Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32

"Mana engko pergi hah Seokmin?! Tak tau ke bahaya pergi sini seorang-seorang!!" marah Seungcheol sambil melihat Seokmin yang sedang sedaya upaya untuk berdiri kerana terjatuh akibat disergah oleh mereka semua.

"Tapi hyung kan ada pokok ni yang bawa aku lari" ujar Seokmin polos, yelah bukan salahnya pokok tu yang bawa lari dia walaupun gelak suka tapi bukan salah dia.

"Eh ye tak ye juga" si leader tersengih tidak bersalah.

"Hmm bangang -_-"

"Sudah-sudah, Seokmin pun kita dah jumpa amoh ler kita pergi ke tapak perkhemahan kita" ajak Sir Dongwook yang mula berjalan tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia sudah memandang sekeliling dengan teliti.

"Jom!!!" Sahut anak-anak muridnya yang lain, tidak sedar dengan perlakuan guru mereka yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Erm Sir kenapa kita tak gerak lagi ni?" Tegur Wonwoo hairan, kemain semangat cikgu dia ajak bergerak tetapi tengok la sekarang berdiri statik dengan wajah selamba.

"Kita dah sampai" ujarnya, dengan hanya mengeluarkan tiga patah perkataan sahaja telah membuatkan otak Seventeen tidak boleh berjalan secara tiba-tiba.

"Eh?"

"What?"

"Wadahel" semua memandang Sir Dongwook bingung, meminta penjelasan.

"Yang korang berdiri ni sini la tapak perkhemahannya" terangnya lagi.

"Tadi Sir yang ajak gerak pergi ke tapak perkhemahan tadi en" Jeonghan mengangkat keningnya, masih cuba nak proses apa yang dikatakan oleh gurunya.

"Alahhh kenapa kamu nak ungkit-ungkit benda yang lepas hah?! Cuba la move on ish ish ish" Sir Dongwook terus berlalu pergi nak pasang khemah katanya.

"Orang tua ni memang nak kena lempang dengan aku" hambur jejaka itu perlahan, belum sempat dia ingin menerkam Sir Dongwook, Chan terus memeluk Jeonghan cuba menangkan hyungnya itu.

"Sabo hyung sabo, tahan nafsu derhaka cikgu tu hyung!!" Jeritnya sambil melempang muka Jeonghan beberapa kali sehingga la hyungnya mula kembali tenang.

Semua mula berlari membantu Sir Dongwook apabila guru itu teriak memanggil mereka untuk memasang khemah dan menyediakan barang-barang memasak mahupun unggun api serta kayu-kayi besar untuk dijadikan tempat duduk.

Apabila mereka sudah selesai mengemas, ada yang sudah pergi ke air terjun yang berada tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka dan ada juga yang pergi berlatih menggunakan kuasa mereka.

"Sir" panggil Seungkwan dan Chan pada guru mereka yang sedang sibuk melihat Seungcheol menyalakan unggun api dengan menggunakan kuasa apinya.

Sir Dongwook menoleh memandang mereka berdua atau lebih tepat lagi camera man.

"Jadi saya ingin menerangkan bahawasanya saya bukan la raja okay sekian pari-pari buruk tu yang saje bikin suspens" ujarnya tiba-tiba dengan wajah imagine-aku-jadi-raja-tak-ke-rosak-dunia-ni dengan penuh keyakinan.

Seungcheol yang sudah selesai menyalakan unggun api terus berlari meninggalkan mereka bertiga, katanya malas nak layan drama tak semengah mereka.

"SIR DONGWOOK" panggil kedua-dua jejaka itu lagi tetapi dengan nada yang lebih tinggi.

"APA?!" sahut guru itu dengan nada yang sama tinggi dengan anak muridnya.

"Kami bosan" kata Seungkwan dengan bibir yang sudah mengerucut comel.

"Kalau bosan pergi mati" jawabnya bersahaja dengan wajah datar.

"Okay, jom Chan kita terjun gaung" jejaka itu terus menarik si maknae yang sedang menatapnya dengan bingung.

"Nak pergi mana--

"HEY ENGKO NAK MATI PERGI MATI SEORANG JANGAN AJAK ANAK SAUDARA AKU" teriak Sir Dongwook lalu menarik Chan manjauh dari Seungkwan.

"Tau pun nak gelabah halahh" Chan hanya menggelengkan kepalanya perlahan lalu pergi meninggalkan Sir Dongwook dan Seungkwan yang sudah berura-ura ingin bertikam lidah sebentar lagi.

"Ish kamu cuba la pergi berlatih itupun nak kena ajar ke? Jangan nak mengada masuk khemah" arah Sir Dongwook dengan wajah tegas yang dibuat-buatnya.

"Tapi Jihoon hyung tidur kat dalam khemah Sir tak bising pun" bentak jejaka itu tidak puas hati, yelah Jihoon elok sedap berdengkur dia pula kena berlatih tak adil.

"Tak nampak ke dia tengah berlatih tu" Sir Dongwook memuncungkan bibirnya menunjuk Jihoon yang sedang tidur di dalam khemah milik 96 line.

"Berlatih mendenya dia berdengkur tu" balas Seungkwan.

"Itulah dia, berlatih tenangkan fikiran dengan tidur kan dia dari kuasa bayang" ujar guru itu.

"HAPE KENA MENGENA?!" Seungkwan mula menghentakkan kaki tanda tidak puas hati, dia dari kuasa Timer pun perlukan ketenangan juga!! Ini tak adil!!

"Chan pun nak berlatih tidur la!!" Celah Chan dengan wajah cerianya.

"Engko tak payah, pergi berlatih guna telepathy" halau Sir Dongwook siap menghayunkan tangannya tanda menghalau anak saudaranya itu.

"Yelah -,-" si maknae terus berjalan pergi dengan malas.

"Sir"

"Apa lagi Seungkwan oi?!" guru itu menatap Seungkwan dengan geram, tak boleh nak bagi aku selfie dengan senang betul la dia ni.

"Mana Hansol?" Soal jejaka itu, dia baru perasan lepas je mereka selesai membuat khemah terus Hansol lesap.

"Pakwe engko pergi bertafakur la awat?" Jawab guru itu dengan keningnya diangkat.

"Pakwe?" Soal Seungkwan lagi, tapi dengan nada sumpah dia tak faham apa yang cikgu dia kata.

"Yelah, kan member engkorang yang bagitau kat Sir, kau ngan Hansol dah official" jejaka itu ternganga, apa kebangang semua member dia ni pergi bagitau kat Sir Dongwook.

Asudah tercalar la maruah Boo Seungkwan.

"Wadafak?"

"Longlast ye walaupun sebenarnya aku Jisol shipper JisooxHansol" sambung guru itu lagi, mengabaikan carutan Seungkwan tadi.

Tiba-tiba kedengaran jeritan seseorang yang tidak jauh dari tempat mereka,

"SIR AWAT TAK SOKONG JIHAN?!" Jerit Jeonghan tidak puas hati, ini tak adil ni apahal cikgu kesayangan dia tak sokong dia.

"Biarlah--

"SIR KENAPA JISOL?! CHEOLSOO MANA? JISOL TU MACAM KAT BAWAH TAPAK KAKI JE TAK LAKU TAKDE SIAPA NAK" teriak Seungcheol pula yang turut tidak berpuas hati dengan apa yang dikata oleh Sir Dongwook.

"Hey aku--

"JUNSHUA SIR JUNSHUA" semua memandang Minghao tidak percaya, apa benda tetiba Junshua masuk ni.

"JUNHAO LA" balas Junhui disebelah Minghao dengan senyuman sinis diberikan dari jejaka tampan itu.

"Babi bagi la aku cakap--

"APA NI JUNHUI HYUNG?!"

"MINSHUA LA SIR" Mingyu memandang Wonwoo pelik, eh tibe je tibe je ni.

"SEOKHAN AWWW" ujar Seokmin pula.

"AWWW SEOKMINNN~~" Jeonghan terus berlari memeluk jejaka hidung mancung itu, lupa sudah Jihan dia.

"HYUNG~~"

"SOONHOON" jerit Soonyoung dengan berani, dia memang berani sebab Jihoon tengah tidur mati sekarang ni.

"HEY KETIBEAN APAKAH INI?! WONHUI LA SIR!!" Teriak Wonwoo lagi, Junhui yang berdiri tidak jauh dari jejaka itu terus mengedipkan sebelah matanya cuba menggoda anak Jeon itu.

Hei gatal betul Junhui ni nak pasang berapa banyak sebenarnya dia ni.

"Bodo--

"Hyung!! Auch!! Meanie macam mana?!" Ujar Mingyu lalu menghampiri Wonwoo. Sir Dongwook pula sedang mengangkat kedua-dua tangannya dah fed up sebab ayat dia asyik kena potong je.

"Siapa Meanie siakkk" balas jejaka bermata sepet itu lalu berlari menjauh dari Mingyu.

"HYUNGGGGGG"

"Kenapa dengan diorang tu ._." Soal Jisoo yang tidak faham apa yang dijeritkan oleh rakan-rakannya itu.

"Dunno la jom Jisoo hyung kita berlatih jauh-jauh dari diorang" ajak Chan lalu menarik lengan hyungnya menjauh dari tapak perkhemahan itu.

"Jom" Jisoo terus berjalan mengekori si maknae, mengabaikan tatapan sendu yang diberikan oleh rakan-rakannya.

"Nampaknya kapal ChanShua mula berlayar" ujar Soonyoung lalu menepuk bahu Jeonghan dan Seungcheol.

"Auch Jisoo aku hiks" Jeonghan mengelap air matanya palsu memandang kelibat Jisoo dan Chan yang sudah semakin jauh.

"Aku dari tadi perhati diorang berdua dari chap lepas" Seungcheol menjegilkan matanya dengan bengang.

"Takde siapa nak kat aku ke ._." Celah Seungkwan.

"MINKWAN!!" Jerit Wonwoo, Mingyu yang dari tadi mengejarnya terus terhenti. Fuhh selamat dia kali ni.

"Aww Mingyu hyung~~" dengan wajah tak rela Seungkwan terus menghampiri hyungnya lalu memeluk Mingyu.

"Anjir-- ehhh Kwannie~~" Mingyu tersenyum palsu, membalas pelukan jejaka itu.

"Bapak munafik syial dua-dua"

🔮🔮🔮

"Tenang Hansol tenang" omel jejaka itu perlahan, dia menghirup dan menghembus udara dengan perlahan.

Kini dia berada di tempat aye pun tak tau kat mana tapi yang pasti lokasinya berada agak jauh dari tapak perkhemahan. Walaupun jauh tetap dia dapat dengar jeritan nyaring rakan-rakannya.

"Babi la diorang ni aku duduk jauh mana pun still boleh dengar jeritan diorang" maki Hansol lalu menyambung bertafakur, 30 minit sudah berlalu dan dia sudah mula merasakan haba di keseluruhan badannya.

Tiba-tiba ada satu cahaya yang membuatkannya terpekik perlahan melindungi matanya walaupun dia tutup mata tapi Hansol tetap dapat merasakan aura cahaya itu, dengan perlahan dia membuka mata mencari punca cahaya itu dan matanya tertancap pada sesuatu yang benda mengeluarkan cahaya itu di sebalik tanah.

Dengan berhati-hati Hansol mengambil benda itu.

"Carat.." ujarnya perlahan, memandang batu berlian itu dengan penuh minat lagi-lagi dengan warna batu berlian itu yang dapat kelihatan manaikkan lagi aura batu itu.

Apabila sudah berkata sebegitu, batu besar yang hampir sama tinggi dengan Hansol mula bergerak dan mengeluarkan kepalanya seekor haiwan berupa penyu.

"Whatta.." jejaka itu memandang makhluk itu dengan penuh takjub.

"Chwe Hansol?" Soal makhluk itu dengan serius.

"Erm tak, saya Vernon"

"Ouh Vernon Chwe?"

"Nope, Hansol"

"HANSOL VERNON CHWE?!" Kata makhluk itu lagi tetapi dengan terselit jeritan sedikit.

"Hah ye saya... hehe jangan marah aye gurau je" seloroh Hansol, boleh pula mamat ni nak ajak bergurau. Makhluk itu hanya menggelengkan kepalanya nasib la dapat job macam ni.

"Saya ialah Sidiq Sigaraga beraga-raga la kau sampai ke bola raga" ujar makhluk itu memperkenalkan dirinya.

"Apahal namanya panjang sangat--

"Penjaga kepada batu berlian ini yang dipanggil Carat dan batu berlian itu adalah Solar Carat" potong Sidiq Raga Si Penyu, malas dia nak dengar soalan macam-macam dari si Hansol ni.

"Solar?!"

"Yup, iainya milik kamu Chwe Hansol dah aku malas nak sebut nama kau panjang-panjang, jaga Carat ni elok-elok, Carat ni la nyawa kamu, pendamping kamu, pelindung kamu, penyokong kamu, bini kamu-- ehh tibe dan segalanya bagi kamu" terang Sidiq Raga Si Penyu itu.

"Jaga Carat ni elok-elok jangan sampai batu ni jatuh ke tangan orang yang salah" sambung makhluk itu lagi.

"Baik-- eh hilang dah sidiq raganya?" Hansol menggaru kepalanya apabila makhluk itu sudah tidak kelihatan, cepat betul dia menghilang bukan ke penyu bergerak lambat hmm.

"Cute" Hansol tersenyum suka apabila melihat batu itu sudah bertukar kepada gelang yang sudah dipakai kemas olehnya.

"Oh ye lagi satu bila kamu dah dapat batu ya automatik kamu ada kuasa Solar k gerak lu" jejaka itu mengusap dadanya perlahan apabila disergah makhluk itu lalu memandang Sidiq Raga Si Penyu yang sudah berguling laju seperti tenggiling.

"Rare haiwan magik kat sini" komennya yang masih terkejut dengan pemandangan di depannya.

"YEAYY AKU DAH ADA KUASA SOLAR!!!" Teriaknya dengan teruja lalu berlari ke tapak perkhemahan, dia tau dia tak boleh bagitau pada rakan-rakannya yang lain tentang batu berlian kena tunggu masa dan semuanya akan terbongkar.

🔮🔮🔮

"Mingyu, kau nak bawa aku pergi mana ni?" Soal Minghao malas, dari tadi dia ikut Mingyu dah la tak tau kat mana lepastu tak boleh berhenti rehat kejap pula tu.

"Shh.. diam la nanti dia dengar" tegur jejaka tinggi lampai itu lalu mereka berhenti dan menyorok di sebalik semak yang agak besar dari mereka.

"Siapa?" Bisik Minghao, siapa pula yang mereka ekori ni pembetulan bukan dia tapi Mingyu je dia cuma mangsa keadaan yang ditarik oleh mamat galah itu.

"Tu nenek tu" jawab Mingyu sambil menunjuk seorang nenek tua yang sedang mengutip buah berry biru yang berada tidak jauh dari mereka.

"Weh" panggil jejaka itu pada Mingyu.

"Apa?"

"Kau pernah dengar tak orang dulu-dulu pesan bila masuk hutan jangan ikut nenek tua yang tiba-tiba muncul" kata Minghao dengan pandangan sukar ditafsirkan.

"Tau" sahut Mingyu dengan wajah tiada perasaan.

"Dah tu yang kita pergi ikut dia dah kenapa?" Jejaka itu merengus geram melihat Mingyu yang masih tidak faham akan maksudnya, tak tau ke bahaya kalau mengekor nenek tua.

"Kau pernah dengar tak kisah pasal nenek kat dalam hutan magik?" Soal Mingyu tiba-tiba.

"Tau, nenek yang sebenarnya ahli sihir dia ajak budak-budak pergi rumah dia yang rumah biskut tu lepastu makan budak-budak tu" terang Minghao dengan yakin.

"Mana kau dengar story tu?" jejaka tinggi lampai itu mengerutkan dahi, selama dia hidup tak pernah lagi dia dengar cerita macam tu.

"Chan" Mingyu menepuk dahinya dengan kesal.

"Bengap, tu story kat dunia manusia" Minghao mengangkat keningnya, lupa pula dia yang Chan dibesarkan di dunia manusia.

"Habistu?"

"Dengar cerita nenek tua ni sebenarnya adalah--

"Yow!! Korang buat apa menyorok kat belakang semak dan bisik-bisik ni?" Kedua-dua jejaka itu merengus geram lalu memandang seseorang yang sedang menyapa mereka dengan riang.

Dasar Wen Junhui.

"Shhh!!" Tegur Mingyu dan Minghao serentak sambil menyuruh hyung mereka untuk duduk tetapi tidak diendahkan oleh jejaka itu.

"Apa shhh? Eh ada nenek tua la!!" Junhui terus berlari menghampiri nenek itu untuk menegur.

"Mati la kita.." ujar Minghao dan diangguki oleh Mingyu.

Mereka mula memasang telinga, cuba untuk mendengar perbualan diantara Junhui dan nenek tua itu.

"Nek, gigi nenek ada berapa batang? Yang asli tau bukan tiruan, Nenek jangan nak tipu, saya tau mana satu ori dan mana satu copy ori" hampir terkeluar makian dari mulut Minghao dan Mingyu apabila mendengar soalan dari hyung mereka, apa benda tanya soalan macam tu woi.

"Yang kamu tengok gigi nenek ni la semuanya ori" jawab wanita tua itu lembut.

"Woahhh" balas Junhui sambil menepuk tangannya.

"Ajak la kawan kamu berdua keluar dari tadi nenek perasan" arah nenek itu sesekali dia melirik semak tempat Mingyu dan Minghao menyorok.

Junhui mengangguk laju lalu memandang semak itu.

"GAIS" dengan sekali panggil, Mingyu dan Minghao sudah berdiri dengan wajah bengang.

"SIOT LA HYUNG NI" marah Mingyu, apabila mereka berdiri di depan wanita tua itu masing-masing menunduk hormat.

"Maaf nenek.."

"Takpe, mari la ikut nenek pergi rumah nenek" Mingyu dan Minghao meneguk air liurnya kasar, tiba-tiba mereka teringat dengan cerita Chan pasal nenek yang makan budak tu.

Entah-entah kisah yang Chan ceritakan tu betul.

"Jom la korang!! Nenek ni siap ajak minum teh dengan biskut cip lagi tu" pujuk Junhui dengan wajah terujanya, mamat ni memang takde perasaan takut ke.

Dia tak pelik ke tiba-tiba ada nenek tua kat dalam hutan magik ni, TAK PELIK KE?!

Dengan penuh terpaksa, Mingyu dan Minghao mengangguk tanda setuju. Wanita tua itu tersenyum manis lalu berjalan dan diekori ketiga-tiga jejaka itu.

Berharap takde benda buruk berlaku.









____________

I'M BACKKKKKKKKK











OK BYEEEE KERJA MEMANGGIL btw gudluck semua sekolah YIHAAAAA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro