Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Keesokkan harinya, Seventeen datang ke sekolah seperti biasa, belajar seperti biasa, makan seperti biasa, mulut macam hanat seperti biasa, perangai macam jilaker seperti biasa tetapi sehingga la pada waktu balik, mereka tidak dibenarkan pulang jadi mereka terpaksa berlatih di padang bersama Sir Dongwook.

"Boleh lagi!!" Jerit Sir Dongwook memberikan semangat pada anak-anak muridnya yang sedang bermandikan peluh.

"T-tak boleh!!" Balas mereka dengan mengah, ada yang hampir nak menangis dan ada yang dah ready nak pengsan dengan panas teriknya.

"Come on!! Korang boleh punya!! Buat macam Seungcheol dan Mingyu!!" Sir Dongwook menunjuk Seungcheol dan Mingyu yang turut mandi peluh tetapi tidak mengeluarkan apa-apa suara pun, mereka berdua lebih sibuk berlatih dari merengek HAHAHAHAHAHHA.

"AHHH TAK BOLEH!!" Bentak anak-anak muridnya itu, hampir sahaja mereka mencarut pada guru mereka itu.

"Jangan give up!!"

"AHHH SIR KAMI RASA NAK MATI DAH NI!!" Sir Dongwook memasang wajah datar, haish banyak songeh betul la deme ni sekeh kang.

"Hish yelah kita berhenti kejap" Seventeen menghela nafas lega lalu terbaring kepenatan.

"Apa korang ni? Saya suruh buat PUSH UP je korang punya jeritan tu macam korang kena terbang tanpa guna penyapu terbang pula" bebel Sir Dongwook tidak puas hati, nampak la sangat la diorang ni tak workout.

"Sir tak faham perasaan kami" bela Soonyoung sambil meneguk air.

"Perlu ke saya faham?! Push up ni takde kena mengena dengan perasaan okay!! 5 kali push up pun korang tak sampai lagi apatah 10 tengok Seungcheol dan Mingyu tu ni nak masuk 100 kali push up diorang buat" semua memandang Seungcheol dan Mingyu yang turut baring kepenatan, habis mereka membuka baju mereka kerana panas menampakkan body-body aumm six pack mereka gitu.

Ingat puasa kak jangan menjejeh air liur tu.

Yang lain melihat badan mereka di sebalik baju masing-masing hmm tiba-tiba rasa jeles takde six pack macam Seungcheol dan Mingyu.

"Itu sebab diorang atlet" balas Jeonghan tidak mahu kalah, yelah dah atlet senang la bagi diorang buat push up tu kalau dah buat setiap hari.

"Eh Mingyu tu bukan atlet" ujar Sir Dongwook yang sememangnya tahu anak muridnya itu bukannya atlet kerana nama jejaka itu disenarai hitam selepas mematahkan 10 tiang untuk permainan bola keranjang selama dua minggu berturut-turut. Tinggi tu dah ok dah tapi kalau tangan tu kerjanya asyik patah je baik tak payah.

"Ouh dia kan politik"

"Kena mengena pula" Chan memandang Jeonghan tidak percaya, tak nak kalah bab berdebat dia ni.

"Ok kita teruskan dengan berlatih guna kuasa kamu, Seungcheol mulakan dulu" arah Sir Dongwook yang sudah malas hendak melayan karenah Yoon Jeonghan.

Seungcheol memakai semula bajunya lalu dia mengeluarkan bebola api yang besar di hadapan Sir Dongwook. Jejaka itu memandang Jisoo yang rilek berdiri tidak jauh darinya hmm nampak macam kuasa dia dah takde effect kat Jisoo.

"Wah lawo bebola api cuma saya nasihatkan jangan baling" Seungcheol tersenyum sinis, tangannya mula berura-ura hendak melempar bebola api itu.

"JANGAN BALING CHOI SEUNGCHEOL YA TUHAN NANTI PENGETUA MARAH" teriak Sir Dongwook panik, kekadang budak ni tak boleh percaya juga orang kata jangan baling takut dia baling juga.

"Hehehhe yelah" bebola api itu mula mengecil sehingga ia tidak kelihatan, semua kembali tenang apabila tiada sebarang kebakaran berlaku.

"Jeonghan pula" dengan senang hati jejaka itu membuat aliran air, semua yang melihatnya mula takjub dengan pemandangan itu sehingga la..

Splash!

"Puff!! Awak dengki dengan saya ke Yoon Jeonghan?" Soal Sir Dongwook geram, badannya sudah lencun basah disebabkan air yang disembur oleh Jeonghan.

"Sikit je sir hehehe" jawab jejaka itu tidak bersalah malah lebih seronok ada la tengok gurunya basah.

"Bertuah punya budak! Next, Jisoo" jejaka itu menundukkan kepala apabila namanya dipetik, tiba-tiba dia berasa takut dan gementar. Dia memandang tangannya yang dilindungi dengan sarung tangan biru gelap.

"S-saya takut.." ujar Jisoo, dia takut jikalau dia menggunakan kuasanya dia akan mencederakan rakan-rakannya seperti sebelum ni.

"Jisoo tenang, itu perkara biasa je jika awak takut cuma percayakan saya, iainya takkan apa-apa saya tau awak dah banyak belajar pasal kuasa awak dengan lebih mendalam sekarang tunjukkan pada saya apa yang awak boleh buat" pujuk Sir Dongwook, dia cuba mendekati Jisoo tetapi jejaka itu mengundur kebelakang.

"Jisoo hyung takde apa-apa la, buat macam hyung pernah selamatkan aku dengan Hora" pujuk Soonyoung lalu memeluk bahu jejaka itu cuba menenangkannya.

"Haah, macam kau cuba sejukkan air aku tanpa bekukan air tu" ujar Jeonghan pula.

"M-mian.." Jisoo menggeleng perlahan, perasaan takutnya makin merasuki dirinya membuatkan suasana di sekelilingnya terasa sejuk.

"Ini macam bukan petanda yang baik" Mingyu memandang langit yang tiba-tiba sahaja mendung dan kedengaran bunyi kilat yang kuat. Seungcheol memandang Jisoo dengan penuh risau.

'Tolong jangan kata benda ni jadi sebab dia macam dulu..' bisik hati Seungcheol yang kelihatan gusar.

"Ok Jisoo!! Tenang! Saya tak akan paksa awak jadi kita pergi ke Soonyoung pula" arah Sir Dongwook, yang lain hanya mendiamkan diri mereka perasan sarung tangan yang dipakai Jisoo sudah membeku. Langit pun sudah menjadi sedia kala.

"Ok Soonyoung" tersentak Soonyoung apabila namanya dipanggil.

"Hah yeye" Soonyoung membaca mentera, awan mula menjadi gelap dan guruh berbunyi dengan kuat, apabila jejaka itu menujukan sesuatu keluar kilat lebih laju dari cahaya memanah salah satu pokok disitu sehingga menyebabkan pokok besar itu terbelah dua.

Semua ternganga manakala Soonyoung memasang wajah bangga dengan diri sendiri.

"K-KENAPA AWAK PERGI PANAH POKOK TU?!" Sir Dongwook menggoncang bahu Soonyoung dengan kuat.

"LAH SALAH KE?!" Soal jejaka itu pelik, kenapa semua nak panik ni? Pokok je kot.

"OMG HYUNG!! POKOK TU CANTIK TAU KESIAN DIA!!" Marah Minghao lalu memukul belakang badan jejaka itu perlahan.

"SALAH LA TU POKOK KESAYANGAN PENGETUA" Soonyoung terdiam, tiba-tiba dia merasakan situasi sekarang terhenti. Apa.dia.dah.buat?!

"Mati la kau weh, kena buang la kau macam ni"  ujar Jihoon sambil menggelengkan kepala dengan acah kesal.

"Hiks omma..." rintih Soonyoung perlahan, dia tak nak kena buang tapi risiko dia akan kena buang amat tinggi.

"Takpe sir! Saya boleh hidupkan balik pokok tu" ujar Seokmin sambil mengangkat tangannya, Soonyoung memandang jejaka itu dengan penuh harapan dan bersinar. Oh Seokminku~~

"Hah sila la Seokmin" dengan gembira Seokmin membaca mentera tangannya menghala kearah pokok yang terbelah dua itu, cahaya putih muncul di pokok itu selang beberapa saat cahaya itu mula hilang dan pokok itu sudah menjadi sedia kala seperti tidak terusik.

"Woah.." semua menepuk tangan dengan penuh terkejut.

"WOW! THANKS SEOKMIN HUHUW AKU TAKKAN KENA BUANGGG!!" Soonyoung memeluk Seokmin erat sambil mulutnya tak henti-henti mengucapkan terima kasih pada jejaka itu.

"Ok Wonu pula" Wonwoo mengerutkan dahi.

"Kenapa Sir panggil saya guna nama tu?"

"Salah ke? Saya dengar kawan kamu panggil kamu macam tu" Sir Dongwook mengangkat kening, dia ada salah sebut ke nama tu.

"Salah, kawan rapat saya je yang boleh panggil saya macam tu" balas Wonwoo dengan wajah kosong.

"Wuuuuu" sokong rakan-rakannya, Sir Dongwook mencebik bibir sensitif la macam ni.

"Derhaka punya anak murid.. HAH CEPAT LA"

"YE KEJAP" Wonwoo membaca mentera lalu dia meniup di muka Sir Dongwook.

Semua hanya memerhati Sir Dongwook yang seperti kelihatan dipukau manakala Wonwoo dari tadi asyik berkata dalam keadaan berbisik 'cium dia.. cium dia.. bibir tau bukannya pipi'

Sir Dongwook hanya diam sehingga la dia menghampiri Chan yang turut bingung dengan perlakuan gurunya itu.

"Sir dah kenapa-- APA NI SIR?! SIR CUBA NAK CIUM SAYA KE?!" Chan menampar Sir Dongwook yang hampir sahaja ingin mencium bibirnya.

"Ya tuhan.. mianhei Chan!" Ujar Sir Dongwook setelah sedar akan perlakuannya itu.

"Huhuw omma!!" Chan memeluk Seungkwan dengan wajah ingin menangis.

"Sabar ye Chan aku tau kau jenis bertabah" pujuk Seungkwan dengan tak rela, dalam ramai-ramai orang dia juga yang jadi mangsa peluk.

"Kau tau nak guna kuasa tu?" Soal Junhui pada Wonwoo dengan kagum.

"Aku baru belajar semalam"

"Ada pula ye masa kau belajar semalam ingatkan tau kejar aku dengan Hansol je" sindir jejaka itu.

"Diam la kau" Wonwoo menumbuk perut Junhui lalu berdiri jauh-jauh dari jejaka iu.

"Ok Jihoon pula" Jihoon tersenyum sinis nampaknya sudah tiba masanya dia tunjuk belang dia.

"Kenapa kamu senyum sinis pada kitaorang? Dan apahal bayang kamu suruh kitaorang lari?" Soal Sir Dongwook bingung, Seventeen yang turut perasan akan aura kegelapan dari Jihoon hanya mampu meneguk air liur dengan kasar.

"Ahhh aku rasa aku dah boleh agak.." ujar Hansol lalu memandang belakang Jihoon, bayangnya makin lama makin besar setinggi tiang bola sepak.

"........"






"ARGHHHH!!! LARI SELAMATKAN DIRI!!!" Jerit mereka lalu berlari dan dikejari oleh Jihoon serta bayang gergasinya.

"SINI KORANG!!" Teriak Jihoon dengan penuh dendam, akhirnya setelah dia lama bersabar sudah tiba masanya untuk dia membalas dendam.

"JIHOON!! AKU SURUH TUNJUKKAN KUASA KAU BUKANNYA KEJAR KITAORANG!!" Tegur Sir Dongwook yang berlari paling depan sekali sebab dia yang lari dulu.

"KIM MINGYU SINI KAU"

"AHHH MATI AKU MATIIII!!" Mingyu mula mengeluarkan kelajuan padunya lalu memoton semua sehingga la dia di barisan paling hadapan sekali setelah memotonh Sir Dongwook.

"HALAHHH APAHAL SIR SURUH TINGGALKAN PENYAPU TERBANG KAT PEJABAT SIR!!' Marah Seungkwan apabila dirinya dari tadi sibuk mencari penyapu terbang dan dia baru teringat kesemua penyapu terbang mereka ditinggalkan di pejabat Sir Dongwook.

"MIAN AKU TAK TERFIKIR PUN AKAN JADI MACAM NI!!" Ujar Sir Dongwook dengan lelah, tak tau la bila diorang boleh berhenti berlari.

"HUWAHHH!!"

"Hyung patut ke kita tolong diorang?" Soal Jungkook pada kedua-dua hyungnya itu, dari tadi mereka melihat Sir Dongwook dan Seventeen berlatih tapi macam takde apa-apa perkembangan je.

Sekarang mereka sedang melihat bayang Jihoon sedang mengejar Seventeen dan Sir Dongwook, kemungkinan esok mereka perlu lead Seventeen untuk menjadi Guardian kerana itu memang tugas mereka sebab bekas Guardian memastikan semuanya terkawal dan bukannya makin teruk.

"Tak payah kot, woi Taehyung kau termenung apa?" Jimin menyiku perut jejaka itu perlahan cuba mengembalikan jejaka itu ke alam realiti.

Taehyung mengeluh perlahan, matanya tak lepas memandang Jisoo yang berlari sambil ketawa keseronokkan. Jejaka itu tersenyum kecil melihat senyuman lebar Jisoo terus rasa kusut di kepalanya hilang.

"Kau fikir pasal Jisoo ke?" Soal Jimin tiba-tiba, jejaka itu hanya mengangguk perlahan.

"Kau suka dia ek?" Jimin tersengih sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

"WOI APA KAU Ni?!" Jerit Taehyung lalu menampar bahu Jimin dengan kuat.

"Wuuu merah-merah muka tu kantoi la" usik jejaka itu lagi seperti tidak terkesan dengan tamparan dari Taehyung.

"Sengal..."

"Abaikan je pendek tu so kenapa muka hyung macam risau semacam?" Taehyung mengeluh perlahan nasib baik ada yang faham situasi dia sekarang ni.

"Aku tau dia ada masalah dengan kuasa dia, aku dah lama jadi roommate dia tipu la kalau aku kata tak tau pasal dia... aku tau semuanya pasal dia dari dia kecil sampai la sekarang dan aku pernah datang ista-- rumah dia" cerita Taehyung dengan suara berat.

"Apa kau bebel ni?" Taehyung menjeling Jimin lah dari tadi dia bebel satu hape jejaka tu tak faham ke?

"Aku faham... sikit la" jejaka itu tersenyum nipis, bagus Jungkook ni tak macam Jimeng orang citer dia duk main lidah.

"Aku risau je family dia berharap kat aku untuk jaga dia tapi lepas dia dapat jadi guardian ni susah la sikit aku nak tengok dia dengan tanggungjawab yang Miss Suzy bagi kat aku suruh buat lotion lengkap haish" terang Taehyung lagi, dia mengusutkan rambutnya.

"Kau suruh la member dia jaga dia alah buat sakit kepala jelah kau ni" ujar Jimin malas, ingatkan dia stress sebab apa rupanya dia stress sebab Jisoo je.

"Aku memang nak bagitau aku rasa aku bagitau dekat Seungcheol dulu la"

"Sebab dia leader kan" Taehyung mengangguk perlahan.

"Tu memang betul lagi satu dia roommate Jisoo and dia ada kena mengena dengan Jisoo dulu" ujar Taehyung lalu bangun dari duduknya.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati?" Omel Jimin dengan keliru.

"HAHAHAHHAAHHAHA ok la aku nak balik buat kerja hah Jungkook!! Saje kata kau takkan percaya siapa Mingyu sebenarnya" Jungkook mengerutkan dahi tiba-tiba nama galah tu naik pula.

"Apa maksud hyung--

"BYE!!" Taehyung terus berlari masuk ke dalam asrama meninggalkan dua rakannya itu.

"YAH!! LARI PULA DIA!!" Jungkook mula mengejar Taehyung.

"WOI JANGAN TINGGALKAN AKU" Jimin bangun dari duduknya lalu mengekori rakan-rakannya itu.

Sampai sahaja dia di dormnya, segera Taehyung menutup pintu rapat dan menguncinya dia menghela nafas lega kerana dapat lari dari dua rakannya itu walaupun dia tau kejap lagi pasti mereka akan merempuh biliknya.

Taehyung meletak begnya di atas meja, matanya terpandang sosok tubuh kecil berbulu putih salji sedang tidur di atas katilnya.

"Bunny!! Kenapa ada kat sini? Tak boleh move on lagi ek sebab dah pindah sana" Jejaka itu mengangkat makhluk itu yang masih tersenguk-senguk melihat wajah Taehyung dengan penuh mengantuk.

"Bunny tak baik tau buat Jisoo risau, dia selalu cari Bunny lepastu Bunny buat apa? Tidur kat sini" Taehyung meletakkan makhluk itu semula di atas katil.

"Nakal ye Bunny ni" diusap kepala Bunny dengan lembut dia mengukirkan senyuman nipis apabila teringatkan kembali bahawa dia terpaksa berpura-pura lupa siapa Bunny apabila Jisoo mencari haiwannya itu walhal Bunny selalu tidur di bawah katilnya. Dia berbuat begitu pun sebab dia nak Jisoo mencari kawan dan buat benda lain selain cari Bunny

"Bunny rasa Jisoo dah tak perlukan kita ke? Tak perlukan Taehyung? Hmm dia kan dah ada kawan sebab tu Bunny selalu tidur kat sini kan? Bunny nak temankan Taehyung ek sebab Taehyung seorang kat sini?" Bunny menatap wajah jejaka itu sedalam-dalamnya, telinganya bergerak kekiri dan kekanan seperti faham luahan Taehyung itu.

"Taehyung rindu Jisoo" jejaka itu memeluk Bunny dengan erat, kedengaran tangisan kecil dari Taehyung. Makhluk itu mengusap rambut jejaka itu perlahan seperti cuba memujuk Taehyung dingin sejuk mula terasa dan ia amat menyenangkan jejaka itu.

BAM!

Tersentak Taehyung dan Bunny dengan terkejut apabila pintu bilik itu ditendang seseorang, jejaka itu mula merasakan katilnya tiba-tiba terasa tenggelam sedikit apabila dia memandang Bunny dia hanya mampu ternganga.

"KIM TAEHYUNG KITA TAK HABIS BINCANG-- AH SHIT HARIMAU!!" Lari Jimin dengan jeritan 'harimau di bilik Taehyunggggg'.

Apabila perkataan harimau kedengaran lantas Jungkook berlari ke bilik Taehyung dengan penuh teruja.

"MANA?! MANA?! HORA KE-- NI BUKAN HORA!!!" Segera Jungkook berlari keluar dari bilik Taehyung apabila makhluk yang dilihatnya bukan la Hora.

"Ahhh Bunny kenapa takutkan diorang, tak baik la" Taehyung memeluk badan Bunny yang besar itu dengan erat, Bunny hanya merengus geram sambil mengeluarkan bunyi seperti membebel pada kedua-dua jejaka itu kerana membuat dia terkejut.











______________

Yeay.. memang aku kata aku takkan update tapi lepas tengok teaser Hit The Road by Seventeen sumpah aku menangis teruk tapi kawal la sebab puasa kak puasa hahahahhaha.

So aku baru sedar why not aku just teruskan je update cerita ni for Seventeen juga right right i love them tho

2015.. waktu aku darjah 6 waktu tu sumpah aku dalam keadaan stress? Or depression? Macam tu la tapi bila aku kenal 13 crackheads and sweets ni aku try untuk happy huhuw deme la penyelamat gue sebab waktu tu aku tak berani nak cerita kat family hah gitu.

I love them..
Music diorang..
Tarian diorang..
Perangai diorang..
Muka diorang..
HAHAHHAHAHAHAHAHAHA MANSAE

Tibe je cerita kisah lalu ni HAHHAHAHAHAHA.

So i hate myself bila tengok diorang menangis and sakit so aku akan keep update okie walaupun diorang tak baca takpe Carat kan baca gitu hahahahahha *gelak dalam menangis*

Carat and Seventeen, kita berjuang sama-sama, kita menangis sama-sama.

JOM NANGIS *sponsor kotak tisu*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro