Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33

"Sir mana Junhui hyung, Mingyu dengan Minghao?" Sir Dongwook merengus geram apabila anak muridnya yang seorang ni menganggu ketenangannya untuk berbaring menikmati udara segar dengan aman.

"Mana la saya tau maybe diorang pergi bermain kat taman bunga" jawab guru itu yang masih dalam posisi berbaring di salah satu buaian dewasa yang baru disediakan olehnya.

Jangan maciam-maciam buaian tu dia seorang je yang boleh pakai, Seventeen tak boleh kalau naik juga get ready esok siapa tak boleh berjalan tu.

"Taman bunga?" Soal Seokmin lagi.

"Yelah, tak jauh pun dari sini sana ada banyak makhluk magik kat sana dengan bunga yang unik" jejaka itu tersenyum lebar apabila mendengar dua benda kesukaannya selain makanan.

Haiwan dan tumbuhan.

Faberet dia tu maklum la dia kan dari kuasa flora dan fauna.

"GAIS JOM PERGI SANAAAA" jerit Seokmin mengajak yang lain pergi ke taman bunga itu, terus lupa dia tujuan asal dia nak cari tiga orang rakannya itu.

"JOMM YEAYYYY" sahut yang lain lalu mengikuti Seokmin berlari ke taman bunga, macam kanak-kanak riang gitu.

Sir Dongwook tersenyum manis melihat anak-anak muridnya mula berlari pergi ke Taman Bunga yang dimaksudkannya, sedang elok dia baring bersantai tiba-tiba telefonnya mula berdering tanda seseorang menelefonnya, dengan malas dia menjawab panggilan itu.

"Nak apa pak cik tua?" Sergahnya tanpa sapaan, maroh bebenor dia ni.

"Ye semuanya berjalan lancar jangan risau halamak" Sir Dongwook hanya menggulingkan biji matanya keatas apabila mendengar si pemanggil sedang membebel padanya.

"Diorang tengah main-- TAK PAYAH LA MENJERIT HALAH SAKIT TELINGA AKU" marah guru itu sambil mengusap telinganya terasa berdengung seketika.

"Tak sampai esok mesti diorang dapat punya batu berlian diorang, hyung rilek je jangan panik tau la kerja aku"

"Siapa suruh sorokkan batu berlian tu kat sini, ahh aku tak nak ikut pergi dengan hyung nanti kena halau lagi sebab ramalan aku semua diorang bangkang" ujat guru itu lagi lalu menggelengkan kepalanya walaupun dia tau si pemanggil tidak nampak gelengan dia.

"Bye, dasar The King cerewet-- TAK AKU TAK KUTUK HYUNG HAHAHAHA K BAI PERGI LA SAMBUNG DECORATE BILIK TU" segera Sir Dongwook menamatkan panggilan telefon sebelum dirinya akan terkena segala makian dari orang yang menelefonnya.

"Gile, macam mana la aku boleh setuju nak berurusan dengan dia ni" omelnya yang masih menatap telefon pintarnya sedalam-dalamnya.

Tiba-tiba dia menepuk dahinya apabila baru teringat sesuatu yang amat penting.

"Oh ye aku lupa nak cakap kat Chan yang dia ada adik HSHSHHSHSHS si Geon tu pun satu mana tah menghilang budaknya dua minggu ni lepas abang dia dapat masuk sekolah tu" bebelnya lagi, apabila dia mendapat kata sepakat untuk cakap pada Chan nanti dan bukannya sekarang, dia kembali berbaring di atas buaiannya tetapi entah kenapa dia mula merasakan angin yang deras seperti ada sesuatu yang sedang menghampirinya--

"PAK CIK DONGWOOK" sergah seorang jejaka yang amat dikenalinya tetapi tanpa sempat dia untuk bersedia dirinya sudah terjatuh dari buaian itu.

"ANJIRRRR"

🔮🔮🔮

"Sedap?" Soal nenek tua itu tiba-tiba, serentak ketiga-tiga jejaka itu tersedak air teh kerana disoal maklum la nak dekat 30 minit juga la diorang minum tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Tacod katanya.

"Ye.. Gumawo nenek sebab pelawa kami minum" ujar Mingyu sopan lalu menunduk sedikit.

"Boleh nenek nak tau nama kamu dan apa kuasa kamu?" Ketiga-tiga jejaka itu memandang antara satu sama lain sehingga la Junhui mengangguk, maklum la dia yang paling tua di antara mereka bertiga.

"Kim Mingyu imnida, Element Crystal"

"Xu Minghao, Element Gravity"

"Wen Junhui, Element tanah" wanita tua itu mengangguk faham lalu mengeluarkan seringai kecilnya.

"Ouhh baguslah nampaknya nenek tak salah orang" ujarnya lalu menunduk mengambil sesuatu di bawah meja.

"Apa maksud nenek?" Soal Minghao tidak faham, wanita tua itu tidak menjawab soalan Minghao malah dia mengeluarkan tiga kotak berukuran kotak cincin lalu diberikan pada ketiga-tiga jejaka itu.

"Junhui, Earth Carat"

"Mingyu, Crystal Carat"

"Minghao, Gravity Carat" kata wanita tua setelah meletakkan ketiga-tiga Carats itu dihadapan pemiliknya.

"Woahhh" ujar mereka bertiga dengan takjub apabila melihat carats yang bersinar-sinar terang.

"Ini adalah milik kamu bertiga, sebenarnya 100 tahun dulu batu-batu berlian ini pernah menjadi milik kesatria dulu-dulu jumlahnya empat belas Carats kesemuanya tetapi salah satu batu berlian itu jatuh kepada tangan orang yang salah, kamu tau kan apa jadi" wanita tua itu memandang jejaka bertiga itu yang memasang riak wajah seperti dapat mengagak tekaannya.

"Musnah semuanya" jawab Junhui perlahan tetapi masih dapat didengari oleh wanita tua itu.

"Hampir tapi masih dapat diselamatkan, disebabkan batu itu semua satria yang memegang Carat mati tetapi hanya seorang sahaja lagi yang masih hidup iaitu pemilik asal Carat yang dicuri itu, dia terpaksa musnahkan Carat itu tetapi kuasanya disimpan pada satu lagi Carat yang dimiliki rakannya yang sudah nyawa-nyawa ikan jadi salah satu batu berlian itu ada dua kuasa dari tiga belas batu Carat yang tinggal" terangnya, dia masih teringat lagi peristiwa gelap itu, semuanya hampir musnah tetapi nasib baik mereka masih ada cahaya untuk selamatkan dunia mereka.

"Apa jadi dengan satria tu?" Soal Junhui serius.

"Turut mati, bila batu ini menjadi milik kamu automatik nyawa kamu dipertaruhkan" jawab wanita itu tenang, padahal ketiga-tiga jejaka tu dah mula terasa kecut.

"Jadi kami akan mati?" Minghao memandang wanita tua itu dengan harapan apa yang dikata olehnya tipu belaka.

"Kalau pelindung kamu mati, kamu akan ikut sekali mati sama bila kamu mati maka perlindung kamu pun akan mati dan batu ni takkan berguna lagi dah selepas ini" ketiga-tiga jejaka itu meneguk air liur kasar, nampaknya ini bukan la tipu mahupun prank semata semuanya betul.

"Tapi kan kesemua satria tu mati dengan pelindung mereka kenapa batu ni still ada?" Mingyu mengangkat Carats miliknya yang sudah bersinar dua kali ganda lagi terang dari sebelum ni.

"Disebabkan batu berlian lagi satu, batu tu yang ada dua kuasa kami memanggilnya Infinity Carat, dua kuasa tapi kekuasaanya yang luar biasa takde siapa tau apa lagi yang batu tu boleh buat selain membaiki kesemua batu Carat yang lain dan membuat kesemua Carats menjadi abadi" ujar wania tua itu lalu mensisipkan sedikit air tehnya apabila tekaknya mula terasa kering.

"Tiada siapa yang tau mana batu tu pergi, hilang begitu sahaja tetapi The King mengagak batu itu berada disini sebab tu dia sorokkan kesemua batu berlian disini dan dijaga ketat oleh kami sehingga pemiliknya datang untuk mengambilnya iaitu kamu semua" sambungnya lalu memberikan senyuman manisnya pada ketiga-tiga jejaka tampan di depannya.

"Kenapa kitaorang?"

"Kami pun tak tau, selepas sahaja buku itu munculkan diri setelah ramai yang berfikir buku itu sudah dimusnahkan, The King dapat rasakan aura buku tu dah sekaligus itu bermaksud tak lama lagi batu berlian itu akan jumpa dengan pemilik baharu mereka"

"Alasan yang lebih tepat, kami dapat tau Dongwook pilih kamu semua jadi The Witch Guardians dan kesemuanya tiga belas orang cukup-cukup dengan jumlah Carats semua, dia tu peramal yang bagus walaupun kami semua bantah sebab kamu semua masih pelajar dan apa yang kami harapkan adalah satria diraja tapi takdir kita tak boleh nak halang" terang wanita tua itu panjang lebar, nasib la kak dapat dialog banyak.

"Saya rasa Chan akan dapat Infinity Carat tu sebab dia pun ada dua kuasa" tebak Mingyu dan diangguki oleh Junhui dan Minghao tanda setuju dengan apa yang dikata oleh jejaka tinggi lampai itu.

"Lee Chan.. Lee Geon patutnya dah jumpa abang dia tu" omel wanita tua itu.

"Lee Geon?" celah Junhui apabila mendengar omelan nenek itu.

"Hahahaha kamu semua pergi la nanti Dongwook cari pula" arah wanita tua itu dengan senyuman janggal diberikan.

"Kejap nenek!! Siapa The King? Kenapa kami tak pernah nampak dia?" Soal Minghao yang masih tak puas hati dengan semua yang jadi depan matanya sekarang ni.

"The King, lelaki muda tapi takde la muda mana dalam 40-an macam tu, dia bukannya darah diraja tapi disebabkan dia dulu semua ahli sihir hitam dibunuh olehnya dan pengikutnya sehingga la dia diangkat menjadi The King, dia tak suka tonjolkan diri sebab tu kamu tak pernah dengar pasal dia, dia suka menyamar jadi orang biasa kamu semua pasti tertanyakan mana istana dia" ceritanya sambil melihat ketiga-tiga jejaka itu tekun mendengar penerangannya.

"Istana dia di hujung dunia magik, tiada siapa pernah pergi kecuali Raja-raja seperti ayah kamu Mingyu dan kat sana dikawal ketat sangat ketat" sambungnya lagi.

"No wonder pernah dengar nama je tapi tak pernah nampak" Mingyu mengangguk faham.

"Tapi rasanya tak lama lagi kamu akan berjumpa dengan The King, kamu pemilik Carats dan buku itu jadi memang dia akan jumpa kamu semua"

"Rasa seram pula" ujar Junhui, tak dapat dia bayangkan apa jadi pada mereka apabila kena jumpa The King.

"Dah-dah baik pergi sekarang, jaga batu ni elok-elok" halau wanita tua itu lalu memaksa ketiga-tiga jejaka itu keluar dari rumahnya.

"Naeeeee" balas mereka lalu keluar dari rumah itu.

"Gumawo-- DAH HILANG?!" Jerit Minghao terkejut, dia baru je nak toleh belakang hilang dah neneknya dengan rumah sekali hilang.

"Hilang sudah neneknya!!" Mingyu memandang sekeliling, mana tau nenek tua tu ada menyorok kat celah semak ke.

"Woi!! Sini pun korang!! Sir Dongwook ni tipu je dia kata korang kat Taman Bunga!!" Sergah Seungcheol dengan dahan kayu entah dia rembat kat mana, membebel pada ketiga-tiga jejaka itu kerana menghilang macam tu je.

"O-ouh" sahut ketiga-tiga jejaka itu yang masih bingung.

"Apahal tercegat lagi tu? Jom la main dengan kitaorang sekali" sampuk Soonyoung di belakang Seungcheol lalu berlari ke taman bunga diikuti dengan si leader meninggalkan mereka bertiga di belakang.

"Nak bagitau ke?" Minghao dan Mingyu memandang Junhui yang masih mendiamkan diri.

"Nanti la nanti" balasnya lalu mengekori Soonyoung dan Seungcheol yang sudah jauh kedepan diikuti Minghao dan Mingyu.

🔮🔮🔮

"Aku kat mana ni?" Chan mengedipkan matanya beberapa kali apabila dia perasan laluan hutan ni agak menyeramkan daripada sebelum ni.

"Jisoo hyung!!" Jerit Chan cuba memanggil hyungnya, dia pun tak tau macam mana dia boleh berpecah dengan hyungnya yang seorang itu malah Jisoo pun tak memanggil atau mengejarnya.

"Mana pula dia ni? Ke aku yang sesat?" Soalnya sendiri yang sudah mula resah apabila semakin lama dia berjalan laluan hutan itu semakin gelap dan menyeramkan tetapi langkahnya mula terhenti apabila ada sesuatu benda terapung di depannya.

"Apa benda tu?" Chan cuba menghampiri benda berwarna hitam itu tetapi langkahnya terhenti apabila ada seseorang menarik lengannya.

"Nugu?" Soalnya apabila melihat seorang jejaka yang tidak dikenalinya sedang menatapnya serius, Chan kembali memandang belakang mencari benda yang berwarna hitam itu tapi iainya sudah pergi.

"Heol.. sama la" ujarnya jejaka yang tidak dikenalinya dengan raut wajah tidak percaya.

"Apa yang sama? Kau siapa?" Chan cuba mundur kebelakang apabila jejaka itu cuba menyentuh wajahnya.

"Kau yang siapa" balasnya lalu mengambil langkah kedepan apabila Chan mula berjalan kebelakang.

"Asal aku pula? Kau la" ujar Chan tidak mahu kalah.

"Kau"

"Kau"

"KAU LA"

"Okay Fine!! Aku Lee Chan" kata Chan dengan pandangan tidak puas hati diberikan apabila jejaka itu tersenyum kecil padanya.

"Jadi betul la kau hidup lagi" Chan mengerutkan dahinya apabila mendengar apa yang dikata oleh jejaka itu.

"What?" Jejaka itu menggulingkan biji matanya, fed up dengan Chan yang blur ni.

"Aku Lee Geon, adik kau jangan tanya macam mana aku boleh wujud waktu kau kena hantar kat dunia manusia waktu kau baby lagi, aku still ada dalam perut omma but yeay aku dapat diselamatkan tapi omma tak and pak cik Dongwook tak nak ambil risiko hantar aku macam apa yang omma buat kat kau so dia yang jaga aku sampai semua keadaan selamat balik" terangnya panjang lebar manakala Chan hanya mampu ternganga.

"Aku tak tanya pun kau dah terangkan dulu" ujar Chan perlahan.

"Oh ye? Aku bukan type orang yang banyak bercakap" balas Geon bersahaja.

"Ye kau banyak bercakap baru je tadi"

"Depan family aku akan cakap banyak"

"Tapi kita baru jumpa"

"Sebab kau abang aku" Chan memandang Geon yang sedang menatapnya dengan datar, kata dia ni abang tapi macam tak eksaited je si Geon bila jumpa dia.

"Oh ye abang.." Geon mengangkat keningnya apabila mendengar ayat Chan yang tergantung itu tetapi entah kenapa dia rasa aura hyungnya itu mula rasa lain macam.

"TAK GUNE DAH TAU AKU ABANG KAU APAHAL KAU TAK PANGGIL AKU HYUNG HAH?!!" teriak Chan lalu mengangkat kasut sukannya tinggi-tinggi untuk memukul adiknya itu.

"APPAAAAAAA!!" Geon terus melarikan diri dari Chan yang sudah menjadi singa yang ingin menerkamnya hidup-hidup.

"SINI KAU ADIK DERHAKA"







_________________

Maafkan seyya kerana lambat update kerana seyya amat busy lately ni, inipun baru lari dari member sebab tetiba member ajak cuddle tak senang gue mau menaip HSHSHSHSHHS

btw enjoyyyyy

Lee Geon HSHSHSHSHSHHS WAKTU DIA KECIK HIKS

Lee Geon

Lee Chan

Adik menangis, abang tidur.. MACAM AKU HAHAHAHAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro