Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38

Di tempat lain, kelihatan empat sosok sedang duduk di satu bulatan meja besar menunggu kedatangan seseorang. Sebahagian dari mereka bermain telefon dan yang selebihnya tidur kerana mereka terpaksa datang ke tempat mesyuarat mereka tepat-tepat pukul 12 tengah malam.

"Mana la jantan ni, ada juga yang kena hempuk dengan meja bulat ni kejap lagi kang" ujar seorang wanita yang kelihatan seperti berumur 40-an.

"Noona sabar la nanti mati awal siapa nak jaga anak noona kat rumah tu" tegur seorang lelaki tua yang berumur lebih muda  dari wanita itu.

"Anak aku dah besar tau la dia nak jaga diri" balasnya tajam, nasib la lelaki sebelah dia ni orang penting kalau tak memang dia sebat bontot lelaki ni.

Puk!

"Sorry woi!! Jalan jem tadi" ujar seorang jejaka  yang kelihatan seperti berusia pertengahan 20-an, baru sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan tergesa-gesa.

"Mende kau jalan jem? Sekarang ni dah tengah malam bijak lawannya" seorang lelaki yang berpakaian jubah hitam hanya menggelengkan kepalanya kesal, menyempat lagi buat lawak jantan depan dia ni.

"Alah nak buat lawak pun tak boleh ;-;" katanya sadis, apalah nasibnya dapat berkumpulan dengan orang-orang tua yang membosankan ni hiks.

"Tak boleh, sekarang kenapa kumpulkan kami semua kat sini? Aku dah la mengantuk sekarang ni" balas seorang lagi lelaki yang berumur 50-an sedang mengusap janggutnya yang panjang, sesekali dia akan menguap kecil kerana sekarang ini adalah waktu tidurnya.

"The King utuskan aku yang hensem ni untuk bincang pasal buku yang Dongwook maklumkan" terangnya sambil membetulkan jubah putihnya yang kadang kala terbang akibat angin dari kipas besar di depannya. Nampak sangat dia panas sampai tamak pakai kipas besar seorang padahal dah buka aircond.

"Engko hensem ke?" celah wanita paruh baya itu, memandang jejaka berjubah putih dari atas sampai ke bawah dengan kerutan di dahi terserlah dari wajah jelitanya.

"Berbalik di situasi tadi, aku nak kita semua kena ketatkan kawalan di setiap kerajaan terutama sekali kerajaan ais, kita tak nak sejarah berulang lagi" arahnya tegas, mengabaikan soalan kbat dari wanita itu.

"Sekejap, bukan ke buku tu dah dihapuskan?" soal lelaki berjanggut itu hairan, dia masih ingat lagi buku itu dibakar dengan api biru sehingga hangus di puncak gunung di kerajaan api, tempat tinggal burung pheonix yang merupakan penjaga gunung itu.

"Macam aku cakap dulu, buku tu tak boleh dihapuskan!! Ianya abadi, buku tu akan muncul bila ia dah jumpa orang yang layak untuk memegangnya dan lenyap kembali apabila semuanya menjadi sedia kala" terangnya lagi sambil mengurut pelipisnya, mereka ni bila makin tua makin banyak benda pula nak tanya, dulu waktu muda takde pun yang berperangai macam ni.

"Dengan jumpa tiga belas pelajar di Magical Highschool? Jumpa dekat perpustakaan sekolah mereka pula tu" sindir lelaki berjubah hitam itu, dia tak faham kenapa buku itu pilih pelajar dan bukannya pahlawan-pahlawan di luar sana, budak sekolah juga la buku tu nak rembat.

"Kau ada masalah ke dengan mereka?" soalnya dingin, tiba-tiba suasana di dalam bilik mesyuarat itu terasa menyeramkan kerana aura gelap dari jejaka itu.

Penghuni-penghuni di dalam bilik mesyuarat itu meneguk air liur mereka dengan kasar, semua terdiam yang mengantuk pun terus tak mengantuk melihat wajah seram jejaka itu, yang lain memandang lelaki berjubah hitam itu lalu memberikan pandangan tau-dah-tua-tapi-jangan-la-minta-nak-mati-awal-sekarang.

"Sekali lagi aku tanya, kau ada masalah ke dengan pelajar-pelajar tu?" soalnya lagi tapi kali ini dengan nada yang lebih lembut, takut pula nanti ada yang kena heart attack, tak pasal-pasal dia yang disalahkan walaupun sememangnya tu salah dia.

"T-takde..."

"Bagus, jadi mari la kita mulakan tugas kita masing-masing, aku pun ada banyak benda nak buat, kejap lagi ada pelawat nak  datang rumah aku, mesyuarat kita pada pagi-pagi buta ini sudah tamat dan semua boleh bersurai" arahnya, semua hanya mengangguk dan mula keluar dari bilik mesyuarat itu sehingga tinggal dia seorang sahaja di dalam bilik itu.

"Aku tau kau ada kat situ keluar la" ujarnya lalu menghirup teh panas di dalam botol air yang dibawanya dari rumah, apabila dia berkata sebegitu maka keluar la seorang lelaki yang berpakaian jubah berwarna maroon di sebalik dinding, menatap jejaka itu sinis.

"Kenapa?" soal jejaka berjubah putih, mengangkat kedua-dua keningnya. Maklum la dia mana reti nak angkat kening satu-satu.

"Buku itu memilih mereka semua? Jadi bersiap sedia la dengan kematian" ujarnya lelaki berjubah maroon itu seperti dia tengah menyindir jejaka di depannya.

"Kau yakin pasti ada kematian?" jejaka itu tergelak kecil, nasib baik dia tak tersedak teh.

"Kerana aku tak yakin kematian tu ada kerana mereka semakin kuat dari apa yang kau fikirkan" sambungnya, dirinya mula bangun menghampiri lelaki berjubah warna maroon itu lalu membisikkan sesuatu di telinganya.

"Lagipun aku dah hidup lebih 100 tahun, aku dah tengok kehidupan lalu mereka, masih sama hanat macam dulu tapi mereka tetap berkuasa" bisiknya, jejaka itu berjalan dengan lenggang menghampiri pintu gerbang, mengabaikan lelaki berjubah warna maroon itu yang sudah terpaku selepas mendengar bisikkannya.

"Keluar la woi aku nak kunci bilik ni, kang aku tinggal menangis pula nanti" lelaki berjubah warna maroon merengus geram lalu lesap begitu sahaja meninggalkan dia yang sudah mengeluh perlahan.

'Kalau macam ni la jadinya memang takkan habis la perang kita untuk kali ni' bisik hatinya, dia terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Ada orang sedang menunggu kedatangannya di sana.

🔮🔮🔮

"Aku tak percaya.. SIR KETUK TELEFON SAYA SIR?! TAU TAK TELEFON NI DAH HIDUP DENGAN SAYA LEBIH DUA TAHUN!!" marah Soonyoung sambil memeluk telefon kesayangannya dengan erat, baru je beberapa minit yang lepas semua member Seventeen sudah pulang ke tapak perkhemahan. Sir Dongwook yang elok berdengkur pun terus terbangun selepas mendengar jeritan padu dari Soonyoung anak lelaki Kwon.

"Ouh patutlah telefon tu nampak lama" ujar guru itu tanpa rasa bersalah, makin burukkan keadaan ada la.

"HEI JANGAN CAKAP MACAM TU DEKAT KESAYANGAN SAYA" marah Soonyoung lagi, sesekali dia membisikkan sesuatu pada telefonnya iaitu 'Jangan percaya dengan orang tua tu kau tetap kesayangan aku walaupun aku sebenarnya nak beli telefon baru'.

"Mana Jisoo, Seungkwan dan Chan?" soal Sir Dongwook pada anak-anak muridnya apabila dia mengira bilangan Seventeen tidak cukup lagi tiga orang.

"SIR JANGAN NAK TUKAR TOPIK!! SAYA TAK HABIS LAGI DENGAN SIR!! GANTI BALIK TELEFON SAYA!!" sampuk Soonyoung yang masih berdendam dengan gurunya itu.

"HALAH RETAK SATU JE CAKAP JELAH ENGKO NAK AKU BELIKAN KAU TELEFON BARU" Sir Dongwook merengus geram, anak muridnya yang seorang ni tak habis-habis dengan telefonnya.

"YES! SEKARANG BELIKAN" balas jejaka bermata sepet itu tidak mahu kalah, wah sedap-sedap je minta kat orang nasib anak murid sehati sejiwa eceh.

"PERGI MINTA  KAT WONWOO SANA" terus tersedak Wonwoo apabila namanya tiba-tiba kena mention, dari tadi dia diam je minum air dah kena seru.

"EH ASAL SAYA PULA?!" soal Wonwoo tidak terima.

"Kau kan kawan baik dia forever ever till neraka, hah belikan la untuk bestfriend kau ni" pujuk Sir Dongwook, siap tayangkan muka comel Soonyoung lagi di depan Wonwoo.

"Tak berminat, siapa je yang nak ikut si Soonyoung tu pergi neraka? Hegh pergi jelah seorang diri dekat je kat rumah Seungcheol hyung" jejaka berkaca mata itu menggelengkan kepalanya muktamad lalu menolak muka Soonyoung menjauh darinya.

"HEI RUMAH AKU JANGAN BUAT MAIN LAAAA" celah Seungcheol tiba-tiba, takde angin takde kentut tetiba rumah dia kena seru juga apahal.

"DAH KATA RUMAH KAU MACAM NERAKA" sampuk Jeonghan disebelahnya, ni lagi seorang tak tau la Seungcheol apa yang Jeonghan dengki kan sangat dengan rumah dia tu.

"SHUT UP!! INGAT SIKIT SIAPA YANG MENANGIS TADI" ungkit Seungcheol tiba-tiba, author pun tak tau apa kena mengena dengan siapa menangis dan rumah Seungheol ni *skrip berterabur*

"INGAT SIKIT SIAPA YANG PELUK AKU TADI" balas Jeonghan tidak mahu kalah.

"ANJAY"

"SYAITON NIROJIM" dan akhirnya, kedua-dua jejaka terlebih hormon itu mula tampar menampar lengan antara satu sama lain.

"Hoi dah la tu, saya serius ni mana Jisoo, Seungkwan dan Chan?" soal Sir Dongwook tegas sambil dirinya cuba meleraikan pergaduhan macam perempuan di antara Seungcheol dan Jeonghan.

"Sesat kot" jawab Minghao selamba.

"Kau jangan main-main, sini ada banyak binatang buas" tegur guru itu tidak suka.

Tiba-tiba muncul seekor burung hantu, terbang menghampiri Sir Dongwook dan membisikkan sesuatu pada guru itu.

"What?!" Sir Dongwook membulatkan biji matanya, memandang burung hantu itu tidak percaya.

"Tak tau aku pula Sir faham bahasa burung hantu" ujar Seokmin pada Mingyu yang dari tadi berdiri sebelahnya.

"Burung hantu boleh bercakap ke?" jejaka tinggi lampai itu mengerutkan dahinya, meminta jawapan.

"Hoi hoi yang kat sana tu, orang tengah serius ni nak kena berlakon balik untuk kali ke-200 ke? Engko fikir senang nak buat burung hantu bisik kat Sir Dongwook" tegur Jihoon yang sedari tadi memberikan pandangan membunuh pada kedua-dua jejaka itu.

"Iya iya maaf ;-;" ucap mereka berdua meminta maaf, kang kalau ignore takut ada gitar bayang melayang kat mereka pula.

"Tak guna!!! Kita kena cari mereka cepat!! Kita kena sentiasa bersama jangan berpecah!!" arah Sir Dongwook cemas setelah burung hantu itu sudah terbang pergi.

"Kenapa sir?!" soal Hansol yang turut cemas, alolo risau dekat kesayangan Seungkwan la tu uwu🌚🌚.

"Ada ahli sihir hitam disini" Seventeen mula terdiam apabila mendengar jawapan dari Sir Dongwook tetapi tidak lama, mereka terus bergerak mencari Jisoo, Seungkwan dan Chan.

Semua mula risau apabila Jisoo pernah menjadi mangsa ahli sihir hitam jadi tidak mustahil jika peristiwa tu boleh berlaku lagi, manakala Chan merupakan ahli sihir yang mempunyai dua kuasa terkuat dan pasti akan diburu oleh ahli sihir hitam. Seungkwan pun juga pasti dalam bahaya kerana dia memegang kuasa yang boleh mengawal masa jikalau jejaka itu tertangkap dunia magik akan berada diambang kemusnahan.

🔮🔮🔮

"Mana ni? Asal dari tadi asyik tak jumpa jalan keluar ni? Macam makin jauh je aku berjalan" omel Jisoo perlahan, semakin dia berjalan semakin tak sedap hati dia rasakan.

"Hiks Bunny!! Jisoo perlukan Bunny hiks SIR KENAPA TINGGALKAN KAMI DALAM HUTAN SIR?!" ujar jejaka itu takut, dah la gelap lampu suluh rosak pula tu. Boleh pula waktu dia tengah berjalan lampu suluhnya tiba-tiba berhenti menyala.

"Tak guna la!! Tak pasal-pasal aku sesat!!" hambur Jisoo geram, kesian dia ni tadi normal je lepastu tetiba takut and then sekarang nak marah. Emo terlebih mamat ni.

"Bila tengok balik, kenapa pokok-pokok kat sini macam aku pernah nampak?" jejaka itu memandang sekeliling, dia macam pernah nampak pokok-pokok ni seperti 10 tahun yang lepas.

"Hong Jisoo"

Langkah jejaka itu terhenti apabila mendengar satu suara yang amat dikenalinya, suara yang sentiasa menghantuinya di setiap mimpi buruknya dari 10 tahun yang lepas sampai la sekarang.

"No.. jangan.. jangan lagi.." rayunya perlahan, bagaikan dipukau dia membalikkan tubuhnya menghadap sosok yang berpakaian jubah hitam menutup keseluruhan badannya hanya bahagian tangan dan separuh dari mukanya sahaja yang terdedah.

"Shhh.. sudah 10 tahun kita tak berjumpa, Hong Jisoo" ucap sosok itu lalu meletakkan jari telunjuk pada mulutnya menyuruh jejaka itu diam, sosok itu tersenyum sinis menatap wajah Jisoo yang tidak pernah berubah sejak dari kecil lagi.

Jisoo menggelengkan kepalanya perlahan, berharap semuanya hanya la mimpi tapi ini bukan mimpi, sekali kelipan sosok jubah hitam itu sudah berada di depan matanya. Dia dapat merasakan tangan sosok itu mengelus kepalanya lembut dan berbisikkan sesuatu di telinganya sebelum semuanya menjadi gelap.

🔮🔮🔮

"Bodoh la mana aku letak bontot aku aduhh macam mana aku nak duduk ni? Eh lupa aku dah duduk HAHAHAHHAHAHA" gelak Seungkwan tiba-tiba apabila hampir 15 minit dia duduk di atas batu kerana berjalan tidak henti mencari jalan ke tapak perkhemahan.

"Apa pandang-pandang aku sesat ni, tak nak tolong ke?" tegur jejaka itu pada tupai yang dari tadi memandangnya pelik. Makhluk itu hanya menggeleng laju lalu lesap melarikan diri.

"Kenapa la pokok kat sini nampak menyeramkan? Ke aku yang dah gila?" omelnya sambil memandang pokok-pokok yang suram itu.

"APAHAL MALAM-MALAM BUTA MACAM NI LETAKKAN KITAORANG KAT DALAM HUTAN?! TAK BELAJAR KE HUTAN BILA WAKTU MALAM BAHAYA?!" Seungkwan mengurut dadanya perlahan apabila mendengar jeritan yang berada tidak jauh darinya, kedengaran juga bunyi seseorang yang semakin menghampirinya.

Skrak!

"MAK!! ADA TOYOL!!" jerit Seungkwan takut apabila mendengar seseorang memijak ranting secara tidak sengaja.

"Hyung!! Ni aku la Chan!!" ujar Chan lalu berlari mendekati hyungnya yang masih menutup mata dengan ketakutan.

"Seungkwan hyung!!" panggil si maknae lagi, dengan berani yang masih tersisa Seeungkwan membuka matanya perlahan, terpampang wajah Chan yang sedang tersenyum manis padanya.

"WARGHH!! HODOHNYA!!" terus suram wajah Chan apabila Seungkwan mengatakannya hodoh, haish buta sudah hyungnya yang seorang ini.

"HOI MELEBIH LA HYUNG NI" marah si maknae lalu menampar bahu jejaka itu perlahan.

"Ouh kau rupanya terkejut aku" Chan menggulingkan biji matanya malas, habistu dari tadi hyung dia fikir siapa yang tegur dia hish.

"Hyung pun sesat ke?" soal Chan, jejaka bermarga Boo itu mengangkat kening sebelah, apa bodoh sangat soalan yang adik pungut dia bagi ni.

"Boleh dikatakan macam tu la, kau ada nampak ke aku tengah nak berpiknik kat sini sampai tak nak balik ke tapak perkhemahan?" soal Seungkwan balik dalam nada menyindir.

"Orang just tanya je -,-"

"Boo Seungkwan"

"Lee Chan"

"H-hyung panggil aku ke tadi?" Chan memandang hyungnya meminta kepastian, dia mengusap lengannya yang mula terasa seram sejuk.

"Tak dho, siapa pula yang seru nama tak lawa kau tu kecuali nama aku, nama aku kan lawa hekhek" balas Seungkwan dengan penuh bangganya.

"Menyempat lagi puji nama sendiri"

"Dah la jom kita pergi dari sini, aku rasa tak sedap  hati pula" arah Seungkwan, mengabaikan omelan dari si maknae.

Tanpa banyak bunyi, mereka mula berjalan sehingga la mereka tiba di kawasan dengan pokok-pokok  yang kelihatan lebih seram dari sebelum ni dan kelihatan seseorang yang terbaring tidak sedarkan disitu bersama sosok berjubah hitam yang masih mengusap kepala dan berbisik pada jejaka yang masih tidak sedarkan diri.

"Jisoo hyung!!!" jerit Seungkwan dan Chan serentak apabila mengenali pakaian yang dikenakan oleh hyung ketiga tertua, terbaring disana bersama sosok berjubah hitam yang sudah menyeringai memandang mereka berdua.

"Dasar ahli sihir hitam tak guna!! Apa kau dah buat kat dia?!! Jangan sentuh hyung aku!!!" hambur Chan geram, ahli sihir hitam itu mula bangun menghampiri Seungkwan dan Chan meninggalkan Jisoo yang terbaring keseorangan.

"Boo Seungkwan"

"Lee Chan"

"Nice, sekarang dia datang kat kita pula" ujar Seungkwan fed up, baguslah tu bagus sangat.

"Gunakan kuasa hyung! Hentikan pergerakkan dia!! Aku akan ambil Jisoo hyung kat sana" arah Chan, bersiap sedia untuk teleport ke sana. Mesti readers pelikkan kenapa dia tak teleport balik ke tapak perkhemahan terus, sebenarnnya dia dah try banyak kali dah tetap sama asal teleport je mesti sampai kat pokok yang suram ni. Koklusinya, kuasa dia kena sabotaj tamat.

"Kejap tengah susun mantera" kata jejaka itu, cuba mengingat dan menyusun semula ayat mentera yang diajar oleh Miss Suzy.

"Cepatlah hyung!! Kita kena selamatkan Jisoo hyung!!" desak Chan, ahli sihir hitam itu semakin menghampiri mereka. Kalau hyungnya tak sempat nak menggunakan kuasanya, takpe dia tolak Seungkwan dulu lepastu lari selamatkan Jisoo. Cantiklah Plan B yang dia buat.

"Yeye, KIMBAPKIDDINGMEHWOWYOUSOGENIUS!!" jerit Seungkwan lalu tangannya menunjuk ke arah ahli sihir hitam itu, hasilnya sosok itu bergerak dengan lambat kerana kuasa ahli sihir hitam itu agak kuat jadi Seungkwan dapat perlahan pergerakkannya sahaja.

"Hape jadah haram mantera tu, hyung" komen Chan datar, rasanya balik sekolah nanti dia kena rujuk balik buku mantera yang tebal namatey tu.

"Banyak cekadak pula kau nak komen mantera aku!! Cepatlah ambil Jisoo hyung!! Aku mampu perlahankan dia je ni!!" arah Seungkwan hilang sabar, dia ni dah la kurang tenaga takut kejap lagi dia tak dapat tahan ahli sihir hitam itu habislah mereka.

Chan menganggukkan kepala lalu dia terus teleport ke Jisoo, belum sempat jejaka itu memegang lengan Jisoo, tiba-tiba lengannya dipegang oleh tangan yang menyeramkan. Apabila jejaka itu mendongak kelihatan ahli sihir hitam yang sama sedang tersenyum sinis. Jejaka itu memandang ahli sihir hitam di depannya dan sosok berjubah hitam yang sedang ditahan oleh Seungkwan silih berganti.

"Oh shit... dia boleh bertukar jadi dua?! Ini tak adil! Oh takpe kau buruk aku hensem so adil la tu AHAHAHAAHAHAHA" gelak Chan sambil tangannya yang masih dipegang oleh ahli sihir hitam itu dibuat untuk mengelap air matanya yang keluar sebab gelak over sangat.

"KAU BORAK APA DENGAN NATANG TU HANAT?! ORANG SURUH BAWA LARI JISOO HYUNG MENYEMPAT BUKA KEDAI KOPI PULA DIA" jerit Seungkwan, cuba menyedarkan Chan yang sekarang ni bukan masa nak blind date dengan ahli sihir hitam itu.

"OKOK SORRY WOI-- eh lepaslah!!" Chan meronta kuat, cuba melepaskan diri dari cengkaman ahli sihir hitam itu, sosok berjubah hitam itu mula mendekatkan wajahnya ke telinga jejaka itu.

"Maaf kalau ini agak menyakitkan tapi ini sebab terpaksa, sudah tiba masanya nanti kau akan ingat semuanya jangan sampai ia mengambil alih tubuhmu" bisiknya di telinga jejaka itu.

"A-apa maksud kau.." Chan memandang ahli sihir hitam itu, tanpa sempat menunggu balasan badannya mula terasa lemah apabila sosok itu mengusap kepalanya di tempat yang sama dia usap dikepala Jisoo. Jejaka itu terus terbaring tidak sedarkan diri bersebelahan dengan Jisoo.

"Chan!! Jisoo hyung!!" Seungkwan terus berlari menghampiri rakan-rakannya itu, mengabaikan ahli sihir hitam yang baru ditahan olehnya, di fikirannya sekarang ini, Jisoo dengan Chan lebih penting.

"Lepaskan aku la!!" Seungkwan cuba menarik lengannya apabila ahli sihir hitam itu mencengkam lengannya pula.

"Di bawah bulan purnama.. jatuhlah engkau menyelusuri air terjun kegelapan.. menahan kesakitan, keperitan, kesedihan mahupun kebahagian.. suatu hari nanti engkau pasti akan kembali" bisik ahli sihir hitam itu ditelinga Seungkwan, tangannya mengusap kepala jejaka itu lembut.

Seungkwan mula berasa pening, sebelum kegelapan menguasai, dia sempat mendengar bunyi air terjun dan dirinya mula terasa terbang sebelum dirinya jatuh ke dalam sungai berserta lagi dua bunyi jatuh agak kuat berhampirannya lalu semuanya bertukar gelap.

🔮🔮🔮

"Mana mereka ni?! Jisoo!! Seungkwan!! Chan!!" teriak Seungcheol dengan gelisah, tiada sebarang sahutan dari mereka membuatkan yang lain bertambah risau.

"Patutnya kita tak buat aktiviti macam ni aduhh hilang sudah mereka, macam mana ahli sihir hitam boleh masuk hutan ni?!" Sir Dongwook mengusak rambutnya dengan kasar, ini bukan dalam rancangannya, dia pasti sebelum mereka lakukan aktiviti dia dah periksa terlebih dahulu, semuanya selamat tapi macam mana ahli sihir hitam dapat masuk padahal sudah dikawal ketat bersama perlindung magik yang menghalang dari ahli sihir hitam untuk masuk ke dalam hutan magik.

Nampaknya, dia kena maklumkan pada The King tapi sebelum tu kita kena cari tiga orang kesayangan tu terlebih dahulu.

Splash!

"Korang, aku dengar sesuatu jatuh dari air terjun" ujar Wonwoo, mematikan lamunan Sir Dongwook. Mereka berlari menghampiri aliran sungai yang bersambung dengan air terjun itu cuba mencari jikalau ada tanda dari rakan-rakan mereka.

"T-tu Chan!!" jerit Jeonghan apabila matanya menangkap sosok tubuh Chan yang terapung di permukaan air tidak sedarkan diri.

"Jisoo hyung!!!" celah Hansol sambil menunjuk tubuh yang terapung tidak jauh dari tubuh Chan bersama tubuh seseorang yang amat dikenali oleh mereka.

"Seungkwan!!" teriak Jihoon panik.

"Jeonghan cepat tarik diorang!!!" arah Sir Dongwook, tanpa membuang masa Jeonghan terus menggunakan kuasanya menarik ketiga-tiga rakannya itu ke darat.

"J-jisoo bangun Jisoo.. jangan takutkan kitaorang!!" Seungcheol menepuk pipi jejaka itu perlahan apabila mereka menghampiri ketiga-tiga rakan mereka yang terbaring lemah masih tidak sedarkan diri, seolah-oleh mereka sudah lama pengsan.

"Nadi Chan perlahan.." celah Junhui apabila baru sahaja memeriksa nadi si maknae di leher.

"Seungkwan pun.." ujar Mingyu yang turut memeriksa nadi jejaka itu.

"Sir tau siapa boleh rawat mereka, tempat dia tak jauh dari sini!! Cepat angkat mereka!!" Seungcheol, Junhui dan Mingyu mengangguk lalu mereka piggyback ketiga-tiga jejaka itu mengikuti Sir Dongwook yang sudah berjalan dihadapan bersama yang lain.

Tidak sampai 2 minit, Sir Dongwook menghentikan langkahnya diikuti yang anak-anak muridnya, dia mula membacakan mantera lalu meniup debu disitu dengan perlahan, kelihatan sebuah rumah mula muncul disebalik debu itu.

"Asal saya tak perasan ada rumah kat tepi sungai ni?" soal Seokmin pada gurunya, maklum la petang tadi dia seorang je yang meliar ke sana sini kat tepi sungai tapi dia tak perasan pula ada rumah kat situ.

"Sebab dia guna kuasa tutupkan rumah ni memang la, nasib Sir ingat lagi mantera munculkan rumah ni" terang Sir Dongwook, dia berjalan sehingga la tiba di hadapan pintu rumah itu lalu dia mengetuk pintu utama itu dengan kuat, berharap penghuni di dalam rumah itu mendengarnya.

"Hello!! Ada orang tak?! Woi ada orang nak beraya ni woi!! Passwordnya bedah kau terbang melayang-layang!! Halahh buka la woi pintunya!! WOI SINGLE" jerit guru itu dengan pelbagai ayat, Seventeen pula hanya menatap guru mereka dengan datar.

"Dongwook?" panggil seseorang, serentak semua menoleh kebelakang kelihatan seorang jejaka berjubah putih dengan tongkat panjangnya yang putih dipegangannya sedang memandang mereka semua hairan.

"JAEHOON!! APAHAL KAU TAK BUKA PINTU NI HAH?! ADA KECEMASAN NI!! BILA SERU SINGLE BARU NAK MUNCUL" bebel Sir Dongwook sambil dirinya mendekati rakan lamanya itu.

"Mende bodoh, aku keluar memang la takde siapa nak buka pintu tu, kau cakap aku single lagi memang aku sumpah kau tak kahwin sampai mati" ugut Jaehoon geram, suka sangat cakap orang single padahal dia pun lebih kurang sama je.

"Sorry bos besar, takuwt la kita ;-;" jejaka itu hanya menggelengkan kepalanya, matanya tiba-tiba tertancap pada wajah pucat Jisoo yang dipiggyback oleh Seungcheol, dia memandang pula Chan yang dipiggyback oleh Junhui serta Seungkwan yang dipiggyback oleh Mingyu.

"Oh my.. kenapa biarkan mereka terdedah macam tu?! Meh masuk!!" arahnya lalu membuka pintu rumahnya menyuruh mereka semua masuk, manakala Jisoo, Chan dan Seungkwan dibawa masuk ke dalam bilik di tingkat atas sementara yang lain duduk di ruang tamu.

"Selamatkan mereka Jaehoon, kalau tak The King mengamuk  and aku akan salahkan kau" ujar Sir Dongwook serius.

"APAHAL PULA AKU YANG DISALAHKAN?! Hish padahal salah siapa yang buat duduk walk malam-malam buta hah?" sindir Jaehoon, fikir dia tak tau? Come on la apa yang berlaku kat dalam  hutan ni pasti dia akan tau termasuklah dengan kes Jisoo, Seungkwan dan Chan ni ehem.

"Bukan sit walk ke?" soal Sir Dongwook tiba-tiba, hampir sahaja Jaehoon ingin menikam orang tua di depannya ini jika tidak diingatkan yang mereka adalah rakan lama, dah la menganggu orang nak rawat anak-anak murid dia, apa-apa jadi dia juga la yang dipersalahkan haih.

"Shut up! Pergi duduk kat ruang tamu sana, menyibuk je" halaunya lalu menendang bontot Sir Dongwook sehingga ke ruang tamu lalu dia naik keatas untuk merawat ketiga-tiga jejaka yang masih terbaring lemah.

"Mereka akan okay kan Sir?" soal Soonyoung risau, dia dah tak marah dah kat Sir Dongwook sebab kawan lagi penting kan nanti masuk sekolah dia marah gurunya semula.

"Mesti okay, Jaehoon tu ahli sihir putih hebat jadi jangan risau la walaupun perangai dia macam binatang kadang-kadang" terang Sir Dongwook lalu duduk disebelah Jihoon yang sudah tersenguk-senguk menahan kantuk.

Tidak sampai sejam kemudian, Jaehoon kembali turun ke ruang tamu memberikan senyuman manis pada mereka

"Jangan risau, mereka okay.. just penat je takde luka-luka" semua menghela nafas lega apabila mendengar ketiga-tiga rakan mereka selamat serta tiada apa-apa kecederaan.

"Terima kasih Tuan sebab selamatkan kawan kami" ujar Seungcheol selaku leader lalu menunduk hormat diikuti rakan-rakannya yang lain berserta ucapan terima kasih diberikan pada jejaka itu.

"Erk Tuan? Eww! Just call me Jaehoon, panggil hensem pun takpe hohoho" selorohnya, Seventeen hanya tersenyum janggal mengiyakan sahaja apa yang dikata oleh Jaehoon.

"Kau pasti si Jaehoon ni normal?" bisik Mingyu pada Minghao.

"Tak, sebab dia kawan dengan Sir Dongwook" jawab jejaka itu bersahaja. Datar tetapi penuh dengan kejujuran ciee.

"Aku dengar apa yang korang kutukkan tu btw Dongwook beruk aku nak cakap dengan kau kejap" pinta Jaehoon lalu menarik jambul Sir Dongwook, mengarahkan lelaki itu mengikutnya.

"Untuk kali ke-1000000 aku bukan beruk!!" bentak guru itu geram, kenapa la ramai yang sebut dia ni beruk padahal dia lagi hensem dari beruk tu.

"Dah upgrade jadi babun la ni?" soal Jaehoon sinis.

"Urgh!! Annoying!!!" jejaka itu ketawa kecil apabila melihat wajah fed up Sir Dongwook. Nampaknya dia dan Seventeen je boleh buat Sir Dongwook rasa annoying. Tahniahh.

"Oh ye kalau korang nak tengok kawan korang naik la rasanya ada yang dah bangun kot" katanya lagi sebelum mengheret guru mereka keluar dari rumah, nak bincang pasal hal single la tu.

Setelah diberi greenlight oleh Jaehoon, dengan kecepatan yang ada mereka berlari naik ke atas menuju bilik paling hujung sekali kerana bilik itu sahaja yang besar untuk menempatkan ketiga-tiga rakan mereka.

Bam!

"JISOO HYUNGGGG!! SEUNGKWAN!! CHAN!!" jerit Soonyoung dan Seokmin apabila mereka menerjah masuk dengan menendang pintu bilik kuat-kuat, fuh nasib baik tak patah cuma retak seribu je.

"LEE SEOKMIN! KWON SOONYOUNG! JAGA PERANGAI TU!!" marah Jihoon lalu memukul kepala kedua-dua jejaka itu, dia ambil alih jadi leader kejap sebab leader yang asal dan hyung kedua tertua tengah jadi maknaes sekarang ni, terlebih mengada.

"K-korang jangan la bising" tegur Jisoo dengan suaranya yang perlahan kerana tubuhnya masih terasa lemah.

"Jisoo!! Kau okay?! Kau tak mati kan?! Ada rasa macam diri tu kena rasuk?!" soal Seungcheol bertubi-tubi.

"Kau ingat aku lagi tak?!" soal Jeonghan pula dengan risau, takut rakannya lupa dia lagi.

"Seungcheol.. Jeonghan..  Aku okay jelah. . Jangan risau" jawabnya lalu tersenyum lemah, walaupun Jisoo sudah memberikan jawapan yang dikira agak okay, Seungcheol dan Jeonghan tetap menyoal macam-macam atau lebih tepat lagi merengek padanya.

"Chan macam mana?" Wonwoo menepuk bahu si maknae lembut.

"Aku rasa nak tidur!! Seungkwan hyung bangun" Chan mula menggoncang badan Seungkwan, mengejutkan jejaka itu dari tidur lenanya.

Seungkwan membuka matanya perlahan, dia mula bangun dari perbaringannya dengan duduk bersandar di katil. Jejaka itu mengerutkan dahinya apabila melihat wajah-wajah yang tidak dikenalinya sedang memandangnya dengan gembira.

"K-korang siapa? Kenapa ramai sangat kerumun depan aku ni?" senyuman Seventeen mula luntur apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Seungkwan.

"Andwae.. Seungkwan!! Ni kami la kawan kau!! Tak ingat ke?!" soal Junhui cemas, tidak mungkin Seungkwan hilang ingatan.

"Ni Hansol!! Pakwe kau!! Korang baru official semalam!!" terang Minghao lalu menarik Hansol mendekat dengan jejaka itu.

"Hoi kalau nak ingatkan dia pun jangan la mention aku ni pakwe dia, aku dengan dia member jelah aduhh!!!" marahnya, kesian Hansol jadi mangsa keadaan.

"Korang.. Seungkwan ni dia.." Jisoo menundukkan kepalanya, tidak sanggup memberitahu rakan-rakannya tentang Seungkwan.

"Dia kenapa Jisoo?! Kenapa dengan Seungkwan?!" desak Seungcheol, tolong la dia tak nak situasi ni makin teruk. Jisoo mengeluh perlahan, dia memandang Chan yang sudah menganggukkan kepalanya seperti memberi isyarat.

"Dia--

"Gila" potong Chan, tiba-tiba suasana menjadi sunyi seketika sehingga la kedengaran hilaian tawa yang agak kuat di hujung katil single.

"HAHAHHAAHAH! Yow wassup everybody!!! Long time no see!! My name is Boo Seungkwan!! Wohooo!!" jerit Seungkwan ceria tetapi tak pada sepuluh rakannya, mereka menghampiri jejaka itu dengan pandangan suka ditafsirkan, semua mengangkat tangan masing-masing dengan tinggi, ada yang angkat selipar dan angkat bantal.

Pak! Pak! Pak! Pak! Pak! Pak! Pak! Pak! Pak! Pak!

"Akh hyung!! Sakitlah woi!!!" teriak jejaka itu sambil mengaduh sakit, kedua-dua lengannya sedaya upaya cuba melindungi badannya dari ditampar oleh rakan-rakannya itu.

"Kau main-main lagi!! Suka takutkan orang!!" ujar Jeonghan lalu menarik pipi tembam Seungkwan dengan geram.

"Argh! Sorry la, jangan serius sangat" ucap jejaka itu, tangannya cuba menampar tangan Jeonghan yang masih lagi mencubit pipinya.

"Korang pun bersubahat sekali kan?!" tunding Hansol pada Jisoo dan Chan yang sedang duduk landing di atas katil.

"Aku bosan, rasanya prank korang macam takde masalah" terang Chan dan disetujui oleh Jisoo.

"Hei!! Engkorang baru je lemas dalam sungai!! Lepastu gurau macam ni!! Jahat!" bentak Seokmin, masih marah akan prank tadi.

"Sorry la btw kitaorang jatuh dari air terjun ek? Bukan ke kitaorang kat hutan lagi?" soal Jisoo hairan, dia ingat lagi kali terakhir dia berjalan dia masih ada kat hutan, bunyi air terjun pun dia tak dengar apatah lagi nak nampak air terjunnya.

"Mana ada! Kitaorang jumpa korang kat sungai" balas Jihoon pula, mungkin mereka penat sangat sampai fikir yang mereka masih ada kat hutan padahal dia dengan yang lain jumpa mereka kat sungai.

"Apapun aku nak korang jujur, apa yang ahli sihir hitam tak guna tu buat kat korang?" soal Seungcheol tegas, dia pasti mereka jatuh dari air terjun mesti angkara ahli sihir hitam kalau seorang dia faham lagi mungkin terjatuh ke apa tapi kali tiga orang sekaligus apa lagi nak dipertikaikan.

"Entah, kami tak ingat kali terakhir aku ingat hmmm tak ingat" jawab Chan, dia mengerutkan dahinya cuba memaksa otaknya ingat semula tetapi hampeh tiada apa pun yang keluar.

"Series la? Kau jangan tipu" Jeonghan memandang Jisoo dan Seungkwan pula, turut mendapat gelengan dari mereka tanda mereka juga tidak ingat apa yang terjadi pada mereka.

"Betul la" balas Chan lagi, yang lain hanya mengeluh mengalah, dah diorang tak ingat nak buat macam mana.

"Baiklah semua kita bermalam disini, esok baru kita balik ke tapak perkhemahan lagipun dah lambat ni jauh pula tu" celah Sir Dongwook yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu. Wonwoo memandang gurunya pelik, jauh?

"Sir bukan ke dekat je tapak perkhemahan kita dengan air terjun, mengikut pengiraan--

"TIDUR JELAH KAT SINI HALAHH AKU MALAS NAK BERJALAN NI" potong Sir Dongwook, Wonwoo pula hanya mengangguk redho lagipun dia pun dah penat better stay sini jelah malam ni.

"Yang engko nak emo apahal?" sampuk satu suara di belakang Sir Dongwook.

"Diam! Sekurangnya aku takde minum air pakai pasu bunga" ejek guru itu pada Jaehoon yang elok bersandar di tepi pintu.

"HAH UNGKIT-UNGKIT!! AKU DAH LAMA HIDUP DARI KAU!!" balas Jaehoon geram, suka sangat ungkit tentang habit buruknya itu. Bukan salah dia dah pasu bunga tu lagi cantik dari gelas nak buat macam mana.

"Kalau kau dah lama hidup, kenapa rupa kau macam baru umur 25 tahun?" soal Soonyoung hairan, kata dah lama hidup tapi muka Jaehoon tak berkedut pun mandi air bunga ni-- eh tibe takde kena mengena pun.

"Sebab aku abadi HAHAHHAHAHA TUA LA SEMUA NANTI AKU JE YANG STILL HENSEM" ujar Jaehoon dengan penuh riak takbur innallilah.

"Dia ni kan tak habis-habis dengan hensem dia" omel Sir Dongwook malas, nasib la dapat member yang confidentnya terlebih tinggi boleh la ni kawan dengan Junhui.

"Dah semua keluar aku nak check pesakit aku" halau jejaka itu untuk kali kedua tapi kali ni nasib baik dia tak tendang bontot seorang demi seorang.

"Kena bayar ke?" soal Sir Dongwook yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Bayar la woi!! Fikir percuma nak rawat diorang ni?!" jawab Jaehoon, sebenarnya dia tak kisah pun kalau tak bayar tapi dia sebal dengan Sir Dongwook itu yang dia suruh bayar tu.

"Halahh bahan-bahan ubatnya pun kau kutip kat hutan!! Paling teruk pun kau kutip kat tepi jalan!!"

"Tak yang kau tak puas hati dengan aku dah kenapa?! Minta tolong dengan aku lepastu cari gaduh!! Tau la dah lama tak jumpa" Jaehoon merengus geram, tiba-tiba nak cari pasal dengan dia tau la dia yang cari pasal dulu.

"Dasar ahli sihir putih!!"

"Hei!! Engko pun ahli sihir juga bezanya darjat aku tinggi sikit!!"

"Ish dah la tu Sir!! Jom la kita keluar!! Jaehoon nak check diorang tu!!" ujar Jeonghan lalu menarik lengan gurunya untuk keluar dari bilik itu dengan bantuan Junhui.

"Haku tak habis lagi dengan kau" kata Sir Dongwook buat kali terakhir sebelum dirinya sepenuhnya keluar dari bilik itu.

"Anjir" maki Jaehoon perlahan lalu memandang Jisoo, Seungkwan dan Chan yang sudah melongo kerana baru melihat drama pukul 6 pagi.

"Jadi berapa umur Jaehoon sebenarnya?" soal Hansol apabila mereka kembali ke ruang tamu menikmati snek tengah malam yang disediakan oleh Jaehoon.

"Hmm kejap.. rasanya tahun ni umur dia nak masuk 300 tahun" jawab Sir Dongwook setelah mengira umur Jaehoon dengan jari, Seventeen yang lain dah tersedak biskut.

"MWO?!"











_____________

So untuk new readers yang tak kenal author lagi so yeay author nak perkenalkan diri and bagi gambor biar korang kenal author ehem *pakai lawa2*
So this is author, berumur 17 tahun, manusia yang introvert di sekolah, membosankan, 24 jam dengan telefon, 2 bulan tak buka wasap, jenis loner bapak ah, sometimes tak wujud dalam kelas, kekadang kena ignore dengan classmate but manusia paling gila pernah orang jumpa, muka datar 24 jam, paling series main kad UNO, lastly manusia yang sekarang ni tangguhkan lebih 5 assignment tapi kalau orang yang rapat dengan author so mereka la yang akan dengar bebelan author HAHAHAHAHA dan seorang yang muka kentang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

So yeay that's meh

Seventeen: *speechless*  mana gambar lawa kau--

Me: HOKAY BYEEEEE

See you HHSHSHSHSHSHS

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro