Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

27

"Lalalala~~ woi datang la woi!!" Seru Jeonghan sambil menyepak air di tepi batu-batuan yang besar dengan malas tetapi apa yang diserunya masih tidak muncul-muncul membuatkan jejaka itu hampir sahaja ingin membuat pusaran air.

"DUYUNG-DUYUNG KU KASIHI KEMARI LA KAMO DENGAN EKOR LAWO DAN WAJAH TAK BERAPA LAWO KAMU~~" jerit jejaka itu dengan kuat, selang beberapa detik terdengar percikan air yang semakin kuat seperti menghampirinya.

Splash!

"WOI BASAH LA BAJU AKU HISH" marah Jeonghan sambil cuba mengeringkan bajunya yang terkena sedikit percikan air.

"Kau kata muka aku tak lawa?!" Herdik seekor duyung betina itu. Berambut merah, anak matanya berwarna hijau terang dan ekornya yang turut berwarna seperti anak matanya itu menatap Jeonghan geram.

"Kau lawa la... ekor kau jelah" ujar Jeonghan tanpa berasa takut pun walaupun dalam hati dia berharap sangat yang dia tak kena sumpah jadi landak laut oleh duyung itu.

"Yah!!"

"Hallo hyung!!" Sapa seekor duyung jantan pula yang badannya dalam linkungan budak berumur 12 tahun, rambutnya berwarna blonde dan ekor dan anak matanya berwarna caramel melambai ke arah Jeonghan dengan ceria.

"Hey Alex wassup? Apahal dengan kakak kau tu? Marah-marah pula dia" adu Jeonghan pada Alex yang sedang berenang menghampiri jejaka itu.

"Aku marah sebab kau kata aku tak lawa!!" Bela duyung betina itu untuk dirinya sendiri, kadang-kadang kita jangan bagi muka sangat kat si Jeonghan ni.

"Tengok dia marah aku lagi" Alex menggaru kepalanya dengan bingung, dia tak tau nak backup siapa jadi dia tengok jelah Jeonghan dan kakaknya itu bergaduh.

"Sudah la tu Emily takmo la marah nanti cepat tua baru tau" tegur seekor lagi duyung betina yang berambut coklat kehitaman serta rambut dan ekornya berwarna ungu gelap.

"Eish Olivia ni!! Yang pergi backup mamat tu buat apa?!" Bentak Emily bengang, ada kembar pun macam takde kembar hmmph!

"Aku tak backup aku kata je" bela Olivia malas, dia duduk disebelah Jeonghan di tepi batu lalu bermain ekornya.

"Yow Jeonghan" jejaka itu menoleh memandang seekor duyung jantan yang baru sahaja menghampiri mereka. Berambut hitam dan ekor dan matanya berwarna biru langit.

"Hai Leo hyung" sapa Jeonghan dengan ceria.

"Tahniah jadi The Witch Guardians, jaga dunia ni elok-elok bukannya tau membuli je" ujar Leo mengucapkan kata selamat dan memberikan sedikit pesanan bagi Jeonghan tu sedar sikit tentang tanggungjawabnya.

"Okay, aku tau la bila nak membuli bila nak series heleh" balas Jeonghan dengan wajah aku-tau-la-aku-dah-tobat-halah.

"Hyung, takde nak cerita apa-apa ke?" Sampuk Alex, cuba untuk menghilangkan rasa canggung di antara mereka.

"Ada!! Hyung tak sangka kumpulan hyung adalah kumpulan paling gila pernah hyung jumpa" cerita Jeonghan dengan semangat, ye disebabkan kegilaan mereka yang membuat sekolah mereka hampir hancur, cikgu-cikgu pun turut terkena tempias hampir gila lagi-lagi Sir Gongyoo.

"Gila macam kau ke?" Soal Emily dengan minat.

"Lagi teruk dari tu"

"Hergh.. gila kau pun dah buat aku ngeri apatah lagi kawan-kawan kau" Jeonghan terkekeh perlahan melihat duyung betina itu bergedik ngeri.

"Nanti aku bawa diorang jumpa korang" ujar jejaka itu dan mendapat sorakkan kuat dari duyung-duyung itu.

"Yeayyy jumpa kawan baru!! Tau-tau je aku dah muak main dengan kau" Olivia menyiku perut Jeonghan dengan kening-kening yang sudah terangkat, sengaja menyakitkan hati kawan daratnya itu.

"Jibake kau" jejaka itu mencubit pipi Olivia dengan geram, rasakan cari pasal lagi.

"Hyung!! Hyung ada jumpa kawan lama hyung tak?" Soal Alex, mengabaikan tatapan kakak keduanya yang ingin mengadu tentang perlakuan Jeonghan tadi terhadapnya.

"Ada!! Dia pun satu kumpulan dengan aku tapi dia memang dah lupa aku la, aku ingatkan dia macam ingat tak ingat aku semenjak first day kitaorang masuk tapi dia memang dah lupa aku" cerita Jeonghan dengan lirih, dia menunduk kebawah melihat air yang memantulkan wajah sedihnya.

"Tabah ye kau cuba la ingatkan dia" cadang Emily yang turut berasa sedih akan rakannya itu.

"Tapi.. aku takut" jawab Jeonghan makin kendur.

"Takut? Jeonghan yang aku kenal tak pernah takut dengan benda macam ni, kau jangan putus asa dulu woi!!" jerit Olivia sambil menepuk bahu jejaka itu dengan kuat.

"Kau dah janji untuk jaga dia walaupun dari jauh kan? Kau laksanakan tak janji kau tu?" Soal Leo pula yang dari tadi mendiamkan diri, Jeonghan mengangguk perlahan mengiyakan soalan duyung jantan itu.

"Jadi sekarang try dari dekat pula" jejaka itu berdecit sinis, apa duyung itu fikir selama ni dia tak pernah cuba ke.

"Aku tengah buat la ni" jawab Jeonghan datar.

"Jeonghan hyung.." Alex menghampiri Jeonghan dengan lebih dekat lalu mengenggam tangan jejaka itu dengan erat.

"Aku dah janji dengan diri aku sendiri untuk jaga dia" Jeonghan menghela nafas berat.

"Tapi nampaknya dia macam dah lupakan aku selamanya" sambungnya lagi dengan wajahnya yang sudah berubah sedih.

"Dah la tu Jeonghan" pujuk Emily yang turut menggenggam tangan jejaka itu dengan lembut.

"Aku tak patut biarkan dia balik seorang diri waktu tu padahal aku dah janji aku akan jaga dia, aku patut tahu yang dia dalam bahaya bukannya fikir yang dia dah balik dengan selamat dan sekarang dia dah lupakan aku" kini air mata Jeonghan mula tumpah, mengalir di pipi mengingatkan balik peristiwa 10 tahun lepas sebelum terjadinya tragedi ngeri itu.

"Lalalala~~ nanti balik nak main dengan ikan jerung kita lagi yeayy!!" Ujar seorang budak lelaki berumur 9 tahun itu dengan gembira, berjalan dengan riang tetapi langkahnya mula terhenti apabila terlihat seorang budak lelaki menangis di tepi jalan tidak jauh darinya.

Tanpa perasaan takut, Jeonghan menghampiri budak itu yang masih lagi menangis teresak-esak memanggil ibu dan bapanya.

"Awak? Hei awak kenapa menangis ni?" Tegur Jeonghan lembut, budak lelaki itu tersentak lalu memandang Jeonghan dengan takut.

"Hiks k-kita sesat.. Saya tak jumpa family saya huwahhh!!" Teriak budak itu semula, menangis dengan kuat kerana tempat yang dia berdiri sekarang ni adalah tempat yang amat asing baginya.

"Dah jangan menangis jom ikut saya balik kenapa lutut awak luka?" soal Jeonghan risau apabila terlihat lutut luka budak lelaki itu yang kian mengering.

"Jatuh hiks tadi ada anjing jahat kejar saya!!" Terangnya yang masih kedengaran sedu sedan walaupun sudah berhenti menangis.

"Jom kita rawat luka awak kat rumah saya, awak boleh jalan tak?" Budak lelaki itu menggeleng perlahan dengan takut.

"Eumm.. piggyback?" Mendengar sahaja cadangan Jeonghan terus budak itu mengangguk dengan laju.

"Eii comel!! Cepat naik belakang saya" arah Jeonghan setelah mencubit pipi budak itu dengan geram lalu menundukkan badannya sedikit agar budak itu dapat merangkul lehernya.

Apabila budak lelaki itu merangkul lehernya dengan erat, Jeonghan membetulkan posisi budak itu dibelakangnya lalu piggyback-nya sampai la mereka tiba di rumah Jeonghan.

"Gumawo awak sebab tolong saya" ujar budak itu sambil mengunyah biskut cip coklat hasil buatan omma Jeonghan, dia menggoyangkan sedikit lututnya yang sudah dibalut oleh appa Jeonghan sekali sekala dia memandang sekeliling rumah banglo itu terdapat kolam ikan jerung disitu tetapi dia tidak berani mendekat kerana baginya makhluk yang berada di dalam air amat menakutkan.

"Berapa umur awak?" Soal Jeonghan yang turut mengunyah biskut cip coklat itu sambil mengawasi adik perempuannya yang sedang bermain ikan jerung miliknya itu.

"9 tahun!!" Jawab budak itu dengan gembira menunjuk dengan jarinya.

"Wahh kita sebaya tapi kenapa awak kecil?"

"Yah! Saya tak kecil la!! Badan awak je yang besar hish seriously" budak itu mendengus geram, bukan salahnya badan dia kecil hish sensitif tau tak.

"Jom pergi pantai nak?" Cadang Jeonghan cuba memujuk budak itu dan iainya menjadi apabila terlihat muncung budak lelaki itu mula luntur dan diganti dengan senyuman teruja.

"Pantai? Apa tu?" Soal budak itu dengan penuh curious.

"Awak tak tau pantai ke?" Soal Jeonghan balik, pelik semua orang tau apa itu pantai kecuali manusia di depannya.

"Tak, tempat saya semua ais jadi mommy dengan daddy tak pernah mention pantai" jawab budak itu bersahaja.

"Ouh awak dari ais!! Saya dari air!! Yoon Jeonghan imnida" ujar Jeonghan apabila teringat dia belum memperkenalkan diri lagi.

"Joshua Hong imnida!! Tapi nama Korea saya Hong Jisoo awak pilih la mana-mana awak nak panggil saya apa" balas Jisoo dengan senyuman kucingnya.

"Hmm kalau macam tu Joshuji!!" Jisoo menepuk tangannya tanda setuju dengan nama panggilan yang diberi oleh Jeonghan.

"Awak pula Hannie!!" Jeonghan menunjuk ibu jarinya di depan Jisoo menandakan dia menyukai nama panggilan itu lalu mereka bergelak ketawa bersama-sama.

"Wahh ni ke pantai?!" Soal Jisoo teruja apabila melihat air biru kehijauan yang banyak di depan matanya dengan pasir berwarna putih.

"Lawanya!! Eh apa tu?!" Teriak Jisoo heboh lalu menunjuk makhluk yang sedang melompat keluar dari dalam air, makhluk itu berbentuk seperti separuh manusia dan separuh ikan.

"Tu duyung.. kawan saya" jawab Jeonghan dengan cool, hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu yelah siapa je yang rajin datang pantai tengah hari panas macam ni nasib baik omma dan appa Jeonghan mengizinkan dia dan Jisoo pergi ke pantai sebab anak yang bermarga Yoon itu sudah biasa pergi pantai seorang diri setiap hari.

"Hebatlah kawan awak.. saya pun ada kawan!! Dayang saya, mommy, daddy, Taehyung, Mingyu dan Seungcheol!!"  Ujar Jisoo mengekori Jeonghan yang sudah menarik tangannya.

"Ramainya.."

"Nanti saya bawa awak pergi rumah saya kita boleh main sama-sama dengan mereka" cadang budak lelaki itu lagi dan tanpa sengaja dia sudah bermain air di gigi pantai bersama Jeonghan.

Apabila dia merasakan ada sesuatu yang basah di kakinya terus dia menunduk kebawah, dia bermain air rupanya. Tiba-tiba dia baru menyedari ada bunyi yang agak kuat sedang menghampirinya kelihatan air sedang mengalir deras kearahnya membuatkan dia mula panik.

"Eii pantai ni kejar saya!! Saya takut!!" Segera Jisoo berlari memeluk Jeonghan dari belakang untuk melindungi dirinya.

"Tu ombak la! Dia mana ada kejar awak dia ikut arus je"  ujar Jeonghan lalu menarik Jisoo berdiri disebelahnya sambung bermain air.

"Ouhh ingatkan dia kejar saya sebab saya terpijak dia" jawab Jisoo dengan matanya yang membulat sedikit.

"Awak polos" komen Jeonghan menatap budak itu yang sudah memuncungkan bibirnya.

"Tak, mana ada"

"Joshuji.." panggilnya lagi.

"Ye?" Sahut Jisoo yang sedang bermain dengan pasir, katanya pasir dengan salji takde beza kecuali pasir tu rasa lebih kasar dan rasa salji lembut.

"Saya janji dengan diri saya sendiri saya akan jaga awak baik-baik tak kira la dari dekat atau jauh" Jisoo menoleh memandang Jeonghan yang turut membalas pandangannya dengan serius.

"Awak fikir saya tak reti jaga diri ke eiii" balas budak lelaki itu tidak puas hati.

"Biarlah saya nak jaga awak" Jisoo menggulingkan biji matanya malas, ayat Jeonghan ni tak boleh nak sawit lagi ke apa.

"Apa-apa jelah, saya nak balik hmmph! Tadi saya dengar macam mommy saya panggil mesti dia ada dekat-dekat sini" Jisoo mula berjalan laju meninggalkan Jeonghan yang sedang bingung itu, pelik dia tak dengar sesiapa pun memanggil rakan barunya itu.

"Eh Joshuji tunggu!!" Jerit Jeonghan cuba menahan budak itu dari meninggalkannya.

"Bye Hannie!! Thanks rawat saya dan bawa saya ke pantai ni!! Nanti kita jumpa lagi!" Balas budak itu lalu menyambung langkahnya.

"Tunggu!!" Jeonghan terus berlari mengejar Jisoo yang semakin jauh darinya, dia terhenti seketika membongkok mengambil nafas apabila dia berdiri semula dia mengerutkan dahi.

"Kejap.. kenapa tiba-tiba ada hutan ni? Siap berkabus bagai.." omel Jeonghan sambil mengusap lengannya yang tiba-tiba terasa seram sejuk.

"Joshuji? Joshuji!! Jisoo!! Joshua!!" Jerit Jeonghan memanggil rakan barunya itu tetapi tiada sebarang sahutan.

"Dia dah balik kot cepatnya dia lari" Jeonghan mengangkat bahunya menyerah lalu berjalan semula menuju ke pantai untuk berjumpa dengan rakan-rakan lautnya pula. Tidak ambil pusing dengan hutan yang tiba-tiba muncul dan Joshujinya.

"YOON JEONGHAN!!" Jejaka itu berhenti mengelamun lalu memandang keempat-empat rakan duyungnya yang sedang menatapnya dengan risau.

"Kau okay?" Soal Olivia prihatin, dia dapat membaca maksud sebenar dari anak mata Jeonghan. Jejaka itu takut, bersalah serta rindu pada seseorang.

"Kau mengelamun lagi! Kau teringat budak tu lagi ke?" Soal Emily pula.

"Mestilah, aku ingat lagi first day semua pelajar baru pergi dewan.. muka dia waktu tu takut sangat tapi aku tak ambil pusing sangat tapi bila aku dengar kawan dia sebut nama penuh dia barulah aku tau tu Joshuji aku.. dan dia jalan lepasi aku macam tak kenal aku langsung haish walaupun aku ada sebut nama penuh aku dia still tak kenal" terang Jeonghan lalu mengeluh perlahan, masih sedih kerana Jisoo tidak pernah menoleh memandang dirinya dan kalau dia kenal pun itu sebab dirinya terkenal dengan sifat suka bergurau kasar dengan orang bukan tentang kisah mereka ketika mereka kecil dahulu.

"Ada something yang berlaku la waktu korang kecil, bila aku fikir baik-baik dan tanya ayah aku kat sini mana ada hutan dan kabus tebal yang tiba-tiba datang melainkan.." ujar Leo tiba-tiba sambil mengusap dagunya seperti berfikir sesuatu yang penting.

"Apa?" Soal Jeonghan tidak sabar apabila dikaitkan dengannya dan Jisoo.

"Ahli sihir hitam! hutan dan kabus tebal itu selalu taktik mereka untuk memerangkap mangsa" Jeonghan membulatkan biji matanya, dia kenal ahli sihir hitam tak guna tu cuma dia tak terfikir sampai ke situ pula.

"Maksud hyung... diorang nak perangkap Joshuji?!"

"Tepat sekali.. mereka takkan saja-saja nak perangkap seorang budak 9 tahun yang polos melainkan dia anak dari kerajaan ais" jawab Leo dengan yakin.

"Ramai yang tak tau.. tapi penyebab pertarungan tu dari putera kerajaan ais tu" sambungnya dan itu membuatkan Jeonghan bungkam.

"WOI NAK PERGI MANA TU WOI?!" Jerit Emily apabila terlihat Jeonghan sedang tergesa-gesa bangun dan berlari pergi dari situ.

"AKU NAK CALL SEUNGCHEOL!!" Balasnya lalu menyambung lariannya pulang ke rumah kerana telefonnya tertinggal kat rumah.

"Alex!! Kau nampak tak masa depan dia?" Soal Olivia, menghampiri adiknya yang sedang memandang Jeonghan dengan tajam.

"Sikit, orang yang nama Seungcheol tu takkan angkat call Jeonghan hyung dan selebihnya kabur macam kita takkan tau apa akan jadi lepasni pada dia nanti" ujar Alex lalu memicit pelipisnya kerana kepalanya terasa sakit apabila dia cuba melihat masa depan Jeonghan yang samar-samar itu.

Keempat-empat adik beradik duyung itu mengeluh perlahan lalu berenang ke dalam laut pulang ke rumah berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

🔮🔮🔮

"Kita kat mana ni? Kenapa sini hutan je" soal Chan mengekori Sir Dongwook yang dari duk pusing-pusing ala beruk bellarina.

"Kejap lagi kita dah nak sampai" jawab Sir Dongwook setelah berhenti berpusing akibat pening datang menyerangnya.

"Ni dia tempat tinggal lama kita!!" Ujar guru itu setelah hampir 20 minit mereka berjalan menyelusuri hutan yang ditinggalkan.

"Kampung ni kenapa kosong? Bersih tapi takde orang" komen Chan sambil memandang sekeliling, semua nampak sempurna tapi ada satu benda je yang bermasalah takde orang.

"Sebab semua dah mati Chan, tinggal kita berdua je tak ambil masa yang lama untuk bersihkan kampung ni balik" jejaka itu mengangguk perlahan lalu mengikuti Sir Dongwook yang sedang menghampiri salah satu rumah yang agak terpencil dan jauh sedikit dari rumah-rumah yang lain.

Kreekk

"Hergh seram, selama ni Sir tinggal sini? Tempat yang seram macam ni" Chan bergedik ngeri apabila dia dan Sir Dongwook sudah memasuki rumah usang itu.

"Mana ada, saya ada la rumah waduh kamu ni saya saje je bawa ke sini untuk tunjuk kat kamu" balas Sir Dongwook malas, apa anak saudaranya tak boleh fikir ke memang dia berani sangat nak duduk kat sini seorang diri.

"Jadi Sir nak saya panggil Sir apa? Pak cik or Sir?" Soal jejaka itu cuba mengubah topik lagipun dia memang tak tau nak panggil Sir Dongwook ni apa tapi dia rasa geli juga kalau kena panggil gurunya itu 'pak cik' tak tau la kenapa.

"Sir je sebab pak cik tu macam tua sangat" jawab Sir Dongwook yang masih sibuk bermain dengan telefonnya.

"Bukan memang dah tua ke" usik Chan pada pak ciknya itu.

"Mana ada la!!" Jejaka itu ketawa perlahan apabila melihat wajah cemberut Sir Dongwook yang sensitif terhadap umur.

Tanpa berbasa basi dia menyambung perjalanannya meneroka disetiap rumah itu sehingga la dia berhenti di depan satu bilik di tingkat atas.

Lee Chan

"Bilik tidur aku huh" omelnya lalu mengusap papan yang mengukir namanya yang tergantung di pintu itu. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu melihat sekeliling, matanya tiba-tiba tertancap pada sebingkai gambar yang masih terletak elok di atas meja.

"Ni gambar siapa-- akh!!" Erang Chan dengan kesakitan.

"Kenapa kepala aku sakit sangat ni? Macam ada sesuatu yang mencucuk dengan kuat" jejaka itu meringis perlahan lalu memegang kepalanya yang terasa sakit tiba-tiba ada satu tangan menghulurkan sebotol kaca kecil yang mengandungi cecair berwarna ungu terang di dalamnya.

"Minum potion ni untuk hilangkan rasa sakit tu" arah Sir Dongwook, dengan lemah Chan menyambut huluran itu lalu diminum potion itu sehingga habis dalam beberapa detik rasa sakit dikepalanya mula beransur hilang.

"Walaupun dah lama ditinggalkan aura ahli sihir hitam masih terasa ye seperti racun" ujar guru itu seperti bercakap dengan dirinya sendiri walaupun dapat didengari oleh Chan.

"Jom balik dah nak senja ni" ajak Sir Dongwook yang kelihatan mula gelisah, belum sempat Chan ingin berkata tiba-tiba kedengaran pintu utama dihempas kuat dibawah.

Bam!

"Sir apa tu-- umph.." Chan memandang Sir Dongwook yang sudah meletakkan jari telunjuknya di bibir mengisyaratkannya supaya diam lalu menariknya menyorok di tempat yang lebih selamat.

Kini mereka berada di dalam almari, mereka dapat melihat sosok sesuatu makhluk bersama haiwan buasnya di lubang-lubang kecil. Berjubah hitam dan bertanduk di kepala. Chan memandang Sir Dongwook yang sudah mengeluarkan pedangnya.

"Woo tenang kenapa agresif sangat ni?" ujar makhluk itu lalu cuba menenangkan haiwannya yang berupa singa tetapi berwarna hitam dan lebih besar yang sedang menggeram menghidu sesuatu.

"Aku pun boleh bau darah dari kuasa teleport dan telepathy, Dua orang ke? Tapi asal aku bau ada kuasa lain pula ni? Tiga orang?" Sambungnya lagi, makhluk itu memandang sekeliling sehingga la dia terhenti memandang almari tempat Chan dan Sir Dongwook menyorok.

"Chan.. gunakan teleport sekarang kita kena keluar dari sini" arah Sir Dongwook separuh berbisik dengan tegas, Chan mengangguk kepalanya dia membaca mentera cuba menghilangkan rasa takutnya dan cuba memfokuskan pada kuasanya.

"Cepat Chan.." ujar guru itu lagi, sudah bersiap sedia jikalau hari ni dia terpaksa menumpahkan darah makhluk tak guna itu sekali lagi.

Chan menghela nafas lega apabila terlihat sebuat bulatan yang besar di depannya yang mempaparkan kereta milik Sir Dongwook di luar hutan, dengan kecepatan yang ada mereka terus masuk ke dalam lohong teleport itu apabila lohong itu mula ditutup serentak pintu almari lusuh itu dibuka secara kasar.

"Hmm takde apa-apa kat sini padahal aku rasa macam ada orang" ujarnya lalu menutup semula almari itu apabila ketika dia membukanya hanya pemandangan yang kosong sahaja lalu dia melanjutkan berjalan keluar dari rumah itu bersama haiwannya.

Chan dan Sir Dongwook mengambil nafas, cuba menenangkan diri dari perkara yang mengejutkan itu. Masing-masing bersandar pada kereta hitam milik Sir Dongwook.

"Nasib baik kita sempat pergi dari situ, Apa benda tu?!" Soal Chan panik memandang Sir Dongwook yang sedang berada di dunianya.

"Aduhh betul la tekaan aku masih ada lagi ahli sihir hitam yang hidup lagi padahal aku jamin semua dah dimusnahkan" omel Sir Dongwook dengan risau, dia ingatkan ramalannya tidak tepat tapi sebenarnya betul. Habislah dia pula yang rasa gelabah.

"Sir!! Apa benda tu?!" Guru itu tersentak lalu memandang Chan yang kelihatan masih takut akan apa yang jadi tadi.

"Tulah ahli sihir hitam Chan, sekarang kau kena cepat mahirkan kedua-dua kuasa kau dengan yang lain, aku akan ajar korang" ujar Sir Dongwook dengan penuh nekad, kali ni dia kena cepat-cepat latih Seventeen supaya mereka telah bersiap sedia melawan makhluk keparat itu.

"Baik Sir" balas Chan lalu masuk ke dalam perut kereta bersama Sir Dongwook, melanjutkan perjalanan mereka pulang ke rumah.











____________________

Ye aku tau aku update macam aku ni takde kerja padahal ada HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA aku stress so aku update HAHAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro