24
Waktu yang dinantikan sudah tiba, hari dimana semua pelajar termasuk Seventeen akan pulang ke rumah untuk cuti selama seminggu. Di rumah Seventeen ada yang sedang menunggu ibu bapa mereka dan ada juga yang masih mengemas barang last minute tak lupa juga ada yang membuat drama murahan.
"Banyak yang kita dah lalui bersama.." ujar Seokmin lalu meraih tangan Soonyoung dengan lembut.
"Seokmin.." ucap jejaka bermata sepet itu dengan pandangan redup diberikan.
"Hyung.." mereka berdua berbalas pandangan dengan penuh kasih yang tersangat la munafik di depan tangga yang membuatkan rakan-rakan mereka yang lain susah hendak lalu disitu.
"Bongok seminggu je korang tak berjumpa halah drama air matanya macam korang pergi selama-lamanya" tegur Minghao dengan tatapan tajam, tak khusyuk dia nak tengok Tv disebabkan drama murahan di tepi tangga yang sememangnya berdekatan dengan ruang tamu.
"Aku harap kau akan baik-baik di sana hyung.." ujar Seokmin lagi mengabaikan teguran dari rakannya itu. Minghao pula hanya mampu mengusap dadanya perlahan kalau boleh nak je dia terapungkan Seokmin dan hempas dia kuat-kuat kat situ juga.
"Kau juga Seokmin.. jaga diri nae?" Jejaka itu mengangguk perlahan.
"Meow?" Hora menyengetkan kepalanya memandang kedua-dua jejaka di depannya dari tadi dia menjadi penonton drama tuannya.
"Hora.. jikalau ada apa-apa yang terjadi pada tuanmu ini, segera la memanggil ku" pesan Seokmin dengan ayat terlebih Melayunya lalu mengusap kepala Hora.
"Kau pahal Seokmin?" Soal Wonwoo yang baru sahaja turun dari tangga.
"Aku just bagi pesanan kat Hora je!!" Bela jejaka itu apabila sebahagian dari membernya memandangnya macam dia baru je buat jenayah terbesar.
"Tch Hora pun ada niat nak campak tuan dia kat gaung lepastu kau pesan kat dia macam tu? Takkan jadi punya" balas Wonwoo dan mendapat anggukan dari kucing itu.
"Hora nak campak Soonyoung kat gaung?! Hmmph! Sampai hati!!" Teriak Soonyoung lalu membuat mimik sedih, tak sangka kucingnya macam ni tengok la dia ikut siapa hshshshsh.
"Eleh dengar cerita kau nak bangkang perkahwinan Hora dengan kucing jiran kau" ungkit Wonwoo yang sememangnya tau tentang kehidupan manusia bernama Kwon Soonyoung.
"Meow!!" Sokong Hora apabila namanya dimention oleh Wonwoo.
"YE AKU MEMANG BANGKANG PERKAHWINAN TU!! BUKAN KAU YANG BUNTINGKAN KUCING NAMA ANGELINA JOLI PERGI MENJOLI TU!! JOLI TU SUKA SANGAT MAIN-MAIN DENGAN KUCING JANTAN LAIN DASAR COLI!!" Jerit Soonyoung lagi dan dia terus mendapat pukulan kuat di belakang kepalanya.
"Joli bongok bukannya coli hanat betul" hambur jejaka itu setelah memukul belakang kepala Soonyoung.
"KESAH APA AKU" Wonwoo menggulingkan biji matanya malas.
"Dah la Hora jom pergi dari sini, kalau duduk lama-lama dengan Soonyoung boleh jadi bodoh agaknya kita ni" Hora terus naik ke pangkuan Wonwoo lalu pergi meninggalkan Soonyoung yang sudah berasap menahan marah.
"WHAT?! KAU KATA AKU BODOH?! JEON WONWOO TAGUNE MEMANG MALAM NI KAU TIDUR KAT ATAS LANTAI"
"Macam mak kau bagi!! Kau buat macam tu kat aku balasannya kau kena tidur kat luar!! Dasar anak pungut!!"
"YAH JILAKE KAU WONU!! SINI KAU!!" Soonyoung mula mengejar Wonwoo dan Hora yang sudah mencicit lari ke dapur, tak lupa juga bantal ditangannya untuk dijadikan senjata memukul anak orang itu nanti.
"Agaknya aku orang ketiga sebenarnya disini dari tadi ._." Ujar Seokmin setelah lama dia mendiamkan diri akibat pergaduhan Wonwoo dan Soonyoung yang membuatkan dia tak sempat mengeluarkan sepatah kata pun.
"Sedar pun diri tu" balas Minghao tidak jauh darinya, dengan geram Seokmin melempar bantal di wajah jejaka itu dan terjadi la perang bantal di ruang tamu mahupun dapur.
"Yesh dah nak siap dah!!" Sorak Jihoon dengan semangat dia zip beg bajunya yang terakhir, belum sempat dia ingin keluar dari biliknya matanya tiba-tiba tertancap pada satu benda berwarna putih salji di atas katilnya yang berada tidak jauh darinya.
"Kejap apa benda yang berbulu warna putih kat atas katil aku tu?" Soal jejaka itu sendirian, dia menghampiri katilnya dengan perlahan dan berhati-hati.
"Mingyu?" Panggil Jihoon tetapi tiada sahutan langsung dari roommatenya itu.
"Yah Mingyu!! Kau punya barang ke ni?!" Panggil jejaka itu lagi tetapi tetap sama tiada sahutan dari Mingyu kerana jejaka tinggi lampau itu sudah lama keluar dari bilik mereka. Nak tak nak Jihoon terpaksa lihat sendiri benda apakah itu di atas katilnya kalau tu barang Mingyu memang dia akan teranjang roommatenya kerana letak barang di katilnya.
"Korang!! Nampak bunny aku tak?!" Jisoo berlari menghampiri Jeonghan dan Chan yang sedang berborak di meja makan.
"Kau ada haiwan perliharaan ke Jisoo?" Soal Jeonghan dengan pandangan blur diberikan.
"Hilang ingatan ke apa hyung aku seorang ni? Dah banyak kali kot Jisoo hyung cerita pasal Bunny tu, kepala terhantuk kat dinding kot tu yang pelupa hari ni' bisik hati Chan hairan, takpe la kita husnuzon jelah dengan si Jeonghan ni.
"A-ada tapi dia jarang muncul depan korang" ujar Jisoo dengan kepala ditunduk malu.
"Lepastu? Bunny je kan? Yang cute macam gigi kau tu mesti dia malu en" ucap Jeonghan lagi, Chan pula sudah mengusap wajahnya dengan kesal. Main cakap je si Jeonghan ni padahal Jisoo dah tunjuk dah rupa sebenar Bunny, dia pun ingat lagi Bunny tu macam mana la Jeonghan boleh lupa ni.
"Bab malu tu betul, t-tapi dia..." belum sempat Jisoo ingin menjawab tiba-tiba kedengaran jeritan kuat di bilik Jihoon dan Mingyu.
"WOI SERIGALA PUTIH SIAPA YANG BESAR GEDABAK NI WOI KAT DALAM BILIK AKU?!" Ketiga-tiga jejaka itu membesarkan matanya terkejut lagi-lagi Jisoo yang sudah semestinya tau siapa serigala putih itu.
"Bunny!!!" Jisoo terus berlari naik ke atas untuk pergi ke bilik Jihoon dan Mingyu, dia risau jika Bunny akan buat sesuatu pada Jihoon.
"Lari sudah dia"
"Bunny--
"Shhh.. Bunny tengah tidur" Jisoo terpaku seketika apabila dirinya ditegur oleh Seungcheol yang sedang mendukung Bunny. Nampaknya haiwannya sudah bertukar kepada rupa yang asal.
"Cheol.. i mean!! Seungcheol! Macam mana kau?" Soal jejaka itu tersekat-sekat dengan wajah masih tidak percaya.
"Aku just usap tengkuk dia je lepastu dia dah tidur" jawab Seungcheol apabila faham soalan yang dimaksudkan oleh Jisoo lalu dia memberi Bunny yang masih nyenyak tidur ke pangkuan rakannya itu.
"Sorry Jihoon sebab takutkan kau" ujar Jisoo dengan bersalah.
"Sokay Bunny comel apa, jadi dia haiwan purba? Yang boleh bertukar apa-apa rupa tapi tak boleh tukar jadi manusia" jejaka itu mengangguk menjawab soalan Jihoon.
"Yup dan dia boleh jadi naga.. bukannya naga yang besar tu just naga biasa dan macam ular" terang Jisoo sambil mengusap kepala Bunny.
"Tak bahaya ke?"
"Dia akan bertindak kalau rasa macam bahaya jangan risau dia okay dengan semua orang" terang jejaka itu lagi, dirinya rasa sedikit lega apabila rakan-rakannya dapat menerima Bunny yang suka mengacau orang.
"Ouh yeke aku ingatkan dia ngam dengan orang yang dia rapat je sebab bila aku dengan dia, Bunny macam nak makan aku hidup-hidup lepas Seungcheol hyung datang baru dia nampak tenang sikit" cerita Jihoon lalu mengusap kepala Bunny yang berbulu lembut itu.
"O-ouh.. aku keluar dulu" pamit Jisoo meninggalkan Jihoon dan Seungcheol yang masih tergamam dengan tindakan terburu-buru jejaka itu.
"Hyung ada masalah dengan dia ke?" Soal Jihoon apabila menyedari hyungnya itu dari tadi asyik diam dan mengeluh.
"Aku tak boleh nak kata apa-apa Jihoon.. sebab aku pun tak tau sebabnya aku bukannya ingat sangat childhood aku seolah-olah ada yang sengaja padam ingatan aku" untuk sekian kalinya, Seungcheol mengeluh dengan kuat menunjukkan bahawa dia sememangnya stress.
"Balik ni hyung cari la jawapannya" Jihoon menepuk bahu Seungcheol perlahan, memberikan kekuatan pada hyungnya supaya jangan berputus asa.
"Semestinya" Seungcheol memberikan senyuman tipis lalu meminta diri keluar sebentar untuk mengambil angin.
"Junhui!! Driver kau datang!!" Jerit Jeonghan memanggil Junhui yang sudah bermalas-malasan di atas sofa.
"Hurm.." sahut jejaka itu lalu menarik begnya dengan tidak semangat.
"Kau okay?" Soal Jeonghan prihatin, tak pernah lagi dia lihat wajah Junhui yang nampak dingin selalunya jejaka itu sangat periang dan suka mencari gaduh dengan orang disekelilingnya tapi hari ni Junhui lebih memilih untuk diam satu hari ni.
"Aku just.. tak nak balik je" luah Junhui lalu dia meraup wajahnya dengan kasar, dia tau apabila dia lihat driver itu yang sememangnya bukan driver dari keluarganya dia pasti tujuannya selepas ini ke mana yang pasti bukan ke rumahnya.
"Mian hyung" ucap jejaka itu lalu pergi meninggalkan Jeonghan yang masih berkedip tidak faham dengan perangai Junhui yang berubah drastis lagi-lagi bila jejaka itu memberikan pandangan dingin pada drivernya.
Jeonghan pasti Junhui bukan la calang-calang orang dengan lihat kereta yang sangat mewah dan driver yang berpakaian sangat kemas walaupun Junhui bukannya anak diraja pasti dia anak atasan orang-orang penting.
"Dia nampak lain bila layan orang asing macam tu" omel Jeonghan perlahan lalu masuk ke dalam rumah semula.
"Wonwoo!! Cepatlah jom balik engko ni!!" Jerit Soonyoung sambil mengusap kedua-dua pipinya yang dilempang oleh Wonwoo dan Hora.
"Ye sabar kejap!! Kita balik naik apa?" Soal Wonwoo setelah tiba di depan rakannya itu.
"Vespa aku" jawab Soonyoung lancar.
"PALE HOTAK MU!! MANA MUAT DENGAN BEGNYA LAGI!! HORA KAU NAK CAMPAK MANA?!" Marah Wonwoo yang sudah mengusap dadanya menahan diri dari menghempuk Soonyoung dengan begnya.
"Gurau jelah! Noona aku dah tunggu kat luar dah" Soonyoung ketawa kecil, suka apabila melihat wajah marah kawannya itu.
"Yelah bye semua!!" Apabila sudah mendapat balasan dari semua rakan-rakannya, mereka keluar dari rumah itu sambil bergaduh.
Suasana mula kembali tenang selepas kelibat Soonyoung dan Wonwoo sudah tidak kelihatan, selang beberapa minit kemudian muncul pula seorang jejaka berkulit putih mayat dengan pakaiannya yang semuanya berwarna hitam.
"Jihoon" panggil jejaka itu apabila matanya tertangkap melihat Jihoon yang sedang bergayut di atas tangga menunggu kehadirannya.
"YOONGI HYUNG!!!" Jerit Jihoon lalu menghampiri jejaka yang bernama Yoongi itu, semua memandang luar dengan terkejut apabila mendengar jeritan jejaka kecil itu.
"Yoongi sunbae?!" Teriak mereka kecuali Seokmin, Minghao dan Chan yang sememangnya tidak mengenali jejaka itu kerana mereka baru masuk sekolah tahun ni.
"Yow!! Jangan salah faham aku dengan dia jiran" terang Yoongi apabila melihat ada rakan-rakan Jihoon yang memandangnya sinis. Fikir apa la tu deme ni.
"Tau la kuasa dua-dua sama fikir sweet la tu nasib Soonyoung takde kat sini kalau tak mesti dia dah patah hati" ujar Jisoo disebelah Jeonghan yang sedang merangkul lehernya.
"Soonyoung? Jihoon kau tak cakap pun kau couple--
"Hyung percaya fitnah diorang ni?! PERCAYA?!" Soal Jihoon dengan tatapan tajam diberikan membuatkan Yoongi meneguk air liurnya kasar.
"Okok tak!! Dah jom balik aku ada banyak kerja lagi" Yoongi terus mengambil beg Jihoon lalu membawanya ke keretanya yang diparking tidak jauh dari rumah itu.
"Hmm bye gais" semua membalas lambaian itu dengan senyuman kekok.
"Tak sangka Yoongi sunbae rapat dengan Jihoon hyung patutlah Yoongi sunbae over protective kat mamat tu jiran rupanya" ujar Mingyu takjub, dia teringat lagi dua tahun lepas semasa dia baru masuk ke sekolah itu waktu tu dia tidak sengaja langgar tubuh kecil Jihoon walaupun dia sudah meminta maaf berkali-kali dan hyungnya itu memaafkannya pandangan Yoongi tetap menyeramkan jikalau dia terpandang bekas seniornya itu dari dekat mahupun jauh.
"Chan... dah fikir belum nak duduk dengan siapa? Cepat yang lain dah nak balik dah" Chan tersentak perlahan apabila Seokmin menepuk bahunya.
Jejaka itu memandang Seokmin lama, dia masih tidak tahu hendak mengikuti siapa sedangkan sekarang jumlah rakan-rakannya sudah sedikit di dalam rumah itu.
"C-chan--
"Annyeong, Chan ada?" Semua memandang ke luar rumah apabila terdengar suara yang tidak asing bagi mereka.
"Ada-- Sir Dongwook?!" Hansol menatap tidak percaya pada gurunya yang sudah lama menghilang dan meninggalkan mereka dengan guru-guru gila disini.
"Sir?! Oyemji sir hidup lagi!!!" Seungkwan menghampiri Sir Dongwook dengan pandangan sir-bahenol-aku-hidup-lagi-gais.
"Kenapa cakap macam tu?" Soal Sir Dongwook hairan, diorang punya teruja tu macam setahun dia tak ada kat sekolah.
"Sir Gongyoo bagitau yang Sir nak bunuh diri" jawab Chan dan semua mengangguk setuju, maklum la lepas ke Sir Gongyoo cakap macam tu Chan terus mengadu kat hyung-hyung dia. Itulah diorang nak marah Sir Gongyoo tak boleh pula sebab dia pengetua sabor jelah.
"Bertuah punya orang tua tu -_- oklah Chan jom balik dengan Sir kita pergi ke rumah lama kita" ajak Sir Dongwook apabila sedar tujuan utama dia datang ke rumah Seventeen.
"Nae!! Chan ambil beg kejap!!" Ujar jejaka itu ceria, boleh la dia spent time dengan
pak ciknya. Hanat pun hanat la janji ada pak cik.
"Sir.." panggil Jeonghan perlahan.
"Ye?" Jeonghan menghampiri gurunya dengan teragak-agak.
"Ni bukan sir.. MANA SIR DONGWOOK AKU YANG HANAT TU?!" Pekik jejaka itu sambil menggoncang badan Sir Dongwook dengan kuat.
"Sabar Jeonghan!!" Seungcheol menarik kedua-kedua tangan jejaka itu apabila lihat goncangan kuat itu boleh membuat Sir Dongwook akan muntah pada bila-bila masa sahaja.
"Kacau la kau ni.. AKU NAK BERLAKON NAMPAK MACHO PUN TAK BOLEH HISH" marah Sir Dongwook lalu membetulkan rambutnya yang sudah nampak agak teruk akibat digoncang kuat oleh anak muridnya itu.
"Okay muncul sudah Sir Dongwook kita fuhh nasib baik" Jeonghan menghela nafas lega setelah melihat gurunya dari tadi merungut tentangnya.
"Dah siap!! Jom sir!! Bye hyung semua!!" ujar Chan lalu melambai kearah hyung-hyungnya dengan gembira.
"Bye Channie!!" Balas mereka apabila melihat Chan sudah memasuki kereta Sir Dongwook itu. Belum sempat mereka ingin masuk ke dalam muncul pula appa Jeonghan mengajak anaknya pulang.
"Yoon Jeonghan! Cepatlah anak ikan appa dah memanggil tu ajak membawang" ujar Tn.Yoon pada anaknya yang sedang terhegeh-hegeh mengheret beg.
"Ye sabor kejap bye shemua! Saya dari Yoon Jeonghan yang hensem ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA--
"SUDAH LA TU!! BALIK JELAH!!" Jerit rakan-rakannya yang lain dengan sebal, menyempat lagi dia nak bagi ucapan.
"Okok menghalau kau ye" Jeonghan memuncungkan bibirnya lalu mengejar appanya yang sudah berura-ura ingin meninggalkannya kerana mengada sangat nak bagi ucapan.
"Hansol"
"Seungkwan"
"Mari balik" ujar Tn.Chwe dan Pn.Boo serentak, Hansol dan Seungkwan terus mengambil beg lalu menghampiri mereka.
"Fuhh berirama la sweet gitu" Seungkwan mengangkat keningnya pada ommanya dengan senyuman sinis diberi.
"Aku pelangkung juga anak aku ni, tak habis nak shipkan orang! Aku ship kau dengan Hansol kang kejap lagi" marah Pn.Boo apabila anaknya menyakatnya, sudah lupa ke wahai Boo Seungkwan bahawa anda masih lagi ada appa di rumah sedang tengok Tv sambil makan popcorn terakhir milik anak bongsunya itu.
"Setuju!!" Balas Tn.Chwe cuba menambahkan ketidakpuasan hati Hansol dan Seungkwan.
"Omma!!"
"Dad!!" Bentak mereka berdua keras, apa ni main shipkan orang. Kalau perempuan-lelaki takpe la ni lelaki-lelaki boleh menangis mereka.
Heleh Seungkwan kau shipkan orang lain boleh pula kesian Hansol jadi mangsa keadaan 🌚🌚
Tn.Chwe dan Pn.Boo yang sememangnya malas hendak mendengar rengekkan Hansol dan Seungkwan terus menarik mereka masuk ke dalam kereta masing-masing untuk pulang ke rumah.
"Mingyu!! Jom balik!!" Jerit Taehyung yang merupakan sepupu kepada Kim Mingyu, walaupun sebenarnya tak hingin pun Taehyung nak datang sini tapi disebabkan Mingyu memasaknya terpaksa la dia kesini.
"Okay hyung!!" Sahut jejaka tinggi lampai itu, belum sempat dia ingin keluar tiba-tiba lengannya ditahan seseorang.
"Mingyu, cakap kat Taehyung aku minta maaf ye" ujar Jisoo dengan suara perlahannya, dia malu tapi pada masa yang sama dia bersalah kerana melayan Taehyung dengan dingin padahal jejaka itu tidak ada buat salah padanya.
"Okay tau la nanti aku nak pujuk dia macam mana, jaga diri tau hyung, jangan stress sangat kalau ada apa-apa call aku" pesan Mingyu sambil membetulkan beg sandangnya yang hampir jatuh dari bahunya.
"Kau pun, kalau ada problem kat istana bagitau aku" balas Jisoo dengan senyuman manis, Mingyu mengangguk perlahan lalu keluar dari rumah itu menghampiri Taehyung yang sibuk bermain telefonnya tanpa sedikitpun memandang rumah itu. Jisoo mengeluh perlahan dah satu hal nak kena pujuk mamat kuat merajuk tu.
"Minghao! Balik dengan aku jom rumah kitakan dekat-dekat je" ajak Seokmin, maklum la deme dah berbaik dah sejam yang lepas dua-dua menyerah main perang bantal.
"Okay, kau hantar sebab appa aku tak gerak lagi ni" ujar Minghao setelah menghantar mesej pada appanya.
"Boleh omma aku pun baru sampai" Seokmin terus menarik lengan rakannya itu dengan teruja, nanti boleh dia kenalkan Minghao pada ommanya.
"Bye hyung!!" Ucap Seokmin dan Minghao yang sudah keluar dari rumah itu.
"Bye!!" Balas Seungcheol dan Jisoo yang masih menunggu driver mereka yang masih belum tiba.
"Kita keluar jom, aku nak kunci rumah ni siap-siap" Jisoo mengangguk lalu keluar dari rumah itu seperti yang diarahkan jejaka itu, dia terus duduk di bangku di depan rumah mereka menunggu Seungcheol yang sedang mengunci rumah itu.
"Jadi sekarang tinggal kita berdua.." ujar Seungcheol setelah dia duduk disebelah Jisoo.
"Yup.." balas jejaka itu sambil bermain jarinya, cuba menghilangkan rasa canggung.
"Kau tak nak ceritakan apa-apa ke kat aku?" Jisoo mengangkat kepalanya lalu memandang Seungcheol yang turut memandangnya serius.
"Pasal?" Soal Jisoo yang masih blur dengan soalan jejaka itu.
"10 tahun lepas" ucap Seungcheol tanpa berbasa-basi.
"Ouh.. a-aku cuma nak minta maaf kat kau.. mianhei sebab aku hampir buat kau mati" Jisoo menundukkan kepalanya dengan penuh bersalah, dia tidak berani hendak memandang Seungcheol yang sudah memasang riak wajah terkejut.
"M-mwo?" Seungcheol mengerutkan dahi, bukan dia tidak faham cuma kepalanya tiba-tiba sahaja sakit mendengar ucapan Jisoo itu.
"Kau takkan ingat.. naga aku ambil ingatan kau, kenangan aku dengan kau tapi aku bersyukur juga sekurangnya bila aku dengan kau takde la rasa effect panas bila kau marah sebab kuasa aku still ada dalam badan kau" terang Jisoo yang memandang lurus kehadapan tanpa memandang Seungcheol yang sedaya upaya cuba menahan sakit di kepalanya.
"M-maksud kau?" Ujar Seungcheol lagi, walaupun kepalanya sangat sakit, dia tetap gagahkan diri untuk dengar semuanya dari Jisoo.
"Dulu masa kita kecil, kita kawan baik la tapi disebabkan aku hampir bunuh kau.. aku tak berani nak berkawan dengan sesiapa kecuali Taehyung dan Mingyu sebab diorang memang dah kenal aku dari dulu lepastu baru korang Seventeen dan aku cuba berani dekatkan diri dengan kau" cerita Jisoo lagi tapi kali ni dia memandang Seungcheol lalu memberikan senyuman manis pada jejaka itu dan dalam sekelip mata sakit dikepala mula hilang apabila dia melihat senyuman Jisoo.
"Maaf sekali lagi ye Seungcheol, aku tak sengaja waktu tu kalau la aku tak lemah--
"Jadi mulai sekarang kau kena la jadi kuat" potong Seungcheol, dia tak suka apabila rakan-rakannya berkata sebegitu tentang diri mereka sendiri.
"Jangan ulangi masa lalu tu lagi" pesan Seungcheol lagi setelah drivernya sudah tiba di depan mereka.
"Bye Jisoo!! Kejap lagi driver kau datang kan? Atau kau nak balik dengan aku?" Soal Seungcheol risau, yelah kalau dia pergi tinggal Jisoo seorang jelah dah la bahaya dengan keadaan dunia mereka yang kedengaran sudah mula tidak selamat lagi.
"Takpe.. driver aku otw bye Seungcheol.." tolak Jisoo untuk kali ke-5 kerana didesak oleh jejaka itu untuk balik bersamanya.
"Hmm yelah hati-hati" ujar Seungcheol mengalah dengan keras kepala rakannya itu lalu masuk ke dalam kereta. Jisoo tersenyum nipis apabila melihat kereta yang dinaiki Seungcheol sudah tidak kelihatan di pandangannya.
"Mian Cheol... harap aku tak ulangi benda yang sama kalau tak.. aku takde peluang lagi nak hidup" ucap Jisoo perlahan, cukup hanya dia seorang sahaja yang dengar. Dia bersenandung kecil cuba membuang rasa tidak sedap hatinya apabila merasakan bahawa dia sedang diperhati oleh seseorang sehingga la drivernya tiba baru la dia boleh menghela nafas lega.
TRAILER ( SCENE TWO ) ;
"Terima mereka semula appa"
"Merepek!!"
"Mereka la yang selamatkan kita dulu!! Dan kita? Hanya membuatkan situasi bertambah buruk"
🔮🔮🔮
"Aku dah janji dengan diri sendiri untuk jaga dia"
"Tapi nampaknya dia macam dah lupakan aku selamanya"
🔮🔮🔮
"M-mommy.. mana Daddy?"
"Bertahan la!!"
"T-tak boleh.."
🔮🔮🔮
"Kamu tak boleh bantah Jun!!"
"Kenapa tak boleh?!"
"Terima!! Atau papa akan keluarkan kamu dari sekolah tak guna tu"
🔮🔮🔮
"Susah bukan? Kau cuba untuk tolong tapi hanya dapat hampaan"
"Jangan terlalu berharap kawanku"
🔮🔮🔮
"Aku bodoh waktu tu.. patutnya aku cuba selamatkan mereka!! Aku tak patut biarkan mereka pergi!!"
🔮🔮🔮
"Hiks maafkan hyung.. kenapa.. kenapa?!"
"Patutnya hyung yang kena mati bukannya kau!!"
🔮🔮🔮
"Patut ke aku bersyukur sebab aku tak lalui peristiwa tu?"
"Sedangkan semua kawan aku cukup terseksa dengannya"
🔮🔮🔮
"Hiks kenapa mereka kata aku gila? Aku tak gila!! Aku cuma perlukan seseorang.. kenapa orang kat sini bodoh sangat hah?"
🔮🔮🔮
"Kenapa la mereka tak habis-habis sindir aku? Kenapa? Sebab aku pertahankan benda yang sememangnya betul jadi mereka marah?"
"Bodoh sama sekali"
🔮🔮🔮
"Kenapa aku rasa takut sangat bila dengar semua rahsia yang makin lama mereka simpan makin terbongkar?"
🔮🔮🔮
"Hiss.. ada sesuatu yang berlaku ke kenapa aku rasa tak sedap hati? Harap diorang okay kat sana"
🔮🔮🔮
"Kenapa kepala aku sakit sangat hah? Macam ada sesuatu yang mencucuk dengan kuat"
🔮🔮🔮
"Buku itu memilih mereka semua? Jadi bersiap sedia la dengan kematian"
"Kau yakin pasti ada kematian?"
"Kerana aku tak yakin kematian tu ada kerana mereka semakin kuat dari apa yang kau fikirkan"
________________
Itu diaaa kita sudah masuk ke scene kedua UYEAYYYYY scene kedua ni ada sikit je author dah siapkan sampai chap 30 jadi chap 31 adalah scene ketiga MUEHEHEHEHE btw MASUK SEKOLAH 24/6 HAHAHAHAHAHAH *murung kat bawah meja*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro