1
"Macam mana?" Seungcheol menghampiri bilik air itu, dengan perlahan dia membuka pintu itu sehingga terbuka luas dan ia berterusan beberapa kali.
"Dia dah takde?!" Jejaka itu meraup wajahnya, adakah dia sudah gila selepas memenangi perlawanan bola keranjang itu.
"Cheol, aku dah balik—APAHAL KAU TAK PAKAI BAJU LAGI NI?!" Jimin mengambil bantal yang berdekatan dengannya lalu dilontar pada Seungcheol tapi nasib baik jejaka itu dapat mengelak bahaya woo lontaran dari Jimin ni kalau kena koma setahun jawabnya.
"Tadi aku nak pakai baju lepastu tiba-tiba budak mana tah keluar dari bilik air tu" cerita Seungcheol, jejaka pendek itu mengangkat kening setelah mendengar cerita dari dormmatenya itu.
"Teleport?" Seungcheol tergamam.
"Bukan kuasa teleport tu dah pupus ke kat sekolah ni"
"Maksudnya tu budak baru, teleport ni banyak kelebihan juga tapi paling basic diorang selalu buat teleport pergi ke tempat yang diorang nak" bebel Jimin sambil mengambil bajunya untuk ditukar, Seungcheol pula menggarukan kepalanya kerana dengar bebelan dari Jimin segera dia memakai pakaian yang selesa lalu baring di atas katil.
"Nak pergi makan tak oi?" Soal Jimin setelah menukar pakaian yang lebih santai.
"Sekarang?"
"Yelah sekarang"
"Nanti la rehat la dulu kau ni kabut macam makanan tu akan habis" Jimin duduk di katil Seungcheol, dia memandang jejaka itu sedalamnya.
"Apa?"
Takde angin takde ribut, Jimin terus menumbuk badan Seungcheol lalu berlari keluar.
"uhuk! TAGUNE KAU JIMBIT"
🔮🔮🔮
Jeonghan menutup pintu dormnya, dia membuka jubahnya dan baling entah kemana. Benda pertama yang dia nak buat adalah mandi. Dipandang dormmatenya iaitu Taeyong sedang elok berdengkur halus diatas katil mungkin penat sebab bermain bola keranjang dan asyik jadi kuli Seungcheol sahaja.
Sedang dia membuka baju tiba-tiba telinga menangkap satu perbualan di depan pintu.
"Eh kau tau tak rumah banglo yang kosong tu" Jeonghan merapatkan telinganya pada pintu cuba untuk mendengar perbualan itu dengan lebih jelas.
"Dengar, tu kan rumah untuk pelajar yang terpilih duduk kat situ, dua tahun sekali guru akan memilih pelajar yang layak untuk duduk disitu"
"Jadi tahun ni la kan?!"
"Yup, untuk tahun ni guru yang akan memilih kita katanya Sir Dongwook"
"Wahh!! Nampaknya kita kena jadi budak baik la jawabnya"
"Yup hahahahaha" Jeonghan memetik jari, dia mengambil bajunya dan campak masuk ke dalam bakul.
"Macam best je duduk banglo tu mesti ada kolam besar wuuu nampaknya esok aku tak boleh buli orang" cebik Jeonghan lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
🔮🔮🔮
"Taehyung! Aku dah balikk!!" Jerit Jisoo lalu menutup pintu dormnya.
"Kenapa lambat balik?" Soal Taehyung yang sedang sibuk membuat jampi baru untuk presentationnya esok.
"Cari bunny tadi tapi tak jumpa, dia ada tak balik sini?" Taehyung mengangkat keningnya.
"Bunny pun aku tak pernah tengok rupa dia macam mana aku nak tau dia ada masuk ke tak" Jisoo menayang muka datar.
"Kalau kau tak pernah nampak dia pun kau akan tau tu dia sebab kau tak pernah nampak lagi satu dia putih" terang Jisoo lalu duduk di katilnya.
"Maksud kau bunny tu salji?"
"Apa-apa jelah" malas nak melayan merapu dormmatenya itu, Jisoo membuka sarung tangannya serta baju kadangkala dia mengeluh perlahan kerana panas.
"Kau tak demam ke?" Soal Taehyung, dari tadi dia memerhatikan gelagat Jisoo sampai nak buat kerja pun tak senang.
"Tak"
"Tak percaya aku, setiap tahun musim panas kau demam" Jisoo memandang Taehyung sambil mengambil tualanya.
"Tahun ni tak" ujar jejaka itu dengan megah.
"Tipu, esok mesti kau demam"
"Tak!!"
"Ye"
"Mana ada la!!"
"Tch percaya la confirm kau akan demam dah pergi mandi sejukkan badan tu nanti demam tak pasal-pasal aku kena layan orang salji kau" Jisoo menjeling Taehyung, dia masuk ke dalam bilik air sambil menghentak kaki tanda protes.
"Lagi satu, aku panas ni nak aircond!!" Jisoo merungut perlahan sebelum dia menutup pintu bilik air, dia meniup sesuatu maka terasa la angin sejuk yang nyaman di dalam dorm itu hingga membuatkan Taehyung terbaring.
Aik dah lupa homework ke tu.
Pelajar yang lalu lalang di luar dorm itu pun boleh merasa hawa kesejukan di dalam dorm itu sampai ada yang terbaring kat luar.
"Ahh sejuk, masheh"
"Hmpph!"
🔮🔮🔮
Tok! Tok! Tok!
"Ye, kau nak apa?" Junhui tersengih pada Daniel.
"Jihoon ada? Dia ajak aku nak buat kerja sekolah sama-sama semalam"
"Dia takde la katanya dia kena jadi wakil pelajar untuk pelajar baru yang masuk hari ni" ujar Daniel selepas mendapat anggukan dari jejaka itu, Daniel terus menutup pintu.
"Alorh Jihoon ni aku ni dah la tak reti bab jampi serapah ni halah" dengan perasaan kecewa macam baru putus cinta, Junhui pulang ke dormnya untuk meratapi nasib sebab tak buat kerja rumah lagi.
🔮🔮🔮
"Soonyoung!!" Jejaka itu memandang empunya suara yang memanggil namanya itu.
"Eh Wonwoo!!" Sapanya riang.
"Aku dengar kau jatuh dari penyapu terbang LAGI" Soonyoung tersengih lalu mengusap kepala Hora.
"Alahai thanks la risaukan aku—
"Hora tak cedera kan?!" Soonyoung berdehem seketika, Wonwoo pula menghampiri Hora dan memeriksa keadaan kucing itu. Ingatkan dia risau pasal dirinya rupanya tak →_→
"Hora ok?"
"Meow!!" Hora menjeling Soonyoung lalu tangannya ditunjuk pada jejaka itu berulang kali seperti menyalahkan jejaka itu.
"Bukan salah aku ok, dia yang bertukar jadi harimau waktu tu" kali ni Soonyoung pula yang menyalahkan Hora.
"Eish korang ni kan dari dulu asyik gaduh je elok la tu perangai korang pun hampir sama" Wonwoo mengelengkan kepala lalu mengusap kepala Hora lembut.
"Eleh hairan betul aku harap je kucing dari element angin tapi takut tinggi" rungut Soonyoung, dia menjeling Hora kucing haiwan peliharaannya yang diberi oleh Wonwoo sempena hari lahirnya ketika dia berumur 10 tahun.
"Apa engko fikir kitaorang boleh terbang ke?" Wonwoo dan Hora bercekak pinggang serentak.
"Mana tau en"
"Eh dia tak berani naik penyapu terbang sebab kau tau, kau buat dia takut waktu tu Hora kecik lagi kau pula tarik dia naik penyapu terbang" Soonyoung tersengih.
"Ehehehe sorry"
"Ok la aku balik dorm dulu bye Hora bye Hoshit" Wonwoo terus berlalu keluar selepas berkata sebegitu.
"Tak guna punya budak spek! Nama aku dibuat carut" Soonyoung memandang Hora yang sibuk membersihkan kakinya.
"Hora sayang Soonyoung tak?" Hora memandang jejaka itu sekilas tanpa menjawab soalan itu dia terus baring di katilnya lalu berpura tidur.
"Hora ni!!!"
🔮🔮🔮
"Ok ni dorm korang, dorm korang bertiga ikut batch so Seokmin dan Minghao korang berdua satu dorm dan Chan akan satu dorm dengan Woojin" ujar Jihoon panjang lebar sambil menunjukkan jejaka yang berada disebelahnya, kes terserempak tadi apa lagi dia tarik jelah Woojin tu ikutnya.
"Ouh okie!"
"Ada apa-apa lagi nak tanya?" Mereka bertiga menggelengkan kepala.
"Ok la aku minta diri dulu, Chan ikut je si Woojin ni kalau budak ni buli kau roger aku" dengan teragak-agak Chan menganggukkan kepala, dia takut dia yang buli Woojin bukan jejaka itu yang bulinya.
"Terima kasih sunbaenim!!" Jihoon mengangguk kepala lalu berlalu dari situ.
Selang beberapa langkah, dia terhenti apabila teringatkan sesuatu yang penting.
"Alamak!! Hari ni kena buat kerja sekolah dengan Junhui!! Arghhh Junhui!! Tunggu aku datang dorm kau!!" Jihoon terus berlari tanpa menoleh kebelakang mahupun kanan dan kiri.
Mereka berempat yang dari tadi memerhatikan gelagat aneh Jihoon hanya mengangkat bahu.
"Bye Chan! Jumpa dekat perhimpunan esok" Seokmin dan Minghao melambai kearah rakan barunya lalu masuk ke dalam dorm mereka.
"Ok Chan!! Jom kita balik dorm!!" Jejaka itu mengangguk lalu mengekori langkah Woojin yang membebel pasal peraturan dan tempat-tempat best untuk dilepak di kawasan asrama ini.
🔮🔮🔮
"Baju kau basah lagi ke Seungkwan?" Soal Hansol selaku dormmatenya.
"Haah, mana tau ni engko skodeng aku ek" dengan muka gatal Seungkwan memandang rakan karibnya itu.
"Takde masa aku nak skodeng kau!! Rambut kau basah aku tau la" Seungkwan tersengih lalu mengambil tualanya untuk mengeringkan rambutnya.
"Jeonghan sunbae buat?" Jejaka itu mengangguk, siapa je yang ada element air selain Jeonghan.
"Haish dia tu kan asyik-asyik buli orang"
"Bukan buli tapi gurau manja" backup Seungkwan, wahai Yoon Jeonghan sila berbangga kerana ada yang backup engko.
"Tch aku dengar ada 3 pelajar baru yang masuk hari ni" Hansol duduk disebelah Seungkwan yang masih sibuk mengeringkan rambutnya.
"Haah, aku ada jumpa seorang rasanya la dia terus lesap bila dia masuk kelas orang!!" Cerita jejaka itu.
"Teleport?"
"Apa natei tu?" Hansol menepuk dahinya, confirm mamat tembam ni tak baca buku pasal element.
"Nanti kau tau la!! Malas nak layan!!" Hansol terus mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air malas hendak melayan blur Seungkwan yang boleh tahan agak bodoh-bodoh gitu juga.
"Eh mamat ni"
___________
Hahshshshshs kbye amacam sekolah hari ni? HHAHAHAHHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro