31
Seragam untuk setiap pelajar Magical Highschool mengikut batch.
Batch 1995
Pakaian yang Jisoo selalu pakai, Jeonghan dan Seungcheol akan pakai baju tu bila diorang rasa diorang nak pakai hah gitu
Pakaian Seungcheol dan Jeonghan selalu pakai, kekadang Jisoo akan pakai tapi setiap hari jumaat jelah katanya takut kena goda eceh, maklum la ketua batch diorang rajin sangat buat pakaian dua versi
Batch 1996
Batch 1997
Batch 1998
Batch 1999 and 2000
Batch 2000 kena sama dengan batch 1999 maklum la deme punya ketua batch belum dapat hidayah lagi nak buat baju diorang HSHSHSHSHHSS
_____________________
"Kejap Sir Dongwook suruh kita berkumpul kat mana?" Soal Seungcheol yang terburu-buru mengheret beg galasnya ke arah Chan yang sedang bermain telefonnya tanpa bersalah.
Heleh mentang-mentang dah reti teleport, lepas je semua setuju esoknya terus dia datang istana Seungcheol kalau depan istana takpe la juga ni kat dalam bilik Seungcheol siap tengok jejaka tu tidur terbongkang lagi sampai la dia tendang hyung tertuanya jatuh katil.
"Haih dekat hutan magis, dun worry aku akan heret hyung pergi sana pakai teleport awal la siap" balas Chan, dia berhenti bermain lalu memandang Seungcheol yang sudah menggalas begnya dengan semangat.
"Hyung.. pergi bersiap" ujar si maknae tu lagi.
"Dah siap kan?" jejaka itu memandang Seungcheol atas bawah, lengkap dengan baju tidur siap ada penutup mata tersangkut kat kepala ini dikatanya dah siap?
"Dengan pakai baju tidur macam ni? Pergi la tukar baju tu!!"
"Yelah-yelah, buat apa nak hensem-hensem pergi hutan je pun bukannya nak ngorat anak burung kat sana" rungut Seungcheol lalu berjalan masuk ke dalam biliknya semula.
"Apa hyung? Aku tak dengar" ujar Chan sambik mengerutkan dahinya, tidak mendengari umpatan hyungnya itu.
"Hehehe takde apa-apa!! Aku siap cepat!! Tunggu tau" dengan malas jejaka itu menganguk lalu menyambung bermain telefonnya.
"Eo? Hai Chan!!" Chan mengangkat kepalanya, kelihatan Jisoo menghampirinya dan melambai dengan manis.
"Hai hyung, awal sampai" tegur jejaka itu.
"Dia suruh aku datang awal, eh kejap Jeonghan awal la jalan tu!!" Jerit Jisoo pada seorang jejaka yang masih berjalan dengan mulutnya yang ternganga memandang pemandangan dengan penuh takjub.
"Kau tak faham Jisoo.. aku tak pernah pergi istana api.. Ni ke rumah Seungcheol? Macam neraka sia.." ujar Jeonghan dengan sedikit pujian dan kenyataan.
"HAPE KAU KATA?!" bentak Seungcheol yang baru sahaja keluar dari biliknya dengan pakaian lengkap.
"LEK LA WOI HALAH AKU CAKAP DEPAN MAK KAU ELOK JE DIA GELAK KATA AKU KELAKO" balas Jeonghan tidak mahu kalah, apalah maknya supporting anaknya tau nak emo je debik kang.
"Nasib mak aku kalau bapak aku? Dah hangus terbakar agaknya kau" kata jejaka tertua itu dengan sinis.
"Sebelum dia bakar aku, aku basahkan dia dulu" bidas Jeonghan dengan aura membunuh, Jisoo dan Chan yang berada di tengah-tengah antara mereka yang dari tadi menyaksikan pergaduhan itu hanya menggaru kepala masing-masing.
"Macam mana kau nak basahkan dia? Sini kering"
"Dasar haiwan mengonggong berkaki empat" maki Jeonghan geram.
"Dasar haiwan warna pink takde leher" Seungcheol memberikan jelingan padunya pada Jeongajn
"Jom Chan kita biarkan diorang bergaduh" ajak Jisoo lalu menolak Chan berjalan terlebih dahulu meninggalkan Seungcheol dan Jeonghan.
"Woi manoi tu?! Tunggu!!" Teriak mereka berdua serentak lalu mengejar Jisoo dan Chan yang sudah berjalan semakin jauh.
"Omma!! Seungcheol gerak dulu!!" pamit Seungcheol pada Permaisuri Choi yang sedang sibuk menyulam selendang.
"Nae hati-hati!! Pasal appa tu biarkan je dia" sahut wanita paruh baya itu lalu memberikan senyuman manis pada keempat-empat jejaka di depannya.
"Kenapa dengan appa kau?" Soal Jisoo apabila mereka sudah berjalan keluar dari istana Seungcheol.
"Dia mengada, aku kan join pergi camping ni and pada hari yang sama hari ni kan appa aku buat majlis" jawab jejaka berkulit putih pucat itu.
"Oh ye haah, Daddy aku eksaited bila dia dapat kad jemputan tu dari appa kau" cerita Jisoo dengan gembira, tak sia-sia dia tebalkan muka semalam nak pujuk Raja Choi untuk memaafkannya dan cuba berbaik dengan Daddynya.
"Ni semua sebab kau, goodjob bro" ujar Seungcheol lalu mengusak rambut jejaka manis itu dengan lembut, tiba-tiba ada seseorang menyelit diantara mereka dengan keras.
"HEI NGAPAIN LO DEKATIN JOSHUJI GUE BRENGSEK?! NYAH LO KE CHAN SANA" amuk Jeonghan sambil menolak lengan Seungcheol menyuruh jejaka itu pergi jauh-jauh.
"Bapak ah.. Jeonghan aku tau dia kawan childhood kau tapi aku pun kawan childhood dia bahkan dulu aku tak ingat dia langsung kita berdua adil right? Dia tak ingat kau tapi kau ingat dia, aku tak ingat dia tapi dia ingat aku" ujar Seungcheol tenang, dia penat asyik bergaduh dengan si Jeonghan ni.
"Hmmm.." jejaka itu menundukkan kepalanya, nak terima hakikat Jisoo dia kena kongsi ewahh kau.
"Kita kongsi amacam?" Cadang Seungcheol sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Fikir Jisoo ni barang ke apa? #nakjoinkongsiJisoo
"Ish yelah tapi jangan melebih" kata Jeonghan memberi kata sepakat.
"Suka hati aku la"
"YAH!!"
"Tapi hyung, hyung berdua kena kongsi lagi sepuluh member dengan Jisoo hyung termasuk aku" celah Chan yang sudah lama mendiamkan diri.
"Kau.."
"Chan.." kedua-dua jejaka kelahiran 1995 memandang si maknae dengan pandangan sukar ditafsirkan.
"Eh Taehyung hyung sekali!!" Sambung Chan tanpa menyedari jikalau kata-katanya membuatkan potensi untuk dia boleh berjalan hari ni agak tipis.
"LEE CHAN!"
"Eh hahahah!! Jom gerak!! Chan cepat buka teleport tu!!" potong Jisoo dengan gelabah, kalau tak dihalang agaknya berlebam muka Chan nanti.
Si maknae hanya mengangguk, dia membaca mentera lalu muncul satu bulatan besar dan kelihatan hutan belantara disana.
"Jom masuk!!" Arah jejaka itu lalu menarik lengan Jisoo mengikutnya dan diekori Seungchol dan Jeonghan yang sudah mengerucut bibir. Tulah siapa suruh asyik gaduh je kan dah melepas ehhh.
"Sampai pun!! Aku ingatkan korang sesat maklum la korang duduk jauh" ujar Seungkwan, akhirnya semua sudah sampai dengan selamat.
"Tulah tu!! Dah dekat tiga jam aku tunggu korang!!" Kata Soonyoung pula yang sudah mencekak pinggang tidak puas hati.
"Itu sebab kau gerak PUKUL LIMA GILE!! Kalau kau pergi seorang takpe la juga NI HERET AKU SEKALI MENGACAU AKU NAK TIDUR DAH LA KENA NAIK VESPA KAU" marah Wonwoo yang dalam keadaan tak cukup tidur sebab semalam dia tidur pukul tiga pagi dan terpaksa bangun pukul 5 pagi gara-gara Soonyoung anak Kwon.
"Alah rilek la Wonu, makan pancake lu" balas jejaka itu tidak bersalah malah dia sempat mengigit pancakenya yang sempat dibekalkan dari rumah.
"PALE LUTUT ENGKO"
"Jadi semua dah sampai?" Soal Sir Dongwook yang baru sahaja tiba.
"Belum!!" Teriak anak-anak muridnya menjawab soalan Sir Dongwook.
"Siapa yang belum sampai?" Guru itu mengerutkan dahi, dikira anak muridnya hmm cukup je tiga belas orang.
"Maruah Sir" jawab Jihoon dengan datar.
"Ya tuhan ;-;" Sir Dongwook memegang dadanya acah nak mati awal, yang lain dah pandang kecik besar kecik besar je.
"Baiklah kita camping kat sini empat hari tiga malam je" ujar guru itu setelah selesai membuat drama di depan Seventeen.
"Kenapa lama sangat Sir?" Soal Hansol dengan kepalanya sengaja memiringkan kekanan. Acah cute la tu.
"Senang korang nak jadi tarzan nanti"
"Ngeh.."
"Pastikan korang tak bawa haiwan korang" pesan Sir Dongwook, Seventeen hanya mengangguk mereka memang tak bawa waktu Soonyoung dan Wonwoo nak pergi pun Hora siap lambai dengan tangisan palsu lepastu acah peluk Joli yang entah tetiba muncul dari mana dan hampir sahaja Soonyoung mengamuk disitu.
Lain pula dengan Jisoo, dia terpaksa keluar senyap-senyap waktu Bunny sedang nyenyak tidur dia tau walaupun haiwannya suka menghilang tapi Bunny tetap takkan membiarkan dia bersendirian. Mr.Kermit pula lepas je Minghao kata tunggu dia balik nanti memang katak tu duk tenung pintu bilik tuannya la tak berkedip pula tu.
"Dasar kucing tak reti bersyukur" - Soonyoung
"Harap Bunny tak bertukar jadi serigala takpun naga" - Jisoo
"Semoga aku balik mata Mr.Kermit reti berkedip lagi" - Minghao
"Jom kita pergi ke hutan magis" ajak Sir Dongwook sambil membetulkan beg galasnya yang hampir melurut jatuh dari bahunya.
"Eh sir? Ni bukan ke hutan magis?" Soal Mingyu bingung.
"Ni hutan biasa je sebagai pagar dan pelindung hutan magis, kat dalam sana ada jalan masuk ke sana" ujar guru itu, Seventeen mengangguk lalu mengekori Sir Dongwook sehingga la mereka tiba di pintu gerbang yang dimaksudkan guru itu.
"Kamu semua siapa?" soal satu suara lalu terbang muncul dengan seperti seorang wanita tetapi bersaiz kecil, sayap seperti rama-rama dengan dress, rambut dan anak matanya berwarna merah muda serta sinaran keemasannya memperlihatkan lagi kecantikannya.
"Pari-pari!!" jerit Chan tidak percaya, tak sangka pari-pari sebenarnya wujud dia ingatkan hanya cerita dongeng dan kini dia sedang menatap makhluk itu di depan matanya sendiri.
Tiba-tiba tanah disitu bergegar seketika kerana hentakkan yang agak kuat menghampiri mereka, dua ekor makhluk yang besar menatap mereka tajam.
"T-troll.." ujar Seokmin dengan takut-takut, yang lain turut dah cuak kecuali Jisoo dan Chan sebab mereka tak pernah tengok Troll.
"Jangan risau, mereka hanya la penjaga pintu gerbang ni selepas ahli sihir hitam pecah masuk hutan ini pengawalan diketatkan atas arahan The King" terang Sir Dongwook, cuba menenangkan anak-anak muridnya.
"Oh Dongwook, mianhei saya baru perasan awak jadi siapa mereka ni?" Soal pari-pari itu dengan senyuman manis diberikan.
"The Witch Guardians, Putera Seungcheol, Jeonghan, Putera Jisoo, Junhui, Wonwoo, Soonyoung, Jihoon, Seokmin, Putera Mingyu, Minghao, Seungkwan, Hansol dan Chan" pari-pari itu tersentak perlahan, terkejut mendengar nama yang dibicarakan oleh jejaka itu sebentar tadi.
"Saya akan benarkan kamu semua masuk" ujarnya lalu menyuruh kedua-dua Troll itu pergi dari situ, memberi laluan pada mereka untuk masuk ke pintu gerbang.
"Terima kasih" Sir Dongwook mununduk kecil lalu mengarahkan anak-anak muridnya masuk terlebih dahulu meninggalkannya dengan pari-pari itu.
"Pasti dia gembira bila dia tau anak dia masih hidup dan selamat" ujar pari-pari itu apabila kelibat Seventeen sudah tidak kelihatan.
"Dia sentiasa tau, setiap hari dia perhatikan budak tu" balas Sir Dongwook datar.
"Bila awak nak bawa dia jumpa keluarganya, pasti dia gembira dapat jumpa denggannya" katanya lagi, guru itu menghela nafas perlahan.
"Bila tiba masanya nanti.. tak lama lagi.. saya akan bawa dia ke kubur mereka" jawabnya dengan sebal, dah satu hal dia kena buat.
"Chan perlu tau semua ni.. Your Highness" Sir Dongwook membulatkan biji matanya terkejut apabila mendengar apa yang dikata oleh pari-pari itu.
"HEI JANGAN PANGGIL GUE GITU MALU-MALU" jeritnya lalu menutup wajahnya acah gadis melayu malu-malu anjir.
"Perasan hanat.. dah sana tak jadi aku nak bersopan dengan kau" pari-pari itu mencebik geram, jijik melihat jejaka itu menggeletis sebegitu.
"Sejak bila hah sejak bila kau sopan dengan aku?!"
"BLAH LA KAU PERGI MASUK SANA!!" halau pari-pari itu, Sir Dongwook masuk ke dalam pintu gerbang itu sempat juga dia menjeling pari-pari itu. Sampai sahaja dia disana kelihatan semua anak muridnya berdiri terteguda dengan keindahan hutan magis.
"Woahh lawanya hutan ni.." puji Hansol lalu menghirup bunga ros berwarna merah bau vanilla, wahh unik.
"Gerbang kat sini lagi kecil la siap ada bunga-bunga" ujar Junhui pula melihat persekitarannya.
"Lawanya!!" Seokmin tersenyum riang apabila mendengar bisikkan merdu dari semua pokok mahupun haiwan-haiwan disitu. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang melingkar pada badannya.
"Eh?"
"Kita sudah sampai!! Hutan magis!!" Jerit guru itu lalu mendepakan tangannya dengan penuh bangga.
"Hurm tak nampak macam magis pun" Sir Dongwook menjegilkan matanya pada Soonyoung, tak habis-habis nak ajak bergaduh mamat ni.
Minghao yang dari tadi rasa macam ada yang kurang mula memusingkan badannya kebelakang, kelihatan sebuah pokok yang agak besar membawa Seokmin yang sedang ketawa riang.
Eh ketawa?
"Sir!! Ada pokok bawa lari Seokmin!!" Jerit Minghao panik, melihat rakannya yang semakin jauh dibawa lari pokok itu membuatkan dia bertambah panik.
Mereka terus berlari mengejar pokok yang membawa Seokmin.
"HEI POKOK LOBANG TENGAH!! BAGI BALIK ANAK MURID AKU!!" teriak Sir Dongwook geram, baru sahaja dia ingin menggunakan kuasanya kelibat pokok itu dan Seokmin sudahpun hilang
"SIR TUNGGU KAMI!!" Jerit anak-anak muridnya yang lain turut mengekorinya.
"Kita mesti cari Seokmin, saya pasti dia tak jauh dari sini" semua mengangguk lalu mula mencari Seokmin, berharap jejaka itu tidak diapa-apakan oleh pokok itu.
Sir Dongwook tersenyum sinis, dia tau apa tujuan pokok itu bawa lari Seokmin jadi tugasnya sekarang hanyalah melengahkan yang lain membiarkan pokok itu membuat kerjanya.
"Pokok oh pokok~~ apa nama awak?" Soal Seokmin setelah dapat menyimbangkan badannya duduk di bahu pokok besar itu.
"Chris" jawab pokok itu dengan suara besarnya.
"Hah cheese?" Jejaka itu mengerutkan dahi, apa teruk bebenor nama pokok ni.
"Goblok kamu ngak dibuat-buat ya" ujar Chris Si Pokok dengan gelengan kesalnya.
"Ngak dong"
"Dehh tuli kayaknya mu ni"
"Udah dong sampai kapan kita harus ngomong endon?" Soal Seokmin tidak faham, apa function diorang borak endon ni?
"Birisik banget lorh"
"Dah-dah la tu woi!! Mana awak nak bawa saya ni" jejaka itu menatap Chris Si Pokok dengan geram.
"Kehati saya ciaaaa" balas pokok itu dengan ayat manis kecing pahitnya.
"Pokok ada hati ke?"
"Auch ;-; kok sakit banget deh?" Chris Si Pokok mengusap lututnya, Seokmin pandang pokok itu pelik jadah hati kat lutut lain la otak kat lutut eh tibe.
"Dah la tu -_-"
"Hahaha saya turunkan awak disini jelah" pokok itu terus mengangkat Seokmin lalu dibawa turun dengan berhati-hati kang tercedera si Seokmin ni buat naya je dia kena sebat bontot nanti.
"Eh kenapa turunkan?! Kat mana tempat ni?! Asal tempat ni hijo sangat macam muka awak?!" Soal jejaka itu bertubi-tubi dengan cemas.
"Saya kan pokok memang la hijau bahlol -_- dan ni semua rumput bangang" balas Chris Si Pokok dengan geram, payah betul la orang macam ni.
"Mian hehehe"
"Saya minta diri dulu. Pergi pasar membeli pelam, waalaikumsalam, selamat malam" ujar pokok itu lalu berlari meninggalkan Seokmin yang masih cuba mencerna pantun Chris Si Pokok. Tu pantun tiga karat atau dua karat?
"Malam jadah dia.. tengah hari pun belum" jejaka itu menggelengkan kepalanya, tak faham dengan perangai pokok tu.
"Kat mana aku ni?" omel Seokmin resah, dia dah la seorang tak pernah masuk hutan magis kang dia terjumpa haiwan macam Hora macam mana? Tak ke mati muda dia nanti tak dapat la dia nak kahwin muda nanti waduhh.
Sedang dia berjalan sambil mengumpat pokok yang dia ingat bernama Cheese padahal namanya Chris itu. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu yang bercahaya disebalik semak dengan berhati-hati dia menghampiri semak itu kelihatan batu berlian berwarna hijau bercahaya kehijauan disitu.
( Carat la gais😏😏 )
"Woahh.." jejaka itu mengambil berlian hijau itu dengan kagum, apatah lagi apabila ketika dia menyentuh berlian itu cahayanya makin terang seperti memberitahu iainya adalah milik Lee Seokmin.
"Takpe ke aku ambil?" Soal Seokmin ragu, tiba-tiba muncul satu makhluk berbentuk cendawan merah terang berjalan ke arahnya.
"Kami dah lama menunggu kedatangan kamu Lee Seokmin, berlian ini hak kamu jaga sebaik-baiknya apabila buku itu dapat dibuka maka berlian kamu akan bersinar bersama dua belas batu berlian yang lain seperti 100 tahun yang dulu dan kamu akan jumpa pelindung kamu" terang makhluk berupa cendawan itu.
"Ahh baik terima kasih" ucap Seokmin lalu memberikan senyuman manis semanisnya ewahh sebelum makhluk cendawan itu menghilang disebalik semak.
Seokmin malas nak ikut katanya takut kena sorok bunian tak pasal-pasal nanti. Seokmin memandang berlian itu semula, kini berliannya sudah bertukar menjadi rantai.
"Hebat siot carat ni ewahh~~" ujar jejaka itu sambil memakai rantai itu lalu dia menyambung perjalanannya semula mencari guru dan rakan-rakannya.
"HOI SEOKMIN!!" Jerit Seventeen yang tiba-tiba melompat disebalik semak membuatkan Seokmin jatuh kebelakang.
"MAKKAUSIRDONGWOOKKENTUT"
________________
Miss me? I is sekolah la gais mian ye hshshshhs sekurangnya terbuka la hati sikit aku ni nak update hshshsh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro