Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

"Wonwoo kata kejap tapi dah nak dekat 30 minit dah ni dia tak muncul pun" ujar Soonyoung sambil bermain buku di depannya, dah fed up nak tunggu rakannya yang seorang itu.

"Sabar la, kau ni fikir senang ke nak cari jalan ke sini? Dah la sempit entah-entah laluannya pun panjang kemana" tegur Junhui malas, sikit-sikit nak putus asa.

"Alah bukunya berkunci, macam mana nak buka ni?" Chan mengeluh perlahan untuk kali ke-5, dari tadi dia cuba membuka pintu tetapi berkunci.

Nak tunggu Wonwoo sampai pun macam lama lagi, better dia tidur je macam ni.

"Chan jangan tidur"

"Yelah-yelah orang tak tidur!!" Chan duduk tegak semula setelah ditegur tegas oleh Junhui, orang nak tidur kejap je itupun tak boleh.

"Nanti dah keluar kita tanya Hansol macam mana nak buka buku ni" Soonyoung menepuk bahu jejaka itu, cuba memujuk si maknae.

Minghao pula hanya diam sahaja dan memandang sekeliling cuba mengamati tempat ini maklum la kali pertama datang, sedang dia sibuk menjelajah buku mana yang best tiba-tiba sebuah buku terjatuh di depannya.

"Eo? Buku apa ni?" Minghao mengambil buku itu lalu membuang habuk yang melekat di buku itu.

"Hachum! Pergh berhabuk teruk buku ni" Junhui menggosok hidungnya, matanya tak lepas dari memandang buku itu.

Chan yang duduk disebelah Minghao mula membaca tajuk buku itu.

"Dragons Magician War" semua terdiam, masing-masing terus memandang author yang masih lagi dalam keadaan separa sedar di penjuru perpustakaan itu. Tertidur awal bhai terbangun kalau tak tertulis chap ni HAHAHAHHAHA TIBE.

Berbalik di situasi tadi, keadaan menjadi sunyi sehingga la seseorang memecahkan keheningan itu.

"Aku nak pinjam buku ni!!" Ujar Minghao teruja, dia memeluk buku itu dengan erat. Chan dan Junhui hanya tersenyum kekok, teruja sangat tu bang.

"Hmmm aku hanya mampu menatap sebab aku tak berapa minat dengan membaca" balas Soonyoung bersahaja.

"Patutlah kau bodoh" Junhui menutup mulutnya, cuba menahan ketawa yang bila-bila sahaja akan meletus.

"Jilake kau" belum sempat Soonyoung ingin memukul jejaka itu tiba-tiba perpustakaan kembali bergerak. Mereka berempat mula panik, mereka terus memeluk antara satu sama lain dengan erat.

"Omma!!!"

Greb!

Mereka membuka mata dengan perlahan apabila terasa tiada gegaran lagi kini perpustakaan kembali kepada yang asal.

"YEAYY KITA DAH SELAMAT YEAYYY" jerit mereka berempat dengan riang siap melompat-lompat.

"TOLONG SENYAP!!" Mereka terdiam setelah ditegur oleh Miss Sunny di bawah, mereka kembali berdiri dan berjalan seperti tidak ada apa yang berlaku tadi.

"Hah sampai pun korang lama kitaorang tunggu, library dah jadi kepada yang asal pun still sesat ke?" Tegur Seungcheol dengan sinis setelah ternampak kelibat rakan-rakannya.

"Diam la, ni Wonwoo kau kata kau nak datang! Mata sepet kau pun aku tak nampak!!" Marah Soonyoung, sakit hatinya melihat wajah chill dari jejaka itu.

"Chill, aku memang nak tolong tapi line tak kuat so location tu tak dapat" jawab Wonwoo tanpa rasa bersalah, actually dia malas nak tolong saje je nak sembang kencang dengan diorang.

"Sengal, kitaorang risau tau mana tau kau kena telan dengan buku-buku ni ke" Junhui mengetuk kepala Wonwoo dengan geram, suka sangat buat orang risau.

"Buku-buku ni tak hidup"

"Tapi library ni boleh bergerak" celah Seungkwan tiba-tiba.

"Dah jom keluar dari tempat ni, kita pinjam buku ni lepastu tengok kat rumah" ujar Jeonghan lalu berlari turun ke bawah meninggalkan yang lain.

Mereka hanya memandang Jeonghan datar, tak matang sungguh nasib sayang. Apabila mereka sampai di kaunter, mereka disapa oleh Sir Dongwook.

"Hah sampai pun kenapa lama sangat kat atas tu?" Soal Sir Dongwook sambil mengunyah gula-gula getah, sesuka hati je dia makan kat dalam perpustakaan.

"Sir Dongwook buat apa dari tadi? Kami jerit panggil sir tau" ujar Seokmin dengan wajah nak menangis, dah la tadi kena marah dengan Jihoon nasib baik tangan dia tak kena potong betul-betul.

"Kenapa? Library bergerak?" Seventeen mengangguk menjawab soalan Sir Dongwook.

"Aik sebab tu je pun dah takut? Hmm sedih" ujar Sir Dongwook dengan kesal, library bergerak pun dah takut belum lagi suruh bertafakur kat hutan malam-malam buta.

"Meh sini bagi buku apa yang kamu nak pinjam saya nak scan" pinta Miss Sunny, tanpa sebarang kata Chan meletakkan buku Element di kaunter.

"Buku ni nanti hantar minggu depan tau, jangan rosakkan kalau tak kena ganti balik" pesan Miss Sunny lalu memberikan buku itu semula pada jejaka itu.

"Nae, Miss"

Apabila Chan sudah bergerak ke belakang, Minghao terus meletakkan buku yang ingin dipinjamnya di kaunter besi itu.

Jangan macam-macam kaunter library diorang ni rare sikit.

"Minghao?"

"Ye?" Minghao memandang Sir Dongwook, mata gurunya itu tidak lepas memandang buku yang baru sahaja diletaknya.

"Buku apa yang kamu nak pinjam tu?" Soal Sir Dongwook dengan nada suara yang agak bergetar.

"Ouh Dragons Magician War, macam best sebab tu la nak pinjam" jawab jejaka itu bersahaja tetapi tidak bagi Sir Dongwook.

"Mwo?! Semua jauhkan diri dari buku tu!!" Semua tergamam apabila Sir Dongwook mengarahkan mereka berundur tetapi mereka turutkan sahaja mereka berundur kebelakang termasuk Minghao.

"K-kenapa ni sir?!"

"T-tak m-mungkin, t-tolong jangan.." dengan perlahan Sir Dongwook mendekati buku itu, baru sahaja dia ingin memegang buku itu jarinya tiba-tiba sahaja melecur.

"Ahh tagune!!" Sir Dongwook berundur kebelakang, dia meniup jarinya yang melecur itu bagi sakitnya hilang sedikit.

"Dongwook jangan kata buku tu--

"Ye mana kamu jumpa buku ni?" Soal jejaka itu pada Minghao yang masih terkejut dengan situasi sekarang ini.

"D-dekat salah satu rak kat tingkat atas, kenapa?" Sir Dongwook mengeluh perlahan setelah mendengar jawapan dari Minghao.

'Aku ingatkan buku ni dah lama dimusnahkan..' bisik hati Dongwook dengan risau.

"Kamu ambil buku ni simpan elok-elok, jangan bagitau sesiapa" arah jejaka itu pada anak muridnya.

"T-tapi nanti melecur kalau pegang"

"Tak.. buku tu takde effect dekat kamu bertiga belas kalau ada orang lain pegang selain kamu semua malapetaka akan muncul contoh ni hah tangan saya dah merah dah hah" terang Sir Dongwook sambil menunjukkan jaringa yang kemerahan akibat melecur.

"M-mian sir" Minghao mengambil buku itu lalu menunduk meminta maaf.

"Takde apa la, Minghao jangan risau bukan salah kamu jumpa buku ni memang dah ditakdirkan dah pun so semua bersurai, esok lepas sekolah jumpa macam biasa kita akan mulakan latihan" Seventeen mengangguk sebelum mereka menunduk hormat lalu keluar dari perpustakaan itu dan  pulang ke rumah.

Sir Dongwook yang dari tadi menatap anak muridnya terus merengus geram setelah kelibat Seventeen sudah tidak kelihatan.

"Dongwook.. awak rasa mereka akan selamat ke dengan semua benda ni? Kita tak nak sejarah hitam 100 tahun lepas berulang lagi" ujar Miss Sunny risau, siapa je yang tak risau perkara ni amat berisiko tinggi lagi-lagi yang kena hadapinya adalah pelajar dan sesetengah dari mereka adalah golongan kerabat diraja. Tak ke naya kalau ada sesuatu yang terjadi pada pelajar-pelajar itu.

"Saya tak pasti.. kalau mereka tak dapat mengawalnya maknanya nyawa mereka akan menjadi galang ganti ahh tak guna la!!" Bentak Sir Dongwook geram, ingatkan tahun ni semuanya pasti akan berjalan lancar tapi makin lama mereka cuba mengetahui tentang kuasa mereka banyak benda yang teruk akan datang.

Sir Dongwook memandang luar, dia tak faham bagaimana dan yang paling penting KENAPA?!

"Kuat sangat ke pencabar ilmu hitam tu sampai buku tu muncul semula?" Soalnya seorang diri, cukup untuk dia seorang sahaja yang dengar sebab dia tau kalau ada yang dengar pun tiada siapa yang tau jawapannya.

Iainya tergantung sehingga pada hari itu hari dimana semua persoalan akan terjawab.

🔮🔮🔮

Klik!

Seventeen menjerit riang apabila mereka masuk ke dalam rumah mereka, ada yang sudah masuk ke dalam bilik dan ada yang masih duduk di ruang tamu merehatkan badan seketika.

"Huwahh penatnya!! YEAYY KATILLLL" Jihoon berlari anak masuk ke dalam biliknya, fikirannya sekarang ni adalah tidur, tidur dan TIDURRRR.

"Hora!! Soonyoung dah balik!!" Jerit Soonyoung memanggil kucing perliharaanya tetapi tiada sebarang sahutan dari kucing itu.

"Hora?" Panggil jejaka itu lagi tetapi dengan wajah risau, takkan Bunny dah makan kucing dia kot.

"Meow!!" Hampir tercarut Soonyoung apabila Hora tiba-tiba melompat di depannya nasib dia sempat sambut.

"Hahahah Hora!! Kenapa badan sejuk ni? Seronok main dengan Bunny ek?" Hora mengangguk laju, wajahnya memang kelihatan ceria apabila bermain dengan kawan barunya itu.

"Hora main apa dengan Bunny?" Soal Soonyoung lagi.

"Meow? Meow!! Meow!! Meow meow meow!! Meowwwww!!" Cerita Hora dengan penuh semangat, jejaka itu pula hanya iyakan sahaja walaupun dia tak faham satu hape pun kucing dia cerita nak minta tolong Seokmin nampak macam jejaka itu dah masuk bilik.

"Gais lepas makan malam kita berkumpul balik kita nak kena baca buku element tu faham?" Arah Seungcheol setelah selesai menyimpan kasutnya di rak kasut.

"Nae!!"

"Hansol hyung!! Macam mana nak buka buku ni? Berkunci" Chan menunjuk buku yang berkunci itu pada hyungnya itu.

"Ouh haah!! Aku lupa buku ni berkunci hah nah kuncinya" Hansol mengeluarkan kunci emas bertatahkan berlian itu lalu diberikan pada Chan.

"Hyung pegang kunci buku ni?"

"Haah aku kunci sebab takut ada orang curi buku ni kalau dia curi pun dia tetap tak boleh buka sebab berkunci HAHHAAHAHHANAHAH" gelak Hansol dengan kuat sebelum masuk ke dalam biliknya meninggalkan Chan yang sudah membuat muka judgenya.

"Apa punya perangai la.." jejaka itu menggeleng perlahan lalu masuk ke dalam biliknya juga.

"Mana nak letak buku ni ek? Weh Mingyu ada nampak dulang besi tak?" Soal Minghao pada Mingyu yang kebetulan lalu di depannya.

"Ouh ada kat dapur, nak buat apa dengan dulang ni?" Mingyu meletak begnya di atas meja makan lalu masuk ke dalam ruang dapur dan diekori Minghao.

"Aku nak alas buku ni, Sir Dongwook kata kalau nak kena letak buku ni bawah dia kena ada alas dengan besi" jawab Minghao yang sudah lenguh memegang buku itu, dah la berat tak boleh letak sesuka hati pula tu.

"What? Cuba kalau kau letak buku tak meja macam biasa" arah Mingyu, dia nak tengok dulu betul ke tak sebab kadang-kadang dia tak percaya sangat apa yang Sir Dongwook kata. Kuat bohong la katakan.

Minghao hanya turuti sahaja, dia meletakkan buku itu di atas meja tanpa alas dan buku itu terus terjatuh di atas lantai, segera Minghao mengambil buku itu sebelum lantai rumah pula yang akan menjadi mangsa lubang.

"Shit berlubang meja ni.." Mingyu memandang rakannya dengan tatapan terkejut dan tidak percaya.

"CEPAT CARI DULANG TU MINGYU CEPAT!!" Jejaka itu terus berlari memanjat kerusi yang disediakan untuk mencari di kabinet, walaupun dia tinggi dia tetap tidak dapat capai kabinet itu jadi terpaksa menggunakan kerusi.

"SABAR LA KEJAP SABAR!! EHH NAK JATUH!!" Mingyu cuba memegang sesuatu untuk menghalangnya dari jatuh tetapi semuanya sudah terlambat, Minghao menutup matanya rapat tidak sanggup melihat rakannya jatuh tetapi--

Puf!

"Fuhh selamat.." Mingyu menghela nafas lega apabila dia mendarat di atas salji yang lembut dan sejuk.

"Thanks Jisoo hyung sebab selamatkan aku" ujar jejaka itu pada Jisoo yang sedang meneguk airnya. Jejaka itu memandang Mingyu hairan tetiba je terima kasih kat orang.

"Hmm? Selamatkan? Kau jatuh ke tadi?! Yah lain kali hati-hati jangan kabut bila nak cari barang" bebel Jisoo, nasib baik Mingyu tak cedera.

"Aik? Habistu mana datang salji ni?" Soal Mingyu hairan, rasanya Jisoo seorang je yang ada kuasa ais siapa pula yang main bagi salji ni?

"Bunny la tu.. kejap.. BUNNY!!!" Jejaka itu berlari ke laman belakang, mengabaikan tatapan pelik dari Mingyu dan Minghao.

"Siapa bunny?"

"Entah! Hah nah dulangnya" Minghao tersenyum riang apabila jejaka itu memberikan dulang besi padanya.

"Thanks!"

"Nanti kita baca sama-sama jom dengan yang lain" ajak Mingyu, walaupun dia bukan jenis yang suka baca buku tetapi apabila tengok buku itu rasa ingin tahu makin membuak di dadanya.

"Boleh tapi.. buku ni pun berkunci lepastu kena buka pelindung dia dulu baru kuncinya" terang Minghao siap tunjuk lagi yang dia cuba buka buku itu tetapi tidak boleh.

"Aduhh mana nak cari kunci dia?"

"Aku tau macam mana nak buka buku ni" Mingyu dan Minghao terlompat perlahan apabila Seungcheol muncul di mereka dengan wajah dingin.

"Macam mana?" Soal Minghao setelah menenangkan diri dari kemunculan mengejut dari Choi Seungcheol.

"Bagi buku ni dulu, bukan sekarang kita boleh buka mungkin waktu lain dah pergi berehat lepasni kita nak kena pergi dewan makan" tanpa membantah Minghao terus memberikan buku itu pada jejaka itu dan naik ke atas bersama Mingyu meninggalkan Seungcheol seorang diri disitu.

"Haish appa..." Seungcheol memandang buku itu lama sebelum dia menyerabaikan rambutnya.

Tanpa dia sedari ada dua pasang mata memandangnya dari jauh atau lebih tepat lagi di laman belakang.

"Dia ok tak tu?" Soal Jisoo pada haiwan perliharaannya itu, makhluk itu pula hanya menggesel kepalanya di bahu Jisoo tidak menjawab soalan jejaka itu, baru sahaja dia ingin mengeluarkan suaranya Jisoo terlebih dahulu menutup mulutnya.

"Shhh jangan buat bunyi la Bunny, pergi tukar kepada yang asal sekarang kalau orang lain nampak macam mana? Kau tu dah la besar! Panjang pula tu! Dah kata behave! Hah nakal! Tidur luar kejap lagi kang" Bunny merengus geram, dia mula melilit badan Jisoo lalu menghembus udara dingin di muka jejaka itu.

"Tak mau Bunny!! Jisoo tak nak!!" Ronta Jisoo dengan kuat, belum sempat dia nak mengusap tempat kelemahan haiwan perliharaanya itu kedengaran satu suara yang tidak asing di telinganya.

"Jisoo?" Bunny mula melepaskan lilitan dari badan jejaka itu dan dia terus melempang Jisoo dengan ekornya sebelum terbang pergi.

"Babi punya Bunny, elok-elok kau makhluk lain babi juga aku panggil kau" omel Jisoo dengan geram, confirm malam ni Bunny tidur kat luar nanti.

"Jisoo!!" Panggil Seungcheol lagi.

"Hah ye?!" Terhenti aktiviti mencarut Jisoo pada haiwan perliharaanya apabila terdengar jeritan dari jejaka itu.

"Kenapa kau berdiri kat belakang pintu tu? Jom masuk bilik"

"Hah okok" Jisoo mengangguk lalu mengekori jejaka itu masuk ke dalam bilik tanpa sebarang kata.







_______________

Ye itu dia serba sedikit pasal Bunny jangan risau author akan tunjuk wajah sebenar Bunny HUAHAHAHAHAHHA nantikan~~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro