Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34

"Dia adik kau?" Soal Hansol apabila mereka semua kembali ke tapak perkhemahan, kelihatan juga Sir Dongwook yang sedang memandang Geon tajam.

"Yup, hanat kan dia?" Ujar Chan dan lengannya terus ditampar kuat oleh Geon.

"Aku tak hanat la!!" Bentak Geon tidak puas hati.

"Kau memang hanat Geon, dua minggu engko menghilang pergi mana hah?!" Soal Sir Dongwook geram.

"Duduk sini" jawab Geon perlahan yang masih menyorok di belakang Chan, walaupun jawapannya kedengaran seperti berbisik tetapi guru itu masih dapat mendengarnya.

"APA?! SIAPA BENARKAN ENGKO DUDUK SINI?!" Sergah guru itu.

"A-- YAHH LEPAS!! Hish aku minta izin The King la" ucap Geon sambil mengelus pipinya yang baru sahaja ditampar oleh Sir Dongwook.

"Haish Lee Geon..." Sir Dongwook memicit pelipisnya, tak tau la kenapa dia boleh sakit kepala kalau bab si adik Chan ni tapi dengan Seventeen takde la pula sakit kepala macam ni.

"Aku bukan Lee Geon" balas jejaka itu datar tapi lagi datar wajah Sir Dongwook bila dengar apa yang dikatanya tadi.

"Kau sini kau meh aku sekeh kau"

"Tak nakkk~~" Geon terus berlari anak lalu muncul satu portal di depannya lalu dia terus berlari masuk dan lesap di depan mereka.

"Hilang dah dia, apa kuasa dia?" Soal Soonyoung yang masih tidak lepas memandang jejak terakhir sebelum Geon lesap.

"Teleport, Halucination dan dia peramal yang bagus maybe" jawab Sir Dongwook dengan ayat terakhir dibisikkan perlahan.

"Ouh kuasa dia lebih ikut keturunan omma la" Chan mengangguk faham.

"Haah tapi tulah budak tu memang nak kena dengan aku" gerutu Sir Dongwook masih tidak puas hati.

"Dia pergi mana?" Soal Jeonghan sambil menarik telinga Seungkwan yang masih degil nak main kat taman bunga magis itu.

"Balik, dia hilang tu maksudnya dia dah balik la tu berani dia duduk sini lama-lama dengan Sir ada kat sini" ujar Sir Dongwook megah, tak tau la kenapa dia bangga sangat bila dia cakap macam tu.

"Takpe ke dia pergi sendiri?" Soal Chan risau, yelah adik dia tu umur baru 13 tahun nanti kena culik macam mana.

"Dia reti jaga diri" jawab Sir Dongwook malas, buat apa nak risau budak tu reti teleport dia teleport terus sampai dalam rumah hah.

"Sejak bila dia tau yang dia ada abang?" Soal Mingyu sambil mengusap benjolannya hadiah dari rakan-rakannya kerana menghilang bersama Minghao dan Junhui.

"Korang mesti tak percaya sejak bila dia tau" ujar Sir Dongwook teruja, dah macam bapak teruja cerita pasal anak pula padahal dia tu anak teruna tua pff- maaf.

"Macam mana nak percaya kalau Sir pun tak kata lagi" balas Seungkwan, matanya tak lepas memandang Sir Dongwook yang dari tadi duk terkinja-kinja macam beruk.

'Ada juga yang kena potong kaki ni kang' bisik hati Seungkwan geram.

"Sabor la!! Macam ni waktu tu umur dia setahun lebih, tiba-tiba dia panggil hyung dia waktu dia cuba belajar berjalan hampir dua tahun juga la dia asyik duk keliling rumah cari abang dia dulu padahal Sir tak pernah mention pun pasal abang dia" cerita Sir Dongwook panjang lebar.

"Wah Sir kejam sebab tak pernah mention Chan" ujar Wonwoo dengan wajah sengaja dikesalkan.

"Suka hati la!!"

"Macam mana Geon boleh tau?" Soal Chan lagi mengabaikan umpatan dan rungutan gurunya itu terhadap Wonwoo.

"Dulu omma kamu terkena sihir, ahli sihir hitam tu dan efeknya terkena kat Geon dalam kandungan jadi Geon ada separuh kuasa dari ahli sihir hitam dan sejak tu dia boleh lihat masa depan, masa lampau seseorang dengan sekali pandang sahaja kadang-kadang aura kuasa gelap tu turut terasa bila dia marah dan itulah salah satu sebab kenapa ahli sihir hitam tak pernah sedar akan kewujudan dia sebab kuasa gelap tu menutup aura kuasa yang lain" terangnya lagi lalu cuba mengambil nafas kerana bercerita tanpa henti.

"Dia tak apa-apakan? Sir tak cuba buang ke?" Tanya Junhui maklum la ahli sihir hitam tu jangan dibuat main, bahaya.

"Kuasa gelap tu dah bercantum dengan dia malah The King pun tak boleh buang, jadi nak tak nak Geon kena kawal kuasa tu" ujar Sir Dongwook lalu merampas botol air dipegangan Jihoon dan diteguk rakus.

"Apa salah aku sia..." Jihoon menatap rakan-rakannya, meminta penjelasan dalam banyak-banyak orang kenapa dia yang jadi mangsa tetapi semua tidak menjawab atau lebih tepat lagi mereka ignore Jihoon. Takpe la dia redho.

"Haish kesian dia.. dah la dia cari aku dulu hmm baru nak peluk dia tadi" jujur Chan, sedih bila adiknya sudah balik ke rumah tanpa sempat dia mengatakan 'bye, anak pungut-- tak tak hai adikku sayang' hah ayat tu.

"Dengar tak tu Geon?" Celah Sir Dongwook tiba-tiba, semua tergamam apabila keluar sosok seseorang di sebalik pokok tidak jauh dari mereka sedang tersenyum sinis pada Chan.

"Yow dengar" sahut Geon lalu menghampiri Seventeen dan Sir Dongwook semula.

"Keparat-- Sir ni!! Habis malu saya macam ni!!" Bentak Chan dengan wajah kemerahannya kerana malu.

"HAHAHAHAHHAHA ADEH MALU PULA DIA MEH COME COME" Geon terus memeluk Chan, makin merah lah wajahnya apabila adiknya memeluk dirinya di depan rakan-rakannya yang lain.

"Terasa seperti Geon pula abangnya" sampuk Minghao melihat keakraban adik beradik Lee.

"Diam la!!" jerit Chan cuba menutup malunya apabila rakan-rakannya mula mengusiknya.

"Pergi balik" arah Sir Dongwook, menyampah tengok drama 20 sen.

"Nak balik la ni halahh" ujar Geon lalu menolak abangnya, nasib baik Chan ni penyabar kalau tak memang dia dah kawal cuci otak si Geon ni jadi adik yang soleh sikit.

"Kejap pak cik, rumah kita kat mana?" Soal budak 13 tahun itu, aik Chan belum buat apa-apa lagi kau dah lupa jalan nak ke rumah?

"HEI DUA MINGGU ENGKO TAK PERGI RUMAH ENGKO TERUS LUPA JALAN RUMAH SENDIRI?!" Untuk kali kedua Sir Dongwook memicit pelipisnya, boleh gila dia macam ni.

"Gurau-gurau, hujung kan hujung kan?"

"IYE BUDAK"

"Nak pastikan je mana tau tetiba rumah kita kat tengah" ujar Geon selamba lalu membuka portal miliknya, Seventeen cuba lihat tempat di dalam portal itu tapi hanya warna hitam sahaja yang kelihatan kerana campuran dari kuasa ahli sihir hitam pada Geon.

"DAH NYAH KAMU" halau guru itu, Geon mencebik perlahan redho la dapat pak cik kuat menghalau.

"Eii yelah bye hyung!! Bye semua!! Hati-hati tau dengan pak cik ni bukan tempat ni HAHAHAHAH" gelak Geon sebelum dia masuk ke dalam portal itu dan lesap begitu sahaja.

"Macam mana la aku jaga dia dulu sampai perangai dia macam ni bila dah besar" rungut Sir Dongwook sambil mengipaskan wajahnya, bukan sebab panas tapi hati dia memerlukan kesejukkan kejap.

Bercakap tentang sejuk, dia perasan Jisoo takde kat sini tapi takpe la ada la tu budak tu pergi merayau entah kemana.

"Well tak pelik kalau Geon macam tu sebab Sir kan hanat" ujar Seokmin, mengapi-apikan lagi bara di dada gurunya itu.

"Kuanghajor -,-"

"Btw mana Seungcheol hyung dan Jisoo hyung?" soal Chan tiba-tiba, baru dia perasan dua hyung dia takde kat sini dari tadi.

"Date🌚🌚" jawab Hansol selamba dan Jeonghan pengsan disitu juga tapi tulah takde siapa nak sambut.

Jeonghan tabah la ye.

"Hurm muka tu minta penampor dengan aku" ujar Sir Dongwook tapi takpe Seungkwan terlebih dahulu tampar Hansol.

Bagus makwe Hansol ni cepat je dia buat kerja🌚🌚🎉

🔮🔮🔮

"Chan? Chan! Chan! WOI ANJIR" teriak Jisoo cuba memanggil adik 'KESAYANGANNYA'.

Dia pun tak tau macam mana dia boleh terpisah dengan Chan, dia baru betulkan kasut kejap tengok-tengok hilang dah Chan nya. Nak tak nak dia kena cari jalan pulang sendiri walaupun ada dia cuba call rakan-rakannya tapi semua tak berjawab, diorang telan telefon agaknya.

"Haish mana budak ni pergi udah ler aku sesat, mana jalan nak ke tapak perkhemahan ek? Tak nampak pun jalan nak ke sana" omelnya sendirian matanya tak lepas memandang hutan yang makin lama makin tebal malah tiada bunyi kicauan burung sedari tadi.

Berjalan punya berjalan, Jisoo tiba di salah satu kawasan yang amat asing dan lain daripada yang lain kerana suhu disitu sangat rendah dan terdapat salji yang turun di depan jejaka itu.

"Eh tempat apa ni? Salji wuuuu" ujarnya teruja apabila semakin dalam dia berjalan di kawasan salji itu, kelihatan seorang gadis sedang duduk disitu dengan matanya yang ditutupi dengan rambut birunya yang panjang

"Siapa tu?" Soalnya perlahan sesekali dia membetulkan rambutnya yang sudah menjadi warna coklat kehitaman akibat dia masuk ke dalam kerajaan api rambutnya automatik dulu menjadi warna biru bertukar menjadi warna gelap.

"Hong Jisoo" tersentak jejaka itu apabila gadis itu sudah berdiri dan sedang memandangnya.

"N-nae?" balasnya dengan sedikit berhati-hati yelah mana tau ni satu perangkap.

"Jangan takut, saya penjaga tempat ni terutama sekali Ice Carat milik kamu" ujar gadis itu lalu memberikan senyuman lembut pada jejaka itu.

"Hah?" Jisoo mengerutkan dahinya tidak faham.

"Alah blur pula dia ni, orang dah cuba cakap dengan lembut siap sopan lagi tetap tak faham ni batu kamu" gadis itu terus memberikan satu kotak kecil berwarna biru gelap pada Jisoo.

"O-ouh thanks?" Ucap Jisoo sambil menatap kotak itu dipegangannya.

"Buka la buka orang eksaited nak tau juga batunya macam mana" Jisoo memandang gadis itu pelik, selama dia jaga batu ni dia tak pernah tengok ke? Anggap tu peraturan dia untuk tak boleh tengok batu tu.

Tanpa banyak soal Jisoo membuka kotak itu dan terpampang Ice Carat yang sangat indah di hadapan matanya.

"Wuuu boleh tahan lawa" komennya lalu dia menyentuh Ice Carat dan tiba-tiba batu itu mula bercahaya sekaligus semua ingatannya yang cuba dibekukan oleh The King kembali mencair. Ingatan lamanya kembali dilayarkan di otaknya.

"Jisoo?" seorang budak lelaki berumur 9 tahun membuka matanya dengan lemah, dia memandang sekeliling dan matanya tertancap pada Seungcheol yang sedang memegangnya dengan riak wajah risau.

"S-seungcheol.." panggilnya lemah.

"Jisoo! Gwenchana?! Kenapa pucat sangat ni?! Noona!!" jerit Seungcheol, cuba memanggil dayang Han.

"Cheol.. l-lari.." ujarnya dengan badannya yang sudah bergetar hebat, dirinya sedaya upaya untuk sedar dan cuba melawan kuasa hitam yang semakin membuak-buak merasuk badannya.

"Apa maksud Jisoo? Cheol takkan tinggalkan Jisoo!! Walaupun lately ni Jisoo asyik ignore Cheol tapi Cheol takkan tinggalkan Jisoo!!" Ujar Seungcheol, sempat lagi dia selitkan bebelan sedikit.

"Hiks lari!! Jisoo tak boleh tahan lagi!!" Teriaknya, sekuat tenaga dia cuba menolak Seungcheol menjauh darinya tetapi budak itu masih tetap duduk disisinya.

"Seungtcheol tyung!! Tenapa therit-therit ni? Thisoo tyung tenapa?" Muncul Mingyu yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Jisoo dengan kelam kabutnya.

"Akhh.." Jisoo meringis perlahan apabila kuasa hitam itu menghentam dadanya dengan kuat, dia cuba untuk mengawal dirinya tetapi penglihatannya makin lama makin kabur.

"Jisoo!!" Seungcheol terus mendakap Jisoo dengan erat apabila budak itu sudah terkulai lemah tidak berdaya.

"T-thejuk.." ujar Mingyu lalu memandang sekeliling, suasana di dalam bilik Jisoo kelihatan menakutkan dan suhu makin lama makin rendah membuatkan Mingyu dan Seungcheol dapat merasakan hawa sejuk itu mencucuk sampai ke tulang.

"Panggil mak cik Hong dan pak cik Hong cepat!!" Arah Seungcheol apabila tiada sebarang tanda dayang-dayang disini dengar akan panggilannya, Mingyu terus berlari keluar untuk memanggil keluarga mereka yang berada di singgahsana diraja.

"Jisoo, pandang Cheol! Semuanya takkan apa-apa" ujar budak itu sambil menangkup wajah Jisoo yang sudah lemah itu untuk memandangnya.

"M-mianhei.." ucap Jisoo lagi dengan wajah bersalahnya.

"Ani!! Jisoo tak buat salah apa-apa pun!! Jangan minta maaf pliss.. tolong bertahan.. tolong hidup.. hiks" Seungcheol terus memeluk Jisoo erat dengan tangisannya dan mulutnya tidak henti-henti mengucapkan kata-kata untuk Jisoo bertahan walaupun sebenarnya budak itu sudah tidak dapat membalas semua kata-katanya.

"J-jisoo..." pelukkannya mula terlerai apabila Seungcheol merasakan ada sesuatu yang tertusuk di jantungnya, dia memandang tangan Jisoo yang baru sahaja memegang dada kirinya yang kini sudah jatuh dengan longlai, tidak berdarah tetapi terasa amat sejuk dan sakit.

Dia memandang semula Jisoo yang sudah tidak sedarkan diri, dia hampir tidak boleb bernafas apabila dia melihat dada Jisoo tidak berombak tetapi hanya seketika apabila Jisoo kembali bernafas tetapi sakitnya kembali menjalar, apabila pintu bilik itu ditendang keras serentak di terbaring tidak sedarkan diri di sebelah Jisoo sempat dia mendengar jeritan keluarganya dan keluarga Jisoo sebelum semuanya menjadi gelap.

"A-apa benda tu?" Soal Jisoo meminta kepastian pada gadis itu, dia meletakkan semula Ice Carat itu di tempatnya semula.

"Ingatan separa sedar kamu, waktutu  kamu hanya sedar sekejap sebelum sihir hitam itu kembali merasuk kamu" terang gadis itu dengan wajah simpati.

"J-jadi aku hampir bunuh Seungcheol" dengan rasa bersalah gadis itu mengangguk perlahan, dia tak boleh nak menipu kerana semua kebenaran sudah ditunjukkan di mata tadi.

"Ni semua salah aku hiks.." Jisoo menundukkan kepalanya, air matanya tak henti-henti mengalir, gadis itu hanya mengeluh perlahan apabila dia mendengar sesuatu sedang menghampiri mereka, dia tersenyum kecil lalu menghilangkan diri seperti debu.

"Mianhei" ujar jejaka itu lagi sebelum dirinya didakap erat oleh seseorang.

🔮🔮🔮

"Sebenarnya kau nak bawa aku pergi mana?" Soal Seungcheol tidak puas hati, dari tadi dia asyik berjalan tapi tulah dia banyak merungut dari berjalan.

Seekor pari-pari api mula memandang jejaka itu kecik besar.

"Alah tahan la sikit, kejap lagi kita sampai la asyik-asyik penat" marah pari-pari itu, nak bernanah juga la telinga dia dari tadi dengar rungutan dan bebelan dari Putera Choi Seungcheol ni.

"Dasar pari-pari, tak guna kaki boleh la kata kau tu guna sayap" ujar Seungcheol sengaja mencari pasal.

"Hei! Aku dengar tu!!" Bentak pari-pari itu lagi.

"Dah aku cakap kuat!! Memang la kau boleh dengar!!" Balas jejaka itu siap menjelirkan lidah lagi tapi pari-pari itu hanya abaikannya maklum la budak nak attention kalau lagi dilayan lagi mengada la dia.

"Kita dah sampai!!" Jerit pari-pari itu di depan Seungcheol.

"Ouh pokok api.. lepastu?" Soal jejaka itu datar sambil menatap pokok api itu dengan kosong.

"Ish tak terasa woah ke"

"Tak" jawabnya selamba, yelah buat apa nak woah berlambak pokok macam ni kat istana.

"Hmmph! Ni ambil ni!!" Pari-pari itu terus melempar satu kotak kecil berwarna merah yang baru diambilnya dari pokok itu pada Seungcheol.

"Apa ni?" Jejaka itu mengangkat keningnya lalu membuka kotak itu.

"Fire Carat, batu permata tu milik kau" ujar pari-pari itu lalu duduk di bahu Seungcheol yang sedang menatap batu permata itu dengan lama.

"Ouh ni mesti ada kena mengena dengan buku tu en" tebaknya sambil matanya tak lepas memandang Fire Carat dengan takjub.

"Peluang untuk jawapan kau tu betul dalam 50/50 macam tu" jawab pari-pari itu, Seungcheol terus memegang Fire Carat seperti kejutan elektrik, ingatannya yang dia tak tau dia ada menyimpannya mula kembali terlayar.

"A-appa.." ujar Seungcheol perlahan cuba memanggil appanya yang berdiri tidak jauh darinya, apabila diamati semula sekarang dia berada di biliknya dan bukan bilik Jisoo kelihatan juga beberapa unggun api mengelilingi katilnya seperti cuba memanaskan semula badannya walaupun sebenarnya dia masih terasa sejuk beku.

"Tahan Seungcheol!! The King dalam perjalanan" ucap Raja Choi dengan resah.

"Appa sejuk.." Raja Choi terus menyuruh dayang-dayang mereka menggunakan haba kuasa api mereka apabila Seungcheol mula melenguh sejuk.

"Omma.. hyung.." Seungcheol menoleh memandang Permaisuri Choi dan hyungnya berlari menghampirinya.

"Shh sayang jangan bercakap lagi, simpan tenaga kamu tu dah dua hari kamu tak sedarkan diri" ujar Permaisuri Choi lalu mencium dahi anaknya yang terasa sejuk beku itu.

"J-jisoo tak salah.. omma.. hyung.." katanya separuh merayu pada mereka.

"Hyung percaya.. rehat la dulu.. Cheol kan dah janji nak main dengan hyung nanti" arah hyungnya lembut sesekali dia mengusap kepala adiknya.

BAM! BAM!

Tiba-tiba kedengaran bunyi detuman yang agak kuat di luar istana seolah-olah ada sesuatu yang besar terhempas disana, dengan tenaga yang masih tersisa Seungcheol menoleh memandang luar. Kelihatan seekor naga berwarna putih salji terbaring disitu sedang memandangnya sayu.

"J-jisoo" bisiknya perlahan apabila dia melihat naga itu, dia kenal pandangan tu, pandangan sayu milik Hong Jisoo.

Naga itu mula menghembuskan nafasnya mengeluarkan angin sejuk pada Seungcheol, walaupun jarak mereka agak jauh Seungcheol tetap dapat merasai kesejukkan angin itu, dia menutup matanya perlahan menikmatinya mengabaikan tatapan dan jeritan keluarganya.

Dadanya mula terasa nyaman, suhu beku yang dirasainya tadi mula bertukar kepada suhu yang suam untuk badannya dan sakit yang menjalar di badannya sudah tidak terasa lagi. Seungcheol membuka matanya semula, memandang luar tetapi hanya salji sahaja yang berterbangan menandakan naga itu sudah tiada.

"Omma!! Hyung!!" panggil Seungcheol lalu dia bangun dari pembaringannya dengan wajah yang segar, tiada wajah pucat lesu lagi.

"Seungcheol!! Kamu dah sembuh?!" Permaisuri Choi terus memeluk anaknya, memeriksa suhu dan keadaan Seungcheol.

"Seungcheol!!" Hyung Seungcheol terus mengikuti ommanya memeluk adiknya dengan erat diikuti Raja Choi dan The King yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Seungcheol.

Seungcheol memandang The King yang berdiri di tepi pintu memandangnya dengan senyuman yang susah diertikan, senyuman yang penuh dengan kesyukuran tetapi turut ada kesedihan disitu yang pasti dia tak tau kenapa dia lihat senyuman itu nampak lebih menyedihkan dari seperti biasa.

"Haish aku tau pasal ni tapi kenapa batu ni tunjuk kat aku lagi?" Soal Seungcheol tak puas hati, bengang bila teringat balik kisah lagi-lagi senyuman The King sampai sekarang dia asyik terfikirkan pasal tu.

"Naga Jisoo selamatkan kau" kata pari-pari itu perlahan.

"Tau, jadi?"

"Kau tau tak, bila kau ada naga maknanya kau dah pertaruhkan nyawa kau dengan naga kau" ujar pari-pari itu dengan hati yang sengaja ditahan untuk tidak mengamuk disitu kerana kelembapan jejaka itu.

"M-maksud kau?" Soal Seungcheol yang sudah mula rasa tidak sedap hati.

"Naga Jisoo selamatkan kau, dia bagi nyawa dia kat kau maksudnya Jisoo bagi nyawa dia kat kau pabo" jawab pari-pari itu sekali nafas. Seungcheol membulatkan biji matanya, tidak percaya dengan jawapan yang baru sahaja didengarinya.

"K-kalau naga dia dah mati maksudnya dia.." jejaka itu memandang makhluk itu meminta kepastian.

"Dia ada dua, dia ada lagi seekor maksudnya dia ada lagi separuh nyawa dia, lagi separuh dia bagi kat kau sebab tu dia lemah! Tapi sikit la.. aigoo!! Lambat pickup la!!" Marah pari-pari itu, Seungcheol pula hanya mampu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Benda semua secara tiba-tiba tau!!!" Balas jejaka itu tidak mahu kalah.

"Hish kau ni!! Pergi sana!! Ada orang tengah menangis tu!! Jalan straight je!! Jangan masuk simpang aku pukul kau kejap lagi" halau pari-pari itu siap menolak badan besar Seungcheol itu lagi.

"Yeyeye" sahut jejaka itu walaupun dia terfikir juga macam la kuat pari-pari tu pukul.

Tak nak berlengah lagi Seungcheol terus berjalan sehingga dia terjumpa tumbuhan yang menjalar kebawah seperti langsir apabila dia memandang bawah kelihatan tanah disebalik tirai itu diliputi salji berbeza dengan tanah yang sedang dia berdiri tanahnya panas dengan bara api seperti tumbuhan itu merupakan tanda diantara api dan ais.

Tanpa banyak kata dia terus memijak tanah yang diliputi salji itu, masuk ke dalam kawasan sejuk dan matanya terus terpandang seorang jejaka yang berdiri dengan kepalanya tertunduk.

"Jisoo?" Seungcheol mengerutkan dahi apabila melihat orang yang baru dia mention dekat kawasan api sedang berdiri di depannya. Menangis lebih tepat lagi.

Tanpa berfikir panjang, jejaka itu terus mendakap Jisoo dengan erat, dapat dia merasakan bahu Jisoo terangkat sedikit kerana terkejut dengan pelukan secara tiba-tibanya tetapi dia mulai tenang apabila mengetahui Seungcheol yang memeluknya.

"Cheol-ah mianhei.." ujar Jisoo dengan tangisan kecilnya.

"Bukan salah kau.. aku tau.. tu bukan kau waktu tu" ucap Seungcheol, menepuk belakang Jisoo perlahan cuba menenangkan jejaka itu seperti sewaktu mereka kecil dahulu.

"Tapi aku tetap salah hiks" balas Jisoo tidak mahu kalah, hah nak juga menang siapa yang salah halah.

"Dah.. aku yang patut minta maaf, kau dah selamatkan aku dah.. kau dah bagi separuh nyawa kau kat aku... aku yang patut minta maaf dan berterima kasih dengan kau" kata Seungcheol yang turut tak nak kalah, ok la senang cerita dua-dua salah hah habis the end tutup cerita tamat woi tamat *tabur kunyit*

"Seungcheol..." Jisoo mengangkat kepalanya lalu memandang Seungcheol. Fuhh kau macam drama anjir.

Si leader memberi senyuman manis pada Jisoo, jejaka itu hanya memandang Seungcheol lama. Tetiba Seungcheol nampak hensem pula en tibe ni tibe.

Pak!

"HEY KAT SINI RUPANYA KORANG DATING WOI" Seungcheol meringis perlahan apabila selipar Soonyoung melekat di kepalanya tetapi dia tetap tidak melepaskan pelukannya dengan Jisoo🌚

"YANG ENGKO PERGI KACAU DIORANG BUAT MAKSIAT KENAPA HAH?! AKU BARU JE NAK TENGOK SHIPPER AKU BERSAWIT" marah Wonwoo lalu menendang Soonyoung sehingga jejaka itu jatuh menonggeng.

"HYUNG BUAT APA KAT JISOO HYUNG SAMPAI DIA MENANGIS HAH?!" Amuk Chan padahal salah dia juga sebab tinggalkan Jisoo kat sini.

Sebelas jejaka mula memekik dan membebel pada mereka berdua manakala Seungcheol dan Jisoo hanya mampu ternganga.

"LEPASKAN JOSHUJI AKU HANAT!! APAHAL PELUK DIA ANJIR" untuk kali kedua selipar mula melekat di muka Seungcheol, Jisoo pula hanya mampu ternganga kerana semua member pergi backup dia. Tabah la wahai Choi Seungcheol.






_________________

Esok birthday aku wuhuuu tapi aku publish sekarang sebab esok aku exam sepatutnya aku nak publish semua tapi ada yang tak siap lagi so aku publish hari khamis malam or jumaat la sebab aku exam 4 hari je

So enjoy~~~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro