Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28

"Selamat pulang Putera Mingyu, mari saya ambil beg Tuanku" sapa seorang lelaki separuh usia yang berpakaian lengkap dengan sut hitam depan gerbang pintu istana itu, dia mengambil beg baju yang dihulur oleh Mingyu.

"Terima kasih, mana omma dan appa?" Soalnya pada dayang Lee.

"Tuanku raja dan permaisuri berada di singgahsana mereka" jawab dayang Lee.

"Ouh baik terima kasih sekali lagi" ujar Mingyu lalu membenarkan dayang itu berlalu pergi untuk meletakkan begnya di bilik.

Ketika Mingyu sedang berjalan sambil bersenandung kecil tiba-tiba telinganya menangkap bisikkan beberapa dayang yang berdiri tidak jauh darinya. Badannya mula gementar apabila mendengar bisikkan yang tertuju kearahnya dengan cepat dia berjalan pergi dari situ berjumpa dengan keluarganya dari mendengar bisikkan menyakitkan hati itu.

"Omma!! Appa!! Mingyu sudah balik!!" Jerit jejaka itu setelah menendang pintu masuk singgahsana dengan kuat, fuhh nasib baik kali ni pintu tu tak tercabut.

"Eo? Selamat pulang budak hitam" sambut Permaisuri Kim yang masih sibuk mengikat tali kasut sukannya.

"Ish omma ni!!" Rengeknya apabila ommanya sendiri memanggilnya hitam, apa salah hitam?! Hitam swag apa.

"Tahniah ye kamu terpilih jadi The Witch Guardians, berlatih elok-elok bukan mudah nak pegang gelaran tu" ucap Raja Kim tidak menghiraukan rengekkan anak sulungnya itu.

"Baik appa!! Mana Minseo?" Soal Mingyu, selalunya waktu dia balik macam ni adik dia dah terkam dia dari belakang lepastu ajak lawan silat gayong menggoyang.

"Dia belum balik lagi katanya dia ada hal kat sekolah" jawab Permaisuri Kim yang kini sedang membetulkan seluar sukannya di sebalik gaunnya.

"Oklah Mingyu masuk bilik dulu" pamit jejaka itu lalu berjalan keluar dari singgahsana keluarganya.

"Jangan lupa turun untuk minum petang" pesan Raja Kim yang sedang melihat isterinya sudah memakai topi di atas kepala.

"Okay appa" sahut Mingyu dari jauh, apabila dia sudah berada di luar singgahsana kedengaran jeritan ommanya yang kuat disebalik pintu itu.

"AWAK JOM MAIN BOLA SEPAK!!"

"LAGI?! NI NAK MASUK 10 KALI KITA MAIN BOLA SEPAK HARI NI" jejaka itu tersenyum kecil mendengar perbualan omma dan appanya, eh baru dia teringat sesuatu.

"Lupa pula nak bagitau omma, Sir Dongwook nak bola sepak dia balik nanti-nanti la" omelnya, takpe kita biarkan je Sir Dongwook menunggu bola sepak kesayangan dipulangkan tapi nampak macam Permaisuri Kim suka sangat main bola tu hmmm mungkin Sir Dongwook takkan jumpa lagi dah bolanya lepasni.

Sedang Mingyu berjalan menuju ke biliknya dengan riang tiba-tiba dia terdengar perbualan dua orang dayang di depannya dan sekali sekala mereka mencuri pandang jejaka itu.

"Eh tu Putera Mingyu kan yang suka cakap seorang-seorang tu"

"Eh iyeke? Dia gila?"

"Kesiannya dah la hensem, muda lagi tapi dah gila" Mingyu mengetap gigi dengan geram, sedaya upaya menahan diri dari memarahi dan memberi malu pada dayang-dayang itu walaupun sebenarnya dia nak.

"Apa yang korang borakkan tu?" Tegur jejaka itu dengan senyuman palsu diberikan, tersentak dayang-dayang itu dibuatnya.

"Ah.. T-tuanku Putera.." kedua-dua dayang itu menunduk hormat pada Mingyu dengan wajah yang sudah pucat ketakutan, apa deme ni tak sedar ke apa Mingyu memang ada kat situ dari tadi.

"Nak kutuk saya belakang-belakang la bukannya depan-depan dan saya TAK GILA" ujar Mingyu dengan ayat terakhir yang sengaja ditekannya, bagi dengar sikit yang dia sebenarnya tak gila cuma kurang kasih sayang ehh.

"M-maaf Tuanku!!" kedua-dua dayang itu terus menunduk meminta maaf tetapi hanya mendapat tatapan dingin dari jejaka itu dan dia terus pergi dari situ tanpa berkata apa-apa.

Mingyu masuk ke dalam biliknya lalu pintu dihempas dengan kuat. Kelihatan uratnya yang timbul di leher menunjukkan yang dia memang sedang marah.

"Kutuk aku depan aku!! Takde hormat langsung!!" Mingyu merengus geram, kelihatan air matanya sudah mula bertakung di pelupuk matanya.

"Hiks kenapa mereka kata aku gila? Aku tak gila!! Aku cuma perlukan seseorang.. kenapa orang kat sini bodoh sangat hah?" Dia menumbuk dinding kristal itu dengan sekuat hati untuk melepaskan kemarahannya sesekali dia mengelap air matanya yang sudah tumpah dengan kasar.

Tok! Tok! Tok!

"Mingyu sayang.. buka pintu ni" Mingyu tersentak dengan segera dia membuka pintu itu terpampang seorang wanita paruh baya tetapi lebih muda dari ommanya sedang tersenyum manis padanya.

"Ibu!!" Jejaka itu terus memeluk wanita yang diberi gelaran ibu itu dengan erat.

"Hei kenapa ni?" Soal wanita itu sambil mengusap belakang rambut Mingyu dengan lembut, cuba menenangkan jejaka itu yang dari tadi menangis.

"Hiks dayang-dayang kat sini kata Mingyu gila!! Mingyu tak gila!!" Cerita jejaka itu yang sudah berhenti menangis apabila ibunya berura-ura ingin mencubit pipinya kerana terlihat Mingyu sangat comel apabila dengan hidung dan pipinya yang kemerahan kerana menangis.

"Kamu tak gila tapi kamu suka cakap dengan kristal kamu jadi tu mental" ujar wanita itu jujur.

"Ibu!!"

"Ah ye mian" Mingyu mengembungkan pipinya manakala wanita itu hanya ketawa kecil melihat habit jejaka itu.

"Mingyu kan takde kawan.. kalau ada pun Jisoo hyung tapi dia kan dah jarang datang sini lepastu si Minseo pun selalu dengan kawan dia.. sebab tu Mingyu borak dengan kristal je" terang jejaka tinggi lampai itu lirih kalau dia nak kawan pun bukannya dayang-dayang dia nak kawan dengan dia sebab semua fikir dia gila.

"Kan Mingyu terpilih jadi The Witch Guardians omma kamu pun kata kamu ada dua belas orang kawan kat dalam kumpulan tu"

"Tapi diorang ada hidup diorang juga" balas Mingyu seperti tidak sampai hati ingin mengganggu kehidupan rakan-rakannya itu.

"Lain kali ajak la diorang datang sini"

"Hurm yelah mana ayah?" Soal jejaka itu setelah beralah berdebat dengan ibunya, dia memang tak boleh lawan mulut dengan wanita itu pasti dia akan kalah teruk.

"Main bola sepak dengan omma dan appa kamu" jawabnya sambil mencubit pipi Mingyu yang sudah dia anggap anaknya sendiri.

"Ibu.. rasanya Mingyu kena bawa ibu dan ayah jumpa Chan kawan Mingyu untuk pulihkan ingatan ibu dan ayah" ujar jejaka itu cuba mengelakkan pipinya dari dicubit oleh ibunya itu.

"Sure, lately ni pun ibu ada mimpi ibu ada dua orang anak patut ke ibu cari mereka?" Soal wanita itu dengan teruja.

"Semestinya!! Mereka tu anak ibu ingat nama tak?" wanita itu menggaru kepalanya perlahan.

"Tak hehehe tapi muka ingat"

"Wuuu dah ingat senang la nantikan" balas Mingyu yang turut teruja siap bertepuk tangan lagi.

"Kamu halau ibu dan ayah ke?!" Soal ibunya dengan renungan tajam diberikan pada jejaka tinggi lampai itu.

"Mana ada!! Akhhh jangan cubit!! Geli!!" ronta Mingyu dengan kuat menahan geli apabila ibunya mencubit perutnya bertubi-tubi.

"Nakal lagi dah jom keluar join mereka main, Taehyung pun baru je sampai" tanpa mendapat balasan dari jejaka itu terus wanita itu menarik Mingyu keluar dari bilik.

"Ish dia tu takde rumah ke asyik nak datang sini je" rungut Mingyu yang masih mengekori ibunya pergi ke laman diraja.

"HOI NGUTUK AKU?! KALAU AKU TAKDE SIAPA NAK MAIN DENGAN KAU?!" Sergah Taehyung sambil mencekak pinggang di depan Mingyu dan wanita itu.

"Jisoo hyung kan ada" usik Mingyu sambil mengangkat kening tetapi Taehyung hanya mendengus geram lalu pergi meninggalkan mereka berdua tanpa berkata apa-apa.

"Kenapa dengan Taehyung tu? Badmood je bila mention nama Jisoo" soal wanita itu bingung, bergaduh kah budak berdua tu padahal dulu selalu je nak melekat eh bukan berdua tapi Taehyung seorang jelah.

"Dia merajuk tu pujaan hati dia kena kebas dengan orang" jawab Mingyu bersahaja tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Hah?"

"Dah jom keluar hehehe" jejaka itu terus menolak bahu ibunya meneruskan perjalanan apabila dia terlepas cakap.

🔮🔮🔮

"Kayuh! Kayuh cepat!! Hyung cepatlah hyung!!" Jerit Jihoon sambil menampar belakang Yoongi menyuruh hyungnya untuk cepat.

"KITA BOLEH NAIK KERETA EN YANG ENGKO BERIA NAK AKU BAWA KAU NAIK BASIKAL NI APAHAL?!" Jerit Yoongi geram, entah basikal siapa Jihoon ni rembat tengah hari buta dah tendang-tendang bilik orang suruh bawa dia naik basikal.

"Alah hyung ni bersenam la sikit!! Kata ada hal sekali hal dia tidur!! Huh!!" Ujar Jihoon tidak mahu kalah, ada sebab dia suruh Yoongi bawanya dengan basikal sebabnya ialah bagi mamat gula rajin sikit.

"Aku penat en semalam ada banyak tugas banyak songeh pula kau" balas jejaka berkulit putih mayat itu, sempat lagi dia menjeling Jihoon tidak puas hati.

"Kayuh jelah basikal tu!! Bising je lebih!!"

"Kau yang dari tadi bising!! Lepastu salahkan aku" sekali lagi mereka bergaduh tentang 'cepatlah kayuh basikal asal lembab sangat?!'.

"EH HYUNG BERHENTI KEJAP!!" Mendengar sahaja jeritan Jihoon secara tiba-tiba terus Yoongi membuat brek mengejut dengan menggunakan kaki habislah tak pasal-pasal tali selipar dia terputus sebelah.

"APA LAGI?!"

"AKU NAK BELI SESUATU!!" jejaka kecil itu terus melompat dari basikalnya lalu berlari masuk ke dalam kedai.

"Nak beli bunga la tu" omel Yoongi sambil membetulkan semula tali seliparnya yang terputus tadi.

"Hyung!! Nah!!" jejaka itu mengerutkan dahi memandang sesuatu yang dihulurkan oleh Jihoon tu dengan pelik, nampak keras, berbatang dan berwarna coklat.

"Apa benda ni?" Soal Yoongi blur.

"Aiskrim la baru sebulan kerja dengan raja terus bodoh ke tak tau apa tu aiskrim" balas Jihoon pedas, payah dapat hyung macam ni kalau tak tidur satu hari memang terus jadi bodoh.

"AKU TAU LA" jerit Yoongi lagi, fuhh selalu orang fikir sifat jejaka berkulit mayat ini adalah dingin, takde perasaan dan jenis tak kisah pasal orang tapi hanya Jihoon dan Bts sahaja yang tau perangai SEBENOR-BENORNYA SI YOONGEY NI.

"Heleh ni makan, penat en kayuh basikal kita rehat kejap" jejaka itu merengus perlahan lalu mengambil aiskrim di tangan Jihoon dan mereka makan aiskrim di tepi kedai yang sudah menyediakan kerusi untuk sesiapa berehat disitu.

"Hyung harap sangat kau adik hyung" ujar Yoongi tiba-tiba, terus terhenti aktiviti makan aiskrim si Jihoon mendengar apa yang dikata oleh jejaka itu tetiba je orang tua ni bagi ayat cringe.

"Aku memang adik hyung kan adik angkat" balas Jihoon layankan aje drama si Yoongey ni.

"Iyolah" selesai sahaja mereka makan dan membuang batang aiskrim di tong sampah yang disediakan mereka kembali ke basikal navy blue itu.

"Dah habis makan, KAYUH BASIKAL CEPAT!!" Yoongi miringis perlahan, dia baru je duduk dah kena serangan telinga macam ni kalau lama-lama layankan boleh pekak agaknya dia.

"IYE SABOR MENGARAH JE TAU" rungut jejaka itu lalu mengayuh basikal mengedahkan Jihoon yang sudah tersenyum kemenangan.

"Hyung tunggu sini tau" pesan Jihoon setelah mereka tiba di tempat yang dituju, sesekali dia membetulkan rambutnya dan bertanya pada bayangnya adakah dia nampak hensem kerana dia akan berjumpa seseorang kejap lagi jadi kena la nampak kemas dan hensem.

"Cepat sikit kalau tak, balik la kau jalan kaki" ujar Yoongi sambil menongkat dagu di pemegang basikal, matanya tak lepas memandang adik angkatnya yang sudah memuncungkan bibir.

"Iyelah" jejaka itu terus mengambil bunga ros putih dan masuk ke kawasan itu meninggalkan Yoongi yang sudah tertidur. Mamat gula ni kat mana-mana pun dia boleh tidur ye.

"Hai adik hyung yang comel, macam mana kau kat sana? Baik? Ke ada yang buli adik hyung ni hmm?" sapa Jihoon tersenyum tipis lalu meletakkan sejambak bunga ros itu di depan batu nisan adiknya.

"Maaf la kali ni hyung bagi bunga je sebab tak sempat nak beli barang yang best, cadangan Junhui pun merepek" ujarnya lalu membersihkan kubur adiknya yang diliputi dengan daun-daun kering.

"Dah genap 10 tahun kau pergi kalau kau hidup lagi mesti kau akan jadi member Mingyu, dia suka sangat kacau hyung" cerita jejaka itu, dia memang tak suka Mingyu menyakatnya tetapi apabila jejaka tinggi lampai itu sering mengacaunya kekadang dia sentiasa ingat Mingyu tu adiknya.

Walaupun Mingyu tu tinggi dan hitam hmmm abaikan jelah HAHHAHAHAHAHA. Okok tabaek gelak waktu babak sedih *on mood sedih balik-- HAHAHAHHAHA OKOK MAAF *kembali serius*

"Kau muda lagi tapi kau sudah korbankan nyawa kau untuk hyung.." air mata Jihoon mula tumpah, sesekali dia mengemam bibirnya cuba untuk fokus dengan lakonannya kerana lawak hambar membangang author itu hampir membuatkan dia kena cut untuk kali ke-100.

"Hyung mari kita pergi dari sini!!" arah seorang budak lelaki berumur 7 tahun pada hyungnya yang sedang terkial-kial melepaskan kakinya dari lilitan akar.

"Iyer kejap!!" balas Jihoon tenang walaupun sebenarnya dia pun gelabah juga tapi dia tak nak tunjukkan pada adiknya.

"Mana omma dan appa?!" soal Jihoon lagi setelah menghampiri adiknya.

"Mereka ada kat sana!! Cepat!!" jawabnya sambil menunjuk hujung hutan itu maklum la disebabkan gegaran dan ada sesuatu makhluk yang terbang berkeliaran disitu mereka terpisah dibelakang.

"Aduh menyesal masuk hutan waktu-waktu macam ni!!" rungut Jihoon, berlari dibelakang adiknya untuk berjaga-jaga.

"Sempat pula merungut!! Cepatlah hyung!" Ujar adiknya, tiba-tiba tanah tinggi yang berada tidak jauh dari mereka mula runtuh.

"Alamak tanah runtuh!! Cepat lari!!" jeritnya panik.

"Kejap-akh!!" Jihoon yang baru sahaja setengah jalan berlari mula tersungkur kerana terlanggar batu hingga menyebabkan lututnya berdarah.

"Hyung!!"

"Pergi dari sini!! Selamatkan diri!!" arah budak berumur 8 tahun itu dengan tegas, menyuruh adiknya pergi meninggalkannya.

"Tak nak!! Aku bukannya dengar pun cakap hyung!!" Balas adiknya lalu menghampiri Jihoon dan memapah hyungnya untuk pergi bersama.

Sedang mereka berusaha untuk berlari tiba-tiba batu yang besar jatuh menghampiri mereka. Mereka mula terpaku seperti tau apa yang akan bakal terjadi nanti.

"Hyung.. aku sayangkan kau" ujar adiknya dengan lirih lalu memeluk hyungnya.

"Aku pun sayangkan kau pabo" Jihoon terus membalas pelukan itu dengan erat, adiknya tersenyum nipis.

"Mianhei hyung, Saranghage" selepas adiknya berkata begitu terus badan Jihoon ditolak dengan kuat serentak itu batu besar itu jatuh menghempap adiknya di depan matanya.

Jihoon yang dari tadi terpaku terus merangkak ke arah batu besar itu mengabaikan rasa sakitnya pada lututnya yang kian mengeluarkan darah yang banyak kerana baginya sekarang ni hatinya lebih sakit daripada tu.

"W-woozi.. WOOZI!! LEE WOOZI!! WOOZI-AHH!!" Teriak Jihoon di depan batu besar itu, menangis teresak-esak menatap kepergian adiknya selama-lamanya.

"Kenapa la kau tak dengar cakap aku.. untuk kali ni je dengar la cakap aku!!" tangis Jihoon teresak-esak sambil menumbuk dadanya yang terasa sesak, hatinya masih lagi terasa sakit seperti 10 tahun yang lalu.

"Hiks maafkan hyung.. kenapa.. kenapa?!" teriak jejaka itu dengan penuh rasa bersalah.

"Patutnya hyung yang kena mati bukannya kau!!" sambungnya lagi dengan esak tangisannya yang semakin kuat, selang beberapa saat dirinya terada berada di dalam pelukan seseorang.

Jihoon berharap sangat orang yang memeluknya itu adalah adiknya, sentiasa berharap adiknya akan memeluknya dan menenangkannya seperti dulu tetapi..

"Shhh.. Jihoon sudah la tu" jejaka itu mendongak memandang Yoongi yang sedang memeluknya erat, menenangkannya dengan kata-kata semangat seperti adiknya.

"Hiks ni semua salah aku hyung.." tangis Jihoon lalu, Yoongi menghela nafas berat jejaka itu masih menyalahkan dirinya walaupun itu bukan salahnya.

"Jihoon, pandang hyung" mendengar arahan dari hyungnya itu, Jihoon mendongak memandang Yoongi dengan sedu sedan.

"Tolong dengar dan simpan dalam otak tu baik-baik, ini bukan salah kau.. dia yang nak selamatkan kau! Jadi kau jangan sia-siakan pengorbanan dia Jihoon, jadi The Witch Guardians dengan baik" ujar Yoongi panjang lebar, menggengam bahu Jihoon dengan lembut. Dia masih lagi ingat lagi janjinya pada adik Jihoon dua hari sebelum tragedi itu berlaku.

"Yoongi hyung!!" panggil Woozi yang sudah menerjah bilik Yoongi tanpa bersalah.

"Hmm" balas Yoongi yang masih menutup matanya, cuba untuk tidur.

"Janji dengan Woozi kalau Woozi takde hyung tolong jagakan Jihoon hyung" pinta budak kecil itu dengan penuh berharap.

"Hmm" sekali lagi Yoongi hanya berbalas sebegitu walaupun sebenarnya dalam hati dia mula rasa tak sedap hati dengan permintaan Woozi.

"Minta penampar betul la dia ni, YAH!!" jerit Woozi tidak puas hati lalu menendang katil Yoongi dengan kuat.

"Hmm" budak itu merengus geram, asyik hmm je tak reti bercakap ke apa.

"Jihoon hyung~~ tengok Yoongi hyung ni!!" Woozi terus berlari keluar dari bilik Yoongi mencari hyungnya untuk mengadu meninggalkan Yoongi yang sudah membuka matanya dan tersenyum nipis.

"Aku janji, budak gila"

"Hiks gumawo" terhenti lamunan Yoongi apabila Jihoon membalas pelukannya dengan erat.

"Dah jom balik, dah nak malam ni dah la kita naik basikal kang kejap lagi kena kejar dengan Troll mampus kita" seloroh jejaka itu, Jihoon ketawa kecil lalu mengangguk mengekori hyungnya untuk pergi ke basikal mereka.

Jihoon menoleh kebelakang, menatap kubur adiknya buat kali terakhir sebelum dia pulang ke rumah.

"Maafkan hyung, saranghage" ujarnya lalu mengikuti Yoongi yang semakin jauh semula.

Pokok-pokok kecil mula bergoyang di sekitar kubur itu menampakkan seorang jejaka yang berketinggian 170 cm, rambutnya yang hitam lembut ikut beralun mengikut arus angin, kulitnya yang putih pucat, berpakaian serba putih dan mata, hidung dan mulutnya mirip seperti Jihoon, matanya tidak lepas memandang hyungnya dan Yoongi yang sudah semakin jauh dari kawasan perkuburan, dia tersenyum manis, sebelum hilang dia sempat mengatakan sesuatu.

"Nado saranghage, hyung. Kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat ni dan aku akan menunggunya sampai sudah tiba masanya nanti..."

"Aku akan datang dan jemput kau hyung"

🔮🔮🔮

"Oppa!! Lepas habis makan!! Basuh la pinggannya!!" bergema rumah milik keluarga Chwe itu dengan teriakkan padu Chwe Hangyeol adik kepada Chwe Hansol.

"Hari ni kan tugas kau basuh pinggan eii!! Buat-buat lupa la tu" balas Hansol yang sedang sibuk mengorek sisa makanan yang melekat di celah giginya.

"Hish pemalas betul bukannya nak tolong adik dia yang cantik ni" rungut gadis itu yang baru sahaja berginjak 10 tahun. Nasib kau la dik dapat abang macam ni.

"Tak cantik pun" komen Hansol pedas yang baru sahaja melewati dapur.

"YAH!!"

"Hansol!! Hangyeol!! Jangan bergaduh omma potong duit bulanan kamu nanti!!" tegur Pn.Chwe memberi amaran pada kedua-dua anaknya. Kalau sehari tak bergaduh memang tak sah.

Hansol dan Hangyeol hanya diam dan mengangguk perlahan.

"Salah kau la ni" bisik jejaka itu lalu menjeling adiknya bengang.

"Asal pula Hangyeol! Oppa la yang salah" bentak gadis kecil itu tidak mahu kalah, nyaris-nyaris dia nak baling pinggan pada abangnya itu tetapi apabila teringat balik pinggan kaca itu adalah pinggan kesayangan ommanya terus dia batalkan niatnya.

"Kau" ujar Hansol datar.

"Oppa" balas Hangyeol yang sudah menghentikan aktiviti membasuhkan pinggannya.

"Kau"

"Oppa"

"Kau!!"

"OPPA!!"

"KAU LA"

"YAH CHWE HANSOL!! CHWE HANGYEOL!! MEMANG OMMA POTONG DUIT BULANAN KAMU!!" jerit Pn.Chwe dengan nekad, kedua-dua adik beradik itu mengeluh perlahan nampaknya makan ramen la mereka bulan ni-- eh tak Hansol je sebab diakan asrama HAHAHAHAHAHHA.

"Hansol sini kejap appa nak cakap dengan kamu" panggil Tn.Chwe yang sedang meletakkan surat khabarnya di atas meja.

"Bwerk pergi basuh pinggan tu" ejek Hansol sambil menjelirkan lidahnya lalu berlari pergi ke ruang tamu sebelah Hangyeol membakarnya dengan kayu api.

"Ada apa appa panggil?" Soal jejaka itu yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah ommanya.

"Tahniah ye sebab dapat terpilih jadi The Witch Guardians" ucap Tn.Chwe memberi kata selamat pada anak terunanya itu.

"Gumawo, appa boleh tolong Hansol dapatkan kuasa solar?" Pinta Hansol teruja, maklum appanya mempunyai kuasa Solar.

"Itu yang appa nak cakap! Kamu tu susah sikit omma kamu cahaya appa pula solar nasib kamu dapat kuasa cahaya tapi boleh upgrade solar" terang lelaki paruh baya itu lalu menghirup teh panas yang baru sahaja disediakan oleh isterinya.

"Habistu Hangyeol pula?"

"Dia memang dah ada kuasa solar terus"

"HAHAHAHHAA LEMBIK" tawa Hangyeol jahat seperti mengejek abangnya dari dapur.

"Kuanghajor punya budak -_-" omel Hansol, memaki adiknya perlahan agar tidak didengari kedua-dua omma dan appanya.

"Nanti lusa pergi la tepi sungai bertafakur bawah matahari jangan tempat sejuk pula nanti susah nak dapat" ujar Tn.Chwe dan memberikan sedikit nasihat pada anaknya.

"Okay appa"

"Kawan kamu semua okay?" soal Pn.Chwe pula yang dari tadi hanya memasang telinga mendengar perbincangan bapak dan anak.

"Okay je"

"Baguslah macam tu pergi potong epal appa nak makan" arah Tn.Chwe.

"Iyolah" Hansol bangun dari duduknya lalu pergi ke dapur untuk memotong buah epal walaupun sebenarnya dia pelik tadi appa dia dah makan lepastu siap minum teh panas lagi hmm fikir positif epal ni pencuci mulut untuk kali kedua.

"BUAT LEBIH SIKIT!!" jerit Hangyeol yang baru sahaja duduk di ruang tamu, join omma dan appanya menonton cerita.

"PERGI POTONG SENDIRI LA PEMALAS" balas jejaka itu yang turut berteriak pada adiknya.

Sedang dia memotong buah epal tiba-tiba dia terhiris jarinya.

"Akh.." Hansol meringis perlahan lalu menghisap darah itu untuk menghentikan pendarahan pada jarinya, selepas itu dia membasuh jarinya, menyapukan iodin dan membalut lukanya dengan plaster. Nasib baik luka kecil sahaja.

"Hiss.. ada sesuatu yang berlaku ke kenapa aku rasa tak sedap hati? Harap diorang okay kat sana" omel jejaka itu lalu menyambung aktivitinya memotong epal.

Setelah dia memberikan semangkuk epal yang sudah dipotong pada keluarganya terus dia meminta diri masuk ke dalam bilik.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati ek?" Soalnya sambil mengelus dadanya, jantungnya masih lagi berdegup laju seperti resah akan sesuatu tetapi Hansol hanya mengabaikan dan mengambil keputusan untuk mandi sahaja.









____________________

7 jam aku berjalan dalam mall non stop fuhh balik rumah terus tak rasa kaki dah HAHAHAHAHHAHA

ingatkan hari ni nak buat kerja tapi pergi mall so decide nak buat esok tapi lupa pula esok kena balik kampung HAH MATEY AKU HAHAHAHA takpe classmate aku ramai tak buat HAHAHAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro