Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12

Sampai sahaja mereka di perpustakaan, mereka menyapa Miss Sunny yang sedang duduk di kaunter sambil membaca buku lalu masuk ke dalam dan teruk naik ke tingkat atas tempat buku-buku yang sedia ada disediakan di atas rak. Mereka terus mencari buku yang berkaitan denagn kuasa mereka dan duduk di tempat yang sudah disediakan, hampir sejam juga la mereka duduk kat perpustakaan tu je tak bergerak-gerak.

Tingkat bawah

Tingkat atas

Dan mereka turut ada perpustakaan yang lain tetapi lebih kecil dan lebih menumpukan kepada pelajar yang ingin membuat kerja dengan betul-betul senyap.

Mingyu yang dari tadi membaca buku tentang magik sains terus meletakkan buku itu di atas meja dengan kuat. Nampak sangat dah fed up tengok buku tu bukannya baca pun.

"Weh Minghao" jejaka itu memandang Mingyu apabila namanya dipanggil.

"Apa kau nak beruk"

"Aku cuma curious, kenapa omma kau lahirkan kau?" Soal Mingyu bersama kerutan di dahinya, tau soalan dia agak lain macam tapi dia cuma curious je!!

"Kau buat lawak apa hanat? Dah omma dan appa aku bersatu lahir la la aku" jawab Minghao malas, awal-awal lagi dah kena tanya soalan mengarut macam tu belum lagi kalau diorang kena duduk kat sini 3 jam boleh gila agaknya dia.

"Some mistake can make~~ is alright is okay~~" menyanyi Seokmin di tengah-tengah di antara Mingyu dan Minghao.

"HAPE KAU MISTAKE MISTAKE?!" Segera Seokmin berlari menyorok di belakang Junhui apabila Mingyu sudah menjerit marah padanya.

"Shhh!! Tolong diam!" Tegur Miss Sunny, mereka memandang di bawah kelihatan guru perpustakaan itu memandangnya dengan tajam.

"Mian Miss" Mingyu menunduk minta maaf sebelum dia berlari mencari buku yang lain.

"Hmm tak tau pula aku kalau bawa diorang ke perpustakaan ni effect diorang akan jadi bodoh amat tinggi" omel Sir Dongwook yang berdiri tidak jauh dari anak muridnya, dari tadi dia memerhatikan anak-anak muridnya mencari buku tentang kuasa mereka tetapi hanya gelengan sahaja yang dapat.

"Dah kata jangan bawa degil" tegur satu suara yang turut berdiri disebelah jejaka itu.

"Kamu derhaka kat saya ke Soonyoung?" Jejaka itu tersengih, Sir Dongwook perasan pula dia ada kat situ aduyai.

"Ermm tak sir! Saya cuma tegur je heheh ampun ampun" Soonyoung tersengih setelah meminta maaf dari Sir Dongwook, gurunya itu hanya memberi pandangan tajam sebelum dia turun ke bawah meninggalkan anak muridnya yang lain.

"Ouhh burung pheonix pun ada juga ek masuk dalam buku ni" ujar Seungcheol kagum, dia menyelak lagi helaian kertas di buku itu satu persatu.

"Confirm la ada hyung tak pernah jumpa ke burung tu?" Soal Chan, pelik kalau hyungnya itu tak pernah jumpa burung pheonix sebab burung tu dari api dan Seungcheol ada kuasa api.

"Pernah la berlambak kat istana tu" jawab jejaka itu lancar apabila sedar akan jawapannya yang dia beri pada Chan terus dia menutup mulutnya.

"Tak tau pula aku yang hyung ni putera" Chan memandang Seungcheol sinis.

"Ehh diam-diam je tau" Seungcheol mengangkat jari telunjuknya ke bibir membuat isyarat untuk menyuruh Chan merahsiakann statusnya tersebut.

"Buat apa nak diam, Chan ni budak baru memang la dia tak tau kitaorang dah tau lama la hyung" sampuk Seungkwan yang baru sahaja tiba di meja mereka berdua.

"Dah kau yang bocorkan" jejaka berjubah ungu itu memandang Seungkwan dengan geram, apabila Seungkwan tahu statusnya adalah status diraja terus jejaka pipi tembam itu menghebohkannya satu sekolah dalam masa satu hari sahaja.

Maka pada hari itu, Seungcheol menjadi manusia paling femes sekali dan ramai pelajar menghampirinya hanya disebabkan mahu tahu dan mahu berkawan. Tapi dia tolak semuanya sebab dia tahu mereka nak berkawan dengannya kerana dia adalah anak raja dari kerajaan api.

"Well itukan job aku so jangan la marah"

"Job la sangat" Chan ketawa perlahan melihat hyung-hyungnya bertelingkah tentang masa lepas. Udah la move on jelah bang semua.

"Hyung pernah datang sini ke? Aku nampak macam hyung dah biasa je duduk sini" tegur Hansol, dia menghampiri Jisoo yang sedang sibuk membaca buku di salah satu ruangan yang agak tersembunyi sedikit.

"Haah aku kan mana ada kawan kalau ada pun Taehyung seorang jelah tapi dia selalu busy so aku selalu datang sini baca buku" jawab Jisoo sambil dia meletakkan buku yang dibacanya tadi di tempat asalnya semula.

"Ouhh takpe hyung kitaorang ada jadi kawan hyung so hyung takkan sunyi lagi" ujar Hansol bersama senyuman manisnya.

"Apahal kau nampak macam innocent sangat ni?" Jisoo memegang wajah Hansol dengan tatapan penuh keliru.

"Sebab aku memang innocent pun HOHOHO" setelah Hansol berkata sebegitu terus Jisoo menolak wajah jejaka kacukan itu.

"Geli aku dengan kau ni"

"Adeh hyung!!"

"Lol hyung lain kali jangan puji dia, macam ni la jadinya hidung kembang dah tak reti nak kempis balik dah" celah Wonwoo yang sudah lama berdiri di belakang mereka berdua.

Tiba-tiba suara Seungcheol kedengaran memanggil mereka berkumpul.

"Korang semua dah jumpa ke buku pasal kuasa korang tu?" Soal Seungcheol pada ke semua rakan-rakannya.

"Tak"

"Seungcheol hyung bukan dah jumpa ke tadi?"

"Aku baca buku pasal burung je" ujar Seungcheol manakala Jihoon hanya menggulingkan biji mata, ingatkan dah jumpa.

"Burung apa?" Soal Junhui.

"Burung la"

"Yelah burung apa?"

"Kau fikir apa gila? Burung la haiwan yang boleh terbang tu kau jangan macam-macam aku suruh Chan brainwash kau kang kejap lagi" Chan mengangkat kepalanya apabila namanya dimention, macam la boleh brainwash otak Junhui.

"Alah aku tanya je tak fikir apa-apa pun"

"Korang! Rasanya ada ada pernah baca satu buku ni tajuknya element, buku tu tentang kuasa kita tapi tulah dah takde dah kat tempat dia puas aku cari" Hansol mengusap dagunya, dia rasa dia ada pernah baca buku tu pasal kuasanya tapi bila dia cari balik bukunya kat tempatnya dah takde dah buku tu.

"Sir mana sir?"

"Dia tengah ngorat miss Sunny biarkan jelah dia tu makin stress aku nanti kalau asyik tengok muka dia je" Jeonghan menarik lengan Seokmin menyuruh jejaka itu mengikutnya.

"Jom la kita cari buku tu sama-sama, cepat kita jumpa buku tu boleh la kita keluar dari tempat bosan ni" ujar Seungkwan pula, dia penat nak tengok buku ni rasanya inilah kali pertama dan terakhir dia jejakkan kaki di sini.

"Tempat ni takde la bosan sangat" balas Wonwoo dingin, maklum la dia dah biasa datang sini orang yang tak pernah datang perpustakaan ni memang label tempat ni tempat paling bosan lain la kalau dah pernah pergi beberapa kali.

Jisoo melihat jamnya, sekejap lagi dah nak pukul 4 dan dia baru teringat sesuatu yang sangat penting.

"Oh no.." semua memandang Jisoo yang sudah mula cuak.

"Asal?"

"Perpustakaan ni akan bergerak!!"

"Maksud hyung?!" Soal Minghao panik, bergerak? Perpustakaan ni boleh berjalan ke?!

"Semua rak buku termasuk tangga kat sini akan beralih sendiri!! Contoh kau kat rak ruang 1 bila rak tu bergerak bersama ruang tu dialihkan kau akan berhenti di rak ruang 6!! Lepastu kalau tangga pula dia akan beralih dan kau kena cari jalan lain nak turun atau nak pergi ke ruangan lain" terang Jisoo, yang lain sudah ternganga kecuali Wonwoo dan Hansol nampak la sangat la diorang ni tak pernah datang sini.

"Shit!! Selama 4 tahun aku sekolah kat sini asal  aku tak tau?!!" Jeonghan meraup wajahnya, letih dengan semua kejutan ni lepasni apa pula? Dorm dia boleh terbang?

"Sebab hyung tak pernah jejakkan kaki ke sini la BAHENGONG!!" Jihoon mengetuk kepala Jeonghan sebab dia ketuk kepala jejaka itu satu, Jeonghan mencarut dan dua, dia tak pernah nak dapat hidayah pergi perpustakaan selama 4 tahun dia sekolah sini.

"Jisoo!! Selama aku kenal kau tak sampai seminggu inilah kali pertama kau cakap banyak huhuw aku terharu" Seungcheol memeluk bahu Jisoo sambil acah mengelap air matanya dengan terharu.

"Hmm -_- nak cakap bodoh nanti dia marah pula" omel Jisoo perlahan, cuba bersabar dengan perangai unta yang complicated itu kejap ok kejap tak boleh pening kepala layan Seungcheol ni.

"Alamat rasa eksaited pula dengan perpustakaan ni!! Nak pergi la selalu!!" Ujar Seokmin riang.

"Seriously bruh? Kau datang sini nak belajar atau main?" Soal Mingyu hairan, lain macam teruja dia tu.

"Main" Mingyu mengeluh perlahan, bahu rakannya ditepuk perlahan.

"Baik kau lupakan niat kau nak datang sini"

Sedang mereka sibuk berbincang mengapa perpustakaan ni kena bergerak, tiba-tiba muncul gegaran kecil di setiap ruang perpustakaan itu kecuali di tingkat bawah.

Hanya mereka bertiga belas sahaja yang berada di atas itu, semua panik kecuali Jisoo, Wonwoo dan Hansol.

"Ok semua pegang tangan kuat-kuat sorry la kalau kita berpecah! Dan cari buku element tu!!" Arah Jisoo sambil tangannya cuba memegang lengan Jeonghan dan Jihoon. Seokmin dan Seungkwan pula berpelukan antara satu sama lain.

"Okay!!"

"Sekali lagi aku bangga dengan kau sebab pandai lead kitaorang!!" Jerit Seungcheol yang sedang memeluk Mingyu yang berada tidak jauh darinya, manakala Hansol dan Wonwoo hanya berdiri tenang sahaja buat apa nak panik sampai peluk-peluk benda biasa je bukannya sampai tempat ni runtuh pun.

"Boleh tak kau diam?!" Jerit Jisoo tidak mahu kalah.

"Dan again! Aku bangga kau marah--

"DIAM LA HYUNG" Mingyu menutup mulut jejaka itu, tak habis-habis nak bangga dah la peluk orang erat hampir tak bernafas dia.

3

2

1

Greb!

"SIR DONGWOOK TOLONGGG!!"

"Eh kenapa dengan pelajar awak tu" Miss Sunny memandang tingkat atas apabila terdengar jeritan kuat dari anak-anak murid Sir Dongwook.

"Takpe biarkan diorang saje je diorang tu nak attention la katakan" balas Sir Dongwook lalu menyambung perbualannya bersama Miss Sunny.

Di tingkat atas pula, susunan di setiap rak buku, tempat dan tangga sudah beralih sehingga sesetengah dari mereka berasa pening kepala kerana ruangnya lebih serabut dan agak sempit tak macam tadi luas.

"Hyung macam mana ni?!" Seungkwan menggoncang bahu Jisoo dengan kuat.

"First, kita jangan panik!!" Ujar Jeonghan lalu menarik tangan Seungkwan yang dari tadi menggoncang jejaka itu hampir pengsan Jisoo kerana pening.

"Aku tak panik pun!!" Balas Seokmin dengan wajah kelat.

"TAK PANIK MENDENYA DARI TADI TARIK-TARIK JUBAH AKU KALAU KOYAK MACAM MANA?!" Jihoon sedaya upaya menarik jubahnya dari tangan Seokmin tetapi tidak berhasil kerana jejaka itu memegang jubahnya dengan erat.

"Jadi kita kena mula dari mana? Wonwoo hyung dan Hansol kan dah masak dengan benda ni so senang la nanti nak cari jalan keluar" Wonwoo dan Hansol berpandangan sebelum mereka mengangguk serentak.

"Boleh-boleh jom cari buku tu" mereka berempat mula berjalan mencari buku itu di setiap tempat disebabkan tempatnya sempit dan padat dengan buku ini memudahkan lagi pencarian mereka.

"So... dimana kita?" Junhui memandang sekeliling cuba mencari jalan keluar tapi yang dia nampak hanya la buku, buku dan buku.

"Jisoo hyung di tempat lain Wonwoo dan Hansol pun di tempat lain dan kita... stuck disini" keluh Soonyoung perlahan, menyesal derhaka dengan Sir Dongwook kan dah dapat balasan macam ni.

"Apa kata kita cari buku tu dulu sebelum fikir macam mana nak keluar dari sini takpun jerit je minta tolong" cadang Minghao, tangannya sibuk memegang buku-buku disitu mencari buku element.

"Good idea"

"Well i have sexy brain" ujar Minghao bangga.

"Eww" mereka mula menjalankan misi mencari buku element itu dan tiada siapa yang tahu bahawa buku itu berada agak jauh.. jauhh.. jauhhh.. jauhhhhhh... jauhhhhhhhhhhhhhh--

"Hah dah jumpa pun bukunya!!" Chan yang baru sahaja menoleh untuk mencari terus tersenyum riang apabila terlihat buku element itu di depan matanya.

Mereka berempat melompat riang tetapi setelah sedar akan realiti hidup yang tak berapa indah mereka terkelu seketika. Buku dah jumpa tapi macam mana nak keluar dari laluan sesat buku-buku ni?

"Korang sabar kejap biar aku yang selesaikan ni" Soonyoung menepuk dadanya dengan penuh confident, dia menghirup udara dengan panjang.

"WOI MANUSIA TAGUNE!! KITAORANG DAH JUMPA BUKUNYA!!" Junhui, Minghao dan Chan menutup telinga mereka, fuhh tiba-tiba rasa dengung kejap.

"ORITE!! BAGI AKU POTONG TANGAN SEOKMIN DULU DARI TADI DIA TAK NAK LEPASKAN JUBAH AKU" balas Jihoon dari jauh.

"DAN SESIAPA TOLONG!! KITAORANG TAK TAU NAK KELUAR LALU MANA"

"KEJAP LAGI AKU DATANG! BAGI LOCATION KORANG CEPAT!!" Jerit Wonwoo pula nampaknya kedudukan mereka agak jauh juga nasib baik dapat dengar suara jejaka itu walaupun sayup-sayup sahaja.

"ALAH TELEFON AKU KAT RUMAH!! JUNHUI PINJAM TELEFON!!"

"KAU NI TAK HABIS-HABIS DENGAN PINJAM KAU!!"

"HEY TOLONG SENYAP!!" Suasana kembali senyap, Seventeen menutup mulut apabila jeritan Miss Sunny bergema lagi kuat dari jeritan Soonyoung.

Sekarang mereka kena tunggu Wonwoo datang dan jadi tour guard mereka keluar dari tempat sempit ni.









___________________

Yow!! HAHAHAHAHAHAH seperti yang dijanjikan cewah btw author dah bagi gambar sekolah diorang dekat atas so enjoyyy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro