Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

鏡 : 20








Nothing feels heavier than unsaid words❞





"Anakanda sepatutnya berkahwin dengan putera raja Diamond! Kamu nak kerajaan Fairytale hak kita ini hancur musnah di tangan mereka?"

"Am... Ampun ayahanda... Anakanda tetap berkeras dan berpegang pada kata-kata anakanda"

"Pengawal! Letak puteri di dalam kurungan bawah tanah sehingga dia berkenan untuk berkahwin dengan putera raja Diamond"

*******

"Oppa sanggup berkahwin dengan Ariel? Walaupun tahu yang Ariel ni bukan dari dunia ni?"

"Ya, Woojoo cintakan Ariel. Sangat dan sangat. Tak kesahlah Ariel ni sebenarnya makhluk berkepala lima sekalipun, oppa tetap cintakan Ariel"

"Hehe kiss juseyong!! Chuuu"

*******

"Hiks, macam mana kalau anak kita terseksa? Ariel takut, dia sama macam Ariel. Ariel taknak dia hidup menanggung beban semua ni"

"Takpe, Woojoo yakin semuanya baik. Percayalah"

"Huh, Ariel paling takut kalau dia tidak terima Ariel sebagai ibunya. Ariel takut Ariel gagal sebagai seorang ibu..."

*******

"Yeonsoo cuba cakap sekali lagi? Mama tak dengarlah"

"Ma... Ma... Mama. Haik hehe" Terkapai-kapai tangan bayi itu cuba memegang wajah ibunya yang kian basah berlinangan air mata.

"Anak mama dah pandai panggil mamalah! Sayang anak mama!" Tubuh kecil bayi itu dipeluk erat. Anak lelakinya yang dari tadi melihat turut datang dan memeluknya dari belakang.

"Chanyeol sayang mama juga!" Ujarnya ceria. Botol susu ditangan dicampak entah ke mana.

"Eh Chanyeol tadi nak susu... Tapi botol dah terbang. Jom shopping beli botol gambar spiderman pula mama?" Keletahnya walau baru berusia 3 tahun.

Ariel hanya tersenyum dan menggeleng. Ada-ada sahaja anak lelakinya ini.

*******

10 tahun kemudian

"Ja... jaga kedua anak kitaㅡ" Darah mula tersembur keluar dari mulut. Tangannya berusaha mencapai wajah sang anak yang teresak menangis di pangkuan ayahnya.

Namun semuanya terlambat. Tentera dari kerajaan Fairytale terlebih dahulu menghalang dan membuka portal untuk membawa Ariel kembali ke dunia asalnya. Erangan tangis kedua anaknya menjadi musik latar, jeritan sang ibu yang tidak mahu berpisah dengan anak turut bersama.

"ARIEL! ARIELLL!!! ARGHH" Tangisan seorang suami juga akhirnya jatuh. Dia tidak mampu bergerak kerana senjata tentera itu betul-betul ada disekelilingnya. Dengan rasa bersalah yang menggunung, kedua pipi anaknya dicium dengan air mata yang masih mengalir.

"Maafkan papa. Papa tak mampu nak lindungi mama"

*******

"Yeonsoo dan Chanyeol akan membesar menjadi penghancur dunia! Kau pasti tahu tentang itu bukan? Sanggup kau berkahwin dengan manusia dan melahirkan anak yang jijik seperti mereka?!" Suara jerkahan itu bergema di dalam istana.

"Mereka patut dihapus. Sebelum mereka muncul dan mencemarkan puak kita. Ayahanda tidak kesah walau kamu tetap berkeras mengungkit itu adalah anak kandung dan darah daging keluarga ini. Beta tidak ada keturunan sejijik ni!"

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

"Yeonsoo!! Yeonsoo!!" Jungkook memanggil-manggil nama Yeonsoo dengan nada yang tinggi sedari tadi. Dirinya panik, darah tidak henti-henti keluar dari hidung Yeonsoo dan langsung gadis itu tidak sedarkan diri.

Jimin segera bangun dan membuka cardigan yang dipakai lalu menutup tubuh Yeonsoo yang basah dengan peluh, tidak mahu mencemari maruah gadis itu kerana dia hanya berkemeja putih sekolah.

Sudahlah mereka berada di dalam lorong gelap. Ya, Yeonsoo tidak munculkan diri setelah ke tandas dalam masa yang lama jadi mereka berdua mengambil keputusan untuk mencarinya.

Hampir segenap ceruk mereka mencari dan akhirnya, tubuh Yeonsoo yang sedang terbaring lemah dijumpai di sini. Mujur sajalah mereka yang jumpa, bukan penyangak berhati busuk.

Jungkook meletakkan tangannya di bawah kepala dan di bawah lutut Yeonsoo. Dalam beberapa saat, tenaganya yang terkumpul digunakan untuk mengangkat Yeonsoo secara bridal.

Langkahnya laju mencari kereta miliknya diikuti Jimin. Sampai sahaja, terus mereka memasuki kereta itu.

"Ahn ajussi, cepat gerak ke hospital!" Segera kereta itu meluncur laju, dipandu oleh pemandu peribadi Jungkook.

Jimin di tempat duduk hadapan berpusing ke arah belakang, memandang Yeonsoo yang terbaring lemah di atas peha Jungkook. Kuku jarinya digigit, dadanya berombak laju.

"Tae..." Ujarnya tanpa sedar. Situasi ini, benar-benar seakan lakonan semula. Sama seperti situasinya, bersama Jungkook dan Taehyung berpuluh tahun lepas.

Mengapa takdirnya perlu begini? Sesedih ini?

Kotak fikirannya tidak berhenti memainkan situasinya di Busan. Tatkala dia merajuk dan membawa diri ke tepi tebing tinggi, disitulah temannya datang cuba membawa kegembiraan. Disitulah juga, menjadi sebab nyawa kawannya terkorban.

Nafasnya dilepaskan kuat, linangan air mata mulai mengalir. Tidak tahan dengan campuran emosi dan belengu fikiran.

Jungkook yang perasan akan keadaan itu, mengusap tangan Jimin. Dia menggeleng, cuba menyuruh lelaki itu berhenti menangis.

"Gwenchana... Yeonsoo ok. Aku tahu" Jungkook menguak rambut Yeonsoo yang sedang diribanya kebelakang. Darah gadis itu sudah berhenti keluar namun keadaan gadis itu sangat lemah. Dalam diam, dia turut menahan tangis.

Sama seperti Jimin, perasaannya bercampur baur. Takdir seakan bermain cak cak dengan mereka. Memutarkan masa silam dengan hanya menggantikan tempat orang yang mereka sayang.

Salah ke mereka cuba menyayangi seseorang?

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

"Pesakit dalam keadaan yang stabil dan sudah sedar. Hmm, saya rasa lebih dari stabil agaknya. Terkejut lah jugak saya tadi. Rasanya takde pulak suis otaknya putus tapi tulah, mungkin ini penyakit ghaib. Tak tahulah saya. Tengoklah sendiri"

Jungkook, Jimin dan Yejin memberikan tunduk hormat pada doktor itu. Setelah itu, terus Yejin berlari mendapatkan wad Yeonsoo diikuti mereka berdua.

Hampir tercabut jantungnya tadi apabila ditelefon Jimin yang Yeonsoo berada di hospital. Hutang ramen dia tak bayar lagi tau, jangan mati dulu!

Yeonsoo yang berada di dalam wad membelek-belek laci di sebelah katilnya. Berejam dia baring disitu keseorangan, membosankan betul!

Tiba-tiba, dia tersenyum nakal. Sekotak sarung tangan getah diambil lalu sehelai daripadanya dikeluarkan.

"Ni buat lastik bontot Yejin ni, best ni. Lagi syok dari guna spender dia yang dah londeh getahnya tu" Sarung tangan itu ditarik-tarik cuba menyasarkan ke arah hadapan.

PUP!

Tepat! Lastikannya terkena pada wajah seseorang yang baru sahaja membuka pintu bilik wadnya. Serta-merta sebuah jeritan dihamburkan.

"YEONSOO KAU NAK APA?!"

"Eh chentar hatiku Yejin uchuk uchuk manja datanglah! Terharu kita hiks! Jom ar balik. Busuklah bau ubat, tak suka" Yeonsoo melompat turun daripada katil.

Tubuh Yejin yang berdiri tegak yang masih menahan amarah terus dipeluk. "Ikan yu ikan iblis, dukung i please"

"Otak kau" Yejin menolak tubuh Yeonsoo jauh-jauh. Taknak bagi virus gila itu melekat padanya.

"Merajuk ah gini hiks. Eh yang korang berdua ni pandang aku macam telo kena potong ni kenapa?" Yeonsoo bercekak pinggang. Pelik betul, senyap je dari tadi. Tak gembira ke dia hidup? Kalau ya, boleh je dia pura-pura nazak dekat sini.

"Eh takde apa-apalah. Syukurlah kau ok je" Jimin menjawab dan Jungkook hanya mengangguk.

"Jom balik. Duit dah bayar, ubat dah ambil. Tunggu pakcik Sehun nanti datang" Yejin merangkul bahu Yeonsoo seraya menunduk hormat pada Jimin dan Jungkook.

"Kitorang balik dulu. Terima kasih banyak-banyak" Ujar Yejin dengan tangan yang memaksa Yeonsoo turut ikut dia menunduk hormat.

"Eung! Balik elok-elok" Jungkook melambai sehingga kedua gadis itu hilang dari pandangannya. Lalu tubuh Jimin ditampar perlahan.

"Kan aku dah kata, dia ok je. Kau yang cengeng sangat menangis tadi dah kenapa" Hamburan ketawanya dilepaskan. Jimin mengulingkan mata ke atas.


"Ikan yu ikan bilis, perangai u tak ubah macam iblis" Jimin menyepak kaki Jungkook sehingga Jungkook terdorong kehadapan dan kedebup terjatuh.

"Rasain lorh"

⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰

"Yejin..."

"Takpe, aku tahu. Tak payah cerita apa-apa nanti kau makin sakit bila ingat balik. It's okay, aku ada" Tubuh Yeonsoo dipeluk erat.

Tangisnya dilepaskan menjadikan malam di rumah ini sangat sayu. Yeonsoo ok sahaja? Setelah imbasan memori tentang keluarganya muncul di ingatannya?

Haha, pastilah tidak. Dia cuma berlagak kuat di hadapan orang lain. Tetapi sebenarnya, tidak. Jauh di sudut hatinya, dia lemah.

"Rindu mama hiks. Mama pernah kata, yang mama selalu ada di sisi Yeon. Tapi mama tipu. Mana mama? Mana mama yang selalu peluk Yeon? Kenapa... hiks... mana mama?" Wajahnya disorok di pada leher Yejin.

Hatinya sakit, membesar tanpa seorang ibu di sisi benar-benar mencabar.

"Aku cemburu tengok semua orang ada ibu dekat sisi mereka. Setiap kali ada majlis apa-apa yang melibatkan ibu bapa, semua orang bawak ibu mereka tetapi aku bawak diri aku je HAHAHAHAHA. Tapi tulah, jasa mereka tu tak pernah dihargai. Bila mereka dah tiada, baru nak menyesal. Macam aku"

"Penatlah. Penat berpura-pura bahagia. Penat nak menipu yang aku gembira. Penat nak tunjuk senyuman palsu setiap hari" Dia kembali duduk. Dadanya yang terasa sesak dipukul berkali-kali. Semakin kuat tangisnya menjadi.

"Hati aku kosong! Kosong!"

(Skip ke part 00:40 tau)

"Rasa give up hidup. Aku tak pernah gembira yang betul-betul gembira macam orang lain"

Yejin terus merangkul tubuh kecil itu dan mengusap belakangnya. "Ani.. Kau ada aku kan? Ingat tak kita janji nak bersama sampai bila-bila? Aku akan tetap ada dengan kau tahu! Takpe, kebagiaan yang kau tunggu nanti akan datang juga akhirnya. Percayalah"

"Eungg" Yeonsoo mengesat air matanya berkali-kali. Hatinya masih sebak, namun menangis bukan jalan penyelesaian yang betul kan?

Pelukan Yejin dibalas. Lama mereka berada di dalam posisi itu, menghayati nasib masing-masing. Tiba-tiba, fikiran Yeonsoo terganggu. "Mana cermin aku ya?"

Yejin terus mengetap bibirnya. Perlahan-lahan dia bangun dan mengambil sesuatu di atas kabinet.

"Maaf, hmm cerminnya dah pecah. Waktu Jimin dengan Jungkook jumpa kau dekat lorong tu, memang dah pecah dah cermin ni"

"Peㅡ Pecah?"

⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰

Tbc ^^

Sessagaeyo saranghaeyong💋 maaf kalau hambar😭 Aku ni tak reti menaip part sedih hiks

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro