Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29

"Tuanku putera!!" Jisoo menghentikan langkahnya lalu menoleh kebelakang, kelihatan seorang jejaka berpakaian lengkap pengawal diraja berlari menghampirinya.

"Hmm? Eh hai Sehun hyung!!" sapa Jisoo pada pengawal peribadinya.

"Tuanku baik-baik kan? Syukur la tuanku selamat tau tak bertapa risaunya kami bila dapat tau tuanku terpilih menjadi The Witch Guardians!!" Ujar Sehun risau sambil menggenggam bahu Puteranya.

"Saya okay jelah hehehe mereka kat sana layan saya baik dan saya dapat ramai kawan yang care dengan saya, jangan risau la saya kan kuat" Jisoo menepuk bahu Sehun, berkata bahawa dia memang dalam keadaan baik sahaja.

"Baguslah tu!! Kami risau sebab kekadang langit tiba-tiba je jadi mendung betul ke tuanku tak apa-apa" sampuk dayang Park yang baru sahaja tiba sambil membawa beg milik Jisoo.

"Yup! Jangan risau la noona"

"Noona! Sekarang waktu Bunny makan" ujar Jisoo setelah menilik jam di tangannya.

"Nanti noona siapakan makanan dia ye" pamit dayang Lee pergi ke dapur dan diikuti Bunny yang sudah merubah bentuknya menjadi kucing putih gebu meninggalkan tuannya dan Sehun yang masih berdiri di depan bilik Jisoo.

"Jisoo nak masuk bilik" ujarnya, belum sempat dia ingin masuk ke dalam lengannya terlebih dahulu diraih oleh Sehun.

"Betul tuanku tak apa-apa?" Soal pengawal peribadinya lagi.

"Iyer hyung dah-dah Jisoo nak mandi badan dah melekit dah ni"

"Baiklah pergi la rehat" Sehun tersenyum tipis lalu membenarkan jejaka itu masuk ke dalam biliknya, Jisoo mengeluh perlahan orang disekelilingnya masih lagi risau akannya padahal dia baik-baik sahaja. Ketika Jisoo ingin membuka bajunya kedengaran notifikasi masuk dari telefonnya, jejaka itu mengambil telefonnya lalu memeriksa mesej itu mana tau penting.

"Hmm? Kenapa Daddy mesej ni? Dia keluar la tu" omelnya, tiba-tiba dia mendapat idea dia terus membalas mesej Daddynya setelah itu dia meletakkan semula telefonnya di atas katil.

"Jom mandi!! Yeayy air yeayy" ujar Jisoo riang, membayangkan air sejuk itu membasahi badannya fuhh betul-betul buat dia rasa tak sabar.

"Tiba-tiba aku macam teringatkan seseorang.. hmm siapa?" Soalnya sendirian.

"Han?"

"Hannie?"

"Kenapa namanya macam pernah aku dengar ek" Jisoo mengerutkan dahinya, dia memicit pelipisnya apabila tiba-tiba kepalanya terasa sakit.

"Ouh awak dari ais!! Saya dari air!! Yoon Jeonghan imnida"

"Jeonghan? Hannie? Dia ke budak yang tolong aku haritu?" Jejaka itu membuka matanya perlahan, dia teringat semula tentang Jeonghan yang menolongnya ketika dia waktu kecil walaupun samar-samar dia tau itu Jeonghan.

"Mesti Hannie sedih aku tak ingat dia dulu" ujarnya lirih tapi takpe sekarang dia dah ingat nanti dia tegur la Jeonghan lepas masuk sekolah nanti.

Usai sahaja jejaka itu membersihkan diri, dia memakai pakaian yang selesa lalu mengeringkan rambut basahnya. Sedang dia sibuk melipat tualanya tiba-tiba kepalanya mula sakit.

"A-akh.." Jisoo memegang kepalanya erat, cuba mengawal deruan nafasnya yang semakin sesak, telinganya mula berdesing mendengar jeritan di kepala otaknya seperti otaknya cuba memerah mencari ingatan yang sudah lama disembunyikan.

"Mommy? Mommy!! Daddy!!" panggil Jisoo kecil yang kini berlari di setiap pelosok hutan yang berkabus tebal itu, mencari ibu dan bapanya.

"Jisoo!! Sini sayang!!" jerit satu suara bergema di dalam hutan.

"Mommy!!" budak itu kembali berlari apabila mendengar suara yang dikenalinya adalah ommanya menjerit memanggilnya.

"Jisoo sini!!"

"Daddy!! Mana korang?!" soalnya dengan nafas tercungap-cungap, dia memandang sekeliling tiada sesiapa pun disini hanya pokok dan kabus yang tebal sahaja.

"Sini Jisoo~~" lariannya terus berhenti mendadak apabila dia teringat sesuatu yang amat penting.

"Sekejap.. Mommy dan Daddy tak pernah panggil Jisoo patutnya Joshua.." ujarnya yang sudah mula ketakutan apabila dia baru sedar hutan yang di berada sekarang ni amat menakutkan, gelap seperti pokok-pokok yang tebal itu menghalang cahaya matahari menembusinya.

"N-ni perangkap!!" jeritnya dan tiba-tiba muncul ahli sihir hitam yang ramai mengepungnya di dalam satu bulatan.

"Pandai juga ye kau budak!!" Ujar salah seorang ahli sihir hitam itu dengan sinis, walaupun Jisoo tak nampak wajah ahli sihir tu yang pasti dia memang sedang menatapnya dengan sinis.

"S-siapa korang?!" Soal Jisoo takut.

"Hong Jisoo atau Joshua Hong, Putera tunggal kerajaan Ais, pegang dia" mendengar arahan itu dua daripada sepuluh ahli sihir itu terus menahan badan Jisoo.

"Lepaslah!! Sesiapa tolong!!" Teriak budak itu meminta tolong, walaupun amat tipis untuk seseorang dengar tapi sekurangnya dia mencuba.

"Joshuji? Joshuji!! Jisoo!! Joshua!!" kedengaran jeritan seseorang yang berteriak memanggil namanya dan itu membuatkan Jisoo tersenyum senang.

"H-hannie!! Tolong saya!! Lepas!! Hannie!!!" panggil budak lelaki itu tetapi tiada sebarang sahutan dan itu membuatkan Jisoo kembali panik.

"Hiks mommy!! Daddy!! Hannie!!
S-seungcheol!! Tolong Joshua!! Hiks" tangis Jisoo meraung memanggil kawan dan keluarganya.

"Lepas!! Sakit!! Tolong lepaskan!!" Ronta budak itu cuba meleraikan pegangan ahli sihir hitam itu darinya, suhu disitu mendadak turun sehingga ternampak hembusan asap keluar dari nafas mereka menunjukkan mereka di takat beku.

"LEPAS!!!" Dengan sekali rontaan, dua ahli sihir hitam itu terpelanting berlanggar dengan pokok disitu, serentak lima ahli sihir hitam menahan setiap inci anggota badan Jisoo supaya dia tidak membuat perkara drastis lagi.

"Cepat sihir dia!! Kuasa dia makin kuat!!" Arah salah seorang dari ahli sihir hitam itu, semua ahli sihir itu terus membaca mentera dan terus menujukan sihir mereka pada Jisoo. Kuasa hitam itu mula masuk ke dalam badan budak itu lalu Jisoo rebah tidak sedarkan diri.

"T-taehyung.." itulah kata-kata terakhirnya sebelum dunianya mula menjadi gelap, tenggelam di tempat paling bawah di jiwanya.

"Errgh.." Jisoo mengerang perlahan apabila dia merasakan badannya yang sangat sakit dengan lemah dia membuka matanya perlahan terpampang wajah mommynya yang sedang menangis teresak-esak.

"M-mommy.." panggilnya dengan lemah, badannya terlalu lemah seperti dirinya bila-bila sahaja akan mati jikalau disentuh sedikit.

"Joshua sayang.. kamu dah bangun.." Permaisuri Hong terus berlari menghampiri anak tunggalnya yang masih dalam keadaan lemah.

"Apa jadi ni mommy? Daddy mana? Mana semua dayang?" Soalnya sambil memandang sekeliling, keadaan di dalam biliknya amat teruk sekali seperti macam baru kena ribut, katilnya yang dia baring sekarang ni pun dah terbelah dua.

"Daddy luka parah sayang.. dayang-dayang semua ada yang dah mati.. apa kamu dah buat? Joshua kena kamu buat macam tu?" Soal wanita muda itu lirih, dia kembali mengalirkan air matanya.

"Joshua buat apa? Mommy!! Kenapa daddy luka parah?! Kenapa noona-noona Joshua mati?!" Soal Jisoo sambil menggoncang badan Mommynya, tidak menghiraukan rasa sakit pada badannya.

"Kamu pertaruhkan nyawa kamu Joshua dengan naga kamu!! Kamu musnahkan semua dunia magik!! Semuanya.." jawab Permaisuri Hong tersekat-sekat, masih cuba untuk menerima kenyataan hanya dalam satu hari anaknya dapat memusnahkan dunia magik.

"T-tak mungkin.. Kenapa Joshua tak ingat apa-apa?!" perasaan Jisoo mula berkecamuk, dia memang tak ingat apa-apa kali terakhir dia ingat, ahli sihir hitam memasukkan sesuatu pada badannya.

Dia melirik kalendar yang berada tidak jauh darinya, 19 September?! Walhal waktu dia terkena serang hendap dengan ahli sihir itu pada 30 Oktober!! Dah berapa lama dia tak sedarkan diri? Bahkan sekitar itu boleh banyak benda terjadi tanpa dia sedar.

"Kamu hampir bunuh Mingyu... terutama sekali Seungcheol!! Daddy luka parah sebab terkena kuasa kamu!! Dayang-dayang kamu cuba pertahankan kamu tapi mereka dibunuh!! Naga kamu bertarung dengan naga sang penjaga kerajaan api!! Takkan kamu tak ingat?" Ucap Permaisuri Hong panjang lebar, dia tidak marah pada anaknya cuma dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak menjaga anaknya dengan baik.

"Mingyu? Seungcheol? Tak mungkin! Joshua sayang diorang!! Joshua sayang noona-noona Joshua!! Joshua takkan buat macam tu" ujarnya sedih, dia takkan tergamak buat macam tu ye dia tau itu bukan dia selama ni, dia tak sedar apa yang jadi.

"Tapi kamu buat sayang.. naga kamu dah mati galang gantinya separuh dari nyawa kamu diambil.. nasib baik kamu ada dua naga" wanita itu mengelus pipi Jisoo dengan lembut, memandang wajah anaknya yang pucat dan makin cengkung itu kerana waktu itu sudah seminggu anaknya tidak sedarkan diri selepas tragedi hitam itu.

"D-dua?"

"Jangan sesekali keluarkan lagi seekor.. Mommy tak nak kehilangan kamu" Permaisuri Hong memeluk anaknya erat seperti tidak mahu melepaskan Jisoo lagi dan pada saat ini dia akan cuba melindungi anaknya sebaik mungkin.

"Ni semua salah Joshua!! Joshua dah musnahkan semuanya!! Joshua dah bunuh orang!! Joshua hampir bunuh Daddy!!" tangis Jisoo dengan rasa bersalah menguasai diri.

"Ni semua bukan salah Joshua.." sampuk seseorang, serentak kedua-dua anak beranak itu memandang sosok seseorang yang sedang bersandar pada tepi pintu bilik dengan keseluruhan badannya yang berbalut dengan bandage.

"Daddy!!" Jisoo terus berlari dan memeluk Daddynya dengan erat lupa akan dirinya yang masih lemah lagi, Raja Hong hanya meringis perlahan menahan sakit apabila anaknya memeluknya dan terkena pada tempat lukanya hasil tikaman Jisoo dan cakaran naga milik anaknya itu.

"Hiks daddy maafkan Joshua!! Joshua anak yang teruk!!" ujar Jisoo menangis teresak-esak, sayu hatinya apabila melihat keadaan Daddynya yang parah akibat ulahannya sendiri.

"Ni bukan salah kamu nak.. kamu tak sedar ni semua salah kami sebab tak sedar selama ni ada benda lain yang kawal kamu" terang Raja Hong lalu mengelap air matanya anaknya yang mengalir di pipi.

"M-maksud daddy?" Soal Jisoo tidak faham.

"Putera Jisoo.. kamu disihir oleh ahli sihir hitam, kamu bernasib baik saya tak kenakan hukuman bunuh kerana kamu dirasuk jadi kamu selamat" sampuk seorang jejaka berjubah biru gelap, menatap Jisoo tajam.

"S-siapa hyung ni?" Jisoo berlari menyorok di belakang Daddynya dengan ketakutan.

"Dia adalah The King, dia yang tolong selamatkan kamu, dia dah buang sihir hitam tu dan sekarang kamu selamat" Raja Hong menarik lengan Jisoo menghadap jejaka yang digelar The King itu.

"Tapi bersiap sedia.. ingatan buruk itu akan datang pastikan dia dikawal ketat berkemungkinan besar dia akan mengalami trauma teruk" pesannya pada Raja Hong sesekali dia melirik pada Jisoo yang sedang menguis lantai menghilangkan rasa takutnya.

"Terima kasih" ujar Raja Hong lalu menunduk hormat pada jejaka itu, walaupun mereka berdua adalah dari kalangan diraja pangkat The King lebih tinggi dari semua Raja-raja di dunia magik itu.

"Pastikan kamu sentiasa kuat okay, saya akan tunggu kamu, kita akan jumpa lagi" jejaka itu membongkokkan badannya untuk menyamakan tingginya dengan Jisoo, pandangan lembut diberikan serta tangannya mengusap rambut budak itu dengan penuh kasih sayang.

Jisoo terpana seketika apabila melihat pandangan redup dari The King.

"Baik Tuanku.."

Jisoo mengambil nafasnya sedalam-dalamnya, kepalanya sudah tidak berasa sakit lagi, dia mengelap peluhnya yang membasahi wajah dan badannya.

"I-ingatan ni, ni semua bukan salah aku.. ahli sihir hitam tak guna!! Aku kena bagitau dia!! Pasti hubungan kerajaan api dengan ais akan berbaik semula!!" Jisoo kembali menukar pakaian dengan lebih bersih kerana bajunya yang sebelum ni sudah basah dengan peluhnya jadi terpaksa dia tukar yang baru.

Langkah Jisoo terhenti apabila dia teringat sesuatu.

"Eh kejap!! Janji tu!!" Jejaka itu terus berlari pergi ke tempat meja makan diraja, kelihatan Permaisuri Hong sedang sibuk bertanya pada dayang tentang apa yang hendak dimasak untuk makan malam nanti.

"Mommy!!" panggil Jisoo setelah dia berdiri di depan Permaisuri Hong.

"Ye sayang?" sahut wanita paruh baya itu memandang anaknya yang sedang tercungap-cungap mengambil nafas selepas berlari dari tingkat empat sehingga ke meja makan.

"Ni.." jejaka itu menunjukkan paparan telefonnya pada Mommynya.

"Ouh.. daddy belum balik lagi" jawab Permaisuri Hong lalu menyambung mengelap pinggan kesayangannya.

"Alahhh Joshua nak cepat ni!!" rengek jejaka itu tetapi tidak diendahkan oleh Permaisuri Hong, wanita itu lebih memilih lap pinggan dari layan anak terunanya yang tak habis-habis duk merengek.

"M-mommy.. mana Daddy?" Soal Jisoo dengan risau, siapa tak risau Daddynya kata akan balik secepat mungkin dah lebih dua jam ni tak nampak pun batang hidung.

"Bertahan la!!"

"T-tak boleh.."

"BERTAHAN LA SAYANGKU"

"SEHUN HYUNG TUTUP TV TU KACAU LA" jerit Jisoo sehingga kedengaran di bilik Tv menyebabkan Sehun yang sedang syok tengok drama terus kabut tutup Tv.

"MIAN WOI!!" balas Sehun dari bilik itu, Jisoo hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Sempat pula mamat tu tengok Tv.

"Sabar la kejap" balas Permaisuri Hong malas.

"Tak boleh!!"

"Kenapa tak boleh?!"

"Shua nak aiskrim limited tu sekarang juga!! Joshua nak cepat!!" rengek jejaka itu sekali lagi tapi kali ni dia siap main hentak kaki lagi.

"Kamu nak pergi mana?!" Soal Permaisuri Hong sambil menjegilkan matanya memandang anaknya geram.

Belum sempat Jisoo ingin menjawab tiba-tiba kedengaran hempasan pintu yang agak kuat di pintu gerbang ruang makan itu.

"Hallo!! Daddy sudah pulang-- ehhh!!" Hampir terlompay Raja Hong apabila anaknya tiba-tiba muncul dan merampas ke semua plastik yang berisi aiskrim di pegangan Daddynya.

"Sorry daddy!! Urgent ni gumawo belikan aiskrim banyak-banyak!!" jerit Jisoo lalu berlari keluar masuk ke dalam kereta yang sudah disediakan siap-siap oleh dayang dan memandu keluar dari perkarangan istananya meninggalkan Raja Hong yang masih terpinga-pinga dengan kecepatan Jisoo.

"A-aku belikan aiskrim untuk dia satu je yang semuanya tu aku punya.." ujar Raja Hong lirih, menatap kepergian aiskrim dan anaknya yang sudah pergi jauh.

"Takpe la awak nanti saya buat aiskrim lagi sedap dari tu" pujuk Permaisuri Hong terus Raja Hong tidak jadi merajuk apabila isterinya nak buatkan aiskrim maklum la aiskrim buatan bininya lagi sedap dan susah nak dapat sebab Permaisuri Hong malas sangat nak buat aiskrim padahal masak benda lain rajin pula.

"Hmm dia nak pergi mana tu?" Soal Raja Hong sambil melihat isterinya yang kembali menyambung mengelap pinggan.

"Jumpa Seungcheol kot, dia dah ingat balik la tu" jawab wanita paruh baya itu tenang tapi Raja Hong pula yang tak tenang.

"Awak tak halang?!"

"Buat apa? Dia dah besar kan tau la dia nak settlekan sendiri kalau makin teruk baru kita masuk campur" Raja Hong mengangguk faham, nampaknya isterinya sudah membuka hati untuk membiarkan anak tunggalnya melakukan sesuatu perkara sendiri. Maklum la sejak peristiwa itu isterinya terlebih protective terhadap Jisoo dan dia faham akan itu sebab tu dia tak halang.

"Habistu kalau naga tu.." Permaisuri Hong menghentikan aktivitinya dengan wajah penat-la-aku-macam-ni-asyik-tanya-je.

"Itu keputusan dia, dia dah dewasa biarlah dia lagipun nanti dia yang akan ambil pemerintahan ni juga biar dia pandai berdikari" terang wanita itu datar, siap bagi amaran lagi jangan tanya soalan dah kalau tak, takde aiskrim untuk hari ni.

"Hiks Joshua ku sudah besar" ujar Raja Hong lalu mengelap air mata palsunya dengan bangga, Permaisuri Hong menatap suaminya dengan wajah penuh judge.

"Gedik"

🔮🔮🔮

"Kau boleh buat Choi Seungcheol huh.." ujar Seungcheol memberikan kata-kata semangat pada dirinya sendiri di depan bilik kerja appanya.

Apabila dia sudah yakin dengan keputusannya, dengan penuh berani dia mengetuk pintu pesi berwarna silver cerah itu apabila mendapat sahutan dari appanya dia membuka pintu masuk ke dalam bilik itu dengan penuh berharap dia takkan kena bakar hari ni.

"Appa.." panggil Seungcheol sambil matanya tak lepas memandang appanya yang masih sibuk menulis sesuatu di meja kerjanya.

"Kamu dah siapkan senarai nama majlis kita?" Soal Raja Choi tanpa berbasa-basi, sedikitpun dia tidak memandang anaknya matanya lebih fokus pada kertas yang perlu dia periksa.

Seungcheol mengeluh perlahan, alih-alih tanya soalan macam tu cuba la tanya khabar dia ke, dah makan ke ini tak straight to the point sangat dan disebabkan majlis tu la sampai sahaja dia ke istana dan selesai makan tengah hari terus dia menguruskan persiapan majlis itu tanpa sempat melihat telefonnya yang sesekali bergetar tanpa dia sedar.

"Dah.. appa boleh Seungcheol nak cakap sesuatu" pinta jejaka berkulit putih susu itu dengan ragu-ragu.

"Apa?" Raja Hong menghentikan kerjanya lalu meletakkan speknya kebawah untuk fokus pada anaknya.

"Apa kata kita berbaik dengan kerajaan ais" cadang Seungcheol dengan percakapan yang kedengaran seperti rap tapi appanya faham apa yang dikata oleh jejaka itu.

"Apa kamu kata? Berbaik? Kamu tak ingat ke apa yang mereka dah buat dengan kita?! Dengan kamu?!" Bentak Raja Choi bengang, sudah 10 tahun hubungan persahabatannya dengan kerajaan Ais hancur dan sekarang anaknya tiba-tiba sahaja ajak berbaik dengan kerajaan itu.

"Seungcheol pasti mereka tak sengaja!! Appa tak dengar pun langsung cerita dari pihak sana!! Kita tak boleh tuduh melulu" terang Seungcheol yang masih tenang dengan situasi yang sudah mula menjadi tegang.

"Anak mereka!! Kawan baik kamu dulu hampir bunuh kamu!!"

"Seungcheol pasti Jisoo tak sengaja!!" Bela jejaka itu, dia pasti rakannya itu tidak sengaja kalau sengaja masakan Jisoo sentiasa takut dan bersalah terhadapnya.

"Jadi kamu dah ingat huh? Dia tetap salah kalau boleh appa nak bunuh dia waktu tu juga" Raja Choi merengus geram, dia masih ingat lagi waktu tu Seungcheol anak bongsunya terkulai layu di dalam dakapannya, hampir sahaja dia membunuh Jisoo yang sudah tidak sedarkan diri itu tetapi The King sempat menghalangnya dan mengugut jika dia bertindak melulu lagi The King takkan segan menamatkan riwayatnya pada waktu itu juga.

"Appa!! Tolong la turunkan ego tu sikit dan dengar penjelasan mereka" rayu Seungcheol pada appanya yang masih menegaskan dengan pendiriannya.

"Keluar Choi Seungcheol" arah Raja Choi dingjn.

"Terima mereka semula appa" pujuk jejaka itu lagi.

"Merepek!!" Raja Choi ketawa sinis, terima mereka semula? Setelah apa yang mereka dah buat pada Seungcheol.

"Mereka la yang selamatkan kita dulu!! Dah kita? Hanya membuatkan situasi bertambah buruk" terang Seungcheol yang turut berkeras memujuk appanya untuk membuka hati menerima semula Kerajaan Ais.

"Apa maksud kamu?" Soal Raja Choi bingung.

"Seungcheol ingat semuanya appa.. naga Jisoo selamatkan Seungcheol.. JISOO SELAMATKAN SEUNGCHEOL TIGA KALI! APPA MASIH NAK BUTAKAN MATA APPA TU LAGI?!" Jerit Seungcheol, dadanya turun naik menahan diri dari melakukan sesuatu yang berada di luar jangkauan kerana mengikut amarahnya.

"Sudah la!! Keluar!!"

"Appa masih tak nak dengar? Kalau bukan sebab Sir Dongwook mesti Seungcheol jadi macam appa.. bertindak melulu!! Ego!!" ucap jejaka itu lagi.

"Apa dia dah buat pada kamu?! Witch tak guna tu!!" Raja Choi membentak geram, Sir Dongwook tak habis-habis membuatnya sakit kepala.

"Dia bukan tak guna!! Dia cikgu Seungcheol!! Kalau bukan dia yang kembalikan ingatan Seungcheol mesti Seungcheol pun buta hati macam appa" Seungcheol menatap appanya dengan sinis apabila appanya muka terdiam.

"Seungcheol nak jumpa Jisoo" ujarnya dengan tekad.

"Tak boleh--

Ucapan Raja Choi terhenti apabila mendengar ketukan yang agak kuat, dengan wajah yang masih lagi ketat dia menyuruh pengawal dirajanya masuk, kelihatan pengawal itu memandang Raja Choi dan Seungcheol dengan takut.

"Yang Mulia!! Ada orang yang ingin berjumpa dengan Yang Mulia dan Tuanku Putera!!" Ujar pengawal itu.

"Siapa?" Soal Raja Choi, tengah hari macam ni ada yang ajak jumpa hmm pelik.

"D-dia.. putera dari kerajaan ais" jawab pengawal itu ragu. Raja Choi mengusap wajahnya dengan kasar.

"Tak bo--

"BAWA DIA MASUK" potong jejaka itu, lalu mengarahkan pengawal itu keluar dari bilik secepat mungkin.

"Baik!!" Setelah pengawal itu menunduk hormat pada Raja Choi dan Seungcheol dan berlari keluar.

"Dengar penjelasan dia appa, bukakan hati tu kalau bukan sebab Jisoo mesti Seungcheol dah lama mati" ujar Seungcheol lalu keluar dari bilik itu tanpa memandang appanya yang sedang dilema dengan situasi sekarang ni.











__________________

Esok Seventeen akan buat dance Left and Right Challenge kat Tik Tok hah moh ler kita support deme, aye tolong support tengok je kang kalau menari benda lain pula yang jadi nanti HAHAHAHAHAHHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro