22
"MARI KITA MULAKAN LATIHANN YEAYYY" jerit Seventeen yang lain dengan ceria, mereka berlari pusing-pusing satu padang yang separuhnya agak hitam itu. Sir Gongyoo malas nak baiki padang dia lagi la tu duit tak cukup HAHAHAHHAHAHA.
Selang beberapa minit, guru-guru mereka pun tiba Seventeen pergi kepada guru masing-masing.
"MINHO ENGKO HERET SEUNGCHEOL PERGI TEMPAT LATIHAN YANG TERTUTUP DAN KALIS API KAT DALAM BANGUNAN SEKOLAH!! KORANG BERDUA BLACKLIST BERLATIH KAT PADANG" arah Sir Gongyoo tanpa memandang Seungcheol yang sudah melutut pasrah dan Sir Minho dengan wajah ta bersalah bermain api kecilnya.
"Alah sir kenapa?!" Soal Seungcheol sedih, bosan la kalau dia dengan Sir Minho je sekurangnya kalau berlatih kat padang boleh la dia usya member dia yang lain.
Usya ye Seungcheol🌚🌚
"Kenapa? KENAPA?! SEPARUH DARI PADANG AKU TERBAKO SEBAB KORANG BERDUA BOLEH TANYA LAGI KENAPA?! DAH SHUH NYAH KAMU BERDUA" halau Sir Gongyoo, kedua-dua jejaka itu memuncungkan bibirnya lalu mereka masuk semula ke dalam bangunan sekolah. Nasib la nama dah kena blacklist berlatih kat padang.
"Yang lain pun boleh berpecah pergi la kemana ikut guru kamu semua okay?" ujar Miss Jieun dengan malas setelah melihat drama pengetua, guru disiplin dan leader Seventeen itu.
"Nae!!" Yang lain mengangguk lalu mengikuti guru masing-masing pergi ke tempat yang dituju.
"Jom Wonwoo! Minghao!! Kita pergi rooftoop!!" Semua memandang Sir Bogum yang sedang menarik kaki Wonwoo dan Minghao.
"T-tolong kami..." rayu kedua-dua jejaka itu, masing-masing mencengkam tanah tetapi apakan daya kekuatan Sir Bogum lebih kuat daripada mereka.
"Selamat tinggal kawanku yang ku benci" ucap Soonyoung sambil melambaikan tangannya pada Wonwoo dan Minghao.
"Jisoo, maafkan Miss sebab paksa kamu" ujar guru itu, dia menundukkan kepalanya dengan bersalah.
"Takpe la Miss bukan salah Miss pun saya memang lemah" Jisoo memberikan senyuman manisnya memberitahu bahawa dia tidak kisah akan hal itu.
"Tak la! Jisoo kuat!! Jisoo tak lemah pun jangan difikirkan kisah lama, awak di masa sekarang jadi tumpukan untuk masa depan supaya tak ulangi benda yang sama" pesan Miss Jooyoung, jejaka itu tergelak perlahan bersungguh-sungguh betul gurunya tetapi ada betulnya juga.
Dia selalu fikirkan kisah lepas disebabkan itu dia risau dan lebih memilih berdiam diri dari bersosial dengan rakan-rakannya. Tapi sekarang dia berubah sedikit demi sedikit dengan adanya Seventeen sekurangnya dia cuba untuk berubah.
"Okay Miss jadi.. kita kat mana ni?" Soal Jisoo lalu matanya meliar sekeliling, biliknya besar semuanya putih tiada meja mahupun kerusi.
"Ouh sini adalah bilik musim mesti awak tak pernah masuk kan? Bilik ni baru je dibuat tahun ni dan awak la orang pertama yang akan guna bilik ni" terang Miss Jooyoung tentang bilik ini dan penyebab mengapa Sir Gongyoo tetiba jadi bakhil, mahal nak buat bilik ni hshshshhs.
"Woahh!! Series?!" Soal Jisoo teruja.
"Ready?"
"READYYYYY!!"
"Jja!!" Miss Jooyoung menepuk tangannya, tiba-tiba suasana di dalam bilik itu berubah, suhu mendadak menurun, salji mula jatuh sehingga lantai bilik itu depenuhi dengan salji putih itu.
"Salji... salji? SALJIII!!" Jisoo berlari sambil menjerit keriangan bermain salji-salji itu, terus lupa dia dengan moodnya yang tak berapa baik pagi tadi.
"Miss sini la Miss!! Main dengan saya!!" Ajak jejaka itu mendekati gurunya yang kelihatan nampak kesejukan, terlupa bawa baju sejuk pula.
"T-takpe.. s-saya ehh!!!" Belum sempat Miss Jooyoung ingin menolak Jisoo terlebih dahulu menarik lengannya untuk bermain bersamanya.
"Mesti Miss sejuk kan kejap ek" Jisoo menggerakkan jarinya pada gurunya itu, muncul baju sejuk yang sangat tebal di badan Miss Jooyoung.
"Jisoo.. saya tak perlu--
"Besar sangat ke? Hmm kita tukar" sekali lagi cahaya kebiruan muncul di badan Miss Jooyoung, baju yang agak panjang tapi tebal bagi Jisoo gaya itu nampak lama.
"Nope nampak buruk" komennya bersahaja, jarinya bergerak semula. Gurunya menatap Jisoo malas banyak sangat songehnya.
"NI BAJU APA NI JISOO?! SEKSI" jerit Miss Jooyong tidak terima apabila gaun biru langit yang melekat di badannya dengan kain lengan baju yang terbelah serta dadanya yang agak kelihatan--
YA TUHAN JISOO APA ENGKO FIKIR NI?!
"EH SORRY TERFIKIRKAN PULA BAJU MACAM TU" guru itu menatap Jisoo seram, apa yang dia fikirkan sampai keluar baju macam ni? SEBIJI BAJU MACAM ELSA TAPI LAGI SEKSI TAKDE KAIN JARANG TU YANG TUTUP--
Faham-faham la Miss Jooyoung malu nak bagi detail. Sesiapa tolong suruh Chan brainwash otak Jisoo dengan segera *otw nak solat taubat*
"Mian Miss!! Jangan fikir bukan-bukan!! Saya pernah tertengok design mommy saya je!! Jadi saya tergambar!!" Terang Jisoo dengan gelabah, takut jika gurunya itu tersalah faham padahal memang dah salah faham pun.
"T-takpe.." Jisoo menutup matanya jarinya bergerak beralun tertumpu pada Miss Jooyoung, berharap baju kali ini sesuai dan tidak menjolok mata apabila dia merasakan seperti sudah selesai dia membuka matanya perlahan.
"Hah sesuai!!" Ujar Jisoo puas hati melihat gurunya memakai selendang tebal berwarna biru langit, cardigan panjang berwarna cream, topi sejuk berwarna putih salji dan tidak lupa juga sarung tangan putih bersimbol corak salji melindungi tangan guru itu dari beku.
Berkat join tengok movie Frozen dengan dayang, baru dia tau kuasanya juga boleh buat pakaian HAHAHAHAHAH pengaruh Frozen betul.
"Kamu pun mesti pakai nanti sejuk" ujar Miss Jooyoung, takkan dia seorang je kena pakai baju macam ni malu la.
"Miss, saya dari ais jadi saya okay je" jawab Jisoo, agak hairan apabila gurunya risau tentang itu.
"Ahh y-ye Miss lupa" wajah Miss Jooyoung mula kemerahan boleh pula dia lupa fakta yang penting itu tetapi tidak lama, Jisoo terus menarik tangan gurunya mengajak bermain semula.
Hiks sweetnya Jisoo, imagine dia jadi pakwe readers *pandang atas, nampak masa depan tapi gelap je masa depannya*
Jadi sesiapa yang nak jadi awek Jisoo kena interview dengan Miss Jooyoung dulu lepastu Sir Dongwook and then Sir Gongyoo lepastu Taehyung pula, tak lupa juga Seventeen dan akhir sekali 1000 dayang dia okok ni last lepastu nanny lama Jisoo HAHAHAHHAA ok ni last Family Jisoo dannnnnnnnn Bunny hah yang tu penting HSHSHSHHSSHHS. Kalau tak lepas dari salah satu interview tu jom menangis bersama-sama hiks *muka memang takkan lulus interview*
Sedang mereka sibuk bermain muncul seekor makhluk besar terbang menghampiri mereka. Wajah Miss Jooyoung mula memucat manakala Jisoo memandang makhluk itu dengan gembira.
"BUNNY!!"
"WARGHHH NAGA!!" Jerit mereka berdua serentak, seorang dengan nada yang takut dan lagi seorang dengan nada yang gembira. Jisoo berlari memeluk haiwannya yang sudah menggesel kepalanya di pipi jejaka itu manakala Miss Jooyoung melangkah jauh dari mereka, pertama kali dia melihat naga putih yang panjang.
"Eh Miss!! Bunny takkan apa-apakan kita la!! Bunny tukar kepada yang asal cepat!!" Arah Jisoo pada haiwannya dengan malas Bunny menukarkan rupanya menjadi yang asal, haiwan itu terbang mendekati tuannya lalu badannya didakap erat oleh Jisoo.
"Ni Bunny!!" Miss Jooyoung menghampiri Jisoo dan haiwannya apabila dirinya dipujuk beberapa kali baru la dia mengalah.
"Arnab? Apa benda makhluk ni?" Soal Miss Jooyoung dengan takut-takut dia mengusap haiwan itu dan Bunny membalasnya dengan tatapan lembut membuatkan guru itu berasa geram dengan kecomelan haiwan itu.
"Jja!! Ni Hong Bunny!! Haiwan kesayangan saya" ujar Jisoo memperkenalkan haiwannya lalu mengangkat Bunny depan gurunya itu.
"Ouhh dia ni la haiwan purba kan? Dia boleh bertukar rupa apa yang dia nak" Miss Jooyoung menatap Bunny kagum, pertama kali melihat haiwan purba yang dikira sudah pupus tetapi masih ada lagi seekor yang masih hidup.
"Haah!! Comel kan comel kan? Tapi dia jenis protective dengan saya" Jisoo memuncungkan bibirnya manakala Bunny hanya membalas pandangan jejaka itu dengan tatapan jijik. Payah dapat tuan mengada macam ni.
"Jadi Jisoo dah sedia untuk gunakan kuasa kamu? Saya tak nak paksa kamu" pinta Miss Jooyoung dengan nada takut, risau jikalau Jisoo masih tidak yakin dengan kuasanya walaupun tadi jejaka itu ada menunjukkan sedikit kuasanya.
"Saya dah ready Miss" Jisoo menurunkan haiwannya lalu memandang gurunya serius. Setelah dia berfikir masak-masak pagi tadi, kali ini dia sudah membuat keputusan dia akan mencabar dirinya untuk menggunakan kuasanya.
"Betul ni?" Soal Miss Jooyoung untuk kepastian apabila mendapat anggukan kecil dari Jisoo, dia menjerit teruja.
"BAGUS! JOM BERLATIH!!"
"Hape benda yang Miss Jooyoung dengan Jisoo tu duk terjerit-jerit macam orang gila? Haish baik Seungcheol jom kita mulakan latihan" Seungcheol menganggukkan kepala, dia tak faham apa yang Sir Minho bebel yang pasti ayat yang last tu amat jelas di pendengarannya. Berlatih Seungcheol berlatih.
"Bebola api!!"
"Kecil sangat!!" Komen Sir Minho apabila melihat bebola api yang kecil yang muncul sekecil tapak tangannya.
"Bebola api!!"
"BESAR SANGAT TU OIII" jerit guru itu lagi dengan panik, kali ini bebola api tu sebesar ruang pejabatnya. Nasib baik mereka di court sukan indoor luas, selamat dan kalis api.
"Bebola api?" Seungcheol menutup mulutnya, kenapa ayat dia jadi ayat pertanyaan pula ni.
"Kamu teragak-agak ke Choi Seungcheol?" Sir Minho mendekati anak muridnya.
"M-mian Sir" jejaka itu menunduk minta maaf kepada gurunya fuhh seram dengan wajah dingin Sir Minho.
"Ada benda yang mengganggu fikiran kamu ke Seungcheol?" Soal Sir Minho prihatin, dia tak nak marah anak muridnya secara membuta tuli dia tau pasti Seungcheol dalam masalah.
"Ahh t-tak saya.."
"Kalau ada masalah cuba cerita" Sir Minho menepuk bahu jejaka itu lembut, Seungcheol mengeluh perlahan nampaknya dia kena ceritakan kesemuanya.
"Ouh macam tu... jadi naga dari kerajaan kamu dan naga dari kerajaan ais bertempur disebabkan Jisoo?" Seungcheol mengangguk perlahan, lega rasanya apabila dia sudah menceritakan kesemuanya pada gurunya itu.
"Make senses juga lagipun saya memang tau benda ni tapi kita tak patut tuduh melulu awak cuba tanya Jisoo nanti okay, jangan sampai bergaduh pula" pesan Sir Minho, sedikit sebanyak ada betulnya juga dia tak patut tuduh Jisoo melulu dia kena tau cerita dari pihak yang lagi satu baru kesemua persoalannya terjawab.
"Okay sir"
"Jom sambung berlatih, kali ni jangan ada yang salah kalau tak hitam badan awak balik nanti lagi hitam dari Mingyu" Seungcheol meringis ngeri, tak boleh terima dia kalau kulitnya yang putih melepak itu menjadi gelap lagi gelap dari kulit Mingyu pula tu. Hergh ngeri.
"B-baik.." balas jejaka itu, kali ni dia kena fokus kalau tak kulitnya akan menjadi mangsa Sir Minho.
"Sir Gongyoo, semalam saya dapat mimpi pelik saya mimpi pasal family saya waktu tu saya baby lagi saya nampak muka mak dan ayah saya cuma saya tak nampak muka seorang lelaki ni pak cik saya kot" terus terhenti aktiviti membaca guru itu apabila mendengar cerita dari Chan, well sekarang mereka di perpustakaan kecil sangat sunyi kerana pelajar jarang datang ke perpustakaan ini.
"Ouh jadi dia dah bagi dah kamu kenangan tu" Sir Gongyoo menganggukkan kepala dengan kagum, tak sangka cepat betul orang itu bertindak.
"Siapa?"
"Pak cik kamu" jantung Chan terhenti seketika, jadi selama ni firasatnya memang betul.
"Ahli keluarga saya ada yang masih hidup lagi sir?!" Soal jejaka itu tidak percaya, kalau boleh dia nak menangis kat situ juga tapi ditahan air matanya dari jatuh.
"Haah, dia dapat selamatkan diri tapi omma dengan appa awak tak lagipun dia bukan dari kuasa teleport dan telepathy kuasa dia cuma ada iras-iras sikit" terang Sir Gongyoo tidak terkesan dengan drama terlebih teruja anak muridnya itu.
"Mana dia sekarang?!" Chan bangun dari duduknya, dia kena cari pak ciknya banyak soalan yang hendak dia tanyakan.
"Dekat depan awak sekarang" suasana menjadi hening seketika, Chan memandang Sir Gongyoo yang menatapnya dengan pandangan series.
"S-sir ke pak cik saya?" Soal jejaka itu dengan gagap, tak percaya kalau gurunya di depan ini adalah pak ciknya.
"Takde la gurau je" balas Sir Gongyoo tanpa rasa bersalah.
"Hiks Sir ni!" Chan mengusap dadanya perlahan hampir nak terkeluar jantung dia bila gurunya kata begitu sekali gurau hish.
"Orang gurau je saya tak tau mana dia sekarang menghilang dah pak cik awak tu"
"Siapa pak cik saya?" Sir Gongyoo tersenyum sinis, dia meletakkan bukunya perlahan.
"Orang yang selalu ada dengan awak, ingat tak siapa yang hampir cium bibir awak yang selalu nak bergay dengan awak siap bagi pikapline lama" terbeliak mata Chan apabila dengar apa yang dikata Sir Gongyoo, mukanya mula merona kemerahan apabila gurunya mengetahui perkara memalukan sebegitu.
"Puff!! Sir nampak ke?!" Chan mengipas mukanya cuba meredakan wajahnya yang sudah mula terbakar, nasib baik hanya mereka berdua sahaja yang berada disini.
"Korang berlatih menghadap pejabat aku gila aku tak tengok" seloroh Sir Gongyoo, wajahnya memang menunjukkan bahawa dia amat menikmati kehanatan Seventeen di padang selama ini.
"Jadi Sir Lee Dongwook ke pak cik saya?" Tebak Chan, itu sahaja yang dia boleh teka kerana hanya guru itu yang cuba bergay dengannya.
"Bingo!!" Mendengar sahaja jawapan dari Sir Gongyoo terus jejaka itu menghentak meja dengan kuat. Gurunya pula memandang Chan blur apahal main hentak-hentak meja ni?
"Kenapa muka dia lagi hensem dari saya?!" Bentak jejaka itu tidak puas hati, Sir Gongyoo pula hanya mampu menepuk dahinya dengan kesal.
"Cih ingatkan gembira jumpa pak cik dia, kamu tu ikut muka appa kamu lahai memang la!!" Terang Sir Gongyoo yang sudah lama mengenali appa Chan, perangai dua-dua sama tau nak bangkang je kerjanya.
"Mana la Sir Dongwook sekarang" omel Chan setelah dia kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Entah bunuh diri agaknya" balas guru itu apabila terdengar omelan anak muridnya itu.
"HUWEE SIR DIA TU PAK CIK SAYA JE YANG TINGGAL" raung Chan disitu, guru perpustakaan yang dari tadi menahan diri dari mengetuk kepala dua ekor tu hanya mampu menahan kemarahan.
Nasib mereka tu pengetua dan The Guardian kalau tak memang ada yang benjol kepala kena hempuk dengan buku yang berisi 699 muka surat di dalamnya.
"ALAH ORANG GURAU JE PUN" Sir Gongyoo menggelengkan kepala, dah satu hal nak pujuk si maknae Seventeen ni.
Di tempat lain pula, di stadium kolam renang ketiga-tiga jejaka itu memandang kolam yang amat dalam dengan penuh serius.
"Jeonghan.. terjun" kedua-dua anak muridnya itu memandang si guru dengan terkejut.
"BOLEH KE?!" Soal Jeonghan teruja.
"SIR NAK BUNUH JEONGHAN HYUNG KE?!" Bentak Junhui dengan wajah yang sudah pucat, apa main terjun-terjun ni.
"Terjun jelah pastikan jiwa kamu dah bersatu dengan air" pesan Sir Seojun lalu melihat Jeonghan yang sudah terjun masuk ke dalam kolam renang itu.
Selang beberapa minit, Jeonghan kembali muncul di tengah-tengah pusaran air itu dengan wajah ceria sedikitpun badannya tidak basah seperti dirinya dilindungi dari basah.
"UYEAYY INILAH KEHIDUPAN" jerit Jeonghan puas hati, setelah beberapa bulan dia tidak terjun seperti ini terlepas sudah kerinduannya.
"WOAHH JEONGHAN HYUNG!!" Ujar Junhui kagum tetapi dia kembali mengerutkan dahi hairan apabila terlihat Jeonghan yang sudah membuat mimik ingin menangis.
"Kamu dah kenapa?" Soal Sir Seojun pelik, tiba-tiba je mood swing mamat ni.
"HIKS SIR KENAPA SAYA STILL TAK BOLEH JADI DUYUNG MACAM JIRAN SAYA?!" Soal Jeonghan untuk kali ke-10, dia ni tak serik agaknya tanya soalan macam tu.
"SAYA DAH KATA KAMU MANA BOLEH JADI DUYUNG!!" Balas Sir Seojun geram, keras kepala betul anak muridnya seorang ini.
"Hyung ada jiran ke?" Soal Junhui yang tidak terkesan dengan perkataan 'duyung' itu.
"Ada la!! Jiran aku kan laut" dua-dua terdiam mendengar jawapan Jeonghan yang agak membangang bagi mereka.
"........."
Sir Seojun memandang Jeonghan dengan pandangan sukar ditafsirkan.
"AWAK TAHAN SAYA JUNHUI!! MEMANG LA JIRAN AWAK BOLEH JADI DUYUNG DAH DIA YANG DUYUNG!!" Marah Sir Seojun, Junhui pula sedaya upaya menahan gurunya itu dari mendekati Jeonghan yang masih berada di tengah-tengah kolam itu main renjis air.
"Eii benci la!!" Rengek Jeonghan sedih, berbulu telinga Junhui dan Sir Seojun mendengar rengekan jejaka itu.
"AWAK TAHAN KASUT SAYA NI JUNHUI!!"
"IYER SIR"
"Dah la Junhui jom kita berlatih kuasa awak pula kita tinggalkan dia berangan nak jadi dugong seorang" ujar Sir Seojun, dirinya sudah give up dengan Yoon Jeonghan ini.
"DUYUNG LA SIR" tegur Jeonghan, cuba membetulkan ayat yang diucap oleh gurunya itu.
"AHH PEDULI APA AKU MUKA ENGKO BETTER LAGI JADI DUGONG"
And Jeonghan be like;
"KAU PAHAL BAGI PANDANGAN MENGANCAM MACAM TU?! TAK TERGODA PUN MENGANCAM LAGI BONTOT AKU" jerit Sir Seojun lalu menunjuk punggungnya di depan Jeonghan.
"HALAH SIR NI SIAPA NAK GODA SIR?! SAYA NAK GODA READERS BUUUUU" balas Jeonghan tidak mahu kalah. Mamat ni memang la guru sendiri pun nak ajak gaduh.
"Dah la tu Sir!! Kita tinggalkan je dia" potong Junhui, cuba meleraikan pergaduhan yang tidak pasti bila nak habisnya.
"Nasib Junhui tahan kalau tak botak rambut kau aku kerjakan" rungut Sir Seojun dengan geram, mengekori Junhui yang sedang menariknya keluar dari stadium itu.
"Heleh" Jeonghan memuncungkan bibirnya, setelah dia naik ke darat dia mula mengejar mereka. Takut seorang-seorang katanya hshshshhshs.
"Sekali lagi kenapa kita ada kat sini?" Soal Taehyung dingin, dia dah la takde mood lepastu kena tarik skodeng Seventeen lagi.
"Kita kena mengawasi diorang la halah" jawab Jimin geram, asyik nak ikut kepala dia je fikir aku takde kepala ke?
"Ni Jungkook hyung dengan Taehyung hyung apahal muka masam je dari tadi?" tegur Seungkwan yang turut menyertai mereka bersama Seokmin.
"Jisoo"
"Mingyu" jawab mereka berdua serentak dengan datar.
"Gaduh la tu" bisik Seokmin pada Seungkwan yang kelihatan bingung dengan jawapan kedua-dua jejaka yang dikenali sebagai manusia yang tau ceria 24 jam.
"Kenapa dengan Jisoo hyung? Aku tengok okay je dia tadi" ujar Seungkwan hairan, tentang Jungkook dan Mingyu sudah mengetahui akan hal itu kerana jejaka itu sudah mengadu padanya tentang Jungkook yang tiba-tiba sahaja mengamuk kerana Miss Jieun.
"Pagi tadi dia tak layan aku weh dia layan aku dingin sedingin kutub ais!!" Cerita Taehyung sedih, satu hari mereka tidak bertegur sapa membuatkan jejaka itu fikir Jisoo sudah membencinya.
"Ouh haah pagi tadi Jisoo hyung memang takde mood, semua orang dia pinggirkan Minhyun sunbae yang selalu kacau dia pun dia marah mamat tu teruk" terang Seokmin, dia pun tak tau kenapa hyungnya itu badmood pagi-pagi nak kata tak sarapan mereka sempat sarapan hari ni.
"Tapi dia tak berani marah Jeonghan hyung dan Seungcheol hyung cuma ada la tadi Jisoo hyung ignore diorang berdua" sambung Seungkwan, terkejut juga la dia bila Seungcheol dan Jeonghan mendekati hyungnya itu Jisoo tidak marah padahal dia yang cuba ingin memulangkan pen jejaka itu terus mendapat jelingan maut dari Jisoo.
Nasib tak mati beku dia kat situ.
"Haah, mereka berdua je yang boleh tenangkan Jisoo hyung kalau tak ribut salji la kita" Taehyung memandang Seokmin dan Seungkwan dengan sendu, tu bukannya jawapan yang dia nak malah dia sedikit cemburu dengan keakraban Seventeen terhadap Jisoo.
"YAH SEUNGKWAN DAN SEOKMIN! SINI LA KENAPA DUDUK SITU?!" Teriak Miss Suzy sambil mencekak pinggang di tepi padang, boleh pula deme menghilang itupun baru je dia pergi tandas kejap.
"Kejap!! Ok la kami pergi dulu nanti kena marah pula" pamit Seungkwan dan Seokmin meninggalkan ketiga-tiga bekas The Witch Guardians itu yang sudah mengelamun dengan dunia sendiri.
_____________
Tu dia straight to the point aku bagi hah!! Dah tau rupa Bunny kan dan tau siapa pak cik Chan kan hah.. maleh dah aku camni HAHAHAHAHAHHAA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro