Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

"Minghao, macam mana sekolah okay?" Soal Pn.Xu apabila mereka baru sahaja selesai makan tengah hari dan kini mereka di ruang tamu untuk berborak mendengar cerita Minghao dengan sekolah baharunya.

"Okay jerp banyak juga la benda yang berlaku" jawab Minghao lalu memakan buah epal yang disediakan oleh ommanya itu.

"Omma dan appa terkejut bila dapat tau kamu terpilih jadi The Witch Guardians padahal itu baru hari pertama kamu kan" ujar Tn.Xu yang baru sahaja join sesi cerita mencerita gitu.

"Haah!! Hao pun terkejut bila cikgu pilih Hao" terang jejaka itu dengan ceria, dia masih terkejut dan dia hairan mengapa dia terpilih masuk sekolah ni dia kena tanya Sir Dongwook balik.

"Nampak tak anak omma ni memang hebat" puji Pn.Hao lalu mengusap rambut anak tunggalnya itu bangga.

"Heheheh ermm omma.. appa.. boleh Hao tanya sesuatu?"

"Apa dia?"

"Pasal 10 tahun lepas, apa jadi? Kenapa Hao tak tau apa-apa" soal Minghao, memandang omma dan appanya yang sedang tersenyum tipis padanya.

"Appa dah agak kamu akan tanya soalan tu kamu pun dah besar jadi kamu memang layak tau lagipun perkara tu memang penting sebab kamu dah jadi The Witch Guardians" ujar Tn.Xu, tiba-tiba dia rasa gembira melihat anaknya tumbuh menjadi sosok remaja yang matang dan kuat di depan matanya sendiri.

"Ceritanya macam ni.. waktu tu kamu kemalangan dan kamu koma" cerita Pn.Xu yang masih teringat anaknya terjebak dengan kemalangan dan hampir sahaja kehilangan nyawa pada waktu itu.

"Ouh woah koma" komen Minghao terkejut, dia tau yang dia koma tapi dia tak tau apa jadi waktu dia sedang tidak sedarkan diri terlalu lama. Sebenarnya dia koma sebulan je.

"Woah kan dan lagi woahnya ada sesuatu buruk berlaku sehingga menggemparkan seluruh dunia magik, pertarungan diantara dua makhluk yang memang dilarang sekali kita sebut disini" ujar Pn.Xu sambil matanya memandang sekeliling takut-takut ada yang mencuri dengar padahal rumah mereka tertutup tapi siapa tau kan hanya ingin berjaga-jaga.

"Disebabkan pertarungan itu efeknya memang terkena pada semua orang, kamu pula di hospital dan waktu tu bangunan hospital tu runtuh nasib baik appa sempat selamatkan kamu walaupun waktu tu omma kamu hampir pengsan" sambung Tn.Xu pula lalu mencubit pipi isterinya yang sedang menggerutu tidak puas hati kerana cerita tentangnya yang hampis pengsan itu, Minghao pula hanya terkekek geli melihat kemesraan orang tuanya.

"Jadi semua selamatkan kat hospital tu?" Soal jejaka itu bimbang, tiba-tiba dia rasa bersalah kalau dia seorang sahaja yang selamat waktu tu tapi orang lain tak.

"Semua selamat jangan risau" Minghao menghela nafas lega, teurs hilang rasa bersalahnya.

"Kenapa Hao tanya?" Soal Pn.Xu pula.

"Sebab.. ahli The Witch Guardians kan ada tiga belas orang termasuk Hao dan Hao terdengar ramai member Hao ungkit kisah 10 tahun lepas bila mereka ungkit pasti ada yang sedih" ujar jejaka itu yang turut sedih apabila teringat wajah-wajah sedih rakan-rakannya, walaupun dia savage dia tetap hati lembut.

"Biasa la tu, nanti kamu cuba kumpulkan semua kawan Hao dan buat sesi luah meluah untuk mengeratkan lagi hubungan korang dan saling mengenali dengan lebih mendalam" cadang Pn.Xu.

"Okie omma, dan Hao hairan dengan Jisoo hyung dia macam takut sesuatu bila nak guna kuasa dia, Seungcheol hyung pula kata ingatan dia dulu macam ada yang sengaja padamkan" cerita jejaka itu lagi, soalan itu sentiasa berlegar-legar di kepala otaknya.

"Siapa Jisoo dan Seungcheol?"

"Jisoo hyung Element Ais dan Seungcheol hyung Element Api" serentak orang tua Minghao memandang antara satu sama lain tetapi jejaka itu tidak menyedarinya perlakuan aneh omma dan appanya.

"Kamu memang betul-betul kena buat sesi luah meluah tu nanti" ujar Tn.Xu setelah memberikan isyarat mata pada isterinya.

"Baik, Hao masuk bilik dulu ye" setelah mendapat keizinan omma dan appanya, Minghao terus masuk ke dalam bilik menghempaskan badannya di atas katil empuknya.

"Patut ke aku bersyukur sebab aku tak lalui peristiwa tu?" Omel Minghao, telefon dibuka banyak chat masuk dari grupnya.

"Sedangkan semua kawan aku cukup terseksa dengannya" sambungnya lagi, dia memandang gambar mereka yang sedang dimarahi oleh guru-guru mereka yanh ditangkap gambar senyap-senyap oleh Sir Minho.

Pada hari itu adalah latihan terakhir mereka sebelum esoknya pulang ke rumah, mereka dimarahi oleh Sir Gongyoo dan Miss Jieun kerana perlakuan mereka yang sudah memecahkan rekod The Witch Guardians iaitu seluruh padang hangus dibakar, bangunan asrama diliputi dengan salji tak kira dalam dan luar, setiap kelas basah dengan air, pokok-pokok terbelah dua akibat disambar petir, batu kristal dan tanah memacak di setiap jalan, puting beliung telan pelajar-pelajar tak bersalah, semua barang terapung, dewan makan tak buka sebab masa terhenti di sana, serangga banyak datang kerana tarikan cahaya dan yang paling teruk Sir Seojun di hantar secara tak sengaja ke dunia manusia.

Waktu tu mereka memang kena marah teruk dengan banyak benda nak kena ganti baru, si Sir Seojun tak nak balik sebab best sangat duduk kat dunia manusia yang susahnya Sir Gongyoo sebab DIA KENA KELUARKAN DUIT. Memang waktu tu habis emas Sir Gongyoo akibat kejutan yang diberi oleh Seventeen.

Minghao tersenyum kecil apabila teringat akan hari itu.

"Mungkin mesti ada sebab kenapa aku tak laluinya supaya aku boleh memberikan mereka kekuatan dan menolong kawan-kawan aku apabila mereka memerlukan seseorang" ujar Minghao perlahan memberi semangat kepada diri sendirinya untuk tidak mudah mengalah.

🔮🔮🔮

"Soonyoung!! Turun la anak oi!! Apa yang engko sibukkan sangat dalam bilik?! Macam orang nak bertunang!!" Jerit Pn.Kwon memanggil anak terunanya yang dari tadi duduk dalam bilik, lepas makan pun terus masuk bilik tak tau la dia apa yang dibuatnya kat dalam tu. Ada pesta haram kot kat dalam tu.

"Mana ada omma!!" Balas Soonyoung lalu keluar dari bilik sambil merungut dengan tidak jelas.

"Macam ye je omma hehehe tu si Jihoon tu" ujar Wonwoo sambil mengangkat keningnya pada Pn.Kwon.

"Mwo?! Jihoon?!"

"YAH JEON WONWOO TAK GUNE APA KAU HASUT MAK AKU HAH?!" Sergah Soonyoung yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"HAHAHAHHAH BYE OMMA! BYE SOONYOUNG! NAK JALAN AMBIL ANGIN KEJAP DENGAN HORA!!" Gelak Wonwoo lalu berlari keluar dari rumah keluarga Kwon sambil mendukung Hora.

"Ish boleh pula dia lari tagune" omel jejaka bermata sepet itu perlahan.

"Sudah la tu Soonyoung, ni baik mengaku siapa Jihoon?" Soal Pn.Kwon sambil mencekak pinggang memandang anaknya yang sudah menguis lantai.

Tetiba malu pula mamat ni.

"Mwo? Jihoon? Bakal menantu omma la" jawab Soonyoung lancar.

"JADI BETUL LA?!" Wanita paruh baya itu memandang Soonyoung tidak percaya, wahh tak sangka dah maju dah dia.

"MUEHEHEHEHE GURAU JELAH"

"Ceh ingatkan betul kamu nak bawa menantu baru je nak terharu jadi Jihoon tu kawan kamu la" jejaka itu mengangguk laju mengiyakan soalan ommanya.

"Yup, dia lelaki" sekali lagi Pn.Kwon memandang anaknya tak percaya.

"LAHHH ANAK OMMA BENGKOK SIMPANG SEPULUH KE?! WAHHH TAKPE SAYANG OMMA TETAP SOKONG KAMU" jerit Pn.Kwon dengan gembira lalu memeluk Soonyoung, dia ingatkan Jihoon tu perempuan rupanya lelaki ye HAHAHAHAHAHHA.

"Whatta- kejap.. omma bagi greenlight?! Oyemji.. WONWOO AKU DAPAT GREENLIGHT!! ALELELELELE" jerit jejaka itu pula, wah yakinnya kamu macam la Jihoon nak kat kau.

"Memang betul la anak aku gay waduhh dah la omma nak pergi pasar gerak lu" pamit Pn.Kwon yang sudah bersiap untuk keluar sambil tangannya memegang beg kitar semula.

"Nae!! Mana noona dengan appa?" Soal Soonyoung apabila menyedari hanya dia dan ommanya sahaja yang bercakap dari tadi selalunya bising je.

"Jogging, katanya nak kuruskan badan lepas sebulan simpan lemak kat dalam perut" jawab wanita paruh baya itu yang sedang sibuk memakai kasut.

"Ouhhh patutlah noona nampak tembam"

"Dia dengar kamu cakap macam tu memang esok tak keluar la kamu dari bilik seminggu, dah kunci pintu ni jaga rumah" jejaka itu tersengih, rasa ngeri bila imagine apa yang noonanya akan buat padanya jikalau noonanya dengar dia berkata sebegitu.

"Ye, bye omma beli kimchi banyak-banyak" pesan Soonyoung.

"Tak habis-habis kamu ni dengan kimchi" Pn.Kwon menggelengkan kepalanya lalu menutup pintu meninggalkan Soonyoung seorang diri di rumah.

"Huh.. Wonwoo ni boleh pula dia pergi macam tu je aku baru nak cakap dengan dia" rungut jejaka itu setelah dia selesai mengunci pintu.

"Macam mana ni pegawai tu tak luluskan untuk masuk ke dalam kerajaan yang lain haish serabut la" keluh Soonyoung perlahan, pasti Wonwoo akan sedih kerana permohonan mereka tidak diluluskan.

"Meow.." jejaka itu memandang kebawah apabila merasa sesuatu yang berbulu lembut menggesel di kakinya.

"Susah bukan? Kau cuba untuk tolong tapi hanya dapat hampaan" luah Soonyoung lalu mengusap kucing itu, disebabkan lampu yang agak samar-sama menyebabkan jejaka itu tidak nampak raut wajah dan warna bulu kucing itu. Yang dia tau dia main belai je.

"Jangan terlalu berharap kawanku" sambungnya lagi dengan sedih, dia kena fikirkan semula macam mana dia nak cari keluarga Wonwoo.

"Meow!" sahut kucing itu, Soonyoung tersenyum tipis tiba-tiba dia teringat sesuatu bukan ke Wonwoo keluar dengan--

"Eh kejap ni bukan Hora.. ni-- DASAR JOLI MACAM MANA ENGKO ADA DALAM RUMAH AKU?! HORA TAK GUNE KAU BAWA BALIK ANAK ORANG!! BODOH KUCING NI DAH LA TENGAH HEAT PATUTLAH DARI TADI DUK MEOWMEOWMEOWMEOW SIAP GESEL KAKI AKU!! KWON HORA MEMANG MALAM NI BONTOT KAU AKU SEBAT BERANI KAU LARI TINGGALKAN BETINA NI KAT SINI NANTI BUNTING KEJAP LAGI AKU YANG KENA DENGAN TUAN DIA!!" Jerit Soonyoung sekuat hati dengan segala makian, carutan, rungutan, helaan-- ok cukup. Nampaknya dia dah lupa keluhan dia tentang keluarga Wonwoo.

🔮🔮🔮

"Hora takpe ke kau ikut aku? Bukannya kau suka duduk rumah ke?" Soal Wonwoo yang sibuk mematahkan kayu panjang di pegangannya.

Kini mereka di hutan, dahulu hutan ni adalah kawasan kampung tetapi disebabkan peristiwa yang berlaku semua meninggalkan kampung itu dan pindah ke padang yang lapang yang sekarang sudah menjadi tempat tinggal penduduk angin dan petir di bawah kerajaan Angin.

"Meow? Meow.." Hora yang dari tadi mengekori Wonwoo terus berjalan seiringan dengan kawan tuannya itu.

"Hmm pelik la Hora ni kau ada buat something kat rumah ke?" Soal jejaka itu lagi, dia rasa hairan dengan perlakuan kucing itu sejak mereka keluar dari rumah Soonyoung.

"Meow!!"

"Aku ada rasa aura penipuan di sekeliling kau" Wonwoo ketawa kecil apabila melihat wajah Hora yang sudah masam mencuka walaupun dia tak faham tapi dia tau kucing itu pasti sedang geram akannya.

"Meow!"

"Takpe la kalau kau ada buat something biar je si Hoshit tu tanggung dia kan tuan kau"

"Meow!!!" Hora mengangguk semangat, setuju dengan apa yang dikata oleh Wonwoo.

"Kita sudah sampai!!" Dia dan Hora terus berhenti melangkah apabila mereka tiba di salah satu rumah usang di kawasan kampung itu.

"Meow?" Kucing itu memandang Wonwoo dengan penuh tanda soal, dah kenapa bawa dia ke sini.

"Ni lah rumah lama aku!! Terkejut tak? Eehhehe aku rindu rumah ni" ujar jejaka spek bulat itu lalu mengajak Hora masuk ke dalam rumah usang.

Rumah itu sudah lama hancur hanya tinggal ruang tamunya sahaja yang terdedah, dengan kedudukan barang-barang disitu yang agak tunggang langgang memang menunjukkan waktu itu adalah peristiwa paling hitam pada Wonwoo.

"Meow meow meow meow? Meow!!" Wonwoo memandang Hora yang sedang menghampiri sambil mulutnya mengigit sesuatu lalu diberikan pada jejaka itu.

"Apa benda tu? Ouhh topeng mainan aku dulu waktu aku kecil" ujarnya sambil melihat topeng beruangnya manakala Hora sudah menghilang pergi ke tempat lain.

"Meow?" kucing itu menghampiri Wonwoo lagi dengan sekeping gambar, jejaka itu mengambil gambar itu dari Hora.

"Ni gambar family aku.. ni aku, Bohyuk dan.. omma.. appa.." senyuman Wonwoo mula luntur apabila teringat balik peristiwa itu yang selalu menjadi nightmare jejaka itu selama ini.

"Wonu!! Selamatkan diri dan adik kamu sekarang!!" Arah seorang wanita yang sedang menarik Wonwoo keluar dari rumah dengan Bohyuk yang masih tertidur di dalam dukungannya.

"T-tapi omma.." Wonwoo memandang wanita yang digelar ommanya dengan tatapan tidak sampai hati, dia mendukung adiknya erat.

"Pergi dari sini Wonu!!" Ujar Pn.Jeon lagi dengan tegas, kedengaran ngauman yang agak nyaring udara serta jeritan cemas dari penduduk itu membuatkan budak yang baru berusia 8 tahun itu menggigil ketakutan.

"T-tak nak!! Wonu nak ikut omma dan appa" ujar Wonwoo tekad, dia tak nak meninggalkan omma dan appanya.

"Jangan!! Adik kamu perlukan kamu!! Pergi sekarang!!" budak itu menggeleng laju, tetap tidak mahu berganjak dari situ.

"A-appa.. o-omma.."

"PERGI JEON WONWOO" Tn.Jeon terus menolak anak sulungnya itu ke dalam hutan sebelum kembali menolong isterinya melengahkan makhluk itu.

"Omma!! Appa!! Andwae!!!" Wonwoo yang ingin berlari menghampiri omma dan appanya terus tidak berdaya apabila dia dan adiknya ditolak tolak dengan angin yang sangat kencang sebelum kedengaran jeritan omma dan appanya sehingga la beberapa minit suasana menjadi hening.

Wonwoo yang seperti faham apa yanh terjadi terus menangis teresak-esak mengabaikan adiknya yang sedang mengeliat perlahan yang baru sahaja terjaga dari tidurnya.

"Hurm? Tyung tenapa nanes ni? Ulthima.. tyung thangan nanes hiks" pujuk Bohyuk sambil mengelap air mata hyungnya itu.

"Bohyuk-ah, hyung sayang Bohyuk hiks" ujar Wonwoo lalu memeluk adiknya erat, kini dia hanya ada Bohyuk dan Bohyuk ada dirinya.

"Titew pun thayang tyung, thangan nanes tyung" Bohyuk membalas pelukan hyungnya dan menepuk belakang Wonwoo cuba menenangkan hyungnya sehingga la mereka dijumpai oleh Tn.Kwon.

"Meow.." Hora menggeselkan kepalanya di tangan jejaka itu yang sedang mencangkung di depan. Menangis dengan kisah lalunya.

"Sejak tu nightmare tu mesti datang, aku benci aku cuba cari mereka tetapi tetap tak berhasil" cerita Wonwoo lalu mengelap air matanya perlahan.

"Aku bodoh waktu tu.. patutnya aku cuba selamatkan mereka!! Aku tak patut biarkan mereka pergi!!" marahnya pada diri sendiri, dia masih tak dapat maafkan dirinya kerana dia fikir kerananya omma dan appanya hilang. Tak tau la masih hidup atau sudah mati dia pun tak tau dan dia berasa teruk akan itu.

"Tu bukan salah hyung" celah seseorang dan ibu membuatkan tangisan Wonwoo terhenti.

"B-bohyuk?" Jejaka itu tersenyum tipis lalu mengusap kepala hyungnya dengan penuh kasih sayang.

"Aku tau mesti hyung pergi sini, dah la hyung berhenti salahkan diri sendiri yang memang bukan salah hyung" ujarnya tegas, dia tidak suka apabila hyungnya asyik menyalahkan diri sendiri padahal dia tau tu bukan salahnya.

"T-tapi aku--

"Hyung kecil lagi waktu tu, jadi tu bukan salah hyung" potongnya laju, banyak songeh pula nak bangkang apa orang kata.

"Hai Hora, kesian dia sedih juga dengar cerita Wonu hyung" ujar Bohyuk lalu mengusap wajah Hora yang sedang sibuk menyedut hingusnya balik.

"Meow.." balas kucing itu dengan sedih.

"Tak baik tau buat Hora macam tu hyung" tegur jejaka itu lalu menarik lengan hyungnya untuk berdiri.

"Dah jangan menangis nanti buruk!!" Arah Bohyuk, menampar bahu Wonwoo dengan keras.

"Buruk lagi kau" balas jejaka itu apabila dia sudah dapat menghentikan tangisannya.

"Yah!! Hish annoying" Bohyuk menjeling hyungnya dengan geram, redho jelah.

"Kau pergi sini dengan siapa? Mana Jungkook?" Soal Wonwoo sambil mendukung Hora keluar dari rumah itu diikuti Bohyuk.

"Aku pergi sini seorang je, Jungkook hyung? Dia mungkin kat rumah dalam bilik mengenangkan nasib dia yang bini angan-angan dia tu dah nak kahwin" ujar Bohyuk malas, penat bila ada sepupu macam ni.

"Dia masih tak percaya lagi?"

"Dia percaya lepas aku tunjuk kad kahwin Miss Jieun terus dia halau aku keluar bilik" terang Bohyuk lalu menunjuk kad kahwin Miss Jieun pada hyungnya, well dia dijemput pergi ke majlis tu sebab dia anak murid kesayangan Miss Jieun so memang dapat VIP la.

"Biarkan je dia tu berangan je lebih" ujar Wonwoo yang masin tak faham dengan perangai sepupunya yang seorang, dah la hari tu gaduh dengan Mingyu lepastu adik dia pula lepasni siapa? Dia pula?

"Jom singgah gerai mana-mana, aku lapar" ajak Bohyuk kerana dari tengah hari tadi dia tak makan, melayan sedih Jungkook punya pasal sampai dia lupa nak makan.

"Tulah kau tak nak balik rumah Soonyoung kan dah lapar makan ramen je kat rumah mamat tu" bebel Wonwoo tanpa memandang adiknya yang sedang memandangnya tajam.

"Eh hyung yang halau aku!! Dah la omma Jungkook hyung tetiba balik kampung!! Hiks kempunan bibimbap dia" ujar Bohyuk lirih, apalah nasibnya dihalau oleh abang sendiri, sepupu pula buat macam dia tak wujud kat rumah sebab terlebih sedih dan lebih parah SIAPA NAK MASAKKAN DIA MAKANAN KALAU TAKDE MAK JUNGKOOK TU.

Mati la dia macam ni kalau berterusan selama seminggu.

"Tabah"

"Diam la!!" Wonwoo dan Hora menghi-five dengan riang, seronok tengok Bohyuk marah bagi mereka nampak comel gitu.










__________________

Kertas kerja, poster (or benda natei haram aku tak tau jibake hanat), interview aku tak buat langsung padahal cikgu nak tengok 24/6 I'M-- HIKS AKU DAH LA TAK TAU APA2 DEY LAGI BERAPA HARI JE AKU KENA BUAT WADUHHHH *menangis kat penjuru rumah* mati la aku kena maki dengan cikgu

Memang tak boleh nak tengok aku bahagia dengan Seventeen la halah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro