Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

鏡 : 14

[Harap korang sudi spam komenlah ye😔 Kau nak spam sampai fon Zee hang pon boleh, lagi dialukan sebenarnya. Serious talk, comments korang tu, buatkan Zee rasa nak jatuh katil]










❝ I miss having someone to talk to all night ❞

Jimin's pov
Situasi sebelum Yeonsoo jatuh longkang

Aku berjalan girang menuju ke dataran utama. Seperti biasa, ada pelajar yang tinggal di sekolah walaupun dah habis waktu sekolah untuk belajar dan aku nampak Yeonsoo sedang kehulu kehilir tanpa hala tuju.

Wait, Yeonsoo?!

Yeonsoo?!

Cantek ah!

Aku berlari kecil untuk mendapatkan dia, namun larian aku terberhenti apabila aku terfikirkan sesuatu.

"Yeonsoo suka air ice lemon tea kan? Ok"

Aku berpatah balik dan menuju ke vending machine untuk membeli minuman tersebut.

Kalau tegur orang, mesti kena ada benda yang dia suka kan? Hehe, baru dia makin minat dengan kita!

Setelah membelinya, aku kembali mengejar Yeonsoo dari belakang yang sudah jauh di hadapan.

"Yeon!! Ohhhh Yeon!" Aku cuba memanggilnya beberapa kali, namun langsung dia tidak menyahut panggilan aku.

Lagikan pelik apabila dia semakin berundur ke belakang dan kebelakang. Aku juga ikut dia mengundur dengan penuh tanda tanya.

Aku menelengkan kepala ketepi, untuk melihat apa yang membuatkan Yeonsoo menjadi seperti itu.

"Ohh, Jungkook rupanya. Patut gelabah semacam"

Setelah beberapa unduran ke belakang, aku sedar yang aku hampir berada di hujung koridor ini. Taknak jatuh punya pasal, terus aku bergerak ke tepi dan menyorok di di selekoh koridor.

"Waitㅡ Yeonsoo.."

"ARGHHHHHHH!!"

Namun, semuanya sudah terlambat apabila susuk tubuh Yeonsoo sudah tergolek jatuh di dalam longkang, bawah koridor itu.

Aku menepuk dahi setelah menyedari yang aku hanya menyelamatkan diri sendiri, dan membiarkan Yeonsoo jatuh dekat situ.

"Ahhh, pabo Jimin" Aku ingin segera berlari ke arahnya namun, langkah aku menjadi perlahan apabila seseorang mendapatkan Yeonsoo lebih laju daripada aku.

Aku seakan-akan kaku bila melihat Jungkook sedang berusaha menolong Yeonsoo. Kemesraan mereka, membuatkan hati aku berkecai dan berderai.

Mulut Jungkook juga tidak habis-habis mengucap kata maaf, seakan-akan itu salahnya. Padahal itu salah aku!

Lagilah sakit hati, apabila mereka saling mengukir senyuman, dengan muka yang sudah merona merah.

Aku yang patut berada di tempat Jungkook! Bukan dia! Argghhhh!! Aku yang kena minta maaf, aku yang kena tolong dia!

Hati aku menjadi semakin panas secara tiba-tiba. Aku ingin menepis perasaan itu, namun ianya mustahil.

Situasi ni, kenapa macam situasi waktu tu? Aku tak suka!

Mata aku mula membulat apabila melihat Jungkook sedang mengendong Yeonsoo sambil diiringi gelak tawanya dan reaksi malu Yeonsoo.

"Tch, kenapa aku sakit hati sangat ni?!" Aku menarik nafas dalam dan menggengam air tin tersebut sehingga kemek.

"Disebabkan kau sendiri, Yeonsoo dengan Jungkook tu boleh spend time! Shit Jimin shit!" Aku memarahi diri sendiri dan mencampak air tin tersebut dalam tong sampah.

Tangan diseluk di dalam poket dan kaki aku sengaja di naikkan untuk menyepak tong sampah tidak berdosa itu, bagi melepaskan geram.

Aku berjalan sayu melintasi koridor itu. Tong sampah yang aku sepak tadi, terlebih dahulu tergolek melintasi aku.

"BODOH!" Aku melepaskan geram dengan carutan.

Seungkwan yang baru sahaja ingin membuat tiktok gelek mengikut jejak idola terbaiknya, coki coki 20 sen terkejut mendengar carutan yang tiba-tiba muncul itu. Dia mengurut dadanya kerana dia merasakan carutan itu diberikan kepadanya.

"Salah ke seungkwan buat tiktok? Huwahhhhh!" Dia mengambil sebaldi air dan curah atas kepalanya dengan tangisan mendayu, menangisi idolanya yang selalu dikecam oleh masyarakat kini.

Aku hanya membiarkan drama yang dibuat Seungkwan. Pandangan aku menunduk ke bawah, dan iringan cecair hangat mula menitis dari kelopak mata.

"Chimchim suka Yeonsoo, tapi Chimchim tak suka tengok Yeonsoo. Yeonsoo dengan Taehyung sama. Chimchim tak suka hiksㅡ tapi Chimchim suka"

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

Yeonsoo's pov

"HELLOOOOOO!!" Sudah berkali-kali aku menekan lonceng rumah dan menjerit-jerit memanggil nama Yejin dari luar rumah. Tapi langsung dia tak keluar, nak bukak pintu pagar lagilah.

Jangan kata dia pindah rumah senyap-senyap sebab nak kahwin dengan Oli?

Ke dia pergi consert Kaachi senyap-senyap tak bagitahu aku?

By the way, tadi Jungkook yang hantar aku eh, pemandu dia tapi kira Jungkooklah kan? Hehe, korang ada? Takde! Riak sekejap apa salahnya.

Woof woof!

"OHMOYANGAKUNAKKAHWINDENGANYOONGI! DAECHWITA DAECHWITA!!"

Aku melompat terkejut apabila tiba-tiba sahaja makhluk berbulu di tepi aku yang entah bila datangnya ini menyalak pada aku.

"Woof woof woof woof?" Aku cuba menyoalnya dalam bahasa anjing, mana tahu aku faham bahasa anjing jugak?

Bagi yang lupa, akukan paham bahasa haiwan laut.

"Woof!" Dia mengeluarkan lidahnya sambil bernafas cara anjing. Hmm, nampaknya aku tak faham apa yang dia kata.

Aku duduk mencangkung di hadapannya, dan menenung setiap inchi keadaan dia.

Berwarna hitam dan perang, mata hitam kecil yang bulat dan oh, rapinya dia macam dijaga oleh orang! Tapi, takde pulak rantai yang selalunya tuan anjing pakaikan untuk menandakan ia sudah bertuan.

Tidak dinafikan, anjing ni agak comel dan tak nampak ganas. Tangan aku perlahan-lahan mendekati kepalanya, lalu aku usapnya lembut.

"Wooofff!"

Dia menggoyangkan ekornya laju. Maknanya dia gembirakan?

Tiba-tiba, dia bergerak menghampiri aku dan naik ke atas peha aku, lalu dia baring menelentang menghadap aku. Kedua belah tanggannya di depa, tak lupa juga lidahnya yang masih terkeluar.

"Ahhhh! Comelnyaa!" Aku mengusap dagunya dan nampaknya anjing ini menyukainya.

Tangan kecilnya menolak tangan aku, lalu aku berhenti daripada mengusapnya. Namun, dia mendekatkan wajahnya pada tapak tangan aku dan menjilat tepat di mana tanda lahir berbentuk bunga aku terletak.

"Eo? Kau pon macam aku ke?" Aku mengangkatnya dan alangkah terkejutnya aku, dia mengangguk.

"Sapa hantar kauㅡ"

Klerkkkk!

Pandangan aku beralih pada pintu pagar automatik yang terbuka. Tanpa membuang masa, aku membawa anjing ini ikut masuk ke dalam.

"Yejin?" Aku membuka pintu rumah yang tidak berkunci dan melangkah masuk ke dalam dengan pandangan yang berlegar, mencari keberadaan Yejin.

Takkan dia merajuk teruk sebab aku tinggalkan dia dekat sekolah tadi? Aku dah biasa buat kot!

"Yeon?!" Bahu aku terhinjut kerana terkejut disergah oleh Yejin dari tangga.

Wajahnya nampak resah, dihiasi senyuman yang sememangnya seratus peratus janggal itu membuatkan aku bsrtambah pelik dengan dia.

"Kau kenapa Yejin?" Aku menghampiri dia.

Wooff! Woof! Grrrrr!

Aku memandang pelik ke arah anjing ni. Dia tak suka Yejin atau Yejin ada aura yang seram sampai anjing ni takut hmm?

"Takde pape! Berani eh kau tinggalkan aku dekat sekolah? Cubit kang!" Dia menyenggol perut aku lalu menghamburkan ketawa.

Aku turut ketawa dan dalam diam, aku lega tiada apa-apa berlaku pada Yejin.

"Hehe! Tadikan aku jatuh longkang, lepastu Jungkook tolong! Syok siot makan dengan dia tadi!! Ha, masa balik tadi aku jumpa dia, kita jaga dia nak?!"

Aku mengangkat anjing tadi tepat dihadapan wajah Yejin.

Yejin menaikkan keningnya dan memandang aku dan anjing itu berganti-ganti.

"Kau, lupa ke? Kau pernah bela cicak, lepastu kau masukkan cicak tu dalam cawan jiran lama kita? Trauma teruk dia sampai pindah rumah!" Yejin berpeluk tubuh sambil menggeleng.

"Alah, tu first time! Sebabtu aku ada buat salah so untuk kali kedua ni, aku bela dia betul-betul macam jaga baby!"

Yejin masih memandang aku dengan pandangan yang dia takkan benarkan aku bela anjing ni.

"Bolehlah bolehlah bolehlah! Tengok ni comel betul dia, cian dia takde sapa nak jaga!"

Aku mengedipkan mata beberapa kali dan mencubit kedua belah pipi anjing ini untuk menonjolkan kecomelannya.

"Yelah yelah! Jangan lupa belikan dia makanan dengan tempat tinggal. Kalau dia berak, kau basuh sendiri! Jangan suruh aku. Dah aku nak tengok tv" Yejin mengeluh lalu melintasi aku menuju ke ruang tamu.

"Hehe! Yey yey!" Aku tersenyum gembira.

Lalu aku bawa anjing ni masuk ke dalam bilik dan meletakkannya dia atas katil.

"Taehyunggggggg! Tengok ni apa aku jumpa!" Cermin Taehyung yang aku tinggalkan di atas meja belajar mula memaparkan wajah Taehyung yang serabut, baru bangun tidur mungkin?

"Eo? Anjing?"

"Haah!" Aku mengambil cermin itu dan letak dihadapan anjing tersebut.

"Aku nak bagi nama dekat anjing ni. Hmmmmmm, ambik nama aku jelah. Lepastu disebabkan anjing ni warna tan..."

Aku mengusap bawah dagu untuk berfikir nama yang sesuai untuk anjing ni.

"Yeontan?" Aku memandang Taehyung.

"Pfftㅡ HAHAHAHAHA" Taehyung menghamburkan ketawa sambil memegang perutnya. Kenapa? Kelakar sangat ke nama tu?

"Yeontan? Yeonsoo campur setan? HAHAHAHAH"

"Hish! Mana ada! Kau ni.. aku rasa nama tu comel tau! Ah takde takde aku nak panggil dia Yeontan"

Aku berpeluk tubuh dan berpaling daripada menghadap Taehyung.

"Okok, Yeontan.. Meow meow, eh woof woff kesian kau dapat tuan macam dia, otak senget"

Taehyung memuncungkan mulutnya, mengejek aku. Mata aku teralih pada tangannya..

Amboi dahlah ejek orang, makan burger pulak tu!

"Jahat!!" Aku mengambil bantal dan bersiap sedia untuk menghempuknya, namun aku terkaku apabila melihat Taehyung menglihat dan kembali semula dalam keadaan yang...

Yang....












"WOWOWO! ASAL KITA BERDUAN JE, KAU JADI SEXY. TAK PAKAI BAJULAH, TAYANG SIXPACKLAH! KAU DAH KENAPA! TAK INGAT? PART 2 TU HA!!!"

Aku menutup kedua belah mata dengan tapak tangan. Namun, faham-faham jelah, akukan. Mana boleh tolak rezeki.

Celah-celah jari tu aku longgarkan untuk melihat Taehyung diam-diam. Sixpack yang menjadi pujaan, muscle yang seratus-peratus tegap, fuhㅡ

"Eleh, kalau nak tengok, tengok jelah aduhmak" Dia meraup rambutnya kebelakang dan menongkat dagu sambil merenung anak mata aku.

Aku meneguk air liur kesat. Bukan takat sexy je dia ni, suara pon dah boleh buat aku kena santau.

"Kau sexy sexy nak ke mana?" Aku memalingkan wajah daripada menghadapnya. Pandang lama-lama sawan pulak aku.

"Nak pergi hati kau. Tempat yang paling tinggi, paling dalam, paling istimewa" Taehyung tersenyum senget.

"Ah takde takde, Jungkook dah save" Aku memegang dada, berpura-pura sedang menutup hati aku daripada Taehyung masuk.

"Eleh, macam Jungkook suka kau je" Taehyung memperlahankan suaranya sambil menjuihkan bibir.

"APA?!" Kening aku dinaikkan tinggi.

"Takde pape, takde pape. Hmmm, aku ada soalan ni.

"Apa dia?" Aku meniarap menghadapnya dengan tangan yang ditongkat pada dagu.

"Kalau satu hari nanti aku buat sesuatu yang jadikan kau bencikan aku. Kau masih maafkan aku ke?"

Mata Taehyung mula menjadi sayu, bagaikan pertanyaan tadi itu sungguh bermakna buatnya.

"Mestilah! Sebab kau kan Taehyung. Lelaki yang sexy, suka kentut, selalu ada dengan Yeon!! Hehe" Aku memeluk cermin itu erat.

"Cakap pasal kentut kanㅡ"

PRUTTTTT

Aku menyesal mention kentut tadi. Sumpah menyesal. Bau dia, tak boleh nak describe tahap busuk dia weh.

"Eumm eumm" Yeontan disebelah aku menggosok-gosok hidungnya. Nampak! Dia pon tak tahan dengan bau ni.

"BAIK KAU SUMBAT BONTOT KAU DENGAN PENUTUP BOTOL WEH! MELEPAS JE KERJA!!" Aku menutup hidung.

"Yeke? Busuk sangat ke?" Taehyung membesarkan lubang hidungnya, untuk membau kentutnya sendiri.

Sniff sniff

"Buㅡ busuk wehh!! Aku yang kentut, aku yang rasa nak muntah! Arghhh!" Taehyung menutup hidungnya dengan mask yang tiba-tiba muncul.

"HAHAHHA AKU DAH KATA!" Aku gelak sambil menggerakkan kaki ke atas dan ke bawah.

Bagi yang tak paham, aku kan meniarap, jadi kaki aku macam auto gerak sebab gelak sambil teruja.

BUKKKK!

Ketawa aku mula lenyap apabila sebuah beg kertas yang jatuh di atas lantai menarik perhatian aku.

"Eo?"

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

Thanks sudi singgah dan support. LOVE YOU ARGHH!!💜💜💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro