鏡 : 16
[ Do check previous chapter, takut terlepas chapter sebelum ni hehe ]
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
❝
Remember, your feelings are always valid. do not let anybody invalidate anything you’re feeling❞
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
"Woof! Woff! Eunggggㅡ" Yeontan, anjing peliharaan baharu Yeonsoo berlari di dalam sekeliling rumah dengan perasaan takut.
Segala perabot dan dinding dilanggarnya. Tanpa menghiraukan perasaan sakit, berusaha ia mencari tempat persembunyian untuk bersembunyi daripada makhluk yang mengejarnya.
Lagi menakutkan, yang mengejarnya itu mempunyai tangan yang mengeluarkan api! Siapa sahaja tidak takut jika berhadapan dengan makhluk begini?
"Ahhh! Macam mana ni? Mana dia tahu aku dari dunia lain ni?!" Yeontan segera menyorok di dalam kabinet bawah dapur dengan rungutan (guna bahasa anjing tau.)
Dia datang ke dunia ini, membahayakan diri sendiri hanyalah semata-mata ingin melindungi Yeonsoo, namun sekarang ini sudah terbalik. Dia yang patut dilindungi jadinya.
"Mana kau nak lari ha anjing? Dasar anjing! Kalau dah anjing tu memang anjing lah! Keluarlah!! Ahhhhh! Kenapa ada je nak ganggu aku hm?!"
Mendengar sahaja jerkahan berbaur kemarahan itu, Yeontan menutup kedua belah matanya. Sungguh dia berasa sangat gementar dan resah.
Suasana begitu hening, sehinggakan ia sendiri boleh mendengar deruan nafas beratnya.
Tap! Tap! Tap!
Semakin dekat bunyi tapak kaki itu, semakin itulah haiwan kecil itu ketakutan.
"Macam mana Yeonsoo boleh percaya dia? Ahhh! Syaitan bertopengkan manusia betul!" Tangan dan kakinya sudah menggigil. Jika dia diapa-apakan, macam mana keselamatan Yeonsoo nanti?
Namun, kini suasana bertukar sunyi kembali. Tiada lagi bunyi tapak kaki yang mendekatinya, namun perasaan resah masih menjalar dalam dirinya.
"Dia dah pergi ke?" Soal Yeontan sambil telinganya bergerak-gerak, cuba mengesan sebarang bunyi yang ada.
"BAAAAA!" Wajah seseorang yang ia geruni muncul pada pintu kabinet itu. Badannya kaku, tidak tahu mahu berbuat apa-apa setelah terlampau takut dan terkejut.
"Woof!" Langkahnya sedikit demi sedikit berundur ke belakang, namun dindimg telah menghalangnya daripada terus mengundur.
"Jangan apa-apakan aku, please!" Yeontan menutup kedua belah mata.
"YAHHH!"
Matanya terbuka kembali, terkejut selepas mendengar jeritan seseorang. Makhluk tadi pula berpaling ke belakang, memandang ke arah punca suara itu datang.
BUK!
Lelaki yang tiba-tiba muncul itu menolak makhluk yang mengejar Yeontan tadi, dengan satu tolakan angin kuat daripada tanggannya.
Habis jatuh tergolek-golek macam nangka busuk dibuatnya.
"Eung?" Yeontan yang tidak faham dengan situasi sekarang ini, menyengetkan kepalanya.
"Sapa dia ni? Jap, kenapa dia ada elemant angin ni? Jangan kata diaㅡ"
"Hish! Cepat lari! Nanti dia bangun!" Lelaki itu menarik tubuh Yeontan dan memeluknya sambil berlari.
Sebuah portal terbuka dihadapannya lalu lelaki itu melangkah masuk ke dalamnya.
Mereka tiba di sebuah taman permainan yang sudah tiada pengunjung kerana hari sudah malam. Yeontan yang masih tertanya-tanya, memandang wajah lelaki yang menyelamatnya dengan kerutan.
"Jangan risau, aku dipihak kau. Aku dah agak yang Taehyung tu bukan makhluk yang baik! Yeonsoo patutnya percayakan aku!"
Yeontan yang memahami apa yang lelaki itu katakan, mengangguk kepalanya.
"Kauㅡ 'dia' kan? Kenapa kau boleh jadi anjing ni?"
"Woof!" Yeontan menyalak lalu mengeluarkan lidahnya dengan mata yang membulat.
"Aku lupa yang kau ni tak bercakap! Aduhmakk! Hm, takpelah. Ni aku, Yoongi! Ingat tak? Ingat tak? Ok, nama betul aku Alvis! Ingat tak?"
Yoongi menongkat dagu sambil tangannya bermain-main dengan kepala berbulu Yeontan.
"Woof!!" Yeontan menganggukkan kepalanya berkali-kali, tanda dia mengenali Yoongi.
"Huwah! Tak sangka kau datang siniㅡ"
"Yeontan?"
"HUWAHHH! PUNTIANAK KOREA!!"
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
"Wooo woooooooooo! Wah aku terbang! Jungkook tengok ni! I ken pelai!" Yeonsoo menjerit keriangan setelah menaiki kuda berpusing-pusing yang dikhaskan untuk kanak-kanak di Game Centre ni.
Tanggannya dilebarkan, menikmati angin yang menyapa wajahnya dengan mata yang terpejam.
[Tahukan, takkan tak tahu kuda pusing pusing tu apa😕 ala yang selalu ada kat funfair tu tapi kalau dalam game center, kudanya kecik]
Jungkook yang melihatnya dari tepi menepuk dahi, malu kerana dia dan Yeonsoo menjadi tumpuan orang ramai.
Budak kecil yang turut menaiki kuda tersebut pula sudah berkerut-kerut dahi melihat 'perempuan gila' yang menjerit tanpa malu. Sudahlah naik mainan budak-budak, bising pulak tu!
"Dahlah Yeon, kita main benda lain pulak ya" Setelah mainan itu berhenti berpusing, Jungkook segera menarik Yeonsoo.
"Maㅡ main?!" Yeonsoo terdiam dan memuncungkan bibirnya. Otaknya sudah berwarna-warni memikirkan benda lain.
"Hehe" Wajah gatal Yeonsoo tiba-tiba sahaja muncul.
"Main ni jom!" Jungkook membawa Yeonsoo ke arah game yang menggunakan senapang, dan ada skrin besar di depannya.
[Aku tak tahu tau namanya apa, tapi kira macam Pubg versi main guna senapang mainan yang selalu ada dekat Game Centre tu😭 ala tahukan? Kan?]
Wajah gatalnya berubah cemberut. Ingatkan nak ajak pergi hotel ke apaㅡ takpelah, tunggu jelah kahwin dengan Jungkook nanti...
Game yang ditunjuk oleh Jungkook dipandang tiada perasaan. Mana dia reti main game tembak-tembak ni! Lastik cicak tahulah!
"Tapi, aku tak reti main tembak-tembak ni" Yeonsoo manarik wajah, memandang pelanggan lain yang sibuk bermainan game itu dengan ligat, membunuh zombie zombie yang muncul dalam skrin.
"Takpe, biar aku ajar" Jungkook memasukkan coins, lalu game itu berbunyi, menandakan ia sudah siap sedia untuk bermula.
"Pegang ni" Jungkook mengangkat kedua belah tangan Yeonsoo dan diletakkan di atas senapang. Badan Yeonsoo pula ditarik, masuk ke dalam lingkaran tanggannya.
Kini, badan Yeonsoo sudah tersepit di dalam pelukan Jungkook. Jaraknya usah dikatakan lagi, amat rapat sehingga helaian-helaian rambut hadapan Jungkook juga boleh bertebangan pada kulit mukanya.
"Ok, sekarang rendahkan sikit badan kau. Mata tu fokus dekat musuh yang datang. Bila diorang datang je, kau terus tarik picu ni"
Suara penuh sensual Jungkook membuatkan halwa telinga Yeonsoo bergetar. Jantungnya tidak keruan berdegup, hampir-hampir gugur daripada tulang rusuk.
"Ok, lets start!" Sejurus Jungkook memfokuskan matanya ke arah skrin, pipinya kini bercantum dengan pipi Yeonsoo.
Habis hilang fokus Yeonsoo dibuatnya. Usah nak tarik picu senapang, pandang skrin itupun dia tidak mampu!
"Weh zombie ni nak gigit kau! Tembak dia cepat!!" Jungkook memegang belakang tapak tangan Yeonsoo dan menggerakkan jari telunjuk Yeonsoo menggunakan jarinya.
"Yes! Headshoot! Mantappp!" Jungkook tersenyum lebar.
"Tembak lagi! Tembak! Woo!"
Jungkook begitu teruja apabila Yeonsoo dapat membunuh banyak Zombie. Walaupun sebenarnya Yeonsoo hanya tembak random sahaja memandangkan fokus utamanya adalah suara seksi Jungkook.
"Ahhh! Menang weh!" Jungkook memusingkan wajahnya, supaya menghadap Yeonsoo yang masih tertancap pada skrin.
"Meㅡ menang?" Yeonsoo memalingkan kepalanya ke arah Jungkook lalu terdiam.
Hujung hidungnya sudah bertaut dengan hujung hidung Jungkook.
"Eung?"
Langsung tiada jarak antara wajah mereka. Lama mata mereka merenung antara satu sama lain. Tangan Jungkook pula terlerai pada senapang namun mula melingkari tubuh Yeonsoo.
Yeonsoo menjadi gugup. Sentuhan Jungkook pada pinggannya begitu melemahkan dirinya.
"Yaepeo (cantik)" Bisik Jungkook sambil menggigit bibirnya.
Wajah Yeonsoo mula memerah. Bibirnya diketap dan pandangannya dialih pada tempat lain. Tangan Jungkook pada pinggangnya ditarik supaya pinggangnya dilepaskan.
"Jom, main benda lain hm hm ni?" Bagi mengelakkan kejanggalan, Yeonsoo berjalan ke arah game yang mengira jumlah kekuatan tumbukan seseorang itu.
[Tahukan game yang kita tumbuk papan tu, nanti dia tunjuk score? Shhshshs]
Namun, langsung tiada balasan daripada Jungkook.
"Eung?" Yeonsoo berpusing kembali ke arah game menembak tadi. Jungkook masih lagi berdiri di situ, tanpa bergerak seinchi pon.
"Kenapa?" Kepala Yeonsoo menyenget.
Perlahan-lahan, Jungkook melangkah mendekati Yeonsoo. Setiap langkah yang diambil, setiap itulah Yeonsoo berasa seperti terkena serangan panah.
"Tak, sekarang ni, kenapa dia suka jalan pergi dekat aku bila aku gugup? Suka eh tengok aku naik gila!" Yeonsoo mula berleter.
Sampai sahaja Jungkook di hadapan Yeonsoo, Jungkook menaikkan tangan ke atas kepala Yeonsoo.
"Comel" Lalu, dia menyerabutkan rambut Yeonsoo. Wajah Yeonsoo bertukar cemberut.
"Ye tahu, aku comel. Dahlah jom main ni. Kau kuat kan? Ha cuba tumbuk papan lembut tu, nanti dia tunjuk score kan? Ha, kita lawan! Sapa lagi rendah, kena belanja!"
Jungkook mengangguk sambil tersengih.
"Kacang je!" Jungkook merenggangkan tanggannya dan memasukkan coins ke dalam mesin itu. Dia berundur beberapa langkah kebelakang dan bersiap sedia untuk melakukan hentakan.
"One, two, go!" Setelah kiraan Yeonsoo tamat, Jungkook terus menghentak papan lembut itu.
Bukkkk!
"Omo!" Yeonsoo menutup mulutnya. Terkejut melihat kekuatan Jungkook itu.
3200!
"WAHHH! GEMPAKNYA!" Yeonsoo melompat girang. Jungkook pula tersenyum bangga dengan score yang dia dapat.
"Kan dah kata, kacang je" Jungkook meraup rambutnya kebelakang.
"Ok, my turn" Yeonsoo turut merenggangkan tanggan dan berundur ke belakang. Jungkook membuat kiraan, dan Yeonsoo melepaskan kesemua kekuatannya pada papan lembut itu.
"YAHHH!"
Tanpa sesiapa sedari, tangannya mengeluarkan satu aura berwarna biru lembut. Satu tenaga yang kuat muncul dalam dirinya secara tiba-tiba.
5000!
"HAH?!" Serentak Jungkook dan Yeonsoo berpaling ke arah sesama sendiri. Terlampau terkejut dengan jumlah markah yang terpapar.
Yeonsoo melihat ke arah tangganya. Memang benar, dia rasakan ada sesuatu yang pelik mula hadir dalam dirinya.
"Mesin ni rosak kot" Yeonsoo menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hmm, maybe tak. Kau mungkin kuat jugak! It's okay! Kau nak aku belanja apa?" Jungkook merapatkan dirinya pada Yeonsoo.
"Nanti-nanti jelah ya. Hm, dahlah malam ni. Esok sekolah." Yeonsoo mencipta alasan supaya dia lekas balik. Sungguh, badannya terasa janggal.
"Okay! Butㅡ"
Jungkook menundukkan kepala seraya memegang tangan Yeonsoo. Jari-jari kecil Yeonsoo dimain-main seketika.
"Aku having fun sangat harini. Walaupun kita main sekejap je, tapi aku tak rasa sunyi lagi. Aku selalu datang sini, tapi tulah, aku sorang-sorang je. Bila aku ajak kau, keseronokkan tu bertambah berkali-kali ganda. Thank you so much!"
Jungkook memandang anak mata Yeonsoo dengan pandangan yang penuh perasaan. Dia mengamati setiap inchi yang ada pada wajah Yeonsoo, tanpa terlepas sesuatu pon.
Yeonsoo menggigit bibirnya. Perasaannya bercampur-baur.
"Dia ajak aku sebab nak rasa seronok je ke?" Hati Yeonsoo mula luruh.
Perit bila perasaannya pada seseorang itu tidak sama seperti yang diharapkan.
Yeonsoo menepis tangan Jungkook lalu mengambil langkah meninggalkan Jungkook.
Dia tidak tahu kenapa, namun cukup hatinya terkilan. Berapa lama lagi dia nak kejar cinta Jungkook ni? Taehyung wujud pon langsung tak membantu!
"Yeon! Yeonsoo! Hei!" Jungkook mengejarnya dan mendapatkan tangan Yeonsoo.
"Kau nak apa lagi? Lepaslah! Eloklah tu asyik mainkan perasaan orang? Kau tak tahu ke bertapa aku berharap dengan kau ni hm?!" Sekali lagi, Yeonsoo menepis tangan Jungkook.
Setelah itu, mulutnya ditutup oleh dirinya sendiri. Terkejut kerana mulutnya melepas perkataan yang menyakitkan hati itu.
"Aku nak apa? Aku nak rawat balik luka dalam hati kau tu! Aku tahu, kau marah dengan aku tapi pada masa yang sama, kau pendam perasaan suka kau dekat aku kan?" Jungkook menahan badan Yeonsoo daripada pergi meninggalkannya sekali lagi.
"DAH TAHU TU, KAU BUAT-BUAT BODOH KENAPA? AKU MASIH TERASA DENGAN PERBUATAN KAU DUA TAHUN LEPAS. SUNGGUH, AKU TAK PERCAYA KAU SANGGUP BUAT AKU MACAM TU. JIJIK SANGAT KE AKU? Dan kau tahu apa? Aku tepis tu semua seorang diri, aku masih pendam perasaan suka aku dekat kau sampai boleh buat jadi perkasam! Lepastu, kau tiba-tiba je datang dekat aku balik, cuba rapat dengan aku. Lepastu mainkan perasaan aku? Such a fucking shit man!"
Tubir matanya mula sarat dengan air mata namun dia menahannya. Tidak mahu nampak lemah di depan lelaki ni. Bertapa sakitnya dia memendam kesemua keperitan itu seorang diri masih dipendam. Tragedi dua tahun lepas, masih segar di dalam ingatannya.
Diherdik, dimaki, dikatakan jijik. Semua memori itu berlegar-legar di dalam fikirannya.
"Yeah, aku datang ni sebab nak mintak maaf. Aku tak tahu macam mana nak ungkap dekat kau, jadi aku cuba rapat dengan kau supaya kau terima aku balik tahu?" Jungkook menarik kepala Yeonsoo supaya bersandar pada dada bidangnya.
"Maafkan Kook. Ya tahu Kook salah" Kepala Yeonsoo di usap perlahan.
Yeonsoo menganggukkan kepala. Menerima maaf Jungkook, walau hatinya masih terluka.
"Bukan ke kau memang kumpul gambar aku? Tampal dalam bilik jadi wallpaper? Jadi kau masih sukakan aku kan?"
Yeonsoo mengangkat kepalanya dan memandang wajah Jungkook dengan mulut yang sudah memuncung.
"YAHHH!! MALULAH! Aku emo sikit je tadi. Hm, datang bulan kot entahlah. Haih, jom balik. Aku rindu nak tengok muka Yejin"
Senyuman Jungkook melebar. Melihat Yeonsoo yang sudah tidak bersedih, membuatkan dia berasa lega.
Namun, benarkah Yeonsoo sudah memaafkannya? Fikiran Jungkook mula keawangan.
"Tapi... Dia masih tak terima aku kan? Hm" Luruh hati Yeonsoo sekali lagi.
Dia sendiri tidak tahu mengapa dia terlalu terasa dengan perbuatan Jungkook hari ini. Mungkin sebab sudah terlalu lama Jungkook asyik muncul di depannya dan seperti yang dijangka, perasaan Jungkook padanya masih samar-samar.
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
Tertanya-tanya tentang apa yang jadi dekat Yeonsoo dengan Jungkook dua tahun lepas? HAHA, AKU KAN KEJAM, KAU SABAR JE. NANTI AKU SPILL LAH TEA HSHSHSHS
By the way, bagi memudahkan korang imagine watak perempuan dalam ff ni, nah muka diorang. Nak imagine diri sendiri pon boleh, takde sapa larang😔👍
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
[ The gojes and tololest heroin bersama topi kegemarannya]
▪
▪
▪
▪
▪
▪
[ Yejin, pembela shrek ]
Dia suweg tapi hm hm hm hm,
dalam gambar ni macam tak jeㅡ
Yeonsoo: SEKARANG NI, KENAPA YEJIN NAMPAK LAGI LAWA DARIPADA AKU?
[Terima kasih kerana sudi singgah. Zee ni hanya kaum kentang lenyek yang ingin lepaskan stres dekat aplikasi berwarna baju penjara ni. Sekali lagi, terima kasih]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro