36
(Kami tetap sayangkan Seventeen walaupun muka dah berkedut seribu HHSHSHSHSHSH❤️💜tetiba Mingyu nampak macam sugar daddy wuuu)
Malam sudah menjelma, Sir Dongwook melihat jam di tangan sudah jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, dia terus memanggil anak-anak muridnya untuk berkumpul di hadapannya.
"Jadi semua dah sedia? Untuk NIGHT WALK UYEAYYYY" jerit Sir Dongwook dengan teruja, tapi tulah kesian dia seorang je yang semangat yang lain suram je.
"TAKKKKKK" balas Seventeen dengan wajah tidak bersedia.
"Halah penakut la korang ni jangan risau Sir tukar rancangan, malam ni kita tak buat night walk tapi DUDUK NIGHT! Ke night duduk? Duduk? Night? Du night? Hit u with that du du du du? Adududududu eh tibe" bebel guru itu seorang diri, dah teruk bebenor mamat ni.
"Sir bagi la kami rehat, saya mengantuk ni" rengek Jeonghan sambil dirinya menguap perlahan.
"Ah bedebah la kau, bukannya ke kamu tidur lebih dari 5 jam? Itupun bangun sebab ajak makan malam" balas Sir Dongwook tidak mahu kalah, dia memandang Jeonghan yang bersandar di badan Seungcheol atas bawah. Hah elok la tu perangai.
"Tetap tak cukup tidur-
"Okay, apa-apa pun korang semua akan dipecahkan ye Sir akan hantar kamu semua seorang demi seorang dan stay disitu sampai la Sir bagi isyarat untuk datang balik ke tapak perkhemahan" Jeonghan membuat muka geram apabila percakapannya dipotong oleh Sir Dongwook.
"Kalau ada sesuatu terjadi macam mana?" Soal Junhui untuk kepastian, mana tau kalau tetiba dia kena serang dengan makhluk ganas sekurangnya ada la yang nak selamatkan dia.
"Itu masalah kamu bukan masalah saya" jawab Sir Dongwook singkat, yelah bukan masalah dia sebab dia suruh duduk kat situ diam-diam je takde la sampai nak kena serang makhluk lain.
"Tapi bukan ke Sir yang--
"Siapa sampai dulu dia dapat hadiah" potong guru itu lagi, semua terdiam seketika.
"OKAY SIR" sahut Seventeen dengan teruja, terus lupa diorang nak bantah apa yang dikata oleh guru itu. Maklum la jarang-jarang Sir Dongwook ni bagi hadiah, kepala terhantuk kat pokok la tu itu tetiba pemurah semacam.
"Dan bak sini korang punya telefon dah la petang tadi ignore aku, mentang-mentang ada grupchat KORANG KUTUK SAYA KE DALAM GRUPCHAT KORANG?!" Sambung guru itu lalu memandang anak-anak muridnya seorang demi seorang, pantang dia kalau ada orang kutuk dia kalau nak kutuk pun ajak la dia sekali.
"Tak Sir!! Kami baik!!" bangkang Soonyoung, walaupun sebenarnya memang betul mereka ada kutuk guru mereka yang hensem-- ohok ohok itu di dalam grupchat mereka.
"Lepas kau kata macam tu makin tak percaya pula aku" Sir Dongwook menjegilkan matanya pada Soonyoung, siapa je nak percaya kalau muka si sepet tu pun macam dah buat dosa besar muka hodoh semacam sah-dah dia menipu.
"Sekali lagi, bagi sini telefon korang" arah guru itu tegas tapi takde la tegas mana sebab kalau dia tegas sangat nanti cepat tua, bagi pendapat dia la.
"Alah Sir kalau kami tak nampak macam mana?" protes Seungkwan lalu memberikan telefon pintarnya pada Sir Dongwook, engko protes tapi bagi juga akhirnya telefon tu halahhh.
"Pakai jelah lampu suluh apa susah, dah terang lagikan bersuluh ada benda tu kat tangan ditanya lagi nak pakai apa kalau nak ada cahaya dalam hutan, alahai inilah budak zaman sekarang" bebel Sir Dongwook, Seungkwan pula sudah memasang wajah cemberut sebab dirinya dah kena bebel.
"Wahh Sir pakai peribahasa la! Bijak-bijak" ujar Jihoon, separuh memuji dan separuh menyindir gurunya itu.
"Jadi selama ni kau nak kata aku bodoh la?" Sir Dongwook memandang Jihoon tajam, selamat Seungkwan untuk kali ini.
"Hampir" balas jejaka mungil itu tanpa rasa bersalah.
"Eh cilaker" maki guru itu separuh berbisik, malas nak membuang masa, Sir Dongwook terus mengarahkan Seventeen beratur satu barisan dan mengikutinya masuk ke dalam hutan yang tebal dan semestinya gelap.
"Seungcheol, kamu duduk sini" arah Sir Dongwook apabila mereka sudah sampai depan pokok yang kelihatan agak besar dari pokok-pokok yang lain.
"Perlu ke seorang Sir?" Seungcheol memandang gurunya itu dengan wajah secomel yang mungkin, mana tau kalau dia buat muka comel nanti Sir Dongwook suruh dia balik ke tapak perkhemahan.
Tapi itu semua hanya la angan-angan dari Choi Seungcheol.
"Yelah, nak takut pula macam tak pernah pergi bilik air seorang malam-malam buta" ujar Sir Dongwook, yang sememangnya tidak terkesan dengan kecomelan Seungcheol.
"Tapi saya tak pernah pergi bilik air malam-malam macam ni" balas jejaka itu polos, dia pergi tandas pun paling lambat pukul 10 malam itupun dia ajak sesiapa yang tak tidur lagi temankan dia pergi tandas selalunya Jisoo la yang jadi mangsa, nasib la sebilik dengan Seungcheol ni.
"Ouh" suasana sunyi seketika apabila mendapat reaction sebegitu dari Sir Dongwook.
"Okay bye" guru itu terus berlari meninggalkan Seungcheol dan diikuti yang lain.
"Sir Dongwook!!" Panggil jejaka itu lalu memeluk kaki Chan sebab dia adalah orang terakhir yang berlari kerana berada di belakang sekali.
"EH PERGI SANA!!" Chan terus menyepak hyungnya itu lalu ikut berlari bersama yang lain, takpe lepas je habis aktiviti ni nanti dia minta maaf kat Seungcheol.
"HAHAHAHAHA PADAN MUKA KENA TINGGAL HAHAHAHAHHA" gelak Jeonghan dengan kuat walaupun sebenarnya mereka sudah agak jauh dari keberadaan Seungcheol, jejaka bermarga Yoon itu tetap gelak mengejek seperti orang gila.
"Jeonghan kamu stay sini" terus terhenti gelak jejaka itu apabila mendengar ayat yang dikatakan oleh gurunya itu, dia tak salah dengar kan?
"Apa maksud Sir?" Soal Jeonghan dengan bingung. Sir Dongwook mengeluh perlahan lalu menunjuk tempat yang agak luas sedikit dari tempat Seungcheol.
"Kamu duduk sini"
"Hah?! Bukan saya dikecualikan ke?!" Sir Dongwook facepalm, sejak bila pula dia kata Jeonghan dikecualikan ni.
"Siapa kata? Lo fikir gue bego? Duduk sini ye, berisik" ujar guru itu lari menarik badan Jeonghan, menyuruh anak muridnya duduk disitu.
"T-tapi Sir.."
"Apa tapi-tapi? Duduk jelah sini diam-diam engko nak bising pula bukannya ada jembalang pun" Sir Dongwook merengus geram, ada lagi dua belas orang yang dia kena settlekan dan si Jeonghan ni nak mengada-ngada pula.
"Saya tak kisah pasal tu tapi kalau Sir tetiba je datang macam mana?" Guru itu mengangkat sebelah keningnya hairan.
"Kenapa pun kalau saya datang tetiba?"
"Mimpi ngeri.." jawab Jeonghan, untuk kali kedua Sir Dongwook memandang jejaka itu atas bawah dengan penuh judge.
"Okay kita jangan buang masa lagi!!" Sir Dongwook terus berjalan meninggalkan Jeonghan tanpa sebarang kata untuk jejaka itu.
Jeonghan pula yang melambai pada mereka dan berkata dengan gerak mulutnya tanpa suara kalau-Sir-Dongwook-gila-sambar-je-dia-dengan-kuasa-korang dan terus mendapat anggukan yang lain seperti anak patuh dengan arahan maknya.
"Jisoo, duduk sini diam-diam ye jangan pergi mana-mana tau tunggu je Sir panggil, alolo bucyuk bucyuk" Jisoo mengernyit perlahan apabila gurunya itu tiba-tiba sahaja mencubit pipi tembamnya, dah la kata dia busuk padahal petang tadi dia dah mandi dah dengan Seungkwan dan Wonwoo.
"Sir, saya dah besar kenapa cakap macam saya ni budak 5 tahun?" Soal Jisoo lalu menampar tangan Sir Dongwook yang masih mengada nak cubit pipi dia. Eii gigit kang.
"Sebab kamu ni jenis suka bergerak" ujar Sir Dongwook lalu mengusap tangannya yang tiba-tiba sahaja terasa sejuk akibat ditampar oleh anak muridnya.
"Tak"
"Ye" Sir Dongwook terus bangun dan berjalan bersama yang lain meninggalkan Jisoo yang masih merungut tentang apa yang dikatakan olehnya.
"Junhui, kamu stay sini" arah guru itu pada Junhui yang masih melipat tangannya di dada dengan hidung ditinggikan setinggi yang boleh.
Dah kenapa dengan mamat ni?
"Cakap saya hensem dulu baru saya stay" ujar jejaka itu, menatap Sir Dongwook seolah-oleh mencabarnya.
"Okay lebih baik kamu pergi balik ke tapak perkhemahan, Sir pun dah muak tengok muka kamu ni" terus terletus tawa dari rakan-rakannya apabila Sir Dongwook berkata sebegitu. Nampak tak cikgunya pun fed up dapat anak murid confident level dia tinggi semacam.
Kalau confident dia tentang guna kuasa dia takpe la juga haih.
"HAHAHAHHAHA SIR DONGWOOK KATA HYUNG HODOH" ejek Minghao lalu ketawa dengan terbahak-bahak sambil memegang bahu Mingyu untuk sokongan supaya dia tidak terjatuh.
"JAHATTTT" bentak Junhui dengan wajah masamnya, menyesal pula kata gitu kan dah kena balik.
"Duduk jelah sini hensem ke tak duduk kalau bergerak aku sumpah kau hodoh" ugut Sir Dongwook, terus Junhui duduk diam tak bergerak langsung pula tu.
"Bagus" semua mula menyambung perjalanan mereka sehingga dalam beberapa meter Sir Dongwook berhenti melangkah diikuti yang lain, guru itu memberikan isyarat kepada Soonyoung supaya duduk disitu dan dituruti sahaja tanpa banyak soal.
"Sir, kalau saya mati cakap kat Hora yang saya sayang dia sampai saya hampir nak jual dia--
"AKU DAH AGAK KAU NAK JUAL JANTAN TU" celah Wonwoo sambil menunding jarinya pada Soonyoung.
"HEI JANGAN MENYAMPUK BILA ORANG TENGAH BERCAKAP! SEBOK JE" jerit Soonyoung sebal, tak nampak ke orang tengah cuba nak berfeeling ni eii spoil mood la.
"Teruskan Soonyoung" ujar Sir Dongwook serius, mengabaikan pertengkaran kecil dari Wonwoo dan Soonyoung tadi.
"Cakap kat dia juga saya tetap bangkang perkahwinan dia dengan Joli, tunang pun belum gelojoh betul" sambung jejaka itu lalu mengelap air mata palsunya, tak tau la dia sedih sebab kena duduk sini atau gembira sebab dia tak restu perkahwinan Hora.
Maklum la Soonyoung ni sebagai wali Hora tak mengizinkan anak pungut dia kahwin, kalau tak dapat restu dari wali kan tak berkat walaupun sebenarnya Hora ni jantan tapi Soonyoung peduli apa janji Hora single bersama dengan dia sampai ke tua.
Itulah sebabnya kenapa sampai sekarang Hora still single gais. Hora pun menyesal sebab dia pernah berhajat kat telaga teligi periuk api isitu Soonyoung single sampai bila-bila hah memang dengan dia sekali single. Dua-dua salah habis.
Untuk kali kedua, Sir Dongwook mengeluh perlahan terpaksa la dia melayan karenah Kwon Soonyoung ni.
"Satu, kamu takkan mati tanah ni bukannya ada racun pun sampai kamu duduk lepastu terkena racun kat bontot halah dan dua, biarlah Hora tu nak kahwin tau la jeles dia ada pasangan kau tu single" terang guru itu dengan menambahkan sedikit sindiran di ayat hujungnya.
"Sir, sampai hati Sir cakap macam tu kat saya tak sedar ke Sir tu 'butertu' aka bujang terlajak tua bak kata author" ujar Soonyoung lalu menjelirkan lidahnya siap tersembur air liur dia kat muka gurunya itu.
"HEI AKU ADA BAKAL BINI OKAY JANGAN MEMACAM! HERGH PENGOTOR!!" marah Sir Dongwook lalu mengelap wajahnya dengan tisu basah kuat-kuat.
"Tak tanya pun"
"Budak ni.." Sir Dongwook sempat menjeling Soonyoung sebelum mereka bergerak meninggalkan jejaka itu.
"Wonwoo, kamu stay sini jangan buat angin taufan pula nanti semua kena sedut, tak boleh percaya sangat kau ni dengan spender orang sekali kau nak sedut" pesan Sir Dongwook, matanya tak lepas memandang Wonwoo yang sudah duduk bersandar di salah satu pokok disitu.
"Iyelah, Sir pun jangan sesat pula nanti semua tinggal Sir kat hutan" balas Wonwoo dengan senyuman sinisnya, uwu badboy i like hshshshh.
"Eh kuanghajor"
"Jadi ni tempat kamu, Jihoon" ujar Sir Dongwook lalu memandang Jihoon yang sudah bergerak ke tempatnya.
"Okay" sahut jejaka mungil itu dengan tatapan kosong, memandang Sir Dongwook yang sedang bermain jarinya.
"Jadi.." guru itu mengangkat kepalanya memandang Jihoon semula.
"Okay" dengan reaksi wajah yang sama, Jihoon membalas pandangan dari Sir Dongwook,
"Bye?"
"Okay"
"Nak nangis aku kalau stay dengan dia lama-lama macam ni" Sir Dongwook menggelengkan kepalanya perlahan lalu sambung berjalan sehingga la mereka tiba di tempat yang hampir kesemuanya berwarna hijau, Seokmin tau tempat ni.
"Jadi Seokmin ni--
"Sir!! Saya tak nak Sir!! Saya tak nak!!" Potong Seokmin lalu memeluk lengan gurunya erat.
"Kamu nak takut apa?!" Soal Sir Dongwook dengan terkejut, tiba-tiba je lengan dia kena attack siapa je yang tak terkejut.
"Saya takut Chris datang lepastu speak endon dengan saya lagi!! Saya ni bukannya pro pun bahasa endon ni!! Kalau dia ajak lawan pantun macam mana?!" Terangnya, rakan-rakan dia yang lain dah pandang Seokmin pelik sebab tidak mengenali Chris tapi gurunya itu macam mengenali pokok itu kerana Sir Dongwook tetap tenang mendengar penjelasannya.
"Dua tiga, dunia kita ada teluk, diam la beruk, tak mati pun kau kat ceruk, ada juga yang kena cepuk, bye jukkkk" ujar Sir Dongwook lalu menolak Seokmin duduk dan berlari pergi dari situ bersama yang lain.
"Alah Sir!!!"
"Sir pantun apa tu? Kenapa hancur sangat?" Soal Hansol apabila berasa mereka sudah berlari jauh dari Seokmin.
"Cakap bebaik sikit ye Sir juara tau lawan pantun" balas guru itu tidak mahu kalau.
"Mesti jurinya buta" kata Chan dan diangguki yang lain.
"Eh mana tau ni? Hebat ah" semua kecuali Sir Dongwook memasang riak wajah datar, haih tadi Jeonghan dah bagi greenlight nak buat apa-apa kat Sir Dongwook kalau guru mereka nampak macam gila tapi takpe la mereka batalkan niat tu sebab mereka kan baik. Baik. BAIK SANGAT.
"Dah sampai, tempat untuk kamu Mingyu" ujar Sir Dongwook dengan ceria.
"Kenapa pokok kat sini semuanya tinggi-tinggi?" Mingyu mendongak memandang sekeliling sambil tangannya menyuluh pokok-pokok disitu untuk keselamatan.
"Sebab kamu tinggi jadi Sir cari la tempat yang semuanya lebih tinggi biar kamu rasa kamu ni pendek" jelas Sir Dongwook dengan penuh bangga dapat otak yang bijak macam ni.
"Takpe, Sir tetap pendek berdiri di depan saya" Mingyu mengenyitkan matanya dengan penuh menggoda lalu duduk di tempatnya.
"Ni lagi seorang minta kena libas dengan aku" omel guru itu lalu berjalan meninggalkan tempat itu tanpa sebarang bunyi.
"Okay Minghao, kamu stay sini" arah Sir Dongwook.
"Dua tiga kucing berlari, pakyu men" guru itu memandang Minghao tak berkelip, dia salah dengar atau anak muridnya baru carut dengan menggunakan pantun tadi?
"Tetiba je ni tetiba, dah la kucing main pak pak pula tu mentos betul" ujar Sir Dongwook dengan wajah kesalnya, nak buat lawak pun tK reti haih sedih.
"Sudah la tu Sir kami ni nak habis cepat, nak tidur" celah Seungkwan lalu menguap sambil memeluk Chan dari belakang.
"Seungkwan, sudah la tu berkepit dengan Hansol bukannya kamu berdua kena berpisah selama-lamanya pun!! Dasar couple clinge lagi-lagi si gemok tu" bebel Sir Dongwook lagi, asal Seungkwan je dia start bebel pelik betul.
"Apa Sir ni? Saya borak dengan dia pun tak!! Dari tadi saya dengan Chan je! DAN SAYA TAK GEMOK HELLO PIPI SAYA JE YANG TEMBAM TAU LA DENGKI PIPI TU MACAM IKAN KERING" bentak Seungkwan geram, sesuka hati je tuduh kita yang inesen ni.
"Ada pula samakan pipi aku dengan ikan kering" rungut guru itu perlahan.
"Habistu dah kau borak dengan Chan, si Hansol tu tengah buat apa?" Sambungnya lagi lalu memandang Seungkwan dan Chan, Hansolnya mana? Kena telan dengan pokok ke?
"Tidur la apa lagi!!" ujar Chan lalu menunjuk Hansol yang berdiri dibelakang sedang tertidur pulas.
"Hansol! Bangun! Kamu kena stay sini!!" ucap Sir Dongwook sambil menggoyangkan bahu Hansol dengan kuat.
"Hah? Dah pagi ke? Ish kenapa Sir Dongwook hodoh ni ada kat dalam bilik aku? Kacau ah" Hansol mendengus geram lalu cuba untuk menyambung tidurnya yang tergendala tetapi sebelum dirinya dibuai mimpi pipinya ditepuk kuat terlebih dahulu.
"Woi!! Kau kata aku hodoh?! Hello ramai perempuan tergila-gilakan aku tau!!" Balas Sir Dongwook sebal, dia hensem okay itu yang sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi sebab susah nak cari pasangan yang sesuai.
Tapi takpe lagi dua bulan je dia nak kahwin lepastu boleh la dia riak kat Seventeen sebab dia dah tak single dah.
"Sebab tu la Sir pun gila juga? Kena jangkit dengan diorang" Chan mengangguk faham mendengar penjelasan pak ciknya itu,
"Haih Hansol duduk sini, faham? Kalau bergerak Sir lempang kamu" dengan wajah yang masih mamai, Hansol ikuti sahaja pergerakan gurunya itu sehingga la dia terduduk di tempatnya.
"Sir nak bawa saya pergi mana?" Soal Seungkwan hairan, dari tadi mereka berjalan tak henti-henti sampai Chan merungut sebab kakinya dah cramp.
"Bawa ke tampat kau untuk stay la kemana lagi? Takkan mall pula" jawab Sir Dongwook malas, sampai sahaja mereka ditempat yang dituju Seungkwan terus memegang lengan gurunya itu, menahan Sir Dongwook untuk pergi.
"Sir, saya sayang Sir" hampir tersedak air liur Sir Dongwook dan Chan apabila mendengar pengakuan yang agak mendadak dari jejaka itu,
"Kau dah nak mati ke sampai kata macam tu? Baru suruh duduk belum lagi suruh beryoga kat sini" sindir gurunya itu lalu mengusap dadanya, hampir terkena heart attack dia tadi nasib umurnya masih panjang.
"Saya cakap je salah ke -,-" Seungkwan memuncung bibirnya dan mengembungkan pipinya tanda merajuk. Sir Dongwook dan Chan bergedik ngeri apabila melihat perlakuan aneh dari jejaka itu.
"Kena rasuk ni confirm, jom Chan kita tinggalkan dia seorang" ajak guru itu lalu menarik lengan si maknae menjauh dari Seungkwan.
"Kita dah sampai, tunggu dalam beberapa minit sampai la sir panggil dan kamu boleh pulang awal" Chan mengangguk mantap lalu duduk ditempatnya, dia mengangkat keningnya apabila Sir Dongwook masih berdiri disitu memandangnya macam orang kurang siuman.
"Apa?"
"Kamu cute" Chan menggulingkan biji matanya menyampah mendengar pujian dari pak ciknya itu.
"Saya tak cute" balasnya dengan wajah gangsternya.
"Hah yelah kau hodoh, gerak lu" belum sempat Chn ingin mengatakan apa-apa, Sir Dongwook terlebih dahulu meninggalkannya disitu.
Apabila dia sedang berjalan menuju ke tapak perkhemahan mereka, dia meregangkan badannya dengan gembira.
"Haih malas pula nak guna wisel" keluhnya lalu memandang wisel berwarna merah terang di pegangannya, entah apa salahnya tiba-tiba sahaja wisel itu terjatuh ke dalam air terjun. Siapa suruh jalan atas air terjun kan dah jatuh wiselnya.
"Alamak!! Wisel jatuh!!" Jeritnya dan tanpa sedar dia tertendang batu kecil sehingga batu itu tercampak jauh sehingga berlanggar dengan kayu besar dan menyebabkan kayu berguling perlahan sampai la kayu itu jatuh kebawah menghasilkan bunyi yang kuat.
PRAK!!
"MAK APA TU?! MAKKK MAKKKKK!! YA TUHAN BARU NAK TERINGAT MAK HUHUW" kedengaran jeritan dari Jeonghan dan diselangi jeritan-jeritan anak muridnya yang lain.
"HUWAHHH APA TU?! APA TU?! APA TU?! APA TU?! APA TU?! APA TU?! APA TU-- ouh tu cuma ranting" kini kedengaran pula jeritan dari Mingyu yang berada tidak jauh darinya, maklum Sir Dongwook ambil jalan lain supaya tak terserempak dengan Seventeen.
"KAU JANGAN DEKAT ENGKO JANGAN DEKAT HEI BABI PEKAK KE HEI! AKU ADA SELIPAR KAU JANGAN MEMAIN SEKALI BALING MELAYANG KAU!! HUWAHHH BELALANG JANGAN DATANG DEKATTTTT" Sir Dongwook mengerutkan dahinya, tak silap dia tu suara Seungkwan. Tak silap dia la.
"OK KITA DEAL SIAPA KELIP DIA KALAH! HAH ENGKO KELIP HAH KALAH KALAH KALAH-- apahal aku borak dengan pokok tak bergerak ni?" Guru itu menggaru kepalanya perlahan apabila mendengar bebelan dari Seungcheol.
"1 + 1? HAH 11?! PALE LUTUT ENGKO OTAK KAT LUTUT MELUTUT LA KAU PELETUT TUT TUT TUT TUT HSHSHSHSHSH" okay yang ni dia tak boleh detect ni suara siapa sebab bercampur sangat jeritannya dengan ayat tunggang terbalik. Mungkin ni Junhui.
"WEH AKU RASA NAK GILA!! HAPE BENDA JADAH HARAM TU?! WOI BATERI LAMPU SULUH AKU HABIS!! SHIT APA TU WEH DIA HAI KAT AKUUUUUUU-- lah layang-layang rupanya-- kejap LAYANG-LAYANG MANA ADA TANGANNNNN" kali ni jeritan Wonwoo pula yang bergema, tak bukan ke tadi dia yang paling tenang diantara semua? Hmm don't jugde a book by it's cover gitu.
"Apahal diorang tu?" Soal Sir Dongwook bingung, baru beberapa minit duduk kat situ dah meroyan? Guru itu mengangkat bahunya lalu menyambung perjalanannya pergi ke tapak perkhemahan mereka menghiraukan jeritan-jeritan Seventeen.
___________
Rindu aye tak ehe
Btw sesiapa yang kenal Nam Jaehoon nak tak author munculkan dia dalam cerita ni😏😏author pun rindu dia sebenarnya cewahh rasanya dia seorang je kot yang akan muncul lagi 3 orang dah terbang keawangan hshshshs kalau korang nak la
Thanks yang masih setia tunggu author update💜
Pis yow✌🏻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro