鏡 : 22
"Tears are words the heart can't say"
.
.
.
.
.
.
.
Drop your comments and hit the star button ^^ thankie
.
.
.
.
.
.
.
"Kan aku dah kata, dia tu bahaya! Tengok apa dah jadi sekarang ni. Dia dah keluar dari cermin tu-" Mulut Yoongi ditutup menggunakan telapak tangan. Yeonsoo menggeleng, menafikan kenyataan Yoongi.
"Idoknya. Aku dah berzaman tinggal sebilik dengan Taehyung. Elok je dia takde pulak dia nak zeemzeemzalabim aku jadi mangkuk tandas ke apa. Memanglah dia dah kelur dari cermin tu tapi Yeonsoo tak rasa dia tu sejahat kau fikirkan. Habistu kenapa dia tak balas dendam je sejak awal lagi? Mana tahu ibu Yeonsoo yang hantar dia? Suruh jaga Yeon?"
Yeonsoo bersungguh-sungguh menyuarakan isi hatinya. Ruang dapur kini mula sunyi. Yoongi menepuk-nepuk puncak kepala yeonsoo lalu tubuh itu dipeluk erat.
"Terserah pada kau. Tugas aku hanya melindungi kau sahaja. Dan, kau dah tahu tentang ibu kau Yeon?.." Yeonsoo hanya mengangguk.
"Mama dari dunia fairytale, kahwin senyap-senyap dengan papa kan? Lepastu mama kena hukum..."
"Ah, tak perlu cerita. Aku tahu. Takpe, jangan dikenang. Doakan yang baik-baik" Sekali lagi tubuh Yeonsoo dipeluk erat. Yeonsoo membalas dengan senyuman kelat.
"Eo??" Perasan akan sesuatu, Yeonsoo menjengketkan kaki mendekatkan pandangannya pada dahi Yoongi. "Parut kau hilang?"
Yeonsoo menyelak rambut depan Yoongi untuk melihatnya dengan jelas. Benar, sudah hilang! Cuma iris matanya sahaja kekal sebelah berwarna biru.
"Haah. Sebab kau cium dekat sini haritu kot? Eriel, ibu kau pon ada kuasa penyembuhan. Mungkin kau warisi dari dia-"
"Amboi lamanya dekat dapur tu? Buat apa ya!" Suara Yejin dari ruang tamu mengejutkan mereka berdua. Serentak, Yeonsoo dan Yoongi bergerak kembali ke ruang tamu.
"Aku balik dululah" Yoongi meminta izin meninggalkan rumah ini. Renungan mata dari Taehyung yang sedang duduk di sofa, membuatkan dia menelan liur. Takut! Baik dia ciao dulu.
"Ok sekarang ni, cerita dekat aku mana kau kutip sugar daddy ni, Yeonsoo" Yejin berdiri di hadapan Yeonsoo dan Taehyung yang duduk bersebelahan. Mahu mendengar penjelasan Yeonsoo.
Setelah habis 3 bekas popcorn, akhirnya habis juga penerangan Yeonsoo. Yeonsoo mengetap bibir, tahu pasti Yejin terkejut dan susah nak faham. Padahal dia sendiri pon tak faham dengan hidup dia ni!
Yeonsoo meraih tangan Yejin dan mengenggamnya erat. "Takpe—"
"Aku ok je. Mana tahu Taehyung ni boleh rawat kau kan? Tapi jangan mengada-ngada nak buat benda haram ya. Aku wheele wheele atas perut kau nanti" Yejin menolak tubuh Yeonsoo hingga terdorong kebelakang gadis itu dibuatnya.
Yeonsoo hanya tergelak sambil menggoyangkan tangan tanda dia takkan buat. "Aku? Taehyung? Gak mungkin! Muka macam lobang jamban takdo selera aku"
Namun, perlahan-lahan Yeonsoo mendekati Yejin dan membisik. "Tapi tak tipu hot nak mati dia weh ARGH" Malu nak mengaku, dia hanya membisik. Taehyung di sebelah hanya memerhati.
"Kau nak kata aku hot kan tu? Cakap jelah" Taehyung mencuit pinggan Yeonsoo. Drastik tubuhnya terhinjut.
"Yah!" Yeonsoo membalas dengan pukulan yang kuat pada peha Taehyung. "Dasar!"
Tiba-tiba, tubuhnya ditarik semula oleh Yejin dan telinga Yeonsoo didekatkan pada mulutnya. "WEHHH SUARA DIA PON DAH HOT! PREGNANT INSTANT AKU NANTI"
"KAN! SUDAH KU BILANG!"
"ARGHHHHHHHH!!!" Kedua mereka serentak menjerit, meneruskan hari itu dengan berfangirl pada Taehyung tanpa segan silu padahal lelaki tu ada je sebelah diorang.
——
"Jadi, kau ni keturunan bangsawanlah dekat dunia tu? Tapi kau tak kenal mama aku sebab mama aku dah pergi sejak kau kecil lagi?" Yeonsoo menjadi begitu teruja mendengar cerita Taehyung tentang dunia fairytale. Dia menumpang dagu pada tangan, merenung Taehyung untuk mendengar lagi cerita darinya.
"Haah. Teringin ke nak tengok dunia tu macam mana?"
"Mestilah! Tapi boleh ke orang bercampur darah macam Yeonsoo pergi situ? Mesti tak boleh kan?.." Yeonsoo mencebik. Dirinya kembali bersandar pada kerusi malas dan merenung langit kelam yang dipenuhi bintang.
Udara segar di balkoni pada waktu malam, sudah menjadi kegemarannya ditambah lagi dengan kehadiran Taehyung yang boleh menemaninya. Tiadalah dia sunyi lagi.
"Aku pon tak pasti. Takpe, terokalah dunia ni dulu. Dunia ni pon ada keindahan dan keajaiban dia sendiri tak ke gitu" Yeonsoo mengangguk tanda setuju. Berfungsi pulak otak lelaki ni malam ni ya? Selalunya macam tercabut fius!
Tiba-tiba, hidungnya didarati sehelai daun kering yang mungkin gugur lalu bertebangan diangkut angin. Disebabkan kini musim luruh, banyaklah daun mula gugur.
Taehyung yang melihat, tergelak. Daun itu diambil lalu sebuah cahaya muncul dari tangannya.
"Tengok ni" Terus daun itu bertukar menjadi sebuah pokok bunga kecil yang sudah melebat bunganya. Mata Yeonsoo membulat, takjub dengan kuasa Taehyung.
Dia mula memandang pokok itu dan Taehyung bersilih ganti. "DAEBAK!!" Kedua ibu jarinya diangkat.
"Nak tengok lagi?" Taehyung berdiri dan diikuti Yeonsoo yang sudah melompat-lompat teruja. Dia menjerit sekuat hati persis anak kecil mengikuti rombongan sekolah.
Taehyung tersengih melihat gelagat Yeonsoo. Tangannya dihala ke hadapan dan muncul awan-awan gebu berwarna ungu. Langkahnya dibawa naik ke atas awan itu dan dia menghulurkan tangannya pada Yeonsoo.
"Kajja, kita teroka dunia. A whole new world. Do you trust me?" Yeonsoo terus menyambut huluran Taehyung dan duduk di atas awan itu. Perlahan, awan itu mula bergerak melintasi bumbung-bumbung rumah penduduk taman ini.
"Cantiknya pemandangannn!" Yeonsoo menganga besar. Meneroka keindahan malam dari atas, posisi yang selama ini tidak pernah dirasai.
"Pejam mata" Taehyung menutup mata Yeonsoo dan setelah beberapa detik, Taehyung menyuruh Yeonsoo membuka kembali matanya.
Sekali lagi, dirinya tertampar perasaan takjub. Dihadapannya terdapat sebuah pantai, ombak yang menyelusuri laut dan bulan mengambang penuh memantulkan cahaya yang sangat indah. Betul-betul terasa dekat dihadapannya.
"Kita dekat hawaii ke?" Yeonsoo tersenyum girang.
"Eh tak! Masih dekat Korea tau! Ha nampak? Negara sendiri pon tak kenal" Taehyung tergelak melihat Yeonsoo sudah mencebik.
Taehyung mencuit hidung kecil Yeonsoo lalu merangkul pinggang Yeonsoo supaya gadis itu dekat dengannya. Dagu Yeonsoo ditarik supaya menghadapnya, lama mata mereka bertaut lalu kedua dahi mereka disatukan.
Bunyi ombak menjadi latar suara. Degupan jantung mereka mula melepasi rentak kebiasaan. Wajah Yeonsoo yang sudah memanas kemerahan dicekup oleh dirinya sendiri.
"Aku handsome sangat ke" Taehyung menyelak rambut Yeonsoo supaya tidak menghalang pandangannya untuk merenung wajah gadis itu. Yeonsoo membalas dengan anggukan perlahan.
"Cute" Bisik Taehyung. Yeonsoo hanya tersenyum dengan pipi yang sudah mengembang.
"Cuba panggil tae, oppa. Tae tua setahun dari Yeonsoo tau"
Yeonsoo menggeleng. "Takmo. Kalau ahjussi kena lah jugak—"
"WOAH! TAE! Tengok tu! Ada paus dekat situ tak tipu! EHH?? PAUSNYA WARNA UNGU SIOTT! WOAHHHH PAUSNYA TERAPUNG? MAK TACHODD" Yeonsoo memeluk lengan Taehyung erat apabila paus itu semakin mendekati mereka.
Setelah paus itu berhenti betul-betul di sebelahnya, Yeonsoo cuba memberanikan diri menyentuh kepala paus yang berkali ganda besar darinya. Lalu, paus itu mengeluarkan bunyi kuat.
PUSHHH!
Pancuran buih-buih besar mulai mengelilingi mereka, hasil hembusan paus itu. Yeonsoo terdiam, sambil meletup-letupkan buih yang ada dihadapannya.
"Indahnya malam ni hiks. Nak bela paus tu sekor boleh" Yeonsoo menyandarkan kepalanya pada dada bidang Taehyung, menghayati pemandangan yang cukup mempersona. Taehyung menggeleng dan kembali mengemudi awan itu ke tempat lain.
Perempuan ni memang nak bela semua benda nak dia nampak ke apa?!
Namun tidak lama, senyumannya terjungkit . Fikiran nakalnya muncul.
"Tae— HUWAH KAU NAK RACING NI PAHAL? WEH POKOK KELAPA TU! ARGH NASIB SEMPAT ELAK! KAU MABUK KE ARGHHHH!" Awan itu meluncur pantas turun naik seperti roller coster.
Taehyung ketawa besar, seronok mengenakan Yeonsoo lalu dia mengarahkan jari telunjuknya ke hadapan Yeonsoo. Yeonsoo berkerut dan melihat ke arah yang ditunjuk Taehyung.
"Takde apa-apa pon—"
PUP!
Baru sahaja dia ingin memandang Taehyung semula, pipinya tercucuk pada jari telunjuk Taehyung. Sekali lagi tawa Taehyung tercetus sambil meneruskan mencucuk pipi tembam Yeonsoo berkali-kali.
Yeonsoo mengulingkan mata dan menekup kedua pipi Taehyung. "Pipi gebu macam roti ni, aku bagi Yeontan gigit tahulah"
"Hehe. Nak Tae nyanyikan lagu untuk Yeonsoo tak sepanjang perjalanan balik?" Taehyung melepaskan tangan Yeonsoo dari menekup pipinya lalu menyuruh gadis itu berbaring di pehanya. Yeonsoo mengangguk dan mula memejam mata.
"Hmmmm" Taehyung kembali mengemudi awan pulang ke rumah dengan mendengungkan alunan lagu. Tangannya mengusap rambut Yeonsoo, penuh lembut.
"Air pasang pagi surut pukul lima!"
Pap! Yeonsoo menepuk peha Taehyung. Mood orang tengah elok tiba-tiba dia buat tahik pula! "Betul-betullah"
Taehyung hanya tersenyum. Dia berdehem berkali-kali sebelum memulakan nyanyiannya.
I can show you the world
Shining, shimmering, splendid
Tell me, princess, now when did
You last let your heart decide?
I can open your eyes
Take you wonder by wonder
Over, sideways and under
On a magic carpet ride
A whole new world
A new fantastic point of view
No one to tell us, "No"
Or where to go
Or say we're only dreaming
Yeonsoo berdiri di atas awan itu sambil mendepakan tangan. Taehyung melihatnya sambil tersenyum dan memberi sign bagi Yeonsoo untuk menyambung lagu itu.
A whole new world
A dazzling place I never knew
But when I'm way up here
It's crystal clear
That now I'm in a whole new world with you
Taehyung merangkul pinggan Yeonsoo. Dan mengikut gadis itu untuk berdiri sambil menyambung nyanyian itu.
(Now I'm in a whole new world with you)
Unbelievable sights
Indescribable feeling
Soaring, tumbling, freewheeling
Through an endless diamond sky
A whole new world (don't you dare close your eyes)
A hundred thousand things to see (hold your breath, it gets better)
I'm like a shooting star, I've come so far
I can't go back to where I used to be
A whole new world (every turn, a surprise)
With new horizons to pursue (every moment, red-letter)
I'll chase them anywhere, there's time to spare
And then we're home (there's time to spare)
Let me share this whole new world with you
Yeonsoo menyandarkan kepalanya pada bahu Taehyung. Kedua mereka memandang sesama sendiri, sebelum menghabiskan part terakhir dalam lagi tersebut.
A whole new world (a whole new world)
That's where we'll be (that's where we'll be)
A thrilling chase (a wondrous place)
For you and me
•
•
•
TBC! Maafkan zee kalau ff ni makin bosan tapi janji part ni je huhu idea tarak masuk nak buat macam mana🥲
Thank you sudi support ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro