Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

鏡 : 06








❝ Feeling really empty without you ❞






Yeonsoo's pov

Buka sahaja pintu rumah, wajah Jungkook dan Jimin daripada dalam kereta menyapa pandangan.

Aku terpaku, terpanah, tertampar, tergolek, terleleh, melihat ketampanan mereka berdua yang bagai bidadara sesat di bumi.

Nak culik boleh tak? Erghh kacak benar!

"Jom gerak!" Ujar Jungkook. Aku memasuki keretanya bersama Yejin dan bergerak ke seat belakang sekali.

Namun, anak mata aku yang gatal menoleh memandang si pemandu. Pemandu tu pemandu keluarga Jungkook rasanya. Dan huwahh pemandunya pun kacak juga!!

Ketika kereta sedang bergerak Jungkook memusingkan badan ke belakang dan menghulurkan satu beg kertas.

Dia tersenyum kecil dan memandang wajah aku dengan isyarat untuk aku menyambut huluran itu.

"Untuk kau hehe" Sekali lagi dia tersenyum, namun lebih manis.

"Un... untuk apa?" Aku memandang wajahnya meminta kepastian. Pelik kerana ianya terlampau tiba-tiba.

"Saja! Buka dekat rumah tau. Sorry Yejin, aku sempat beli untuk Yeonsoo je"

Aku mengangguk kekok.

"Oh takpe!" Ujar Yejin lalu Jungkook memandang depan semula.

Yejin terus menolak-nolak aku sambil terkekek ketawa. Waduh dia pulak yang excited!

Yejin segera mendekatkan mulutnya pada telinga aku dan membisik, "crush bagi hadiah sia!"

Wajah aku mula memerah. Agak malu kerana yelah, dapat hadiah daripada cinta hati sendiri. Lalu, tangan mulus Yejin aku tepuk-tepuk riang kerana terlampau malu.

"Aku malulah hiks" bungkusan hadiah itu dipeluk erat.

Tanpa aku sedari, ada seseorang sedang menjeling aku. Riak wajahnya jelas memaparkan yang dia sedang marah.

"Huh! Kau dah buat jahat dengan dia, lepastu kau tiba-tiba muncul balik. Nak tunjuk balik sifat 'penyayang' kau tu? Pfft, immatured"

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 45 minit dan bangunan mall yang dituju menyapa pandangan. Aku terus keluar dari kereta milik keluarga Jungkook diikuti mereka, setelah kereta diparkingkan.

Mall yang terkenal dekat tepi pantai ni memang ada restaurant terbaik dekat situ! Ahh, sukanya!!!

Aku berjalan ke tepi pantai. Alang-alang mall ni tepi pantai, boleh cuci mata sekejap!

Angin pantai disedut sambil mata dipejam rapat, menikmati keindahan yang ada di depan mata. Tangan didepakan ke atas dan aku mengeluh kecil, melepaskan segala kelelahan.

"Ahhhh! Nyamannya!!"

Tanpa aku sedari, ada seseorang mengambil gambar aku dari belakang. Dia tergelak kecil, sambil memerhati setiap gerak geri aku.

"Cantik!" Ujarnya lalu tersenyum.

Setelah puas melihat pantai, aku melangkah masuk ke dalam restaurant di ground floor mall ni dan disambut dengan pelayan yang begitu sopan.

Kyaa! Handsomenya dia. Dahlah muka macam mix Jihoon dengan Kang Daniel ehek.

Lalu, aku terus mengambil kesempatan. Mana tahu jodoh aku pelayan ni kan? Sjshhshs.

Aku mula mengenyitkan mata padanya lalu dia membalas. Aku agak terkejut namun hanya teruskan. Aku buat gaya 'call tau nanti' padanya dan dia membalas dengan tanda 'ok!'

BAHHAHAHAHA BOLEH BUAT KAWAN DIA NI! SEOTAK PULAK TU DENGAN AKU!

Aku menghadiahkan flying kiss padanya dan dia melompat, berpura-pura menyambut flying kiss tersebut. Tanpa sedar, kami berdua tergelak kecil bersama-sama.

Mata aku kembali melilau memandang suasana restaurant ni. Mewah, dan yang paling penting, pemandangan tepi pantai daripada tingkap luas memang cantik.

Suuuuuuu~ bau masakannya mengalir masuk dalam hidung aku. Begitu membuka selera!

Air liur aku ditelan kesat. Aku melambai pelayan tadi dan membuat gaya yang mengatakan aku mahu makan. Dia mengangguk dan melambai juga.

Dari jauh, Jimin memanggil nama aku. Tempat duduk yang mungkin dah ditempah tu betul-betul tepi tingkap kaca yang luas. Terus boleh nampak pantai. Yeupe~♡

Aku terus datang dan mengambil tempat duduk. Dan yang paling menggembirakan, tempat duduk itu menghadap Jungkook!

Melihat sahaja makanan yang ada di atas meja, mata aku membesar. Nampak menyelerakan betul!

"Untuk permulaan kisah hidup baru aku dekat Seoul!" Kata Jimin sambil mengangkat gelasnya ke atas.

"Kitorang doakan yang terbaik!" Kami pun melagakan gelas dan minum. Hidangan yang masih berasap membuatkan kesemuanya meneguk liur.

Tanpa menunggu masa, hidangan itu terus dimakan.

"Yum yum! Sedapnya!" Kata aku dengan gembira. Jimin dan Yejin turut mengangguk, bersetuju dengan aku.

Pandangan aku mula merayau, melihat Jungkook senyap-senyap. Meneliti setiap inci wajahnya dan sampai sahaja pada matanya, aku tersedak.

Sedari tadi, rupanya Jungkook turut memandang aku. Namun aku tidak pasti. Mungkin dia pandang belakang aku tetapi aku sahaja yang perasan?

Jadi aku mengangkat kening, untuk kepastian. Setelah itu, Jungkook setara turut mengangkat kening.

Aku muncungkan bibir, dia juga muncungkan bibir.

Aku menjeling dia, dia menjeling aku balik.

Aku menjelir lidah, dia mengangkat penumbuk dan menghalakannya pada aku.

Aku hanya tergelak. Dia juga turut tergelak lalu menunjukkan mangkuknya, tanda mahu sambung makan. Aku mengangguk sebagai balasan ya.

Aku turut kembali makan, dengan sengihan yang tidak lekang. Eii comel betul dia ni!! Mak dia makan apa hah waktu mengandungkan dia? Kiyut miyut sangat! AGHEGEHEGGH. Jeon Jungkook ni bila nak minang saya?

Ya tuhan! Gigi dia terkeluar pulak. Anyonyonyo macam bayi arnab huwahh. Terberanak jugak aku kat sini nanti hiks.

Setiap kali aku menyuap satu suapan, setiap itu juga aku meroyan tentang Jungkook. Kau bayangkan duduk depan crush, takkan nak buat tak tahu je kan?

Mesti usha-usha sikit. Tenung-tenung sikit kan?!

"Yeonsoo, apa kau cakap dari tadi ni?" Jimin memandang aku sambil keningnya terjungkit ke atas.

"Aku cakap apa?" Soal aku balik.

"Eii comel betul dia ni! Mak dia makan apa hah waktu mengandungkan dia? Bla bla bla" Yejin mengajuk aku sambil buat gaya itik menggunakan tangan dia.

"Eh?" Wajah aku kian bertukar menjadi merah. Apa yang aku fikir tadi tu aku cakap ke?

Aku menggosok lengan, yang sudah merinding kesejukan. Jungkook dengar? Mana nak sorok muka ni huwahhh!

Aku menundukkan wajah dan memandang mangkuk yang kian kosong. Aku mengeluh dan mencebik.

"Hai sotong dalam mangkuk yang dah digeget, handsome pulak kau harini"

Aku segera menyuap hidangan dalam mulut dengan wajah yang masih memerah. Langsung tidak mampu mengangkat kepala memandang Jungkook lagi.

Ertt!

Ertt! [Bunyi sedu tapi aku tak tahu nak taip macam mana aha]

Aku menutup mulut. Sedu yang tiba-tiba datang ini menganggu aku untuk makan.

"Nah air, hilangkan sedu" Jungkook menghulurkan segelas air kosong sambil berdiri. Aku mengangguk dan meminumnya.

Seperti yang dia buat sebelum ini, dia mengusap belakang aku ketika aku minum.

Setelah aku meneguk air itu dan meletakkan kembali cawan ke atas meja, aku memandang Jungkook semula. Dan, aku agak terkejut.

Jungkook teramat asyik bermain dengan rambut aku. Seakan mengelamun jauh, dan sekejap, dia tersengih seorang diri.

Aku tidak memberi apa-apa respon. Hanya membiarkan sahaja. Jungkook masih lagi bermain dengan rambut aku, malah dia memaparkan senyuman manis.

Sangat, sangat manis! Seakan-akan dia terfikir kenangan yang indah, dan termenung dengan tangan yang lembut, mengusap rambut aku.

Aku berasa agak kekok. Dan mengambil keputusan untuk ke tandas sebentar.

"Thanks bagi air. Sekejap, aku nak pergi toilet." Aku menolak tangannya dari terus mengusap rambut aku. Jungkook tersentak, tersedar dari lamunannya.

Aku bangun dan berjalan laju masuk ke dalam tandas. Aku segera mendapatkan singki di dalam toilet. Dada yang berdegup laju, aku pegang dengan mata tertutup.

"Huhhh. Kenapa aku rasa macam lain?" Aku melepaskan nafas berat. Setelah memastikan aku sudah lega, aku membetulkan pakaian dan bersiap sedia untuk keluar dari tandas.

Tidak tahu mengapa, tiba-tiba sahaja jantung aku berdegup terlampau laju. Seperti ketakutan, macam ada benda akan buruk akan berlaku tidak lama lagi.

Dan, aku benar-benar tidak berasa seperti berada di dunia normal. Usapan Jungkook itu suatu magis kah?

Baru sahaja aku melangkah keluar melalui pintu, kepala aku mula pening. Tong sampah di sebelah pintu tandas terus aku langgar apabila aku hilang keseimbangan.

Tiiiiiiiiinnggggggg!

"Hei! Buka mata kau luas-luas. Bila kau nak sedar ha?"

"Aku harap kau mati cepat. Senang sikit kerja aku. Tapi aku tak tahu kenapa kau liat sangat nak mati"

"So, dah jadi kerja aku untuk lindungi kau. Bilalah kau nak try guna kuasa kau? Lama dah ni aku tunggu"


Aku menutup kedua belah telinga. Air liur yang ditelan terasa sangatlah kesat.

Perlahan-lahan, aku jatuh terjelepuk. Kepala aku amat pening, dan sistem saraf pendengaran aku benar-benar sekaan rosak. Tanpa aku sedar, aku menitiskan air mata perit.

Bait-bait suara orang menjerit, suara seram orang terkekek ketawa. Huh, sungguh aku tidak tahan!

"Yeon, kenapa ni? Ada benda berlaku?" Suara Jungkook membuatkan aku terkejut dan tersedar daripada lamunan tadi.

Seakan ajaib, suara tadi hilang serta-merta. Aku agak terkejut, namun aku segera sorokkan wajah terkejut ni dari Jungkook. Takut kalau dia perasan akan sesuatu.

"Takde apa-apa, aku tersadung je" Tipu aku sambil tersenyum janggal memandang dia.

"Lepas makan nanti, kau nak ke mana mana ke? Esokkan cuti"

Aku hanya menggeleng. Senyuman janggal tadi berubah menjadi senyuman ikhlas. Tuhan sudah makbulkan doa aku. Dia kurniakan aku Jungkook untuk membantu bukan?

Kejap, baik Jimin tak payah pergi sekolah harini. Esok cuti dah!

"Kalau ada something, let me know please. I'm here for you" Dia mendekatkan wajahnya pada telinga aku dan berbisik. Cukup membuatkan aku kembali gugup.

"Hmphh!" Aku menggelengkan kepala dan menunduk ke bawah.

Berusaha aku mengelak daripada memandang matanya, namun jarinya yang berada di bawah dagu aku memaksa aku untuk memandang wajahnya.

"Betul ni takde apa-apa berlaku?" Anak matanya redup memandang aku. Anak rambut yang jatuh di dahi aku, diseka olehnya.

"Yaaa" Aku mengangguk dan berpura-pura senyum sekali lagi.

"Tipu. Mata kau jelas mengatakan kau ada sorok sesuatu. Jadi, jangan tipu aku" Dia menolak air mata yang aku langsung tak perasan ia mengalir, menggunakan ibu jarinya.

Sekali lagi, pandangannya redup sahaja memandang aku.

"Mengantuklah, tu mata berair sikit. Dah, aku betul ni takde apa-apa" Aku menolak tangannya daripada memegang wajah aku.

"Ok! Tapi ingat, kalau ada masalah bagitahu sahaja aku." Dia mengangkat tangan aku dan meletakkan tapak tangan aku pada dadanya.

"Orang yang dekat depan kau ni, sentiasa ada dan membantu kau" Dia perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Aku juga turut terikut dia tersenyum.

"Ok" Aku mengangguk.

"Bagus! Dah jomlah" Dia menarik dan menggengam tangan aku, lalu membawa aku menuju ke meja makan tadi.

❈❈❈❈❈❈❈

Hari ini, berjalan begitu indah. Buat pertama kalinya, Yeonsoo tidak berasa ketakutan dan terasa keseorangan. Keberadaan Jungkook, membuatkan Yeonsoo terasa dilindungi.

Walaupun ada Yejin yang selalu menemaninya, itu masih tidak membantu. Yejin terlampau banyak membantu Yeonsoo. Jadi, Yeonsoo tidak mahu memasukkan rakan karibnya itu kedalam masalah yang dihadapi.

Biarlah, dia redah seorang diri sahaja.

Mereka pulang menaiki kereta Jungkook. Bumbung kereta dibuka, dan keempat kepala mereka terjulur keluar, melihat bintang-bintang malam yang menemani sang bulan.

"Yeonsoo, aku akan sentiasa ada untuk kau. Teman kau, dan gembirakan kau. Sama seperti bintang tu" Jungkook mencuit hidung Yeonsoo yang sedari tadi merenung langit.

"Yah apa main cuit-cuit hidung orang? Takde hidung sendiri ke?" Yeonsoo mendekatkan dirinya pada Jungkook, niat mahu membelasah hidung lelaki itu.

Namun malang, dirinya terlebih dahulu kaku. Disebabkan kereta ini berhenti betul-betul di tepi pantai, mereka agak dekat dengan kawasan orang ramai yang turut menikmati melihat keindahan malam.

Dan Yeonsoo gugup. Dia ternampak seseorang. Seseorang yang seakan dia kenal. Seperti orang yang pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu.

"Lelaki tu, aku rasa macam kenal. Hmm, aduh siapa hah dia? Tapi betul! Aku rasa aku kenal dia!" Yeonsoo memegang jantungnya. Degupan jantungnya berdegup lebih laju. Sama seperti yang dia rasa di dalam restoran tadi.

Dalam keadaan Yeonsoo berteka-teki dengan diri sendiri, Jungkook mengambil peluang. Dia memeluk gadis itu senyap-senyap. Dan membiarkan wajah Yeonsoo tersembam pada dadanya.

"HUWAHHH MANA MAIN PELUK-PELUK LAH DODOL! NASIB DADA KAU TAK BERBULU HMMMPH!"

⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰















⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰

100 comments & 110 votes
to unlock next chapter🍷

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro