kata Jaehoon setelah beberapa minit mendiamkan diri.
"Ahli sihir hitam?" Soal Sir Dongwook setelah mereka tiba di ruang tamu, tinggal nak berjalan ke dapur je adalah dari jauh dia nampak dua tiga ketul kepala kat dapur tengah makan sambil buat bising.
"Bukan.. kawan lama kau" guru itu menatap Jaehoon lama setelah mendengar jawapan dari jejaka itu.
"Kawan lama aku yang mana satu? Ada ramai dho" Sir Dongwook menggaru kepalanya yang terasa gatal.
"DAH LA KAU! MALAS PULA AKU NAK BAGITAU PERGI MAKAN SANA! MENYAKITKAN HATI BETUL" marah Jaehoon lalu menendang bontot guru itu menyuruhnya berjalan.
"Tetiba je nak emo, dasar lelaki period" hambur Sir Dongwook.
"JIBAKE"
Sir Dongwook pun be like;
"Malas aku nak layan kau ni" Sir Dongwook mengusap dahinya, dengan muka baru bangun tidurnya lagi rambut memang serabai habis.
"KAU JANGAN MACAM-MACAM AKU ADA GAMBAR BERHANTU KAU TAU!!" Ugut Jaehoon tiba-tiba, aik dia yang marah lepastu dia yang nak main ugut-ugut orang.
"Babi, kau jangan tunjuk--
"DAH TERLAMBAT!! SEMUA TENGOK LA KEJAHILAN ORANG HANAT NI" Jaehoon terus berlari ke arah dapur dengan telefonnya yang sedang menunjukkan satu gambar lalu ditunjukkan pada Seventeen.
Hampir tersedak Seventeen disitu melihat gambar gurunya yang...
..
...
.....
.......
Ni.
"YA TUHAN KAU DELETE ANJIR ENGKO DELETE!!" Teriak Sir Dongwook menyuruh rakannya itu memadam gambar yang sepatutnya dah lama gambar tu harus dipadam.
"Sir apa tu sir🌚🌚" usik Seventeen pada guru mereka, Sir Dongwook duduk mencangkung dengan wajahnya ditutup dengan telapak tangannya menahan malu.
"Tangan tu merayap kat mana tu🌚🌚naughty ye sir ni🌚🌚" Jeonghan menyenggol lengan gurunya itu.
"Aipp sir pandang apa tu🌚🌚" kali ni Seungkwan pula yang menyenggol kakinya.
"Lirikkan mata mu membuatku jatuh jatuh jatuh cinta ewahh🌚🌚" Soonyoung menyenggol bahunya.
"Muka sir nampak bahagia la🌚🌚🌚sir buat apa kat sir Gongyoo sampai muka dia tak rela macam tu🌚🌚" Seungcheol yang mencubit pipinya, ya ampun hentikan semua ni Sir Dongwook rasa kalau boleh dia nak terjun sungai sekarang juga.
"Tak bagitau pun Sir ada relay dengan Sir Gongyoo🌚🌚patutlah Sir Gongyoo terima Sir jadi cikgu kami🌚" ujar Mingyu lalu menolak badan gurunya itu perlahan.
"Longlast🌚🌚" apabila dirinya mendapat cubitan pipi dari Chan, terus dia bangun berdiri.
"HEI APAHAL KORANG MENYIBUK KAT SINI?! ORANG SURUH PERGI MAKAN LAJU JE KORANG KALAU BAB GAMBAR AKU" bentak Sir Dongwook apabila melihat sembilan anak muridnya asyik mengusiknya dari tadi.
Si Jisoo, Wonwoo, Jihoon dan Hansol pula lebih memilih tengok drama murahan member mereka bersama Sir Dongwook sambil bersarapan baru mengasyikkan kata mereka.
"Alah sir ni nak malu-malu pula🌚🌚" kata Junhui lalu menyenggol muka gurunya itu. Lain macam tu.
"JANGAN BUAT MUKA TU LAGI!! JANGAN SENGGOL-SENGOL AKU SUKA HATI KORANG JE!! PERGI MAKAN!! KITA NAK KELUAR KEJAP LAGI" arah Sir Dongwook geram.
"IYEYEYEYEYE" Seventeen terus menyambung makan sarapan mereka setelah melihat ada asap yang keluar dari kedua-dua telinga guru mereka.
"Longlast bro🌚🌚" untuk kali kedua, Jaehoon menepuk bahu Sir Dongwook lalu gelak besar sambil mengambil makanannya di meja yang disediakan.
"CARI MATI KAU NI"
Selepas sahaja mereka bersarapan, Sir Dongwook dan Seventeen meminta diri untuk kembali ke tapak perkhemahan mereka.
"Elok-elok jangan ada yang sesat lagi" pesan Jaehoon sambil melihat Seventeen dan Sir Dongwook yang sudah bersiap di hadapan pintu utama rumahnya.
"Baik, terima kasih" Seventene menunduk hormat berterima kasih pada jejaka itu.
"Hokay bye kami blah dulu" pamit Sir Dongwook lalu memeluk Jaehoon tanda ucap selamat tinggal.
"Shuh shuh takde siapa mengalu-alukan kedatangan kau, aku terima Seventeen je" ujar Jaehoon setelah mereka meleraikan pelukan tak bersawit tadi.
"Hanat" jeling Sir Dongwook pada Jaehoon yang sudah membuat gaya 'peace'.
"BYE SEMUA!! JUMPA LAGIIII!!" Jerit Bubble dan Sunshine sambil melambai kearah mereka.
"BYE JEMAH!! BYE SHANGHAI!!" Teriak Seventeen juga yang turut membalas lambaian dua makhluk itu.
"NAMA HAKU BUBBLE LA HOSHIT BETUL" maki Bubble, Soonyoung dah usap dada perlahan nama dia juga yang kena.
"NAMA KITA SUNSHINE LA BUKAN SHANGHAI!!" marah Sunshine apabila bukan namanya yang disebut.
"Dah la kamu berdua jangan layankan mereka, jom temankan aku minum teh dengan nasi" ajak Jaehoon setelah kelibat Seventeen dan Sir Dongwook semakin jauh.
"Ya ampun ;-;-;-;-;"
🔮🔮🔮
"Jadi lepasni kita nak buat aktiviti apa pula?" Soal Minghao dengan teruja, walaupun semalam ada benda yang ngeri berlaku tetapi dia tetap semangat nak buat aktiviti pagi ni.
"Hari ni kita takde aktiviti tapi Sir akan bawa kamu semua pergi ke satu tempat" ujar Sir Dongwook sambil mengemas khemah dan barang-barangnya diikuti anak muridnya yang lain.
"Pergi mana? Rumah Seungcheol hyung?" Tanya Wonwoo lalu memakai beg galasnya.
"APA SALAH RUMAH AKU?! STOP LA WOI!!" Bentak Seungcheol tidak puas hati, asyik-asyik rumah dia je yang jadi mangsa rumah Mingyu dengan Jisoo takde siapa pula nak bising.
"Haih gais sudah la mention istana Seungcheol.. kesian dia.." bela Jeonghan untuk si leader padahal dia yang mulakan dulu pasal rumah Seungcheol.
"Jeonghan..." Seungcheol menekup mulutnya terharu apabila rakannya membelanya, tiba-tiba rasa menyesal pula asyik cari gaduh dengan Jeonghan walaupun sebenarnya mamat tu yang mulakan dulu seperti biasa.
"Tapi kalau memang kena pergi rumah Seungcheol juga kita kena bawa Jisoo panas wooo macam neraka--- API PANAS MACAM API!!" ujar Jeonghan lalu berlari menyorok di belakang Jisoo apabila Seungcheol seperti ingin melempar bebola api padanya.
"Kenapa nama aku kena seru ni ;-;" Jisoo menatap kedua-dua rakan sebayanya dengan bingung.
"Gurau jelah kak jangan la marah" pujuk Jeonghan yang masih menyorok di belakang Jisoo.
"Aku lelaki hanat" hambur Seungcheol lalu memadamkan apinya sempat lagi dia menjeling Jeonghan yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya.
"Sudah la tu bergaduhnya, nak tau tak kita akan pergi mana lepasni?" Soal Sir Dongwook malas.
"Tapikan Sir bukan ke kata kita stay sini empat hari" celah Hansol, guru itu meraup wajahnya kasar.
"Kau ni memang betul-betul nak jadi tarzan ke?" Sir Dongwook menatap Hansol sebal, nak kena babap dia ni.
"Saya tanya je -,- nak minta kepastian" balas jejaka itu tidak bersalah.
"Vespa aku macam mana?" Soal Soonyoung tiba-tiba, baru teringat diri tu datang naik vespa dengan Wonwoo.
"Dah hancur" jawab Seokmin, cuba bergurau tapi macam tak menjadi je guraunya.
"Mwo?!" Soonyoung jatuh melutut apabila mendengarnya dari Jihoon.
"YEAYYYY VESPA SOONYOUNG DAH TAKDEEEEEE!! YEAYYY AKU AMANNNN!!" Jerit Wonwoo lalu melompat gembira.
"GAIS KITA KENA BUAT MAJLIS TAHLIL UNTUK VESPA AKU HUKHUK SIR DONGWOOK SPONSOR" Sir Dongwook yang dari tadi melihat perangai gila anak-anak muridnya, mengangkat kening sebelah aik-aku-diam-aku-tetap-kena-seru-juga?
"Aku boleh imagine macam mana rupa vespa Soonyoung hyung bila dikafankan ;-;" Chan dan Seungkwan memandang atas lalu membuat wajah ngeri apabila membayangkannya.
"Mamat yang seorang ni kan kadang-kadang perangai babi dia ni memang macam Junhui" Jihoon menggelengkan kepalanya.
"Kenapa aku pula yang kena ;-; nak nangis la macam ni" ujar Junhui yang dari tadi berdiri bersebelahan dengan jejaka mungil itu.
"Silakan"
"YA AMPUNN KORANG NI NAK TAU TAK KITA KENA PERGI MANA?!" Jerit Sir Dongwook, kenapa la Seventeen ni suka sangat melalut, bila cakap sekali diorang punya sambung tu sampai nak masuk tajuk kucing bertelur nampak apa.
"NAK LA!! SIR YANG TAK CAKAP DARI TADI!!" Balas Seventeen, diorang ni tak sedar ke diorang yang buat semua benda jadi lambat sampai author pun tertidur melihatnya.
"Haih sabo jelah padahal deme yang asyik merapu jauh-jauh" omel Sir Dongwook sendirian.
"Cepatlah Sir!! Nak bawa kita pergi mana?" guru itu menatap seorang demi seorang anak-anak muridnya dan tatapannya terhenti pada Chan yang sibuk menggaru lubang hidungnya.
"Chan harap kamu dah ready, kita akan pergi ke dunia manusia" hampir sahaja Chan tertarik bulu hidungnya apabila mendengar arahan dari Sir Dongwook.
"WHAT?!" Seventeen menatap Sir Dongwook tidak percaya, mereka ni mana pernah masuk dunia manusia.
"YEAYYY BALIK RUMAHHHHH" sorak si maknae dengan gembira, boleh la lepasni jumpa family dan kawan-kawannya.
"Wahhh bestnya ada apa je kat dunia manusia?!" Soal Jeonghan yang berminat ingin mengetahui tentang dunia manusia, salah satunya yang menarik kat dunia manusia ni senang je kat sana takde duyung tapi ada dugong HSHSHHSHSHSHSHSHSHSHS.
"Mereka macam kita juga tapi bezanya mereka takde kuasa magik" terang Sir Dongwook apabila Chan mati akal nak terangkan apa yang best kat sana sebab banyak yang best kecuali penjara.
"Mesti best!! Jom pergi jom Chan jom!!" Ajak Seokmin teruja.
"Iye sabor aku ni tak pernah lagi bawa ramai-ramai" Chan menutup matanya bersiap sedia melontarkan mentera paling merapu pernah author buat pada abad ini.
"ZAMZAMZAMALAKAZAMBERZAMZAMZIMZIMZIMZALABIMZAMZIMNANJENGNGESOTMATAKANJISEMARTNGIIIIISINGH!!" selepas seminit menjerit mantera yang penuh dengan dengung tajwid serta nada tinggi rendah, muncul satu portal ke dunia manusia.
"JOM KITA PERGIIIII" semua terus masuk ke dunia manusia melalui portal itu.
"Selamat datang ke dunia manusia!!" Jerit Chan bangga, semua diam melihat taman bunga dihadapan mereka kecuali Sir Dongwook yang berhora horey di belakang mereka apa salahnya support anak saudara sendiri.
Si maknae memandang hyung-hyungnya dengan pandangan support-la-aku-hyung!!.
"Wah kau nak aku reaction apa? Terkejut sebab orang kat sini pun berjalan guna kaki?" Soal Jeonghan datar.
"Hmm boleh aku lempang dia?" Chan memandang Seungcheol, meminta izin untuk melempang skandal-- hyung kedua tertuanya.
"Aku sebagai leader grup Seventeen yang berwibawa, berani, sopan santun, berwawasan, amanah, jujur, baik, cekal, adil, bijak, perangai tak macam babi--
"Dah la gila merapu pula kau pergi tandas pun suruh aku teman malam-malam hah munafik!!!" potong Jisoo lalu mengetuk kepala si leader.
"Diam la!! Haish aku dengan senang hati memberikan kebenaran untuk kau lempang dia" ucap Seungcheol lalu menjeling Jisoo tapi sekejap jelah tak sanggup dia nak marah jejaka arnab tu lama-lama uwu.
"Bagus" setelah mendapat keizinan dari si leader terus Chan menampar pipi Jeonghan perlahan. Baiknya aegi siapa la tu🌚
"Alah sorry la ;-;" ujar Jeonghan sambil mengusap pipinya yang baru sahaja ditampar oleh si maknae.
"Okay kita berpisah, korang pergi la mana-mana Chan tu boleh tunjukkan tempat-tempat menarik nak duit? Cilok duit dia family angkat dia kaya, Sir pergi dulu tata~~" Sir Dongwook melambai pada Seventeen lalu berjalan dengan riang, menghiraukan padangan pelik dari anak-anak muridnya.
"Dia tau ke dia nak pergi mana?" Soal Jihoon pada rakan-rakannya.
"Tau kot.. maybe sebelum ni dia pernah pergi dunia manusia" jawab Minghao cuba berfikiran positif.
"Benda pertama yang kita kena pergi iyelahhhh RUMAH AKUUUU!!" Cadang Chan sesekali dia melihat jamnya, baru pukul 9 pagi mesti adiknya masih bersekolah.
"YEAYY JOM SEPAHKAN RUMAH CHANNNN" jerit hyung-hyungnya setuju dengan cadangan dari si maknae.
"Eh bukan--
"Yeayyyy!!" Teriak mereka lagi, orang yang lalu lalang kat situ pun pandang mereka pelik dah la ramai muka macam budak sekolah, kantoi ponteng.
"Tak boleh--
"Yeayyyy!!" potong mereka lagi masih menjerit semangat, tak sabar nak huru harakan rumah Chan.
"Yah--
"YEAYYYY HURU HARAAAA" Chan meraup wajahnya kasar apabila dia memandang depan semula kesemua hyungnya sudah berlari keliling taman seperti budak kecil.
"EH KEJAP ADA COVID-19 PAKAI MASK WOI NANTI KENA SAMANNNNN RM3000!! SIAPA NAK BAYOR WOI!! HYUNGGG!!" Jejaka itu terus berlari mengejar hyung-hyungnya yang lain, nasib la dapat member yang kuat lari nak je teleport tapi tak boleh pula redho jelah.
____________________
Last update duh untuk story ni sebab nak hiatus kejap banyak assignment nak kena catch up ;-; and story lain akan ada diupdate sebab ada yang dah siap tapi tak sepenuhnya lagi
Btw selain tiga story yang tak dapat publish tu tapi still draft la, author ada buat story pasal Joshua, Wonwoo. Lepastu story tentang shipper friendship pasal 95 lines Seventeen punya, Meanie, Soonwoo and Jisol DAN story pasal Magical Highschool Season 2 SPOILER tajuk story untuk Season 2 masih lagi dirahsiakan *kena jangkit dengan Hoshi* hshshshsh saje bagitau😌😌
Siapa yang tengok gose yang terbaru ni mesti tau
Bye world
Bye world 2.0 *terjun katil*
Seventeen: *terdiam+tutup hidung+pandang Jisoo*
Jisoo:
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro