Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

鏡 : 09

[Bagi part sebelum ni, yang part Lindsey roh kedua Yeonsoo tu. Ramai tak faham. Jadi, zee di sini nak explain sikit]

[Roh lindsey tu adalah roh jahat yang badannya telah mati cuma rohnya sahaja berkeliaran sebab hidupnya tak tenang. Dia akan cari orang untuk tumpang badannya dan orang itu adalah Yeonsoo. Tapi, dia tak boleh nak kuasi 100% badan tu, sebab tu kan milik Yeonsoo. Jadi, dia perlu buat Yeonsoo lemah agar dia akhirnya dapat kuasai badan tu! Faham? Kalau tak faham lagi, comment je nanti zee balas ><]

[Senang cerita, tubuh Yeonsoo ada dua roh yang hidup dalam tu. Arraseo?]








❝ It's about who stay, not who promised❞







"Bahasa Korea dah siap.. Tinggal Matematik je. Lepastu kerja semua settle! Oyeah" Yeonsoo tersenyum girang.

Perpustakaan yang tenang menjadi tempat kegemarannya pada waktu rehat. Jika orang lain berkerumun di dewan makan, dia pula hanya menjamah roti yang diseludup masuk ke dalam sini.

"Haish mana pulak pemadam ni" Yeonsoo mengangkat buku-bukunya dan segala benda yang di atas meja untuk mencari pemadam. Namun, masih tiada.

Dia merendahkan badan dan mengintai di bawah meja, dan masih sama. Takde.

"Ke dalam skirt aku?" Yeonsoo menyelak skirtnya dan lantas, dia menutup balik.

"Takde dan uwu seksi bethol aku ni ahakahakhaka"

Yeonsoo mengeluh. Lantaklah pemadam hilang pon, boleh beli lain. Dia mengangkat semula kepalanya. Namun, pandang sahaja kerusi depan, ada seseorang sedang merenung tepat ke dalam anak matanya.

"ARGHHH!" Yeonsoo mengurut dadanya akibat terkejut. Namun, di dalam sudut hatinya, dia gembira. Yelah, pandang je depan nampak muka jodoh ehek.

"Shuhh! Perpustakaan ni" Lelaki itu meletakkan telunjuknya pada mulut Yeonsoo.

"Kau buat apa dekat sini?" Yeonsoo menolak tangan lelaki itu.

"Teman kau lah" Dagunya ditongkat menggunakan tangan kanan. Tangan kirinya pula bermain-main dengan pemadam yang merupakan milik Yeonsoo.

"Yah Jungkook! Pemadam aku lah tu!" Yeonsoo memanjangkan tangannya untuk merampas pemadam itu namun Jungkook terlebih dahulu menggengamnya.

"Kau tak bagi, memang aku rubber kau tau. Serious ni tak main-main"

"Ambil ni dulu" Sebuah bekas makanan diserahkan kepada Yeonsoo. Yeonsoo mengerutkan dahi memandang Jungkook, inginkan penjelasan.

"Kau tak makan lagikan? Setakat roti, bukannya kenyang kau ni" Bekas itu ditolak mendekati Yeonsoo.

"Ta.. Erk, Aku diet" Yeonsoo menolak semula bekas itu kepada Jungkook.

"Tipu. Baru semalam kau melantak makanan macam tak ingat dunia. Dan, kau nak diet apa? Badan dah macam papan.."

"Tak percaya sudah. Aku nak buat kerja ni, pergilah" Yeonsoo mengambil peluang untuk merampas semula pemadam itu dan fokus kembali membuat kerjanya yang tertangguh.

"Ni Yejin bagi. Dia suruh aku paskan dekat kau sebab dia ada urusan lain. Tak percaya? Bekas ni bekas yang Yejin selalu guna untuk letak makanan buat bekal kan?" Jungkook menunjukkan rupa bekas itu.

Ya, memang benar bekas itu tidak asing bagi Yeonsoo. Yeonsoo mengetap bibir dan mengangguk.

"Oklah. Aku ambik! Dah pergilah aku nak buat kerja ni"

Jungkook terus bangun dan meninggalkan Yeonsoo tanpa sebarang respons. Yeonsoo kembali memandang bekal tersebut.

"Yejin dah tahu ke yang aku selalu tak makan waktu rehat..?" Keluhan dilepaskan.

Bukan kerana diet sampai dia sanggup tak makan. Dia ni Park Yeonsoo kot. Perut beruang, semua makanan dia ngap!

Tapi, masalah duit. Dia taknak menyusahkan keluarga Yejin lagi. Cukuplah mereka sediakan rumah itu untuk Yejin dan dia tinggal bersama.

Yeonsoo terpaksa tinggalkan ayahnya di Daegu untuk sambung belajar di sekolah Tinggi Seoul. Dia mendapat tawaran sekolah di situ kerana prestasinya yang bagus. Begitu juga dengan Yejin. Cuma, bezanya Yeonsoo dari segi pelajaran, Yejin dari segi seni.

Selama ni, ayahnya akan bank in duit saku sebulan namun, duit tu hanya betul-betul cukup untuk belanjanya dua minggu sahaja. Jadi, dua minggu seterusnya dia akan berlapar macam ni.

Nak harapkan Taehyung? Tak mungkin. Taehyung pon dah banyak bantu dia. Bagilah dia berdikari jugak.

********

Tamat sahaja waktu belajar, Yeonsoo mengemas barangnya. Dia masih tidak menegur Yejin kerana takut dimarahi.

Yelah, Yejin tu kan 'girlfriend' dia. Mana boleh girlfriend biarkan sahaja boyfriend dia tak makan.

"Yeonsoo. Kau dah kenapa bisu je ni?" Yejin memegang bahu Yeonsoo.

"Kau tak marah aku ke?" Soal Yeonsoo dalam keadaan terkejut.

"Nak marah apanya? Kau buat apa? Jap.. Kau terkoyakkan album limited editionㅡ"

"Tak. Bukan sebab tu" Yeonsoo mengerutkan dahinya. Pelik, Yejin ni bukan pelupa tapi dah kenapa dia macam tak tahu apa-apa ni?

"Hmm, kau punya bekal biru yang kau selalu sumbat gimbab tu mana?"

"Dekat rumah lah. Kau dah kenapa tanya?" Yejin masih memandang pelik ke arah Yeonsoo. Yeonsoo mengetap bibirnya.

"Dah lah jom balik. Tak sabar nak wheele wheele dengan pakcik Sehun"

(Bagi yang lupa, pakcik Sehun tu driver Yejin)

********

Yeonsoo mengambil tempat di sebelah Yejin yang sedang duduk di sofa menonton television. Yeonsoo hanya mendiamkan diri. Tangannya sibuk bermain hujung bajunya. Kepalanya ligat berfikir, bagaimana dia mahu meluahkan sesuatu yang terpendam di hatinya sejak dua menjak ni.

"Yejin, kau tak pelik ke?" Yeonsoo akhirnya bersuara.

"Pelik apa? Bukan kau memang pelik ke?" Yejin menyisip airnya namun hampir ketawa. Soalan apolah dia tanya ni.

"Bukan aku, tapi Jungkook"

"Apa yang pelik? Aku tengok biasa je dia hidup. Ada hidung, ada mulut, ada rambut.."

"Bukan tu lah! Kau tak perasan ke dia makin dekat dengan aku?" Yeonsoo membulatkan matanya.

"Hmmmmmm bagi aku fikir jap. Eh sejak bila? Kau ni kot ya pon suka dia, tapi tak payahlah nak perahsantan" Yejin tergelak. Yeonsoo mengembungkan pipinya dan berpaling daripada melihat Yejin, tanda merajuk.

"Taknak kawan" Yeonsoo pergi dari situ dengan langkah yang dihentak-hentak. Dia menuju ke dapur untuk mencari makanan. Perutnya dah lapar balik. Mestilah makan!

"Bangun pagi, tak gosok gigi, jumpa Jungkook, tak mandi! Aku lapar, nak makan maggie, harap ada, nanti aku kebulur" Nyanyian girangnya mengisi kesunyian di dalam rumah. Ya, sekejap je dia marah. Yeonsoo kan tak betul sikit.

Dia membuka kabinet dan mengambil sebekas maggie. Air panas di isi dalam tupperware untuk di masak dalam bilik.

"YESSS! Peberet ni!" Dia berlari ke dalam bilik. Sempat juga dia menepuk punggungnya, mengejek Yejin di ruang tamu tadi.

Yeonsoo mendapatkan katil dan duduk bersila di atasnya.

"Taehyung nak sikit?" Tanyanya sambil menunjukkan bekas maggie yang sudah di isi air panas dan serbuk perasa ke arah Taehyung.

"Taknakkk! Maggie murah tak sedap" Taehyung membuat riak wajah tanda 'akumakanmakananmahaljelah'

Yeonsoo berdecit. Duduk dalam cermin pun memilihnya nak makan apa? Dasar tak reti bersyukur!

"Taknak sudah" Yeonsoo menjelirkan lidahnya dan meletakkan bekas maggie tadi atas kepala.

"Dah kenapa kau letak atas kepala?" Taehyung mengerutkan dahinya.

"Orang kata, aku ni kepala batu. So, kan batu tu serap haba, ha aku letaklah maggie ni atas kepala. Cepat sikit dia masak. 2 minit je"

"FAKTA SAINS MANA PULAK KAU BELAJAR NI JIMBIT?" Taehyung menghamburkan ketawanya kuat, mengejek 'kepandaian Yeonsoo' yang bukan calang-calang orang boleh fikir.

"Aku sendirilah! Bijak kan?" Yeonsoo tersengeh lalu membuka penutup bekas maggie itu, sedia untuk dimakan.

Baru je Yeonsoo mencedok segarpu maggie, tiba-tiba maggie itu hilang dari dalam mangkuknya, licin!

"MANA PULAK DIA HILANG? AKU TAK SUAP LAGI NI!" Matanya membulat lalu memandang bengis ke arah Taehyung.

"Burpㅡ" Taehyung menutup mulutnya selepas kantoi sendawa.

"KAU CURI MAGGIE AKU KAN? GUNA KUASA KAU?! TAIKLAH TADI AKU OFFER KAU TAKNAK!!" Yeonsoo menarik wajah daripada memandang Taehyung dan berpeluh tubuh.

"Atoto, baby girl marah! Hahahah! Tiba-tiba tadi aku lapar tengok kau masak maggie, lepastu aku makan jelah." Terhambur gelak Taehyung, lama.

"Ala, nanti aku ganti" Sambungnya namun Yeonsoo masih berpeluk tubuh tanpa memandang Taehyung.

"Yeonsoo, malam ni aku nak masak sikit. Tapi barang dapur takdelah. Nanti kau beli barang sikit ye!" Jerit Yejin daripada luar bilik, memberhentikan gelak Taehyung.

"Ha ok!" Balas Yeonsoo dan memandang Taehyung, lalu dia mengembangkan hidung.

"Wekkk! Makanlah kau maggie haram tu! Ayok tak tayok!"

Yeonsoo:

"Tak comel! BAAA!"

Taehyung:

"BABI! SERAM BODOH PAHAL KAU HITAM! HUWAH ORANG MINYAK"

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

7.00 petang
Yeonsoo's pov

Ya, aku tahu dah lambat untuk belikan barang dapur Yejin. Aku tertidur weh! Habis benjol kepala aku kena baling penutup periuk nasi tadi.

Aku mempercepatkan langkah balik dari kedai. Barang-barang ni dahlah berat.

TAK YANG AKU TAK PUAS HATI, KENAPA YEJIN SURUH AKU BELI SEKAMPIT BERAS? AKU DAHLAH JALAN KAKI! MACAM GELANDANGAN YANG DAPAT BANTUAN TAU AKU SEKARANG NI!

Yeonsoo: *angkut kampit beras, letak dekat atas bahu* *selit kobis dengan terung dekat celah ketiak* *letak botol kicap atas kepala*

Dan yang bangangnya aku pakai seluar pendek. Habis kulit mulus peha aku ni kesejukkan uhu.

Tiba-tiba, ada seseorang lalu disebelah aku. Jap, ni mamat yang aku nampak dekat pantai tu. Ala yang balik dari mall lepastu aku Jungkook peluk aku tiba-tiba tu uhuk!

Tetapi.. Siapa sia lelaki ni? Sewram! Dan, aku betul-betul macam kenal dia. Tapi tak ingat sapa! Arghhh.

Aku berjalan bertambah laju. Perasaan tak sedap hati mula menguasai diri.

"Woi!" Aku toleh ke belakang, namun tiada kelibat sesiapa. Aku meneguk liur.

Argh, perasaan je ni.

"Woi pompuan!" Aku drastik berhenti dan menoleh lagi. Namun, tidak macam tadi. Kini, ada kelibatnya.

Ting!
Ting!
Ting!

Muncul 3 cahaya di hadapan aku, berwarna pink, purple, dan merah.

Yeonsoo : *ketakutan*


"Hello Yeonsoo, atau kau nak aku panggil, Tuan kepada Taehyung?" Kata perempuan gemuk memakai baju merah.

Aku menelan air liur kesat. Apa yang ada di hadapan aku, sungguh tak logik. Tapi ni realiti kan?

Mereka mempunyai sayap, memakai dress kilat-kilat yang ketat, dan bertopi ahli sihir tinggi.

Pari-pari ke ni?

Kalau ya, kenapa hodoh sangat?

"Kenapa sayang? Takut? HAHAHAHA! Kau tahu tak kami ni siapa? Oh, mestilah tak! Kitorang ni, peminat Taehyung. Kitorang akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia." Kata yang berbaju ungu.

"Dia tu dahlah kaya, berkuasa, seksi, hensem! Sapa je taknak!" Kata yang berbaju pink pula.

"TAPI KAU! SESENANG HATI KAU SAHAJA MEMILIKI DIA!" Suara mereka berubah menjadi garau. Membuatkan aku menggigil ketakutan.

Aku mengundur beberapa tapak ke belakang. Tidak, aku tak tahu apa-apa, apa yang jadi sebenarnya ni! Aku menggelengkan kepala. Barang-barang yang aku beli semua sudah jatuh tergolek.

"Takut ke budak? Arghh! Sukanya tengok wajah budak mentah ketakutan!" Ahli sihir pink itu mengangkat tongkatnya ke atas.

Lalu, aku ternaik. Terapung ke atas, secara tiba-tiba. Nafas aku mula tersekat, seperti ada sesuatu yang mencekik aku. "Toㅡ tolong janganㅡ"

"Mati kau budak!" Katanya yang berbaju pink lantang.

Aku cuba melepaskan diri. Namun, apa yang mencekik aku pun aku tak tahu apa. Halimunan!

"Hmm, tak best pulak tengok kau terus mati" Tiba-tiba, ada satu sinaran merah dihadapan aku.

Ianya bagai pedang, laju ia menerpa lengan aku lalu tanpa aku sempat membuat apa-apa, ia mula menyiat-nyiat lengan aku. Darah mula menitik di merata tempat.

Aku hanya mampu memejamkan mata, menahan kesakitan yang bukan kepalang.

"ARGHH!" Aku mula menjerit sekuat hati, setelah ada satu lagi cahaya bertambah, berwarna ungu.

Ianya menarik rambut aku, cukup membuatkan air mata aku menitis. Lalu ianya mencakar-cakar wajah aku, aku cuba mengelak, namun tidak berhasil.

Dan, cahaya pink terakhir, datang laju kearah aku dan mencucuk perut aku. Tiada kesan, tetapi, kesannya dalaman. Aku muntah darah di situ juga.

Pemandangan aku mula berpusing-pusing dan menjadi kabur. Aku jatuh dari pegangan mereka seperti nangka busuk, bunyi yang terhasil cukup mengerikan.

Aku memegang perut yang berkesan akibat tusukan tadi. Pedih, sangat pedih seperti perut aku sedang terbakar.

Aku cuba bergerak, namun tidak boleh. Aku mengeluh kesakitan, darah yang menitik semakin laju. Aku cuba menahannya tetapi sia-sia bukan?

"HAHAHAHA!" Tawa mereka membingitkan, cukup membuatkan aku sakit hati

Namun lama-kelamaan ianya menghilang.

Sebelum aku memejamkan mata, ada cahaya gelap datang menerpa mereka. Aku tak dapat lihat dengan jelas, namun aku kenal lelaki itu.

"Kau.. kau lagi?"

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
Tbc💋

100 Votes √
100 Comments√

Maaf weh part ni bosan namati tapi zee jamin selepas ni tak bosan! Dah ada dalam draft tinggal pub je hshshs💃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro