鏡 : 04
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
❝ I was hurt too but I always silent❞
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
Yeonsoo's pov
"Bangunlah anak badak!!" Jerit satu suara. Aku cuba membuka mata tetapi perasaan malas lebih menguasai diri.
"Kalau kau tak bangun, aku hantar seguni lipas letak dalam rambut kau!"
Dengar sahaja perkataan 'LIPAS' terus mata aku segar. Cukuplah kejadian semalam yang membuatkan aku nampak bodoh.
"Eh! Dah tak merajuk ke?" Aku menjeling Taehyung. Boleh pulak dia tersenyum gelak gelak mengejut aku bangun.
"Tak! Sebab aku puas kenakan kau semalam hehe. semua tragedi semalam aku tengok, dan aku yang hantar Moli tu"
"Moli? Apa benda tu?" Dahi aku berkerut.
"Lipas semalam. Dia kawan baru aku dan dia kata dah 3 bulan dia tinggal dekat sini. Pandai kau jaga dia" Taehyung mula menahan ketawa.
Dia cuba tipu aku ke ni?
Kejap, dia ke rancang semalam? KWOFKAKDJJAJSFAKYUMAOSLA
Bbum!
"Hello sweetie Yeon the Shrek! Bangun atau aku cium kau! Lepastu kalau kau bosan mandi sorang-sorang ajaklah aku!!"
Seperti hari-hari biasa, Yejin akan merempuh pintu bilik aku sambil mengajak aku mandi dengan dia. Adalah lebih kurang 3 kali sebulan aku kena tukar pintu baru! Nasib ni rumah dia humph!! Pakai duit dia jugaklah jawabnya.
"Hish sabarlah... Tapi aku taknak mandi dengan kau!" Aku menggeliat. Malas weh nak pergi sekolahh!
"Taknak pergi sekolah sudah! Aku nak bersiap dah ni. Lambat padan muka kena cuci kuku Mrs. Tan" Yejin keluar sambil melambai-lambai aku dengan gayanya yang penuh kegedikan.
"Jap, aku macam lupa something! Apa ye?" Towel dicapai sambil berfikir.
Homework? Tak pernah pulak aku buat awal. Jungkook? Eh dia ada je dalam poket aku jangan risau.
"Jimin kau tulah. Kan kau nak tunjukㅡ"
Sebelum Taehyung menghabiskan percakapannya, Ssup! Aku berlari ke toilet. Nak date dengan abah hensem!
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
"WOIIIIII!" Dari jauh, aku menjerit melambai ke arah Jimin yang sedang berdiri di pagar rumah dia.
UWAHHH! Pemandangan indah di pagi ini!
Rambutnya disikat ke atas, blazer dipegang dan diletakkan di bahu. Tangan sebelah lagi memegang poket! omaigad boyfie meterial!
"Jom nanti lambat!" Terus dia menarik tangan aku tanpa amaran terlebih dahulu.
"Ehhhh, sabar!" Aku merentap pegangangnya dan mencangkung. "Jap, nak ikat tali kasut"
"Sabar sikit je laㅡ" Aku tersentak. Kepala aku dan dia terasa sekana bersentuhan, dalam keadaan kami berdua mencangkung. Jari mulusnya mengikat tali kasut aku lincah.
Aku terdiam dan tangan aku terhenti. Dia... dia tolong aku?
Aku?
AKU?!
"Welcome! Kalau kau ikat macam tadi, nanti tercabut balik" Dia segera bangun dan menarik tangan aku semula untuk bangun.
Aku terpana begitu lama. Amat terkejut dengan tindakannya. Pergh! Muka kacak, hati baik pulak tu.
Ni kalau buat laki ni, bahagia hidup jiwa raga batin fizikal aku kan hehe?
Sampai sahaja disekolah. Aku dan Jimin menjadi tumpuan beberapa orang. Banyak mulut membicarakan tentang Jimin. Yelah tiba-tiba sahaja datang, pegang tangan aku pulak tu.
"Sekolah ni memang macam ni ya? Tak pernah nampak lelaki handsome macam aku?" Kata Jimin sambil meraup rambut ke belakang.
"Tak doh aku lagi hensem! Muka kau dahlah macam itik rebus qkfhianxjakzbxjai"
Aku terdiam dan berkerut. Suara Taehyung? Dia menyelinap masuk beg aku ke ni? Kaki mana pulak dia curi? Haish menyusahkan betul lah jin kentut ni!
"Erk, suara siapa tu?" Wajah Jimin berkerut. Dia menoleh ke belakang dan matanya melilau mencari punca suara itu datang.
Tak guna punya Taehyung! Nanti dia cop aku perempuan pelik pulak sebab bawak saka bercakap hmmph!
"Entahlah. Buat buat tak tahu jelah hehe"
Aku tersenyum melihat Jimin dan menyambung langkah untuk bergerak ke kelas.
Namun, terdapat suara samar-samar memanggil nama 'Jimin' memberhentikan langkah kami.
Terus, aku memandang kanan. Satu figura yang sedang berlari ke arah kami menarik perhatian aku.
JUNGKOOK?!
"JIMINNNNN!"
Puup!
Jungkook terus memeluk Jimin sehingga kepala mereka berlaga, menghasilkan bunyi yang kuat dan menyakitkan.
Aku mengetap gigi mendengar bunyi itu. Namun mereka ketawa terbahak-bahak, sambil memukul sesama sendiri.
"Huwahhh! Jimin kau balik sini tak datang rumah aku dulu pun kan? Rindu odoe!!!"
"Kau yang tak send location rumah kau kenapa? Hehehe tapi rindu kau jugak kelapa hanyut!!!"
Hmm, baik aku pergi kan? Macam tak sesuai je aku menyibuk. Hehe, biarlah dua jantan ni peluk-peluk ke cium-cium ke apa ke!
Aku mempercepatkan langkah ke kelas. Hal aku dengan Taehyung masih belum selesai.
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
Aku menyelinap masuk ke bawah meja. Lebih kurang 20 minit lagi sebelum kelas bermula. Jadi, sempat aku nak membebel dekat Taehyung.
Zip beg dibuka dan terserlah wajah jengkel milik Taehyung.
Lidahnya terkeluar, matanya sengaja dijulingkan. Hidungnya pula kembang-kempis. Sengaja mahu menyakat!
"UWARGHHH! SYAITAN APA AKU BELA NI?" Aku tersentak namun tak lama selepas itu, wajah aku memasam.
"Kau ni kan, aku warning ye! Jangan keluar ke bercakap ke menyibuk ke hal aku lagi tau dekat sekolah. Its okay kau nak menyelinap ikut aku sebab aku tahu kau ada gunanya nanti hehe.
Tapi, kalau kau tiba-tiba bercakap macam tadi tu, nanti diorang kata aku pelik sebab cakap sorang-sorang."
"Tu je? Ok bye! Lepastu tengoklah atas meja tu, aku ada bagi kek. Nanti kongsilah dengan sesiapa."
"Huwahh! Thanks kentutt!!"
Aku mengangguk dan menyimpan kembali cermin ni dalam beg. Baiknya kau Taehyung bagi hadiah! Terharu pulak.
Aku segera bangun dan terus menyuap sesudu kek ni dengan gelojoh.
"Yeonsoo?"
Uhuk!
Kek tadi hampir tersembur. Nasib sahaja aku sempat menutup mulut.
Mulut aku sudah bersedia untuk mengeluarkan peluru berpandu carutan memaki orang itu. Namun dongak sahaja, aku terlebih dahu mengesat kesan comot.
Dah kenapa Jungkook datang ni? Jshshdisjz crush tegur weh!
"Eh eh, sorry Yeonsoo!" Dia segera bangun dan mengusap belakang badan aku.
"Ahh, its okay."
Dia mencapai botol air aku dipenjuru meja dan menghulurkannya pada aku.
"Nah"
Aku menggangguk dan meneguknya dengan laju.
"Perlahanlah sikit nanti tersedak lagi!" Riaknya tampak risau dan melajukan usapannya pada belakang aku.
"Ehe!" Aku tersengih. Caringnya future seben ni!
"Aku datang nak ucap thanks sebab teman Jimin. Untuk balas budi kau, malam ni join lah kitorang makan makan dekat restaurant makanan laut dalam mall tepi pantai ok"
"UWAHH! Boek bossqur!" Aku mengangkat tangan sambil buat sign 'good' pada Jungkook.
Crush ajak makan sama-sama! Korang ada? Takde huehue.
"Taknak offer sikit ke?" Jungkook terus menyambar sepotong kek dari sudu aku. Matanya terpejam, seakan menikmati kesedapan kek tersebut.
Ya tuhan, tiba-tiba je dia ni curi kek aku!
"Ambiklah ambik" Aku menolak kesemua kek ni kearah dia. Maghoh ni maghoh.
"Atototo marajuk ke? Nah sikit!" Pipi gebu aku terus dicalit cream vanilla oleh Jungkook.
Aku menjerit kecil dan memandang Jungkook dengan pandangan tajam.
"Eiiiiii!" Aku berdiri dan membalas dengan calitan yang lebih panjang dan lebih banyak. Padan muka kacak kamu Jungkook!
"Hei melebih!" Jungkook menjuihkan bibir, seakan merajuk.
"Ehe, kau yang start!" Aku kembali merampas kek di dalam pegangangnya.
Dia merengus kasar dengan matanya yang membulat. Mulutnya semakin dimuncungkan menunjukkan yang dia sedang marah.
"Taknak kawan Yeon!!" Dia berpeluk tubuh dan berpusing membelakangi aku.
Aku tergelak kecil lalu memegang bahunya dan memusingkan kembali badannya menghadap aku.
"Yelah, aku mintak maaf"
"Hehe" Dia segera tersenyum dan mengambil lagi satu suapan kek, suapan yang sangat besar sehingga hanya tinggal sedikit baki sisa sahaja untuk aku.
"Jungkook! Aku nak makan apa?!" Aku mengemam udara di dalam mulut, dengan wajah yang cemberut. Tetapi tidak lama selepas tu, fikiran aku mula ke lain.
Aku mula pelik, ke... kenapa dia mula bercakap dengan aku? Kenapa? Akuー aku taknak kejadian 2 tahun lepas berlaku lagi.
Jungkook mula tergelak lalu, tawanya hilang setelah tangannya bergerak ke wajah aku.
"Kejap, meh sini aku lap kan. Nanti muka buruk takde sapa nak suka."
Terus wajah aku dilap olehnya. Walaupun ayat dia agak tidak sedap, aku agak gembira kerana dia menyentuh pipi aku secara lembut, dengan menggunakan tuala kecil berwarna biru.
Dan, jarak aku dan dia sungguh dekat. Deruan nafasnya boleh didengar dengan jelas. Aku terlampau asyik memfokuskan pandangan pada setiap inchi wajahnya.
Begitu juga dengan Jungkook, fokus benar dia mengelap wajah aku.
Jantung aku usah ditanya. Berdetak tak keruan dah.
"Dah siap! Nanti kalau ada kek lain kali, offer Jungkook lagi ok? Bye!!"
Dia pergi ke arah mejanya sambil melambai. Aku menyambut lambaiannya sambil tersenyum riang.
Ya tuhan, gembiranya aku hari ni!
TIIIIIIIIIIIIIIIIIINGGGGGG!
"Arghhh!" Bunyi ini lagi!
Aku menutup rapat kedua belah telinga, bunyi bingit ini selalu menganggu aku dan seterusnya, akan muncul bait bait suara orang ramai menjerit kesakitan.
"Jauhi dia"
"Aku taknak kau luka, aku taknak kau semakin dekat dengan asal-usul kau"
Aku jatuh terduduk di lantai. Bila bunyi itu hadir, kelas ini seakan kosong. Tiada pelajar mahupun meja, seratus peratus kosong dan putih.
Seakan aku berada di dunia lain.
"Kau kena ingat, bila kuasa kau mula aktif, roh kau akan semakin menghilang"
"Jadi, kau lebih rela membiarkan roh jahat menguasai badan kau atau jauhi dia?"
"Pilih dan semuanya akan selesai. Ingat, dunia kau bukan dekat sini, tetapi jangan balik ke dunia asal kau, kau akan terima padah"
Air mata aku mulai gugur, keperitan ini semakin lama semakin pelik. Aku tak tahu apa yang dia cakapkan, aku tak tahu pon siapa yang berinteraksi tu.
Nak kata Taehyung, suara Taehyung husky sangat dan benda tu suruh aku jauhi siapa? Taehyung atau Jungkook?
Aku mula batuk, dan tanpa aku sangka, aku menyemburkan darah pekat dengan banyak.
Aku cuma menggelengkan kepala. Dengan menggunakan sepenuh tenaga, aku cuba bangun kembali.
Jangan risau, ini memang selalu berlaku pada aku. Tetapi, bila aku sedar semula dan keadaan kembali pada asal, darah ni akan hilang.
Dan keadaan kian menjadi seperti sedia kala, tiada darah di merata tempat, tiada suara-suara jeritan tu lagi.
Aku melepaskan keluhan berat. Tuhan, aku tak kuat...
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
[Sapa boleh teka lelaki tu sapa dan apa kena mengena dengan Yeonsoo, aku bagi singgit HAHAHA]
Walaupun tak capai goals lagi dekat chapter bofore this, zee update sebab windu koranglah hdhdhs😳
Goals ; 140 votes, 150 comments🍷
Thanks and stay tuneㅡ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro