Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

鏡 : 10

[Fav banner aku😭👆]








You're loved. Someone out there loves you more than you think❞







Yeonsoo's pov

Mata aku yang mahu dibuka berkedip-kedip apabila terdapat sinaran cahaya yang terang menerangi tempat ni. Aku memandang sekeliling. Pelik. Aku tak pernah berada dekat sini langsung.

"Eo? Rumah sapa ni?"

Namun, fikiran aku sebentar tadi terhalang selepas perasaan sakit tiba-tiba menerjah aku.

"Arghhhㅡ"

Aku memandang tangan aku, berbalut dengan kain pembalut yang kian bertukar warna menjadi merah. Teruknya aku berdarah!

Lalu aku memandang perut aku. Oh tidak, ada balutan juga. Nampaknya, aku pakai singlet je ni. Fikiran aku mula membayangkan sesuatu.

Mungkin sama dengan apa yang korang fikir. Ya, MAKSUDNYA ORANG NI BUKAK BAJU AKU? OMAIGAD AKU DAH TAK SUCIII!

Kesian Jungkook, maafkan saya wahai kanda, mungkin bila kita kahwin nanti, awak bukan yang pertama melihat kecantikan dunia iniㅡ

"Hei, jangan bergerak! Kau tu belum baik lagi." Satu suara yang mendatar menghentikan lamunan aku.

Shit, suara lelaki. Betullah apa yang aku fikirkan.

"Jangan risau, kau kenal aku. Cuma aku tahu yang kau dah lupa. Dan, aku tak buat apa-apa pon dekat kau. Jangan risau. Aku tukar tu pejam mata rapat-rapat, sumpah."

"Lagipun, kita dulu selalu mandi dalam sungai. Lepastu kalau kau kalah waktu kita main sapa menyelam paling lama, kau akan cubit nipple sampai lebam. Tak tahu malu betul kau masa tu. Tapi maksudnya dinsini kita dah cukup kenal, dan badan masing-masing ni benda remeh je" Sambungnya.

Aku membulatkan mata dan wajah aku mula memerah. Kejap..

"YOONGI?!" Aku menoleh mencari punca suaranya berada. Oh tidak, aku rindu dia! Arghhh!!

"Yoongi yoongi oh my baby suga bontot hitam ada daki! Yoongi yoongi-"

"Ya, Yeonnie.. Aku Yoongi, kau ingat lagi lagu bodoh tu? Pfftㅡ Betullah apa yang aku fikir dari kecik, kau satu-satunya perempuan sengal yang takkan berubah" Dia berjalan ke arah aku sambil membawa lilin.

Lilin? Kau nak puja apa ni? Setan?

"Kau sombong ya sekarang? Nampak aku dekat pantai, tepi jalan semalam, taknak tegur pon" Dia meletakkan lilin tersebut di meja sebelah aku.

"Bukan apa, aku boleh ingat muka sorang laki je. Dan laki tu Jungkook HSHSHSHS ni jungkook dengar ni kembang dia hehe"

Yoongi memandang aku dengan wajah kosong lalu dia mengeluh kecil. "Sampai hati" Dia menarik hood kepalanya lebih kedepan, cuba menutup wajahnya.

Aku tergelak namum gelak itu mati setelah aku perasan yang dia seperti menyorok sesuatu.

"Kenapa kau tutup muka kau? Buka jelahㅡ" Aku terus menarik hood kepalanya kebelakang. Dan, aku patut mengaku yang memang aku bebal. Aku tak sepatutnya bertindak melulu macam ni..

Aku seakan terkena kejutan yang amat cepat. Drastik aku menarik kembali tangan aku dan menggigit bibir bawah.

Yoongi.. kelihatan lain. Iris matanya berwarna biru, dan wajahnya mempunyai parut sepanjang pipi kanannya. Sewgham tetapi nampak cool.

Dah macam Yoongi version kedua yang datang dari dunia masa hadapan. Betul ke ni Yoongi yang aku kenal dulu? Kenapa dia macam robot?

"Kau lain.. Yoongi. Kenapa mata kau, biru?"

"Kau kenal Taehyung?" Dia menjawab pertanyaan aku dengan soalan. Aku berdecit.

"Ya, kenal. Jawablah soalan aku, Yoongi!"

"Kau akan tahu jugak nanti. Tapi kau kena tahu ni, penting"

Lalu Yoongi mengambil sebuah album. Bukan album Bitiesh ye. Album gambar tau.

Lalu, dia membukanya dan menunjukkan aku sekeping gambar. Kelihatan tiga orang lelaki di situ, namun hanya seorang yang memandang kamera dan jelas wajahnya.

Orang itu adalah Taehyung.

"Aku tahu asal-usul dia. Dan aku rasa kau tak patut dekat dengan dia."

Aku mengerutkan dahi. "Tapi kenapa?"

"Kau tahu kan dia tu makhluk ajaib? Manusia dan makhluk tu tak patut tinggal bersama. Dunia kita berbeza. Tengoklah apa yang jadi dekat kau ni. Kau diracun Yeonnie! kau patut kasihankan ayah kau. Kalau kau pergi, sama macam abang dan ibu kau, siapa lagi yang ayah kau ada?"

Bebel Yoongi macam atok-atok yang memesan cucunya yang degil dan bebal. Kejap nak bayang Yoongi jadi atok, mesti dia lembik macam rumpai laut.

Lalu aku mulai terdiam. Tapi ada betulnya jugak, tapi dah kenapa dia nak buat jahat dengan aku? Aku ada buat salah ke?

Tidak, dan aku taknak benda ni berlaku. Tapi, aku dah mula rapat dengan Taehyung. Takkan nak jauhkan diri tiba tiba?

"Jadi, kau nak aku buat apa? Lagipun pertemuan kami bukannya sengaja" Aku mendekatkan badan ke arahnya.

"Tak yeonnie, tu semua kebetulan yang dirancang. Kauㅡ haish, takpelah"

Aku menggenggam penumbuk, geram. Kenapa apa yang aku buat semua salah, kalau tak salah pon, benda tu selalunya membahayakan aku?

"Aㅡ aku rindu abang kau" Yoongi mengubah topik. Suaramya menjadi sebak. Wajahnya dipalingkan ke arah bertentangan.

Aku memandang dirinya, aku turut merindui abang aku. Tetapi, siapa aku untuk menolak takdirkan?

"Park Chanyeol hilang macam tu sahaja dekat dunia ni. Meninggalkan aku, kau dan ayah kau tanpa amaran. Jahatnya dia! Tch!" Yoongi menyandarkan kepalanya di kerusi.

"Kalau kau sayang aku, Yeonnie. Please, jaga-jaga dengan Taehyung. Dia bukan seperti yang kau sangka"

Aku mengangguk. Kenapa dia tak bagitahu sahaja kebenaran dekat aku? Aku melepaskan keluh lalu menongkatkan dagu pada tangan.

"Aku bukan taknak bagitahu, tapi benda ni perit. Aku taknak kau sedih. Lagipun, aku ada, sentiasa melindungi kau" Dia tersenyum memandang aku.

"Kenapa kau comel sangat ni bila dah tua?! Sini sini nak peluk lah busuk gemok ni eiii" Aku memaksa diri untuk bangun. Lalu, aku memeluknya erat.

Yoongi tampak terkejut, namun dia membalas pelukan aku. Tanpa sedar, air mata aku lemah mengalir di bahunya.

"Kau mesti rindu Chanyeol kan? Dia ada je, sentiasa tengok kau dari jauh. Dah baring balik, nanti kau sakit"

"Tak, aku tak sakit bila aku peluk kau"

Yoongi tergelak kecil dan menolak tubuh aku kuat sehingga aku terbaring.

"Sakit bongok! Aku boleh baring sendirilah ㅠㅠ werk, aku dah mati, jangan cakap dengan aku dah. Aku koma dua tahun"

"Nanti aku gorengkan ayam goreng kunyit ye" Yoongi melipatkan tangan di dada. Sengaja mengusik balik si Yeonsoo tu. Yelah, bab makanan dia tu mana boleh tolak.

"Alhamdulillah, berkat doa semua orang. Aku hidup balik. Masak sedap-sedap tau"

Aku terus terduduk depan dia sambil tersenyum, lepas dengar yang dia nak masakkan ayam goreng peberet aku.

Yoongi hanya tergelak.

"Kau tak menyanyi dah ke? Main gitar ke? Kalau abang kau ada, mesti aku dengan dia dah jadi rapper dalam mana-mana boygroup ahhahahah"

Aku tersenyum dan menggeleng. Aku dah lama tinggalkan dunia muzik sejak Chanyeol pergi. Entah. Tanpa dia, semangat aku hilang.

Dulu, Yoongi bagaikan keluarga sebenar kitorang. Dia sentiasa datang rumah, main, belajar rap dengan Chanyeol. Sampailah kitorang pindah ke Seoul.

[Ok guys, aku tahu Chanyeol budak Seoul, anggap jelah dulu dia tinggal Daegu]

"Jap, macam mana kau tahu semua ni eh? Kau agent rahsia ke? Ke kau ni stalker aku?" Aku pelik, Yoongi boleh rawat aku, selamatkan aku, tahu pasal Taehyung, siapa dia sebenarnya?

"Abang kau mati sebab dia, Yeonnie"

Hati aku gasp, sebab Taehyung? Macam mana? Hah?!

Chanyeol dulu pon jin cermin? Eh tak!

Habistu?

"Nanti kau akan tahu. Tapi, jangan pelik sangat macam mana aku boleh lawan ahli sihir gemuk semalam. Sebab aku dilahirkan sebagai pelindung kau"

Aku mengerutkan dahi, nak gelak, tapi yelah, situasi dah serius tiba-tiba aku gelak, tak pasal-pasal kena tibai dengan Yoongi.

Dan tepat sekali, realiti sekarang dah macam mimpi ngeri.

"Serius? Maksudnya kau ni dewa ke? Malaikat? Pfftㅡ"

"Ikut kaulah nak percaya ke tak, jangan terkejut aku ada kuasa yang membolehkan awek-awek melekat dekat aku" Yoongi terseyum bangga lalu flip rambutnya kebelakang.

Aku menjuihkan bibir. Acah ini budak, muka macam taik kena pijak, berangan nak ada awek.

"Nah awek" Aku mengunci kepalanya dicelah ketiak aku.

"LEMAS AKU WOI! DEODERANT JENAMA APA KAU PAKAI NI SIOT HAPAK NAK MAMPOSSSS! NI KATAK BAU PON KOMA SETAHUN DIA WEH"

"Jangan melebihlah gila!" Aku meramas penumbuk pada kepalanya.

"Anjir lo! Rasain" Dia segera menolak tangan aku dan menjentik dahi aku.

Aku menjelir lidah padanya dan Yoongi membalas semula.

"Dah, aku nak masak ramen. Kalau nak sikit, bayar 6 juta" kata Yoongi sambil mengambil langkah ke dapur. Aku ketawa.

Ketawa aku mula mati lalu, aku memandang tanda lahir di tapak tangan aku. Tanda lahir yang sangat unik. Berbentuk bunga namun aku tak tahu ni bunga apa. Eomma kata ni bunga istimewa.

Aku menggegam tangan aku sambil mengeluh lemah. Rindu eomma..

Tanpa aku sedari, tanda lahir ini bercahaya dengan sangat terang dengan berwarna ungu. Ianya berkelip-kelip. Macam benda bulat yang ada dekat dada ultraman tu. Kalau lemah, kan bendanya berkelip. Ha macam tulah tanda lahir ni.

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

No one's pov

Yejin mundar-mandir di sekeliling rumah, menunggu kepulangan Yeonsoo setelah 5 jam dia menghilang.

Dirinya resah. Memanglah Yeonsoo selalu pergi taman, kedai, jalan-jalan ikut suka hati dia nak pergi mana. Tapi, dia tak pernah balik selewat ni. Dan, dia pergi beli barang dapur je tadi!

Lalu, Yejin bergerak ke tingkap rumah, menjenguk keluar. Namun hampa, tiada apa-apa di luar ditambah dengan hari yang semakin gelap.


Tiba-tiba, kening Yejin berkerut. Kelibat seseorang yang memakai pakaian serba hitam, menjadi tumpuannya.

"Siapa tu?" Soal Yejin dalam hati.

Kelibat itu seakan perasan yang dia diperhatikan oleh Yejin, lalu tersenyum lebar sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya yang dalam.

"Oh, ni ke perempuan kawan Yeonsoo tu? Patutlah, cantik rupanya. Takpe, kau akan ikut jejak Yeonsoo jugak. Tak sia-sia aku datang sini."

⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰

[Ada sapa-sapa nak teka? Ada hint tau sapa laki tu, check balik]


Heyyo! Ada account instagram atau twitter tak? Kalau ada, jemputlah follow kyaaa ><♡

Instagram > zee.vior
Twitter > aestvior

Jangan risau, zee akan followback nanti! Hehe, lagi satu nak cakap..

Jangan lupa komen dan sedekah votes ☹ hit je butang bintang tu. It's cost 0$ babe 👉👈 kalau ff ni dah tamat sekalipun, don't shy. Komen je hehe ^__^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro