Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20

"D-daddy.. hiks Joshua takut.. Mommy!!" Raung Jisoo, tangannya meliar mencari sesuatu sedangkan matanya masih lagi tertutup.

"Shh.. hyung jangan takut kitaorang ada dengan hyung, tidur ye takpe Hansol temankan hyung" pujuk Hansol lalu meraih tangan jejaka itu dengan erat cuba menenangkan hyungnya yang dari tadi asyik meracau.

"Jangan tinggalkan aku.." pinta Jisoo dengan wajahnya basah kerana menangis berlebihan.

"Ye kitaorang janji takkan tinggalkan hyung" Seungkwan memeluk hyungnya erat dan menyuruh Jisoo tidur kembali kerana dirinya lihat seperti sangat lemah.

Jisoo kembali menutup matanya dengan ditemani oleh Hansol, Seungkwan, Wonwoo dan Jihoon. Yang selebihnya sudah masuk ke dalam bilik takpun ada yang duduk di ruang tamu memikirkan sesuatu.

"Dia ok tak?" Soal Seokmin di luar bilik Seungcheol dan Jisoo.

"Ye nasib baik dia just nightmare biasa" jawab Soonyoung sebelum menutup pintu bilik itu perlahan.

"So hyung siapa Joshua?"

"Ouh dia ada nama lain selain Jisoo iaitu Joshua" terang jejaka bermata sepet itu, walaupun Jisoo jenis yang suka berahsia sekurang-kurangnya ada la juga dia bagitau nama panggilannya yang lain.

"So family dia lebih panggil dia Joshua la" Seokmin menganggukkan kepalanya faham.

"Nampaknya begitu la" Soonyoung melirik kearah Jeonghan yang sedang menghampiri mereka berdua dengan wajah bengang.

"Hyung kenapa ni?" Soal jejaka itu apabila terlihat Jeonghan seperti ingin menumbuknya secara tiba-tiba.

"Sir Dongwook call aku, dia kata guru-guru yang lain akan ajar kita sampai la hari terakhir sebelum cuti nanti" Jeonghan mengeluh perlahan, dia tak kisah kalau kena berlatih dengan guru-guru tu cuma dia risau si Jisoo, nak ke rakannya tu sambung berlatih lepas apa yang dah jadi tadi.

"Sir Dongwook buat apa? Busy semacam je dia kat sekolah aku pun tak nampak batang hidung dia langsung" ujar Seokmin, dia hairan kemana guru hanatnya pergi satu hari tak nampak kat sekolah bahkan waktu masuk pelajaran kelasnya pun dia tak masuk.

"Tak tau la dia busy apa haish" rungut Jeonghan lagi lalu membawa diri masuk ke dalam bilik, better tidur dari serabutkan kepala otak.

"Kim Mingyu" terhenti langkah jejaka tinggi lampai itu apabila namanya dipanggil oleh seseorang yang dia memang tak nak jumpa sekarang ni.

"Y-ye Seungcheol hyung?" Mingyu menoleh kebelakang melihat wajah dingin leadernya.

"Ikut aku" arah Seungcheol lalu berjalan melepasinya menyuruh jejaka itu mengekorinya pergi ke laman belakang, tiba-tiba Mingyu rasa menyesal keluar sebab nak ambil angin.

"Disebabkan Jisoo tengah rehat rasanya aku kena berbincang pasal ni dengan kau jelah" Mingyu yang dari tadi menundukkan kepalanya, mendongak memandang Seungcheol yang masih memasang wajah dingin.

"Tentang apa?"

"Tentang yang kau TERsalah send tu so tak nak mengaku apa-apa ke?"

"Hyung.. a-aku.." Mingyu meneguk air liurnya kasar, entah kenapa dia berasa takut untuk menjawab soalan dari si leader. Belum sempat jejaka itu menjawab Seungcheol terlebih dahulu memotong.

"Kau putera kan Mingyu?" Dengan teragak-agak Mingyu menganggukkan kepalanya perlahan, identitinya yang selama ni dia simpan dengan selamat kini terbongkar jua.

"Jisoo juga?" Sekali lagi Mingyu menganggukkan kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Mingyu.."

"Hyung apa kata kita borak pasal benda lain?" Cadang Mingyu cuba menukar topik, dia rasa tak sedap hati apabila mereka berborak pasal 'kehidupan' mereka di sini.

"No! Jujur jelah Mingyu kenapa latar belakang kau dan Jisoo rahsia? Aku tak faham, aku pun putera tapi takde la sampai berahsia bagai!" Bentak Seungcheol yang sememangnya desperate mahukan jawapan semua persoalannya yang menghantuinya dari dulu lagi.

"Haish hyung tau kan apa jadi 10 tahun lepas?" Seungcheol terdiam seketika, Mingyu mengusutkan rambutnya dia rasa mula rasa bersalah jika dia bagitau sekarang tanpa keizinan jejaka bermata kucing itu.

"Ini ada kena mengena dengan Jisoo hyung aku tau hyung nak tau pasal tu tapi bukan aku yang kena ceritakan semuanya hyung tunggu je mungkin Jisoo hyung akan bagitau takpun Taehyung hyung tapi kekadang aku rasa dia tak layan pun nak bagitau hek" ujar Mingyu dengan suara yang semakin kendur, entah apa yang dia cakap dia pun tak tau yang dia tau dia main cakap je tanpa berfikir.

"Kenapa mesti Taehyung?" Soal Seungcheol tak puas hati, kenapa mesti mamat tu? Tak boleh ke Jeonghan ke Winwin ke Taeyong pun jadi la!! Kenapa mesti Taehyung anak Kim segala keparat alien?

Bang teruk bebenor engko punya dengki ni.

"Sebab Taehyung hyung pakwe-- okok AKU GURAU JE JANGAN LA SAMPAI NAK BAKAR AKU" ujar Mingyu panik sambil cuba melindungi tubuhnya apabila melihat bara api di tangan Seungcheol yang semestinya ditujukan padanya.

"Betul-betul la!!" Marah jejaka itu boleh pula dia bergurau kat sini FIKIR LAWAK AH TU?!

"Tch aku pun tak berapa pasti kenapa kena Taehyung hyung yang terangkan semua ni tapi dia memang yang kena terangkan takpun tak payah aku lagi layak" cebik Mingyu sekali lagi ayat mengarutnya keluar walaupun apa yang dikatanya sememangnya ada betul juga.

"Aku pelik macam mana aku tak jumpa korang kat mana-mana majlis?" Soal Seungcheol apabila sudah give up dengan ayat berbelit Mingyu itu.

"Itu sebab aku lebih suka duduk istana dan buat benda lain tapi Jisoo hyung pula kan keluarga hyung yang tak nak berbaik dengan keluarga Jisoo hyung" terang Mingyu malas, nasib la kau kena tanya banyak-banyak.

"Kerabat diraja ais? Kenapa ek?"

"Pergi la check apa yang berlaku sebelum ni dengan kerajaan ais apa susah" rungut jejaka tinggi lampai itu geram, banyak songeh betul9

"Aku tau la apa jadi, aku tengok dengan depan mata aku sendiri" Mingyu mengangkat keningnya meminta Seungcheol melanjutkan percakapannya.

"Semua penyebab yang berlaku berpunca dari Jisoo" ujar Seungcheol lalu memandang rakannya tajam.

"Mungkin penyebabnya dari Jisoo hyung tapi makhluk tu cuba nak lindungi dia!!" Mingyu merengus geram, pantang dirinya apabila rakannya yang sudah lama mereka berkawan dituduh melulu sebegitu.

"And then kau nak salahkan penjaga negeri aku?!" Balas Seungcheol tidak mahu kalah, kenapa penjaganya pula yang dipersalahkan padahal waktu itu dia nampak semuanya siapa yang mulakan dulu peristiwa itu walaupun kabur tapi dia masih ingat.

"Yes!! Bila penjaga hyung tu bangun semua hancur!! Semua negeri lain kena tempiasnya!!" Jejaka itu mengambil nafas dengan perlahan cuba menenangkan diri sebelum ada yang tercedera dengan kristalnya jika dia mula hilang kawalan.

'Dasar dah hilang ingatan' bisik hati Mingyu geram.

"Jadi kau pun nampak?"

"Mestilah aku nampak!! Waktu tu aku dengan Jisoo hyung!! Makhluk tu cuba nak lindungi Jisoo hyung dari terbunuh dengan kuasa dia sendiri!! Jisoo hyung tak salah apa-apa pun!! Dia pun dah pernah selamatkan hyung sampai separuh dari nyawa dia jadi galang ganti! Apa yang hyung dan appa hyung tak puas hati lagi?!" Tempik Mingyu lagi, dadanya turun naik dengan laju kemarahannya semakin memuncak. Apa lagi yang Seungcheol tak faham?

"A-apa maksud kau?" Soal Seungcheol tergagap, apa maksud Mingyu? Apa maksud dia? Kenapa dia tak ingat langsung pasal tu? Kenapa kepalanya terasa sakit apabila Mingyu berkata begitu? T-tak mungkin adakah ini sebabnya Jisoo sudah tidak merasa apa-apa kepanasan ketika jejaka itu berada bersamanya.

"Dah la hyung kita berhenti sampai sini lagipun last-last dua makhluk tu mati" ujar Mingyu dengan fed up, dia kembali masuk ke dalam rumah dilihat jam sudah masuk pukul 11 malam patutlah dia mula rasa mengantuk.

"M-mingyu.. kau pun nampakkan?" Langkah Mingyu terhenti, dia memandang Seungcheol yang berdiri di pintu sliding yang berhubung dengan laman belakang rumah mereka.

"Apa?"

"Makhluk tu.. naga" hampir sahaja Mingyu ingin menghantukkan kepalanya di pemegang tangga, tak habis lagi ke?

"Patutnya aku kena kurung diri sendiri tadi" omel jejaka itu perlahan kembali menyesal lalu membawa diri masuk ke dalam bilik meninggalkan Seungcheol seorang diri di ruang tamu tanpa menjawab apa-apa soalan jejaka itu.

"Tak boleh ke terus terang je tak payah nak berahsia" marah Seungcheol lalu turut masuk ke dalam biliknya, dia memandang Jisoo yang kelihatan tidur lena di dalam pelukan Jeonghan dan Seungkwan. Aik bukan ke dia nampak Jeonghan masuk ke dalam biliknya hmm dia nak temankan Jisoo tidur la tu dengan Seungkwan.

Seungcheol membuka t-shirtnya lalu dicampak begitu sahaja, dia lebih selesa tidur tanpa memakai baju. Seungcheol merebahkan badannya di atas katil memikirkan semula perbincangannya atau lebih tepat lagi pertengkaran kecil diantaranya dan Mingyu sebelum matanya mulai kuyu dan mula membawanya masuk ke alam mimpi.

Chan membuka matanya perlahan, suasana di rumah masih lagi sunyi dia melihat jam di telifon pintarnya, sudah hampir masuk pukul 4 pagi entah kenapa dia terjaga tapi dia rasa dia perlu ke dapur tekaknya sudah mula kering.

Setelah dia membasahkan tekaknya, dia membawa diri masuk ke dalam biliknya semula tetapi tiba-tiba ada seseorang menariknya dan menutup matanya sambil memegang kepalanya erat.

"Eh apa ni?!" Ronta Chan dengan segala kudrat yang ada tetapi pegangan orang itu lebih kuat darinya, makin lama rontaan jejaka itu makin perlahan dan terhenti. Chan masih berdiri tegak tidak meronta dan tidak bersuara dia seolah dikawal seperti mayat hidup.

"Awak!! Cepat sikit mereka akan sampai!!" Jerit seorang lelaki, matanya tak lepas memandang luar di tingkap.

"Sekejap!! Chan jangan menangis ok omma sayang Chan" pujuk seorang wanita pada anaknya yang semakin teresak-esak menangis seperti bayi itu tau apa yang akan bakal terjadi sebentar sahaja lagi.

"Noona buat apa ni?! Noona kena jaga dia!!" Celah seorang lagi lelaki yang wajahnya kelihatan lebih muda dari kedua-dua orang itu mungkin adiknya wanita itu.

"Tak semudah tu! Chan dalam bahaya aku tak nak dia menjadi mangsa" ujar wanita itu tenang dia menatap adiknya sayu.

"Kalau macam tu noona dengan Chan pergi je dari sini tinggalkan kami" kata adiknya memberi kata putus, dia tidak sanggup melihat anak saudaranya hidup tanpa mereka lebih baik salah seorang sahaja dari mereka hidup untuk menjaga Chan.

"Tak.."

"Betul cakap dia.. kami akan lengahkan mereka awak pergi jaga anak kita" ujar suaminya pula.

"Tak nak!!" Bentak wanita itu, air matanya mengalir perlahan dia mengeratkan lagi pegangan pada anaknya.

"Chan perlukan seseorang untuk jaga dia noona!!"

"Sebab tu aku akan hantar dia ke dunia manusia" kedua-dua jejaka itu terdiam, mereka memandang riak wajah wanita itu cuba mencari jikalau wanita itu menipu tetapi tidak dia betul-betul series.

"Noona jangan buat kerja gila" adiknya merengus geram, dia menumbuk dinding rumah itu sehingga dinding itu kelihatan retak sedikit.

Manakala suami kepada wanita itu, mengusap rambut isterinya dengan penuh kasih sayang dia menganggukkan kepala setuju akan keputusan isterinya walaupun dia terasa berat hati untuk meninggalkan putera kesayangannya di dunia manusia.

Jejaka itu mengucup dahi anaknya lama untuk buat kali terakhir, air matanya jatuh apabila melihat Chan tersenyum manis dengan hidungnya yang kemerahan, tangan kecil anaknya tak lepas memegang ibu jarinya dengan erat.

"Appa sayangkan kamu, Chan. Appa harap kamu dapat membesar dengan baik tanpa kami" ujar jejaka itu lirih, dia meleraikan pegangan anaknya lalu menjauh di tepi tingkap untuk mengawasi sekeliling semula. Dia takut semakin lama dia melihat Chan dia tak pasti jika dia ingin melepaskan anaknya itu.

"Mianhei aku terpaksa selamatkan Chan dia takkan selamat kalau duduk dengan aku" ujar wanita itu cuba membuat adiknya faham akan situasinya.

"Noona.."

BAM!

"Tak guna!! Mereka sampai awal!!" Jejaka itu merengus geram, kelihatan beberapa makhluk berjubah hitam bertanduk di kepala sedang menghampiri rumah mereka.

"Kau pergi tolong suami aku kejap lagi aku datang balik" arah wanita itu, dia membuka satu teleport yang dihubungkan terus ke dunia manusia.

"Noona!!" Adiknya memegang lengan kakaknya, dia menggelengkan kepala perlahan.

"Ingat ini semua untuk Chan" mendengar nama anak saudaranya dipetik dengan berat hati dia melepaskan cengkaman pada lengan wanita itu melihat kakaknya membawa anaknya masuk ke dalam teleport sehingga ruangan teleport itu menghilang.

Pegangan di kepala Chan mula terlerai, tubuh mungil jejaka itu jatuh menyembah bumi tidak sedarkan diri. Si dia hanya menatap Chan dengan pelbagai perasaan.

Dia mengangkat Chan dengan bridal style lalu dibaringkan di atas sofa, dia mengusap pipi jejaka itu perlahan sedaya upaya dia tidak menitiskan air matanya tetapi kali ini dia tewas. Dia mengelap air matanya perlahan lalu berdiri semula matanya masih tak lepas memandang Chan.

"Mianhei Chan" ujarnya sebelum pergi dari situ keluar dari rumah agam yang sunyi itu.








________________

Ye itu dia btw SEVENTEEN NAK COMEBACK AHAK! Btw hope korang enjoy chap niiii

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro