2
"Cheol, kau nak apa-apa tak?" Soal Jimin sambil menuam ais di pipinya akibat ditumbuk oleh dormmatenya itu.
Cari pasal lagi memang kena la setepek.
"Aku nak hati kau"
"Eeee kau curang dengan Jeonghan" Seungcheol menghela nafasnya, nasib baik dia tengah pegang dua dulang kalau tak dah lama mamat ni kena lunyai. Entah apa salah dia sampai ramai yang ship dia dengan Jeonghan.
"Kenapa aku kena bawa dulang kau sekali? Muka kau je yang cacat tangan kau bukannya cacat" ujar jejaka itu tidak puas hati.
"Denda sebab kau tumbuk aku"
"Pale hotak dia" Usai sahaja mereka mengambil makanan, mereka mencari tempat duduk sehingga la ada yang mengangkat tangan seperti menyuruh mereka duduk bersamanya.
"Hai Taehyung!!" Sapa Jimin lalu duduk disebelah jejaka itu.
"Yow"
"Hai" sapa Seungcheol pada Jisoo lalu duduk disebelahnya. Jejaka itu hanya mengangguk tanda membalas sapaan dari Seungcheol lalu menyambung makan semula.
Seungcheol memandang sarung tangan Jisoo lama tetiba dia rasa geram nampaknya penyakit OCD dia dah datang balik, OCD nak menyibuk pasal orang. Baru sahaja dia nak buka mulutnya dirinya telah ditegur oleh Jimin.
"Oi Seungcheol makan bukannya termenung" tegur Jimin.
"Yelah-yelah" Seungcheol menjeling Jimin lalu makan dengan geram, dah la tak bagi dia peluang nak tanya kat Jisoo lepastu kena tuduh termenung haish sabar jelah.
"Hachum!!" Tiba-tiba Jisoo bersin lalu mengusap hidungnya.
"Kau dah kenapa bersin?" Terhenti aktiviti makannya melihat dormmatenya bersin tanpa henti.
"Korang tak rasa panas ke?"
"Panas tu ada la tapi kan kita kat dewan makan siap ada aircond lagi" jawab Jimin.
"Tapi asal aku rasa bahang ek? Panasnya lain macam hachum!!" Bersin Jisoo lagi tetapi kali ini makin teruk kerana muncul orang salji yang kecil di depan mereka sedang pandang mereka bertiga tidak berkelip.
"O-orang salji?" Taehyung yang sudah masak dengan Jisoo hanya meraup wajahnya.
"Jisoo, jangan sekarang la weh" jejaka itu menggelengkan kepalanya.
"Mana datang bahang ni weh? Aku tak nak demam" mendengar sahaja apa yang dikata oleh jejaka itu, Jimin terus memandang Seungcheol yang masih melayan perasaan marahnya.
"Seungcheol" panggil Jimin, jejaka itu mengangkat kepalanya dengan malas tiba-tiba matanya terbuntang luas apabila melihat orang salji kecil sedang melambai kearahnya.
"Hai!" Sapa orang salji itu.
"Weh apa tu?!" Soal Seungcheol gelabah.
"Orang salji je jangan risau btw kawal marah kau tu" tegur Jimin.
"Macam mana kau tau aku tengah marah?" Jejaka itu mengerutkan dahi, ketara sangat ke marah dia?
"Bahang kau buat Jisoo bersin" terus Seungcheol dan Jisoo pandang antara satu sama lain.
"Api?"
"Salji?"
Segera Jisoo dan Seungcheol menjauhkan diri mereka.
"M-mian aku tak tau pula kuasa kau salji, sorry!!" Seungcheol menunduk maaf berkali-kali.
"Ahh takpe!! Aku still tak boleh nak kawal kuasa aku ni bukan salah kau" ujar Jisoo cuba mengurangkan rasa bersalah dari Seungcheol.
"Seungcheol, series ah kau ni tak tau? Jisoo sekelas dengan kita" ujar Jimin tak percaya.
"Kau sekelas dengan aku ke?" Jisoo mengangguk bagi menjawab pertanyaan jejaka itu.
"Wahh teruknya aku, kau kenal aku tapi aku tak kenal kau"
"Memang teruk pun" Jimin menggelengkan kepalanya perlahan.
"Dah chill Jisoo, kau pun satu belajar la kawal badan kau tu dari lemah haish" bebel Taehyung lalu menyuapkan orang salji itu makanan.
"Elok la tu mamat ni pun tak reti nak kawal marah dia" ujar Jimin pula. Seungcheol hanya buat-buat tidak dengar apa yang Jimin katakan matanya lebih tertarik pada orang salji di depan Taehyung.
"Aku nak pegang boleh?" Pinta Seungcheol selepas mendapat persetujuan dari Jisoo dia tersenyum riang.
Orang salji kecil itu menghampiri Seungcheol, takde la besar mana orang salji itu cuma besar mukanya sahaja.
"Eee comelnya" kata jejaka itu teruja, ketika orang salji itu bersandar pada tangan Seungcheol muncul wap air diantara mereka.
"Ops sorry" Seungcheol menunduk malu.
"Takpe, kau nak ke? Ambil la" tersenyum lebar jejaka itu lalu mengucapkan terima kasih pada Jisoo.
"Yow!! Nak join!!" Tiba-tiba muncul Jeonghan lalu duduk menyelit diantara Jisoo dan Seungcheol.
Jisoo tersenyum lalu memberikan ruang untuk Jeonghan duduk manakala Seungcheol menjeling jejaka itu tidak puas hati.
"Hye Jeonghan, still kacau orang lagi ke?" Soal Taehyung seperti menyindir.
"Start esok aku tak nak kacau orang dah" semua memandang Jeonghan terkejut.
"Tak mungkin!! Ni mesti mimpi ni!!" Jimin menepuk pipinya berulang kali berharap ini semua mimpi.
"Betul la! Korang tak dengar ke sekarang ni Sir Dongwook tengah cari orang yang terpilih untuk duduk dekat rumah besar mewah tu" cerita Jeonghan sambil dia menyuapkan makanan masuk ke dalam mulutnya.
"Aku ada dengar ingatkan tu khabar angin" ujar Jisoo, tiba-tiba Jeonghan memandang jejaka itu.
"Nak minta tolong boleh?" Jisoo memandang jejaka itu tidak berkelip, tiba-tiba je minta tolong dari dia.
"Hmm?"
"Tolong sejukkan air aku tadi aku tersalah ambil air" Jeonghan membuat wajah comel, Seungcheol yang berada disebelahnya hanya membuat muka meluat.
Jisoo mengangguk lalu tersenyum, dia mencabut sarung tangannya lalu dia memegang cawan Jeonghan, cawan itu mula membuka tetapi tak pada air iainya mengeluarkan dingin sejuk sehingga air itu menjadi sejuk.
"Thanks Jisoo!!"
"Korang bertiga boleh guna kuasa korang tanpa tongkat kan?" Serentak Seungcheol, Jeonghan dan Jisoo menganggukkan kepala.
"Untung la kitaorang kena guna tongkat" Taehyung menyiku Jimin perlahan lalu mulutnya dicebik sedih.
"Alah korang ni takmo sedih dah jom makan" pelawa Jeonghan lalu menyambung makan.
🔮🔮🔮
"Sorry tau Junhui sebab buat kau tunggu" ujar Jihoon setelah mereka masuk ke dalam dewan makan.
"Takpe janji kau tolong aku buat kerja sekolah kan" sedang mereka berjalan tiba-tiba langkah Junhui terhenti.
"Kenapa?"
"Ada something yang tak kena" Jihoon mengerutkan dahi, tiba-tiba bayangnya memcuit bahunya lalu menunjuk pada seseorang yang baru masuk ke dalam dewan makan.
"Nampaknya bayang kau pun faham"
"Asal?"
"Kau nampak sekumpulan pelajar tu en? Nanti diorang tu jatuh" Jihoon menatap Junhui tidak percaya.
"Kau boleh ramal masa depan Junhui?!" Kepala Jihoon diketuk perlahan.
"Bukan la!! Kat sini kan licin nanti dia jatuh apalah bayang kau pun dah boleh agak" Junhui menggelengkan kepala.
"Tanah ek bagitau"
"Iye"
"Sekarang kita nak tolong ke?"
"Tolong la takkan nak tengok pula"
"Alah baru nak buat macam tu" Junhui mengusap dadanya perlahan, tahan diri nak seligi budak kecik itu. Takpe la perangai Jihoon memang macam tu bila kena paksa baru dia tolong itupun bayang dia yang paksa dia.
Disebabkan waktu itu ramai pelajar mula masuk ke dalam dewan makan, tempat itu sudah kelihatan sesak.
"Aku rasa kan kita tak cukup tangan sebab ramai yang akan jatuh nanti" bisik Jihoon pada Junhui.
"Tau"
Tanpa mereka berdua sedar, pada masa yang sama ada beberapa pelajar juga yang sedar akan perkara itu.
"Wonwoo!! Pergi la tolong!!" Soonyoung menggoncang badan rakan karibnya.
"Aku nak tolong macam mana?"
"Angkat diorang pakai angin kau" Wonwoo menjeling Soonyoung.
"Tak akan, buatnya keluar puting beliung naya je" Soonyoung mencebik perlahan lalu menyambung makannya katanya tak sanggup nak tengok. Kalau boleh dia nak tolong tapi kuasanya bukannya sesuai waktu sekarang ni kejap lagi kena petir habis satu sekolah.
Wonwoo mengeluh perlahan, dia nak tolong tapi dia tiada keyakinan untuk guna kuasanya lagipun dia tak pernah guna kuasa anginnya untuk mengangkat orang. Biarlah, dia pasti ada yang akan menolong sekumpulan pelajar itu.
"Kau rasa benda tu berjalan lancar ke?" Soal Hansol pada Seungkwan yang sudah siap sedia untuk berdiri.
"Mesti punya sakit woo kalau kena jatuh pastu kena hempap ramai-ramai lagi" ujar Seungkwan.
"Mingyu, kau nampak en" Mingyu mengangguk lalu memandang Minghao yang makan disebelahnya.
"Minghao, apa kata kau tolong? Kuasa aku bukan jenis macam tu" Minghao mengangkat keningnya lalu dipandang sekumpulan pelajar yang ramai sedang bergelak ketawa.
"Diorang jatuh?" Mingyu mengangguk perlahan.
"Macam mana kau tau aku ada kuasa untuk tolong diorang?" Soal Minghao speechlees, dia tak pernah kenal Mingyu tapi macam mana jejaka itu boleh mengenalinya.
"Mirror hehe" Minghao memandangnya hairan, tidak faham apa yang dikatakan oleh jejaka itu.
"Crystal" celah Seokmin yang makan di depan mereka berdua.
"Ouhh faham hmm yelah" Mingyu menepuk tangannya gembira lalu ber-hi5 dengan Jungkook.
Eh dah berbaik ke tu.
Chan mengusap dagunya seperti berfikir sesuatu yang series matanya tak lepas dari memandang sekumpulan pelajar itu.
"Kau fikir apa?" Tegur Woojin. Mereka baru sahaja tiba di dewan makan tiba-tiba Chan berhenti membuatkan jejaka itu tertanya.
"Takde apa-apa" Chan tersenyum pada Woojin tetapi dirinya masih tidak berganjak di depan pintu dewan makan.
'Patut ke aku guna kuasa tu? Tapi aku tak pernah guna' bisik hati Chan risau.
"Hmmm nampaknya ada benda yang menarik bakal berlaku" ujar Jeonghan lalu tersenyum nipis.
"Tolong or tengok?" Soal Jisoo.
"Kita tengok dulu" Seungcheol mengangkat keningnya, kesemua senior memandang junior mereka.
Nampaknya mereka memberi peluang kepada junior mereka sama ada tolong atau tengok kejadian itu.
Sekumpulan pelajar yang masih tidak sedar akan perkara yang bakal berlaku hanya bergelak ketawa. Tiba-tiba salah seorang daripada member mereka rasa tergelincir belum sempat dia ingin jatuh Jihoon terlebih dahulu menolongnya dengan mengeluarkan bayang untuk menahannya dari jatuh.
Tetapi entah macam kesemua pelajar itu tiba-tiba tergelincir serentak, semua hilang imbangan dan hampir terjatuh tetapi perkara ajaib berlaku ada yang berhenti bergerak seperti masa terhenti, ada yang seperti ditahan supaya tidak jatuh dan ada yang diangkat oleh angin.
"Aku dah kata kau akan buat!!" Ujar Soonyoung teruja.
"Diam la kau, ini tindak balas je tau" Wonwoo menunjal kepala rakannya itu lalu dia menurunkan pelajar yang dia berjaya angkat.
Seungkwan pula membuat time healing bagi mereka berdiri seperti mereka tidak jatuh sebelum ini. Diikuti oleh Minghao dia kembali membuat pelajar-pelajar itu berdiri. Jihoon pun turut membangunkan pelajar itu.
Ketika pelajar-pelajar yang lain sudah mula kecoh tiba-tiba sekumpulan pelajar yang hampir terjatuh itu mula berdiri tegak, riak wajah mereka menjadi kosong.
Masing-masing berjalan mengambil makanan seperti tiada apa yang berlaku usai sahaja mereka duduk di tempat mereka muncul pula pembantu dewan makan lalu membersihkan tempat basah itu tanpa sebarang kata dan pergi begitu sahaja. Semua menatap pelik.
Selang beberapa saat, sekumpulan pelajar itu seperti tersedar masing-masing berpandangan seperti keliru sejak bila diorang ambil makanan dan duduk disitu.
"Woahh apa jadi tadi— Chan?" Woojin memandang sekeliling, tiada rakannya disebelahnya.
"Mind control" Jisoo bangun dari duduknya.
"Kau nak pergi mana?" Jeonghan dan Seungcheol pun turut bangun.
Taehyung dan Jimin saling berpandangan seperti tidak faham dengan situasi.
"Budak tu mesti tak jauh dari sini" Jeonghan menahan Jisoo yang mahu keluar dari dewan makan.
"Aku tak faham"
"Budak tu dalam bahaya la gila, bukan senang nak guna mind control tengok dengan bilangan orang yang dia buat mind control tu pun dah tau dia dalam bahaya ramai kot" jelas jejaka itu, Jeonghan pula menatap Jisoo tak percaya sebab Jisoo kata dia gila tadi.
First time tu weh.
"Paling teruk apa jadi?" Soal Seungcheol setelah lama mendiamkan diri.
"Mati" serentak mata Jeonghan dan Seungcheol terbuka luas.
"Kita kena cari dia cepat!!" Keluar sahaja mereka dari dewan makan, mereka sudah ternampak sekujur tubuh yang sudah terbaring tidak jauh dari pintu masuk dewan makan. Dihampiri jejaka itu, Jisoo mengangkat kepala jejaka itu lalu dibaringkan pada pehanya.
"Rasanya ni la budaknya" Jisoo memeriksa nadi jejaka itu dan nasib baik jejaka itu hanya pengsan kerana terlampau penat.
"Nasib baik dia hidup lagi dia guna kuasa dia banyak sangat sampai tak boleh kawal diri sendiri" Seungcheol mengusap rambut jejaka itu.
'Aku macam pernah nampak je muka ni' bisik hati Jeonghan.
"Eh kejap ni bukan budak yang muncul dalam dorm aku ke tu?" Seungcheol melihat wajah jejaka itu dengan penuh teliti. Macam ye sebab dia masih ingat lagi wajah jejaka itu.
"Teleport kan?" Celah Jeonghan.
"Haah!!"
"Tapi mind control dari kuasa telepathy" Jisoo memandang jejaka itu hairan.
"2 in 1?" Sedang mereka berfikir tiba-tiba kedengaran jeritan seseorang.
"Chan!!" Mereka bertiga menoleh kebelakang apabila terlihat Woojin berlari kearah mereka atau lebih tepat lagi kearah jejaka yang tidak sedarkan diri itu.
"Ahh mianhei sunbae sebab menyusahkan sunbae bertiga!!" Woojin menunduk hormat pada mereka bertiga.
"Kau kawan dia?" Woojin mengangguk.
"Maaf sebab menyusahkan sunbae bertiga, biar saya bawa Chan balik dorm" Jeonghan menggeleng.
"Takpe biar kitaorang bawa dia, kau pergilah makan dulu bawakan makanan untuk Chan sekali" Woojin menggaru kepalanya seperti rasa bersalah.
"Takpe ke?"
"Takpe, apa nombor dorm dia?" Soal Seungcheol dah ready nak memapah Chan.
"1-5-3" Seungcheol menganggukkan kepala selepas melihat kelibat Woojin yang sudah masuk semula ke dalam dewan makan mereka bertiga terus memapah Chan balik ke dorm.
Tanpa mereka semua sedari, ada seseorang yang sudah lama memerhatikan mereka dari kemalangan yang berlaku di dalam dewan makan sehingga la sekarang, dia hanya memerhatikan mereka semua satu persatu dari jauh.
"Nampaknya aku takkan buat pilihan yang salah kali ni" katanya lalu beredar dari situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro